Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

24 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sedikit promo.

Jangan lupa tontoni Destinasi selera lusa. Ahad 26 Januari 2003 jam 12.32 tgh di TV3. Itulah antara kawasan kampung saya dan yang terlibat dalam rancangan tu adalah saudara mara terdekat saya. Saya baru tahu waktu balik kenduri Pak Su saya tempoh hari. Memang terkejut jugak mulanya. Kalau tak salah antara juadah yang disediakan ialah Tepung Serunai. Pernah makan? Kalau tak try tonton. Hehehe...

Ikan kasam (Perkasam) pun ada. Kalau makan ikan kasam. Saya tak perlu kuah. Nasi putih degan ikan kasam pun dah cukup membuka selera saya. Ikan kasam yang saya beli dekat kampung saya memang cukup sedap. Saya suka yang bila dah digoreng. Oklah lanjut sila tontoninya...

Waktu pagi saya bersama keluarga sama-sama bergotong royong membersihkan halaman rumah. Kemudian ke Alor Setar untuk settlekan permintaan Abang Midi tapi tak dapat sebab kedai banyak yang ditutup sebab hari ni Jumaat. Sorry! Kemudian solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Khatib membicarakan soal sikap gopoh dan gelojoh.

Kemudian selepas Makan tengah hari saya berehat sambil menonton TV. Petang main bola macam biasa tapi prestasi menjunam. Entahlah kenapa. Kemudian selepas Maghrib terus berada depan komputer buat apa yang patut.

Kemudian ajar ayah saya guna Microsoft Excel lebih kurang sejam. Lepas tu rehat sekejap.

Lewat malam terus surf Internet dan semak apa yang patut dan melakukan rutin biasa. Tak banyak yang dapat diceritakan hari ini.

WASSALAM...

23 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya ingat satu Malaysia musim kemarau waktu ni. Rupanya kat Kedah dengan Perlis memang musim kemarau sampaikan berdebu-debu jadinya. Tengah hari memang cukup panas. Adik saya pun dah mula demam dan batuk-batuk.

Bila saya dapat respon dari kawan-kawan saya di KL, Selangor dan Johor, depa cakap sana musim hujan. Hujan selalu. Memang berbeza dengan keadaan di Kedah ni. Sekarang ni musim padi. Memang musim padi biasanya musim kemarau kalau tidak nanti tumbanglah batang padi tu.

Ok balik ke diari saya...

Saya ingat nak turun jogging tapi still rasa sukar sebab saya asyik tidur lewat dan rasa terlalu mengantuk pada waktu pagi. Saya nak kena buat sesuatu. Minggu depan kena bagi macam biasa balik. Kalau tidak susah. Kemudian saya ke Alor Setar poskan borang minta kerja.

Tengah hari selepas makan tengah hari saya cuma tonton TV. Nak tidur tak boleh panas sangat. Jadi buatlah apa yang patut depan komputer. Tapi lepas tu adik saya ajak tengok CD Mami Jarum. Tengoklah. Hehehe... Memang tak larat nak gelak tengok cerita tu. Kemudian terus main bola. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Main pun ok.

Malam selepas baca Yassin bersama keluarga saya rasa cukup mengantuk. Pukul 10 saya dah tidur! Tapi saya bangun balik jam 2.30 pagi untuk semak/balas email sebelum tidur balik jam 3 pagi.

Mereka yang memulakan langkah ke kiri tidak akan sampai ke kanan – Maksud Hadis

Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh  semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih keras daripada batu-batu gunung dan perkataan yang kasar itu dapat mengkasarkan hati yang lebih halus daripada sutera.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah