Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

17 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sesekali bila teringat zaman kecik kecik saya, saya rasa dah amat banyak berubah. Sewaktu saya berumur lima tahun, saya berpindah dari Jerantut, Pahang ke Kampung Kubang Buaya, di Alor Setar ni.

Kalau di Jerantut saya amat dikawal lagi pun rumah pangsa, susah nak bergaul tetapi bila dalam suasana kampung sukar sikit mak nak kawal saya. Jadi saya mula bergaul dengan macam-macam aktiviti. Main perang-perang. Ada banyak cara. Guna 'Chaplom'. Berpelurukan kertas yang basah dan dia macam sumpit jugak. Tapi siapa yang selalu main tahulah.

Lepas tu senapang berpelurukan buah terung kecik. Lepas tu berpelurukan rumput. Rumput ni kena gandingkan dengan getah. Nanti saya cerita lanjut. Cuma saya nak cerita bab mencarut ni. Dulu waktu kecik waktu umur lima tahun, saya memangkuat mencarut. Saya belajar dari member yang lebih dewasa. Hehehe... Sikit-sikit saya mencarut.

Bila mak dengar sahaja atau abah dengar, habis saya kena 'belasah'. Insaf sekejap, lepas tu mencarut lagi. Sampailah umur saya enam tahun saya mencarut dan Tok Lang saya dengar dan cakap, kalau saya mencarut nanti kena potong lidah. Saya cukup takut dan sejak dari hari tu, saya tak pernah mencarut lagi. Alhamdulillah... Sampai sekarang saya tak sebut pun perkataan-perkataan keji tu. Saya amat bersyukur dengan keadaan ni.

Cuma sekarang ni, dalam pergaulan saya dengan ramai orang, masih ramai yang suka mencarut. SIkit-sikit mencarut. Susah nak kata sebab apa. Tetapi saya kena berterima kasih kat Tok Lang saya tu sebab kata macam tu walaupun dia hanya ugut untuk kebaikan tetapi ada kesannya sampai sekarang.

Cuma sekarang saya harap, saya akan kekal tak mencarut. Kepada yang suka mencarut, hentikanlah...

Oklah, masuk bab diari saya...

Hari ni waktu pagi saya just rehat kat rumah. Saya tak sihat. Jadi saya terus sambung tidur. Kepala rasa pening, belakang rasa sakit, cirit birit pulak tu! Dahlah tangan terasa sakit. Saya cuba lawan kesakitan ni. Tetap sakit!

Dahlah hari penentuan yang saya nanti semakin hampir. Rasa macam mengecewakan sahaja. Biarlah... Saya redha. Yang penting ialah kita ikhlas. Alalh tetap akan bantu macam mana pun.

Lepas tu waktu petang saya gagahkan diri pergi kerja. Dahlah tengah sakit, ada pulak tu dua orang budak perempuan ni suka sangat mengusik saya. Hehehe... Still bersekolah lagi. Saya pun jenis yang tak tahu marah, jadi saya layan sahajalah kerenah depa ni. Alhamdulillah, saya kalau dengan kerenah orang, saya dapat tahan. Payah sangat saya nak marah. Entahlah...

Kemudian bila waktu malam saya rasa amat tak sihat. Tetapi lepas makan panadol, demam saya semakin kebah. Lepas tu bila tonton Liputan Piala Malaysia di TV3, boss saya pulak menang. Hehehe... Tak sia-sia usaha kami sebab tiga minggu berturut-turut, wakil dari tempat kerja saya menang termasuklah saya. Nampaknya kami kena tutup kedai nanti sebab nak kena menginap di KL. Hehehe... Rezeki...

Malam bila balik, saya online sekejap sebab dah lama tak online kat rumah. Lepas tu saya tonton Champion League, Arsenal lawan Inter sebelum saya tidur kira-kira jam 4.40 pagi.

WASSALAM...

16 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Just selingan kepada diari saya. Teka-teki sebagai sedikit hiburan... Kalau anda nak tahu jawapannya sila highlight bawah soalan tu. Anda akan nampak benda ni "J: jawapan". Selamat menjawab...

1 . Ada satu kapal besar , kapal besar kena makan dengan ikan lagi besar, lepas tu seorang budak memasukkan ikan itu ke dalam poket dia. Apa yang besar ?

J:Penipu besar

2. Amende yang masuk satu lubang... keluar dua lubang
.

J: spenda

3. Mi apa yang takleh di goreng??

J: Misai

4. Bahagian pokok kelapa manakah bermula dari huruf V?

J: Vesawit..

5. binatang apa yang kakinya di kepala badanya dikepala dan tangannya di kepala

J: Kutu

6. mengapa org gali kubur tak pakai seluar dalam??

J: bila nak habis?? .. orang pakai cangkul..


7. ade seekor beruang.bila dia nampak ayam dia makan.bila
nampak kucing dia makan.nampak burung dia makan. Dia nampak ulat gonggok, tapi dia tak makan. Kenapa?

J: Dia dah kenyang ...

Oklah, masuk bab diari saya...

Pagi saya turun main badminton di Dewan Lung Kong. Hari tewas kepada boss saya. Alamak rekod dah jadi 4-4. Tiga minggu berturut-turut saya tewas. Apa cerita? Habis injured bahu kanan saya. Rasanya otot terkoyak kot. Apa pun, tak kisah sangat sebab ada banyak benda yang dapat saya belajar dari kekalahan hari ni. Terutamanya bab fitness dah amat-amat merosot. Dah seminggu lebih tak berjogging sebab waktu pagi asyik hujan. Bila kena hari tak hujan, saya puasa pulak!

Lepas tu join gang Mydin Alor Setar, saya just memerhati dan kemudian kami minum sekejap di Medan Selera Hijau Kuning sebelum bertolak pulang. Saya pulak rasa macam demam sikit. Sebelah petang saya ke sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk seleasaikan kerja saya, tapi tertangguh lagi! Hari Khamis baru pihak sekolah dapat siapkan.

Kemudian saya masuk kerja kat CC pulak. Semuanya ok Cuma tangan saya sahaja yang tak berapa boleh diangkat tinggi sebab terasa sakit. Tak boleh nak angkat benda berat.

Bahagian belakang, paha, terasa cukup sakit. Lepas saya minum satu liter susu, barulah rasa semakin ok. Saya habis kerja jam 12 malam dan balik ke rumah kira-kira jam 12.30 malam. Saya buat sedikit kerja sebelum saya tonton siaran langsung antara AC Milan dengan Ajax Amsterdam. Saya tidur kira-kira jam 4.45 pagi.

WASSALAM...

15 SEPTEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bekerja selalunya dari jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam. Jadi suasana tengah malam tu adalah biasa bagi saya. Apa pun, saya tak faham dengan satu senario sekarang. Waktu tengah malam, saya tengok masih ramai budak perempuan yang lepak-lepak bersama dengan lelaki!

Persoalan sekarang ialah, apakah mak ayah depa ni tak tahu ke mana anak mereka pergi pada waktu tengah malam? Keluar dengan lelaki lain pada waktu tengah malam. Tak manis dipandang orang! Memang menghairankan.

Macam kat rumah saya pun ada budak perempuan yang balik lewat malam bersama lelaki yang bukan muhrim. Tahu pulak dimarahi ayah dan mak depa sebabnya bila lelaki tu hantar, dia hanya hantar sampai kira-kira 100 meter dari rumah. Takut nanti orang nampak! Macam-macam!

Dah tu ada jugak kat rumah saya yang sanggup tidur di taman permainan kanak-kanak sampai waktu pagi. Perempuan! Bukannya lelaki! Kenapa gejala macam ni terjadi? Ni baru kat Kedah, kat KL, Penang, JB may be lagi serius.

Yang saya lihat sekarang ialah peranan mak bapak. Saya harap, bila saya jadi ayah nanti, saya akan lebih tegas dalam bab ni. Saya kena belajar banyak dari kepincangan masyarakat yang ada sekarang ni. Saya harap, saya dapat mempelajari sesuatu dari isu ni...

Oklah, masuk bab diari saya...

Cukup mengantuk!!! Saya tidur kira-kira jam 4 pagi. Lepas tu lepas Subuh saya sambung tidur sampai jam 9 pagi. Jam 10 masuk kerja samapai jam 6 petang. Memang rasa agak letih dan kurang bertenaga sikit.

Malam tu saya just keluar minum dengan Zam. Tu pun saya dah tertidur dari jam 8.30 malam. Jam 10 baru saya jumpa Zam di Stadium. Biasalah sembang-sembang kosong macam tu sambil tukar info. Thanks Zam sebab bagi key chain dari Gunung Tahan. Hari tu Key Chain dari Sabah.

Lepas tu bila balik terus saya update site dan kemudian tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah