Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

18 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi selepas Subuh saya sambung tidur balik. Mengantuknya... Jam 10 saya dah masuk kerja sampai jam 7 petang.

Lepas kerja terus saya beli makanan untuk berbuka. Alhamdulillah hari dapat berpuasa kembali. Saya cukup marah kat diri saya Khamis lepas. Saya tak ingat yang saya puasa, jadi saya makan dan bila dah nak habis baru saya ingat saya puasa hari tu. Tapi saya terus makan dan membatalkan puasa saya sebab saya tak sanggup nak buang lebihan makanan. Saya betul-betul menyesal...

Malam ingat nak rehat tapi saya terpaksa berhempas pulas buat sesuatu untuk minggu depan. Saya kena buat dengan teliti. Saya serahkan segalanya kepada Allah...

Saya tidur jam 2 pagi malam ni.

WASSALAM...

17 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Waktu pagi hujan cukup lebat. Memang seronok tidur tapi yang hairannya saya tak sambung tidur balik. Hehehe... Lepas tu hantar adik sat kat depan taman. Kemudian beli paper, sarapan. Kemudian saya ke Sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk selesaikan tugas saya.

Jam 10 saya masuk kerja sampai jam 6 petang. Habis kerja, saya terus ke Hospital untuk ziarah Pak Long saya dan nak tahu sama ada jadi operate atau tak. Rupanya tak jadi lagi sebab tekanan darah yang tinggi.

Malam saya hantar adik ke sekolah dan kemudian saya tonton siaran langsung Newcastle lawan Leeds. Seronoknya bila tengok Shearer score 2 gol! Satu last minutes. Ingat dah nak kalah. Just 2 minit sebelum tamat Shearer menjaringkan gol penyamaan.

Kemudian bila balik dah jam 12 tengah malam. Saya sambung buat kerja saya sampai jam 3.30 pagi barulah saya masuk tidur.

WASSALAM...

16 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni pagi macam biasa. Cuma bila saya tatap paper hari ni saya rasa resah dan tak tentu hala. Ada satu berita yang ganggu kepala saya. Lepas saya fikir balik, apa yang saya takutkan sangat? Kalau Allah dah tetapkan apa perlu dibantah! Terima sahajalah... Yakinlah kepada Allah. Lepas tu saya terus happy.

Lepas tu saya masuk kerja waktu pagi hari ni sebab nak pi tonton badminton malam ni. Penat betul kerja hari Sabtu ni. Banyak sangat customer. Lupa nak cakap yang malam Jumaat lepas ada sorang player Kedah mai kedai tempat saya kerja ni. Liew Kit Kong datang nak print bersama teman wanitanya.

Lepas kerja saya terus balik dan selepas Solat Asar, terus saya ke Stadium Sultan Abdul Halim bersama adik saya. Lepas tu terpaksa tunggu Bang Li. Tiket dia ada kat saya. Dia tak datang-datang lagi. Game nak mula jam 7.30. Last sekali saya masuk dulu cari tempat dan bila Bang Li call adik saya, terus saya ke pintu masuk serahkan tiket. Alhamdulillah dapat tempat yang strategik. Lepas tu Solat Maghrib di surau stadium dan kemudian dapat saksikan perlawanan Wong Choon Han lawan dengan Chen Hong, player no 1 dunia!

Malaysia tewas 5-0. Saya berpuasa hati dengan persembahan player kecuali Ching Tan Fook/Lee Wan Wah yang prestasi mereka terlalu teruk.

Satu lagi yang saya tak berkenan ialah sikap penonton yang suka memperlecehkan team sendiri. Mereka terlalu mengharap. Tak ada semangat kesukanan langsung. Bila player buat silap sikit sahaja dan kutuk dan maki player. Lepas tu siap terang-terang sokong China! Kesian kat player Malaysia.

Perlawanan tamat kira-kira jam 1.10 pagi. Saya dan adik saya terperangkap dalam hujan dan kemudian kami berhenti makan di Stadium di kedai kawan saya. Kira-kira jam 2 pagi baru kami sampai balik ke rumah.

Saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi...

WASSALAM...

15 OGOS  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman  r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatNya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
ini,seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Usman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
ini,orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
ini,menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah  lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik  itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik  dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik  itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Oklah...

Hari ni Jumaat, penghulu segala hari... Tapi saya lepas Subuh terus sambung tidur balik! Karut! Mengantuk sangat-sangat. Ya lah pagi kerja, lepas tu petang sampai tengah malam kerja jugak. Sampai rumah kadang-kadang dekat pukul 12.45 malam. Lepas tu nak siapkan itu dan ini... Memang penat dan mengantuk. Kan seronok kalau ada orang uruskan. Hehehe...

Pagi saya just berehat di rumah. Lepas tu, saya dengan family just enjoying tonton Mami Jarum Junior bersama. Seronk rasanya. Lepas tu Solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Khutbah berkisar tentang Mukjizat Al-Quran. Banyak pengajaran yang dapat dikutip dan paling penting ialah kita menghayati kandungan Al-Quran, InsyaAllah kita akan berjaya...

Kemudian, bila balik, saya makan tengah hari dan kemudian saya ke Dewan ASRC untuk membeli tiket Badminton Malaysia Lawan China esok. Saya dah beli dah. Ni pesanan orang. Lepas tu terus masuk kerja. Fuh penat nak handle kerenah budak-budak...

Sebenarnya waktu petang, ada jemputan untuk saya hadiri majlis utus belanja. Bukan saya ya! Jiran saya yang nak dipinang orang. Tapi memandangkan saya kerja, tak dapatlah saya hadir...

Lepas tu waktu malam pun banyak jugak kena layan. Tapi taklah macam malam tadi. Malam ni rileks sikit. Bolehlah online lama sikit sambil check email. Maaflah saya memang kena akui yang saya la ni lewat balas email. Banyak bend anak kena buat. Maaf!

Sambil tu nak ucap terima kasih kepada Shah, ex-roomate saya yang mai jenguk saya di Kedai. Shah dari Padang Rengas Kuala Kangsar dan sekarang sedang belajar di Akedemi Binaan Malaysia, Jitra. Rajin Shah ambil kursus tu. Maaf tak dan nak layan sangat sebab sibuk dengan customer...

Saya balik rumah jam 12.30 malam. Waktu balik saya sempat tengok upacara keagamaan kaum Cina kat taman saya ni. Malam ni malam last dan depa bakar secara besar-besaran macam patung tu dan ramai-ramai sembah. Api menjulang sampai dekat 5 meter rasanya ke udara.

Bila balik, saya cuba perbetulakan komputer dan kemudian update diari ni...

WASSALAM...

14 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Bila bangun terasa cukup segar. Mimpi yang amat amat indah. Alangkah seronoknya kalau mimpi macam ni setiap hari. Rasa cukup ceria. Walaupun dah tersedar dari mimpi, rasa cukup tenang. Alangkah indahnya kalau ia betul-betul terjadi...

Pagi, saya cuba hubungi Encik Bad tetapi gagal. Last sekali saya berseorangan ke sekolah Rendah Islam Alor Setar untuk settlekan masalah kat sana. Lambatnya progress! Alamak macam mana ni?

Lepas tu petang masuk kerja sampai jam 12 tengah malam. Waktu jam 2.45 petang tu, tiba-tiba black out kat  rumah. Bila pi tempat kerja pun black out jugak! Tauke dah kat rugi besar hari ni sebab bisnes tak dapat jalan. Bayangkan komputer memang gunakan elektrik.

Tetapi bila elektrik kembali pulih, cukup ramai yang datang! Komputer full in use! Dari jam 4.30 petang sampai jam 7.00 malam. Malam pulak bermula jam 9 sampai jam 12 tengah malam, tak larat saya nak layan. Nak kena scan, print, ajar guna komputer dan macam-macam lagi. Fuh penat malam ni tapi seronok sebab boleh surf Internet lama-lama... Hehehe... Bila balik terus saya sambung buat kerja peribadi... Saya nak siapakan sebelum due date dia. Jam 3 pagi baru masuk tidur...

WASSALAM...

13 OGOS  2003

ASSALAMUALAIKUM...

"Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh
mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Hari ni macam biasa. Waktu pagi saya siapakan kerja saya. Lepas tu ada pulak member lama datang rumah. Kelam kabut sikit sampai saya terlepas buat satu kerja. Tak apalah... Kemudian ayah suruh pi masukkan cek ke dalam akaun.

Hehehe... Walaupun saya ni ambil bidang IT tapi ni baru first time saya masukkan cek guna mesin. Senang dan mudah. Dulu saya memang selalu dapat cek. Waktu tu tak guna lagi benda ni. Saya dah mula cuba beberapa aplikasi perbankan internet. Macam akaun bcb saya di www.channel-e.com.my . Macam Maybank yang saya maksudkan dengan cek tadi. Memang mudah jimat masa...

Dalam bab ni perbankan internet, isu utama ialah security yang bersangkut kuat dengan reliability. Tapi saya rasa semakin confident bila dah beberapa kali guna. Kemudian saya masuk kerja jam 12 tengah hari. Hari ni memang sibuk sampai sepatutnya saya balik jam 8 malam. Saya balik jam 9. Hehehe... Tak apalah lewat sikit sahaja.

Bila balik jalan kat Taman saya jam disebabkan ada macam satu perayaan tahunan kaum Cina di sini. Saya pun tak tau benda apa. Nanti nak kena tanya. Selalunya sehari sebelum benda ni akan hujan lebat. Ala ada pertunjukan opera Cina sekali tu. Lepas tu ada orang nyanyi nyanyi. Lepas tu ada macam upacara keagamaan sikit.

Kemudian bila balik saya just rehat dan tonton Liputan Liga M. Sebelum tu saya isi beberapa borang kerja. Saya tidur sekejap sebelum saya bangun balik jam 1 pagi untuk siapakan kerja penting bagi saya. Saya kena siapkan dalam masa terdekat ni. Panjang... Tapi better saya sikit demi sikit. Biarlah idea tu sentiasa datang....

Saya tidur balik kira-kira jam 2.30 pagi...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah