Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

20 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah...

Hari ni waktu pagi walaupun mengantuk, saya tetap turun jogging dan hari ni saya ‘dera’ sikit badan saya. Saya jogging dalam jarak yang lebih jauh dari biasa. Hmm... Penatnya.

Kemudian saya ke Stadium Darulaman untuk menyaksikan training pasukan Kedah tetapi sewaktu nak tunggu bermulanya training saya nampak ada gelanggang street soccer depan Stadium dan terus saya tanya pengajur yang kebetulan jiran saya. Apa lagi terus saya kumpulkan team saya tetapi tak dapat nak full team sebab mengejut sangat.

Akhirnya dengan usaha keras Men, kami dapat satu team  bidan terjun. Hehehe... Tapi bermain atas nama PI Street sebab saya dengan Men ada dan juga team Junior PI Street pun ada.

Sementara bermula perlawanan saya bersama dengan Datuk Shukri dan Misai untuk melihat perkembangan terkini pasukan kesayangan saya. Banyak jugak yang dibualkan.

Kemudian saya terus ke gelanggang street soccer di luar stadium untuk perlawanan pertama. Hmmm... Kami bantai depa 7-2! Saya score hattrick begitu juga dengan Men dan adik saya Faizol score satu gol.

Untungnya sebab hanya ada enam pasukan sahaja yang bertanding. Kami harus duduki antara tempat pertama atau kedua untuk dapat hadiah. Tapi kami tewas dalam perlawanan kedua 5-1. It’s ok sebab memang amat penat. Street soccer ni nampak sahaja kecik tetapi bola sentiasa di dalam permainan. Tambahan pula kami tak ada reserved. Memang penat!

Apa pun kami menduduki tangga kedua kumpulan dan layak untuk ke penentuan tempat ketiga dan keempat. Penentuan penalti. Saya mengambil tendangan pertama tapi tak masuk. Hehehe... depa pulak score. Kemudian Man ambil tapi tak masuk juga dan depa pun score. Kemudian depa ambil tetapi keeper kami, Firdaus berjaya menyelamatkannya dan Men berjaya menjaringkan gol. Kemudian Firdaus berjaya menyelamatkan satu lagi tendangan dan dia menyempurnakan pula penalti. Kedudukan 2-2. Kemudian depa score dan penetuan jatuh di tangan saya. Alhamdulillah bola masuk menjadikan kedudukan 3-3. Kemudian Firdaus berjaya menyelamatkan gawang dari gol dan Men berjaya menjaringkan gol dan kami pun menangggggg... Hehehe... Alhamdulillah.

Dapatlah RM 70 dan piala iringan. Tuah hari Sabtu. Kemudian saya bergegas ke Merbok kira-kira jam 1.30 tengah hari untuk kenduri abang kawan saya. Semua orang kat situ terkejut sebab tengok saya mai dnegan motor. Merbok dengan rumah saya rasanya adalah dalam 60km lebih. Jam 2.30 saya sampai sana dan setelah tengok bilik pengantin dan rumah serta begambar dengan member saya (Hehehe... jurukamera kami adalah pengantin perempuan merangkap kakak ipar kawan saya. Dah tak ada orang nak tolong waktu tu. Pengantin pulak yang kena kerja. Hehehe...)

Jam 3.15 saya bertolak pulang tetapi terperangkap dalam hujan. Jam 4.30 baru sampai Alor Setar dan terus saya masuk kerja. Saya kerja macam biasa sampai jam 12 tengah malam tetapi saya sampai rumah 1.30 pagi sebab berbual dengan seorang member di depan kedai saya. Bila balik terus saya tidur sebab mengantuk sangat! Indahnya nikmat tidur malam ni ketika badan terlalu penat...Hehehe...

WASSALAM...

19 DISEMBER  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni saya tidru dalam 1 setengah jam dan kemudian mak saya gerak untuk sahur bersama mak dan abah. Then saya sambung tidur kembali. Bila bangun saya tengok jam dah pukul 10.30 pagi. Kemudian saya just membaca komik dan paper.

Kemudian saya Solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Imam membicarakan soal adat dan syariat. Katanya, peribahasa, biar mati anak jangan mati adat dah tak sesuai lagi dah dan patut digantikan dengan biar mati anak jangan mati syariat,

Adat jika selari dengan tuntutan syariat haruslah dikekalkan dan jika bercanggah wajiblah ditingggalkan. Dalam masyarakat kita terlalu banyak adat yang bercanggah seperti langkah bendul. Satu lagi bila dah akad, suami isteri tidak boleh bersama sehinggalah diadakan upacara bersanding dan kenduri.

Begitu juga dengan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan untuk meminta maaf. Azab kubur jugak disentuh dan beliau membidas golongan yang tidak mempercayai azab kubur. Saya tahu ia ditujukan kepada Astora Jabat. Begitu juga dengan Hukum Hudud. Saya cukup pasti ia ditujukan kepada seorang peguam yang suka mencari publisti murahan. Kalau anda tahu perkembangan semasa, pasti anda faham!

Kemudian saya masuk kerja macam biasa Cuma malam ni saya “diserang” oleh lima perempuan warga asing. Alamak! Jenuh saya nak argue dnegan depa. Berdebat! Alamak, depa ni suka sangat berdebat dengan saya. Tetapi memang saya yang salah. Hehehe... Saya tak mau cerita apa salah saya tu tetapi bila depa cakap “ All from Allah and Allah will Give You, so don’t worry”. Saya mati akal. Thanks tetapi kadang-kadang sukar jugak dalam situasi macam ni. Saya kena perbaiki lepas ni. Hmmm... Budak-budak ni suka sangat mengusik dan berbicara dengan saya. Budak-budak perempuan Arab! Umur semuanya 19 tahun.

Kemudian bila balik saya just rehat dan settlekan beberapa kerja yang tertangguh.

WASSALAM...

18 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni waktu pagi jam 10 saya dah ke sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk projek saya yang dah lama tak bersambung. Terpaksalah saya ke sana. Sampai jam 2.30 petang! Mengantuknya. Malam tadi tidur jam 4.30 pagi. Pagi tak sempat nak tidur lama sikit dah kena bersiap awal untuk ke sana. Bila balik jam 2.30 terus saya tidur sampai jam 3.45. Teruk betul saya sebab baru nak solat Zohor jam 3.50 petang. Saya masuk kerja lewat sikit jam 4.10.

Waktu rehat, saya balik sekejap untuk berbuka puasa. Alhamdulillah hari ni hari keempat saya berpuasa enam dalam bulan Syawal. Sepatutnya hari ni hari kenam tetapi hari Isnin dan Khamis lepas saya tak puasa disebabkan oleh kenduri dan training badminton. Bermakna esok saya kena puasa jugak sebab Khamis depan dah tak sempat. Ahad ada hal. Selasa ada hal begitu juga Rabu dan Sabtu.

Malam, saya terlupa pasal tilwah Al-Quran. Saya nak bukak bagi gang-gang asing tu tengok. Nak tengok sama ada depa nak ubah ke tak siaran TV tu. Hehehe... Malam ni best sikit. Adalh sebabnya. Yang penting hati kena ceria. Ketepikan segala pengalaman silam. Alhamdulillah... Saya tidur kira-kira jam 4 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167][168][169][170][171][172][173][174][175][176]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah