Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

14 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni waktu pagi saya just rehat di rumah dan kemudian saya ke kedai untuk pastikan sama ada connection Internet dah ok atau tak. Tak boleh lagi! Sakitlah macam ni! Saya ni kalau tak Internet tak boleh duduk diam. Email dah tak sempat nak balas. Surf kat rumah pun sekejap-sekejap terputus. Susahnya. Register Streamyx terpaksa dalam waiting list pulak! Hmmm...

Lagipun saya bekerja shif pagi hari ni. Just duduk kat kedai, kalau orang nak main games dan buat kerja yang tak melibatkan Internet bolehlah, Tak ramai orang sangat. Apa pun, saya habiskan masa lawan bola dengan Firdaus. Hehehe... Saya menang!

Malam saya just stay kat kedai sambil tekejut dengan Berita Saddam ditahan! Student dari Iraq tu yang tanya saya. Macam nilah saya kalau tak ada Internet, rasa macam ketinggalan Zaman. Lepas saya buat beberapa semakan, memang Saddam dah ditahan dan saya ceritakan kepadanya. Aisa nama student dari Iraq ni.

Kemudian saya just layan live EPL. Arsenal lawan Blackburn. Cuma malam tadi Newcatle menang 4-0! Bestnya membelasah spurs. Dua superb gol oleh Lauren Robert dan dua gol dari Shearer memastikan Newcastle menang bergaya.

Point saya pulak minggu ni memang tinggi sebab sekarang dah banyak transfer boleh dilakukan dan saya semakin meningkat dalam carta dari tangga 267 ke 180. Lepas ni kena improve lagi.

WASSALAM...

13 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kadang-kadang saya rasa macam kehilangan arah tuju dalam hidup. Kadang-kadang terasa macam nak menyerah dengan kehidupan. Sukar untuk terus konsisten dalam arus yang cukup deras ini. Terasa kadang-kadang berada dalam kegelapan. Puas saya mencari di manakah cahaya yang amat-amat dinanti.

Kadang kala terasa disinari cahaya itu tetapi kadang kala terasa cahaya itu tiada lagi. Bila direnung kembali, saya tersilap haluan. Tetapi kenapa bila saya kembali, saya tetap juga tersilap haluan? Tak tahulah sama ada perjalanan ini masih panjang atau tidak. Yang pasti saya akan terus berkelana mencari haluan dan destinasi yang saya impikan.

Ya Allah, berikanlah Aku kekuatan untuk menempuhi perjalanan kehidupan ini. Berikanlah aku kekuatan dan ketabahan agar dapat aku lalui segalanya dengan betah. Hanya padamu tempat aku meminta, Amin...

Oklah...

Kembali kepada diari hidup saya.

Hari ini sewaktu pagi selepas solat Subuh, saya just berehat di rumah sambil cuba online tetapi gagal. Laporan perlawanan Kedah lawan NS malam tadi still tak dapat saya updatekan lagi. Saya dah temudbual Datuk Shukri melalui telefon tetapi masih sukar nak masukkan dalam Laman hijaukuning.com. Dah lah kat kedai seharian tak boleh establish connection Internet. Orang Tm Net dah datang untuk periksa tetapi still tak boleh buat apa-apa memandangkan semalam Jumaat. Hari cuti di Kedah.

Last sekali, usaha tanpa jemu, saya dapat pun online dan Alhamdulillah cukup-cukup masa untuk updatekan berita perlawanan Kedah dengan NS. Nak check email pun tak dan. Alamak! Transfer player pun tak boleh! Habislah fantasy point saya minggu ni! Biarlah, nak buat macam mana.

Tengah hari saya ke majlis kenduri di rumah saudara saya di kampung Alor Semela. Kemudian barulah masuk kerja. Still tak boleh dapat connection Internet. Alamak macam mana ni? Pakar Tm Net dari Sungai Petani, Encik Shaharudin pun cuba tetapi still gagal. Apa pun terima kasih. Jadi saya just lawan bola dengan Firdaus sahajalah sebab customer tak ada. Malam ni saya menang lagi. Hehehe...

Kemudian, saya tonton live MU lawan Manchester City dan kemudian Chelsea lawan Bolton. Sambil tu, saya buat liputan Kedah lawan Perlis dengan menghubungi Datuk Shukri Hashim di Langkawi untuk keputusan terkini. Alhamdulillah ada satu komputer yang boleh connect ke Internet dan saya dapatlah update the latest result.

Malam ni saya balik awal sebab, customer tak ramai dan habis waktu kerja jam 11.50 malam. Selalunya jam 12 dan kadang-kadang lebih jam 1 pagi. Bila balik terus saya update diari sambil menonton Bollywood Magic sebelum masuk tidur.

WASSALAM...

12 DISEMBER  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saya nak menyentuh mengenai khutbah yang saya dengar hari ini. Banyak berkisar tentang lidah. Tak ramai orang yang betul-betul manjaga lidah hingga ada satu madah yang berbunyi gigitan lidah itu sesungguhnya lebih sakit daripada gigitan gigi. (faham tak? Faham kot). Jadi kita diseru untuk sentiasa bercakap benar biarpun pahit.

Khatib mengambil satu contoh di Saudi Arabia di mana seorang wanita sanggup mengaku membunuh suaminya dengan menekap muka suaminya yang sedang tidur dengan bantal hingga lemas dan mati. Akhirnya dengan berkata benar itu, wanita itu dihukum pancung. Saya cukup kagum dengan wanita itu yang ternyata cukup ikhlas dan sudah menyesal dengan perbuatannya. Masakan tidak,hingga sanggup dipancung! Berkatalah benar walaupun pahit.

Saya nak masuk sikit... Seorang ulama pun boleh ditegur, mengapa seorang menteri tidak boleh ditegur? Kalau dahulu Saidina Umar pernah ditegur oleh seorang budak kecil dan beliau menerimanya dengan hati terbuka, mengapa pembesar kini tidak? Hilangkah status jika ditegur. Sempurna sangatkah diri anda? Maaf saya terlajak bicara. Tetapi saya rasa saya patut berkata mengenainya.

Oklah...

Hari ni selepas Solat Subuh saya sambung kembali tidur disebabkan badan saya yang amat sakit akibat latihan semalam. Kemudian saya ke kedai sekejap untuk surf Internet tetapi connection Internet terputus dan gagal disambung kembali.

Saya solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Kemudian saya hadiri kenduri pakat jiran-jiran di rumah jiran saya. Best jugak sesekali semua berkumpul sambil makan-makan bersama. Mengeratkan semangat kejiranan. Waktu nilah saya kena dengan ramai jiran saya (hehehe... saya bukannya kenal sangat jiran saya terutamanya perempuan. Kalau lelaki memang saya kenal).

Kemudian, saya sempat tonton Pangako Sa Yo. Dah nak habis dah. Semakin menarik jadinya. Jiran saya kalau tonton cerita ni sampai kena spare tisu. Hehehe...

Kemudian saya masuk kerja macma biasa dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam. Tapi hari ni connection still tak boleh. Waktu malam saya dah buat liputan perlawanan Kedah lawan NS tetapi tak boleh nak update. Tensionnya.

Malam ni jugak saya bertekak dengan dua minah Arab. Hehehe... Bertekak bukannya macam nak bergaduh, saya just beri penerangan sebab dia tak puas hati dengan kadar bayaran. Minah Arab ni selalu sangat nak berdebat dengan saya. Hehehe... Bahaya jugak... Hehehe...

Bila habis kerja saya cuba uploadkan berita Kedah di Laman Hijaukuning.com tetapi still gagal. Sampai jam 3 pagi saya cuba tetapi tak boleh. Last sekali saya masuk tidur. Senang cerita!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167][168][169][170][171][172][173][174]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah