Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

21 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Cinta dalam setangkai ranting & Cinta dalam sebatang pohon

Suatu ketika plato terlibat pembicaraan dengan gurunya...

Plato mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang rantingpun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato:

"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berpikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itupun berkata:"itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkawinan

Gurupun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau pikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

"Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya karena mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini karena saya yakin bisa merawatnya & menjadikannya indah." Lalu sang guru berkata: "Itulah makna perkawinan."

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih... tidak satupun akan kita dapati, karena kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju seperti waktu yg bergulir ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin & bersemayam pada masa lalu kita.

Oklah itu adalah satu kisah yang saya terima melalui email. Berbalik kepada diari saya ni.

Waktu pagi saya seperti biasa ke kedai beli nasi dan paper. Kesian kat mak yang masih sakit. Lepas tu saya tertidur sekajap dan kemudian teus saya pergi keai fotostat untuk fotostat semua sijil-sijil saya. Kemudian saya ke Alor Setar untuk repair but bola saya.

Bila balik, saya terima hadiah melalui pos. Hadiah Telebriti tempoh hari. Terima Kasih...Semuanya barang kecantikan (kosmetik). Jadi saya bagi kat mak. Kemudian saya berehat dan jam 4 petang saya ke kedai ambil semua salinan fotostat saya dan kemudian saya ke Alor Setar untuk ambil but bola saya tapi still tak siap. Janji jam 4 tapi tak siap lagi. Saya ok sahaja, dan dia janji 5.30 petang.

Jam 5.30 petang saya pun pergi ambil dan kemudian memang siap dan siap dia bagi hadiah free lagi. Hehehe... Nak jaga hati kot! Saya tak marah pun... Tak apalah...

Lepas tu main bola dan hari ni Suhai pun ada sekali. Hari ni memang banyak try saya buat dan saya rasa better dari semalam tapi tak ada gol dan tewas pulak tu! Hehehe...

Suhai pulak, InsyaAllah akan bertunang dengan Jaja pada akhir bulan ni. Tahniah! Tapi bila dah bertunang, pasti banyak dugaannya. Jadi sentiasa bersabar dan cuba fahami keadaan. Jangan cepat bertindak membuta tuli.

Kemudian waktu malm saya ke rumah Men untuk minta tolong Men sikit. Sambil tu bercerita pasal cerita lama sebab ada album yang saya tengok kat rumah Men. Khas untuk 6 biru SKTR 1992. Hehehehe...

Lepas tu kira-kira jam 1.15 pagi, saya dan Adik ke Plaza Tol Alor Setar utara untuk hantar Abang Midi untuk dijemput oleh kenderaan Universiti. Lama tak jumpa anggota kumpulan Firdaus yang lain. Malam ni jumpa. Hehehe...

Lepas tu saya tonton bola sambil bersahur. Perlawanan tak begitu best. Entahlah, memang rasa tak menarik jadi saya terus tidur kira-kira jam 4.20 pagi.

WASSALAM...

20 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Untuk suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya, seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah saw..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri pula.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia.
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw..Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri, jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

Itu adalah satu sajak yang saya terima melalui email. Buat lelaki renungkanlah. Buat yang lain, ambil lah iktibar. Jangan lupa esok ada lagi yang akan saya selitkan...

oklah...

Saya seperti biasa pada waktu pagi just rehat sambil menonton TV terutamanya segmen motivasi bersama Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah di MHI jam 7.20 pagi. Tajuknya suami Mithali. Hehehe... Tak kawin lagi pun, better tengok jugak. Nanti bila dah kahwin tak lah baru nak belajar. Kan!

Lepas tu saya beli paper dan nasi lemak untuk sarapan pagi. Mak tak larat hari ni, jadi mak tak keluar berniaga dan saya ke kedai beli ikan dan sayur.

Bila tengok mak tak larat, secara automatik saya rasa kesian dan terus menjadi ‘surirumah’. Hehehe... Siang ikan, potong sayur, masak ikan dan sayur manakala adik saya Shaukhi masak sardin. Jadi bolehlah makan. Kalau ikut saya, tak makn pun tak apa. Hehehe...

Tapi bila fikir sat lagi adik balik sekolah dan abh balik kerja nak makan apa. Masaklah apa yang patut. Hehehe... Kalau saya memang saya makan sikit sahaj la ni sebab say nak lawan badminton bulan depan jadi saya kena turunkan berat badan.

Hari tu dah cukup cantik saya turunkan berat badan tetapi lepas hari raya, saya abaikan balik soal pemakanan. Lagi pun sebab tak ada kejohanan badminton. Jadi berat badan naik baliklah. Sekarang ni nak kena maintain balik. Harapnya berjaya. Taklah sukar tapi kena ada semangat yang kuat. Hehehe...

Lepas tu tengah hari saya tolong jemurkan sikit baju-baju yang dibasuh. Mak memang tak larat. Hari ni adik bongsu sekali kena ajar cara basuh baju. Guna mesin bukannya susah sangat. Kalau lah ada aik perempuan kan bagus. Hehehe... Ni semuanya lelaki. Tapi kerja-kerja macam ni tak semestinya perempuan sahaja yang buat. Lelaki pun kena buat jugak!

Petang main bola macam biasa dan dapat score hattrick tapi rasa tak bestlah permainan saya kali ni. Merosot! Malam pi tengok Kedah lawan Perak. Seri 0-0. Apalah finishing Kedah ni! Asyik clean sheet, finishing pun cleen  sheet jugak. Hehehe...

Lepas balik terus saya tidur...

WASSALAM...

19 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kita tak boleh membenci perkahwinan. Nabi sendiri telah bersabda yang maksudnya lebih kurang sesiapa yang berkahwin maka dia telah menyempurnakan sebahagin daripada imannya. Jadi mengapa kita takut kepada perkahwinan?

Isunya sekarang bukannya takut tetapi berhati hati. Ya lah kerana pada zaman ni, kes perceraian terlalu tinggi. Tidak kira lelaki atau perempuan pastinya risau dengan pasangan yang bakal mereka kahwini. Entah nanti dapat serasi atau tidak dan banyak lagi persoalan yang bermain dalam pemikiran.

Tetapi kalau kita sentiasa percaya kepada Allah dan ada kekuatan sendiri, itu akan dapat kita atasi. Yang penting ialah kita benar-benar menghayati konsep tawakal dengan sebenar-benarnya.

Setiap orang ingin disayangi dan dihargai. Bila dinamakan manusia, ia tetap ada nafsu dan tetap ada keinginan untuk berpasang-pasangan hatta haiwan pun ada pasangan apatah lagi kita manusia. Tetapi jangan sampai hubungan itu sebagai sesuatu yang terlarang. Dalam Islam pernikahan adalah sebagai salah satu syarat.

Bukan tidak boleh bercinta tetapi harus ada batasan dan had tertentu. Berdua-duaan adalah sesuatu yang sememangnya boleh mengundang banyak kemungkinan. Apa tah lagi dengan darah muda yang sentiasa berkeinginan kepada sesuatu yang terlarang.

Menempuh gerbang perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh kita main-main. Ia sesuatu perkara yang terlalu serius dan kadang kala terlalu peribadi. Kadang-kadang desakan orang tua dan usikan kawan-kawan menyebabkan kita boleh rasa tertekan. Jadi kita kena bijak. Tidak boleh terlalu pantas melenting.

Semua orang yang normal inginkan perkahwinan yang membahagiakan dan dalam merentas perjalanan ke arah itu sudah pasti kita mahukan yang terbaik. Tetapi kita kena soal diri kita, terbaik macam mana? Mustahil kalau kita inginkan yang sempurna (perfect) kerana kita sendiri tidak perfect!

Kita tak akan dapat mencari pasangan hidup kalau kita terlalu mencari yang sempurna. Seorang ayah kawan saya telah berpesan kepada saya, “ Kalau memilih pasangan, jangan harap semuanya A. Mungkin di tempat lain lain atau sisi lain dia B atau C atau D. Tengok macam pak cik dan mak cik kau ni, mak cik kau ni bukannya cantik sangat tapi kami bahagia!” katanya dalam nada berjenaka.

Bagi saya, kalau orang tanya saya pasal perkahwinan saya terus terang saya cakap saya memang memilih. Tetapi saya tak mengharapkan yang sempurna. Saya pentingkan aspek akhlak, adab, sikap, tingkahlaku dan keperibadian. Saya memang tak akan pandang pada paras rupa. Kerana apa ada pada paras rupa sebab ia hanya sementara. Mungkin tiba-tiba wajah yang cantik itu akan terkena air panas ketika di dapur atau terkena pisau hingga berparut. Ia tak akan kekal. Apa tah lagi kita akan semakin tua dan sudah pasti kecantikan itu akan semakin pudar.

Sebab itu kita digalakkan memilih pasangan berdasarkan empat kriteria. Saya rasa semua dah maklum empat ciri tu dan pilihlah yang beragama. Tapi kalau anda tanya saya pasal perkahwinan, saya memang seboleh-bolehnya nak kahwin selewat-lewatnya pada 2006 dan seawal-awalnya pada 2004. (abah tak bagi kahwin lewat!) Tapi kalau anda tanya pasal calon. Saya tak akan jawab. Hehehe... Maaf sebab itu terlalu peribadi.

Tetapi percayalah, kalau kita ikhlas, Allah akan berikan yang terbaik buat diri kita. Saya sangat percaya kepada kenyataan itu. Allah sudah mengatur yang terbaik buat diri kita. Paling penting ialah perkahwinan bukan sahaja menerima sesuatu yang terbaik dalam diri pasangan kita tetapi juga apa jua yang buruk dan dalam erti kata yang lain. Terimalah pasangan anda seadanya.

Berikut saya selitkan satu artikel yang saya perolehi dari satu laman web. Maaf saya tak ingat laman tu... Esok atau lusa saya akan masukkan satu artikel mengenai memilih pasangan. Ada lima siri kalau tak salah saya. Jadi selalu-selalulah semak diari ni. Hehehe...

:::Perkahwinan:::

Sabda Nabi SAW: “ Apabila anak perempuan kamu telah baligh, maka nikahkanlah dia”

Jika kita mengkaji dan mengupas hadis yang tersebut diatas, tentulah perlu kita tekankan tujuan ianya disampaikan oleh Baginda SAW. Mengapakah perlu disegerakan seseorang gadis yang telah mencapai akhil baligh untuk bernikah. Pasti ada jawaban terhadap tuntutan ini. Perkahwinan itu sendiri adalah amat dituntut oleh Islam. Di samping ianya dapat menyelesaikan keperluan dan tuntutan zahir dan batin insaniah, menyambungkan zuriat keturunan keluarga, ianya juga merupakan suatu formula rawatan kepada permasalahan sosial ummah.

Sabda Rasulullah SWT : “ Orang-orang yang buruk diantara kamu ialah mereka yang masih hidup membujang dan diantara kamu yang matinya sia-sia ialah mereka yang hidup membujang” - Riwayat Ahmad bin Hambal

Sabda Rasulullah SWT : “ Dua rakaat yang dilakukan oleh yang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh puluh rakaat yang dilakukan oleh orang yang hidup membujang”

- Hadis dikemukakan oleh ‘Adiy berasal dari Abu Hurairah

Antara sebab-sebab mengapa perkahwinan itu boleh menjadi penyelesaian kepada masalah social ialah kerana setiap individu itu terdiri dengan jasad, roh, nafsu dan naluri.

Sabda Rasulullah SAW: “ Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan ALLAH. Orang yang menangis kerana takutkan ALLAH diharamkan ALLAH akan api neraka ke atas tubuhnya”

Bilamana sahaja seseorang wanita itu telah mencapai akhil baligh, ia secara tidak langsung boleh menjadi suatu fitnah kepada lelaki, sekiranya wanita tersebut tidak mentaati tuntutan Islam. Bentuk tubuh, rambut, suara dan gaya penampilan wanita dengan mudah membangkitkan syahwat dan mengaburi mata ramai lelaki, apatah lagi sekiranya lelaki tersebut tidak beriman malah jahil agama.
Islam sebagai Ad-Din menyediakan suatu platform yang jelas dalam menangani segala aspek permasalahan Bani Adam, baik dari segi zahir mahupun batin. Maka perkahwinan adalah ibarat ubat yang mujarab bagi merawat jiwa-jiwa yang memerlukan belaian dan kasih sayang.

Suatu masalah dan kelemahan yang telah menjadi umpama suatu “killer-virus” kepada sebahgian besar umat Islam itu sendiri ialah kejahilan agama, lantas membuahkan penyakit iman dan tidak yakin terhadap firman Allah dan sabda Rasul. Misalnya kita tidak yakin bahawa perkahwinan merupakan ubat kepada penyakit social dan jiwa. Lalu hal-hal yang berkaitan dengan munakahat dibiarkan ke tepi dengan meletakkan hal-hal keduniaan menjadi lebih utama seperti mengejar wang dan kemewahan dan sebagainya.

Rata-rata masyarakat zaman sekarang mengamalkan sikap berlumba-lumba untuk kahwin lewat usia. Sesiapa yang dapat mempertahankan zaman bujangnya paling lama, maka dialah yang paling hebat. Tetapi disebalik semua itu, tiada siapa yang tahu sama ada si bujang itu, jika lelaki adakah masih teruna? Atau jika perempuan adakah masih dara sunti? Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan kununnya ingin memburu karier dan tiada masa untuk bercinta apatah lagi berkahwin.

Mengapa manusia malu untuk mempamerkan perasaan cinta yang sememangnya tidak dapat dinafikan wujud pada setiap insan? Mengapa ada yang malu mengaku sudah berpunya? Mengapa ada yang tersipu-sipu untuk menyatakan bahawa dia adalah tunangan orang, atau isteri, atau suami?

Islam tidak menghalang umatnya berkasih sayang, malah amat mengalakkan. Namun jalannya mestilah betul. Seharusnya usia tidak perlu menjadi ukuran kerana bukan kita yang menetapkannya. Ada manusia yang ditetapkan jatuh cinta awal dan ada pula lewat. Begitu juga dengan maut, ada yang meninggal dunia pada usia muda dan ada yang tua.

Semoga apa yang ternukil mendapat Rahmat Allah dan menjadi penyuluh kepada semua umat Islam dan juga bukan Islam, khasnya kepada mereka yang senasib. Bersabarlah dan berdoalah kepada Allah dengan penuh keyakinan….bahawa pertolongan Allah itu ada di mana-mana.

:::

Percayalah sepenuh hati kepada Allah dan sentiasa lah mengingati Allah, InsyaAllah Allah akan mudahkan segala urusan hidup kita.

*Kalau anda ada komen atau pandangan sila email saya...

Oklah berbalik kepada diari saya...

Waktu pagi saya rasa macam nak demam, sakit tekak. Tapi saya gagahkan diri ke kedai untuk beli paper dan majalah MASSA. Oleh kerana saya puasa hari ni, saya rasa terlalu penat. (Hehehe...awal-awal pagi dah rasa penat) Bukannya apa sebab tak bersahur tadi lepas tu rasa nak demam pulak.

Jadi saya tertidur sekejap. Sebenarnya saya nak awal beli no PIN KPLI, tapi oleh kerana tak begitu larat saya pergi jam 12. Tak payah nak berebut sangat sebab semua BSN ada jual. Sekarang dah mudah semuanya online.

Dengar cerita ramai yang bertumpu kat BSN Utama di Alor Setar, sedangkan ia boleh dibeli dari mana-mana BSN. Tempat saya senang sahaja, tak payah nak beratur panjang. Hehehe...

Lepas beli terus saya apply. Sambil tu saya sekarang tengah banyakkan pembacaan sebab pada 29 Mei ni saya dikehendaki hadir untuk ujian Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Jadi saya kena banyak buat revision. InsyaAllah semuanya akan ok...

Tengah hari saya just menonton TV dan kemudian berehat. Petang saya just berada di rumah. Tapi paling merisaukan bila mak mengadu sakit kaki sampai terkeluar air mata. Sakit urat kot. Terus abah call Abang Midi untuk hantar mak ke hospital.

Saya pulak lepas berbuka, baru rasa lega dan kemudian Abang Midi hantar mak ke klinik dan kemudian rupanya Cuma sakit otot. Tapi saya memang cukup-cukup risau. Maklumlah mak sendiri...

Lepas tu saya just tengok TV dan tonton Drama Cikgu Nabila. Hehehe... Saya baru sahaja apply KPLI, nanti tak tahulah sama ada kalau dapat kena jadi macam tu. Hehehe... Orang lelaki tak kisah sangat tapi orang perempuan sikit merisaukan.

Saya tidur kira-kira jam 12 tengah malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah