Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

03 JANUARI 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Kita tak pernah menjangka bila kematian detik kematian menjemput kita. Bila ia akan hadir. Kadangkala bila dirasa masih boleh hidup 1000 tahun lagi, esoknya sudah tidak bermaya. Memang kematian adalah detik yang kita tidak tahu bila ia akan datang kepada kita tetapi ia pasti akan datang. Hikmahnya ialah agar kita sentiasa bersedia menghadapinya kerana ia boleh hadir bila-bila masa.

Saya dikejutkan dari tidur jam 4.30 pagi yang memberitahu saya tentang dua kematian saudara saya. Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali.

Selepas Subuh saya terus bertolak ke kampung saya di Pendang. Saya melawat rumah saudara saya yang pertama. Saya sempat bertemu dengan anaknya yang satu universiti dengan saya. Katanya dia memang tak sangka benda macam ni nak terjadi. Lagipun orang lain tengok dia sihat sahaja sewaktu membantu majlis kenduri semalam.

Saudara saya tu masih lagi dalam fasa terakhir menyiapkan laporan praktikumnya. Dia pun baru habis praktikum di Bukit Kiara KL. Dia dimaklumkan kejadian tu kira-kira jam 2.30 pagi. Memang sedih. Saya memang baik dengannya sewaktu di kampus. Alhamdulillah dia dah berjaya dalam pengajian dan dah ditauliahkan sebagai Kapten selepas menjadi PALAPES. Bolahlah membantu keluarganya.

Kalau nak tengok memang menyedihkan. Saya cuma risau bila dah ramai sangat orang, rumah dia macam nak roboh dan terpaksa orang sangga rumah tu bagi jadi lebih kukuh. Harapnya banyak-banyaklah bersabar. Itu hak Allah dan ujiannya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Kemudian saya bertolak pulak ke rumah saudara saya yang satu lagi di Sungai Siput. Jaraknya kira-kira 80 km dari Alor Setar. Terpaksa naik dan turun bukit nak sampai ke sana sebab memang agak pedalaman kawasan tu. Yang ni pulak ada kaitan jugak dengan kampus sebab saudara saya yang meninggal tu adalah mertua kepada salah seorang pensyarah di UUM.

Kemudian saya kembali ke kampung saya untuk solat Jumaat dan Khatib membicarakan mengenai keburukan berzina. Selepas Solat Jumaat saya bersama saudara makan tengah hari dan say dan emak saya bergegas ke Tualak, Kuala Nerang untuk menghadiri majlis utus belanja perkahwinan saudara saya.

Alhamdulillah dah sampai dah jodoh dia dengan orang Pahang kalau tak salah saya. Bila saya dengar belanja yang diminta ialah RM 6484 memang saya terkejut. Hehehe... Nanti bila saya nak kawin nak kena ada kurang-kurang RM15 000 untuk kesemuanya! Alamak, bila saya nak kawin macam ni. Kerja pun tak ada lagi. Hehehe...

May be kena cari orang luar Kedah kot sebab orang Kedah ni mahal sangat. Hehehe... Terpulanglah kepada jodoh nanti. Apa pun yang penting kerja dulu. Bina kerjaya dulu bagi semuanya stabil. Saya bertolak balik selepas Asar.

Selepas Maghrib saya ke Pasar malam bersama dengan adik saya dan selepas solat Isyak saya tengok TV sekejap lepas tu semak Internet sekejap. Jam 10.30 malam saya dah tidur. Jam 2.15 pagi saya bangun balik dan semak serta balas email serta update kan web saya. Juga baca online paper. Utusan dah update dah. Jadi tahulah berita awal sikit. Hehehe... Saya tidur balik kira-kira jam 3.45 pagi.
 

WASSALAM...

02 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu: Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha, dan giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa, dan tuangkan ke dalamnya air hayak (malu). Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta). Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

Sama-samalah kita mengambil iktibar...

Seperti biasa saya cuma berada di rumah. Sekarang ni pulak musim hujan di sini. Kesian tengok para pesawah yang terpaksa menanggung kerugian akibat padi yang rebah. Apa pun semua itu adalah ujian Allah.

Waktu petang Reza datang ke rumah saya dan saya berbincang dengan dia pasal peluang kerja di Kulim dan Penang. Nampak gayanya kena pi area sana pulak. Area KL saya dah survey tapi tak berapa berkenan sangatlah kerja kat sana. Kalau terpaksa saya kena lah jugak. Bagi saya environmentnya tak berapa mempengaruhi kepada pembentukan peribadi yang baik.

Pening kepala bila berada di sana. Saya harap di Kulim ni bolehlah dapatkan kerja. Kalau tak terpaksalah jadi cikgu walaupun saya memang tak minat jadi cikgu. Hehehe... Orang dah panggil saya sebagai Cikgu di kampus dulu. Hehehe...

Malam saya berbuka puasa. Hari ni special sikit sebab hari last saya buat puasa enam. Kira dah rayalah ni. Hehehe... Orang lain dah lama habis tapi saya baru nak habis. Terpaksalah sebab waktu awal dulu banyak sangat kenduri dan saya akan berpuasa dua kali seminggu iaitu hari Isnin dan Khamis tapi minggu ni saya buat Rabu dan Khamis sebab hari Isnin saya sedang bermusafir di KL, Jadi saya tundalah.

Malam selepas Isyak saya keluar makan dengan kawan-kawan dan sembang banyak perkara pasal kerja. Sorang kawan saya tu dah memang cukup serius cakap pasal masa depan. Hehehe... Sekarang semua dah masuk peringkat tu, kena fikir lebih banyak dan dah tak boleh main-main dah.

"Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut".
 

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002] [89]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah