Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

18 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Setiap detik, setiap minit, setiap jam, setiap hari dan seterusnya usia kita semakin bertambah. Namun apakah kita semakin matang. Apakah pemikiran kita semakin matang? Persoalan yang harus kita tanya pada diri sendiri.

Semakin lama kita hidup, semakin banyak rintangan dan masalah yang akan kita tempuhi. Saya sendiri menempuh satu kejutan dalam diri pada bulan lepas dan bulan ni berkenaan dengan karier. Alhamdulilah dengan sokongan banyak pihak, saya lebih banyak fikirkan aspek positif dan saya rasa banyak pengajaran yang saya dapat.

Kita tidak akan mendapat menghayati erti senang kalau kita tidak pernah susah. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ditakdirkan kepada kita. Ada banyak hikmahnya. Ada banyak pengajaran dan ingatlah bahawa terdapat lebih banyak pengajaran dalam kesusahan berbanding dalam kesenangan.

Kini saya rasa amat-amat bersyukur atas apa yang saya perolehi dan saya ada. Biarlah ia menjadi satu pengalaman yang mematangkan saya. Biarlah usia kita masih muda tetapi pemikiran dah jauh melepasi tahap pemikiran usia sebaya. Apatah lagi dalam masa tak sampai tiga minggu lagi saya akan mencecah 23 tahun. (InsyaAllah...)

Oklah berbalik kepada diari saya...

Saya menghantar adik saya ke sekolah seawal jam 6.30 pagi dan kemudian tonton Laman Nurani bersama datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah. Selepas itu saya keluar membeli paper dan menghabiskan masa hampir 70 minit membaca paper.

Kemudian saya dan kawan, Farizul ke beberapa tempat di Alor Setar ni untuk mencari kerja seperti di Yayasan Al-Bukhary, Yasmin Holdings, Jabatan Tenaga Rakyat, Kedah institute Of Management dan Wisma Negeri. Tapi still tak ada kekosongan. Apa pun kami mendapat layanan yang baik. Alhamdulillah terutamanya daripda pengurus operasi Yayasan Al-Bukhary, Tuan Haji Muhyiddin.

Kemudian bila balik rumah saya rehat sekejap dan petang main bola. Entahlah bila main, finishing saya memang lemah. Kalau saya rembat kuat-kuat, asyik kena defend atau keeper atau melayang tinggi atau sipi. Tapi kalau saya tendang slow (memang slow hehehe...), gol pulak! Seri 1-1 hari ni.

Malam saya tertarik dengan cerita P Ramlee Abu Hasan pencuri. Memang tak boring tonton cerita P. Ramlee ni kan! Walaupun dah selalu tonton tapi nak tonton lagi!

WASSALAM...

17 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA

Hehehe...banyak betul hari dalam bulan Mei ni. Bermula dengan hari Ibu, Hari Guru, Hari Jururawat sedunia dan lain-lain. Hehehe...

Saya berada awal di Kuala Kedah untuk perlawanan street soccer kami tapi perlawanan kami hanya akan bermula pada jam 11 pagi. Semangat meamng membara tetapi apabila terjadi pergaduhan antara pemain dan beberapa orang penonton, semangat kami down. Malas nak main dalam suasana macam tu. Tapi kami tetap main.

Kalau diikutkan kami sepatutnya menang tetapi ada dua gol kontroversi yang tidak gol sebenarnya, dibenarkan oleh pengadil. Kami terpaksa terima hakikat tewas 3-2. Apa pun kami banyak melepaskan peluang. Kami tak marking betul-betul dan ada player yang memang menjunam prestasi.

Apa pun kami terima kekalahan ni. Bagi kami menang kalah tidak penting, yang penting kami semakin mengenali antara satu sama lain. Kami adalah antara pasukan yang kalau lepas gol pun masih boleh senyum. Hehehehe... Buat apa main ikut perasaan kan!

Kami bermain secara fair play dan memang antara kami ada yang betul-betul terrer. Apa pun say gembira dengan pasukan saya. Mereka adalah kawan saya yang tak pernah ajar saya buat perkara jahat. Alhamdulillah...

Seronok kalau ada ramai kawan. Meriah rasanya. InsyaAllah aada pertandingan lagi, kami akan kembali menyertai apa pun kejohanan. Menang kalah tak penting tetapi semangat setiakawan itu lebih penting.

Petang saya just berehat di rumah dan kemudian main bola macam biasa. Cuma hari ni saya rasa banyak sangat peluang saya miss. Bolehlah hasilkan dua gol dan menang 6-0 tapi kalau nak ikut peluang saya miss memang banyak. Gol pun semuanya slow dan macam nasib sahaja. Hehehe... Kalau saya dapat buat rembatan padu asyik kena palang dan tiang sahaja atau melambung tinggi. Hehehe...

Apa pun enjiy sebab peluh keluar dengan banyaknya. Bila malam saya just tonton bola Final FA Cup secara live di Astro. Saya tonton di Kedai Internet member. Sambil tu saya surf Internet sekejap. Arsenal menang 1-0.

Bila balik saya berehat sekejap dan tidur kira-kira jam 1 pagi.

WASSALAM...

16 MEI 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Guru Oh Guru

 

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segalanya

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

 

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang Ulama yang mulia

Jika hari ini seorang Peguam menang bicara

Jika hari ini seorang Penulis terkemuka

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

 

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya buat negara.

 

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

-Usman awang-

Bagi saya guru adalah antara orang yang cukup penting dalam hidup saya. Sejak dari sekolah rendah saya banyak didewasakan oleh beberapa orang guru yang cukup mengambil berat tentang diri saya. Banyak yang dilakukannya untuk saya. Terima kasih cikgu!

Antara guru yang memainkan peranan penting dalam hidup saya ialah Puan Siti Rokiah Khimis, Puan Chempaka Saad dan Puan Normi Ismail. Sebenarnya ada banyak lagi tetapi itu adalah antara yang paling saya kenangi.

Sesungguhnya jasamu guru amat sukar untuk saya lupakan. Terima kasih cikgu. Dan bersempena hari guru pada hari ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia.

Mungkin saya juga akan jadi seorang guru. Hehehe... Mungkin saya akan apply KPLI. Tapi saya memang amat dikenali dengan nama  “Cikgu” ketika di kampus.

Info terkini... Borang KPLI akan keluar, insyaAllah pada 18 Mei (iklan dalam paper) dan borangnya akan dijual pada 19 Mei. Semuanya akan dilakukan secara online Cuma pada 19 Mei tu, anda kena membeli nombor pin. Saya tak pasti kesahihan berita ni tapi itu yang saya dapat dari informer saya. Hehehe... Ada informer jangan main-main! Hehehe...

SELAMAT HARI GURU

Ingatlah pantun ini...

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

Jangan sesekali derhaka pada guru!

Hehehe... Bila saya semak email hari ni, saya dapat beberapa ucapan selamat hari Guru. Hehehe... Saya bukan cikgu betul lah. Tapi tak apa, kot-kot jadi cikgu betul nanti. Boleh jugak.

Pagi Jumaat saya berada di Kuala Kedah untuk kejohanan Street Soccer. Kami menang dalam pusingan pertama dan layak ke 32 pasukan terbaik daripada 96 pasukan. Kami menang 3-1. Nampak gaya macam boleh pergi jauh.

Saya bersolat Jumaat di Masjid Alor Semela dan khutbah bertemakan hari Guru.

Petang kami ke Kuala Kedah untuk melihat jadual permainan kami tetapi kami sepatutnya bermain esok. Jadi apa lagi, saya terus main bola kat rumah sahajalah. Hehehe...

Malam saya Cuma ke pasar malam dan membeli makanan kegemaran saya, keropok lekor. Dan kemudian just berehat sambil tonton TV dan  tidur seawal jam 10.30 malam.

WASSALAM...

15 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Lahir Buat Abang Midi

Dah 27 tahun...Tapi bila lagi? Hehehe...Faham-fahamlah... Nanti saya dulu kot! Hehehe...

Oklah...

Selepas Solat Subuh hari ni, saya terus sambung tidur, mengantuk tengok bola pagi tadi. Saya sokong Real tapi Juve yang menang tapi memang berhak menang pun. Final ni saya akan sokong Juve sebab Juve memang top season ni.

Selepas enak dibuai mimpi saya akhirnya kembali ke dunia nyata tepat jam 10 pagi. Hehehe... Tapi saya memang penat daki gunung semalam. Bila turun gunung kaki tu rasa terlalu ringan. Lepas tu dah lah tak cukup tidur sejak dua hari ni. 

Bila bangun dan lepas baca paper, apa lagi surf Internetlah dan kemudian terus saya reply beberapa email. Tengah hari saya hadiri majlis pernikahan anak jiran saya. (Depan rumah saya). Dua orang sekali anak perempuan dia inikahkan.

Lepas tu berehat di rumah sambil menonton TV. Petang main bola dan malam selepas baca Yassin bersama keluarga, saya tonton TV sekejap. Kemudian jam 9.30 malam saya bersama Men, Zam, Datuk, Shaukhi, Shuk dan member-member lain.

Bila balik online sekejap dan kemudian tidur kira-kira jam 1 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah