Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

 

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

24 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI LAHIR

Buat adik saya Mohamad Fazli yang menyambut hari lahirnya yang ke 17 hari ini....

Semoga panjang Umur dan Murah Rezeki...

Oklah...

Menurut kiraan Ahli Falak, esok dijangkan kita akan menyambut kedatangan Aidilfitri dan dengan itu jugak bermakna kita hanya berpuasa selama 29 hari sahaja tahun ni. Oleh itu saya rasa diari untuk hari ni saya tak mahu tulis panjang sebab saya nak beri ruang kepada Edisi Hari Raya...

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...

WASSALAM...

23 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Ramadhan makin sampai ke penghujungnya. Terus terang saya katakan saya amat tak berpuas hati dengan prestasi saya tahun ni dalam bulan Ramadhan. Sebab itu pada waktu malam saya sering minta kepada Allah beberapa perkara. Kadang kala saya menangis sebab saya perlukan kekuatan untuk melawannya. Alhamdulillah saya berjaya setakat ini tetapi saya nak kan kesinambungan. Apa pun ia ujian yang cukup hebat buat diri saya. Malam tadi saya terkejut sangat-sangat dan tak tersangka-sangka. Saya macam keliru. Suka ada, duka pun ada tetapi bagi saya biarlah Allah yang menentukannnya. Bila saya dengar satu kisah, saya semakin kuat menghadapinya. Alhamdulillah....

Rasulullah dahulu pun lebih hebat cabarannya dalam hal ini daripada saya. Nampak sangat saya perlu kuatkan lagi keimanan saya. Saya tak boleh lemah. Hanya pada Allah tempat saya meluahkan segalanya. Saya tenang bila mengadu kepada Allah. Sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan. Saya percaya...

Oklah...

Hari ni selepas Solat Subuh saya tidur sekejap. Kemudian saya ke kedai saya untuk semak email sekejap sebelum saya ke Bank. Ramai sangat pulak orang hari ni. Terpaksa menunggu. DI stesen minyak pun ramai. Puas menanti sampaikan saya terlewat ke rumah Men untuk aturcara kami. Terpaksalah saya minta tolong adik saya settlekan bab motor saya.

Saya bertolak ke rumah Zam bersama Men dan kemudian ke rumah Boss. Kami memulakan perjalanan Ke Padang Besar untuk Shopping. Saya sempat beli satu Jersi Newcastle dan dua helai tuala mandi serta 5 kilogram Beras Pulut (Pulut Susu) dengan harga RM 10 sahaja! Boss, Men dan Zam semuanya shopping dan kalau taks alah saya jumlah kami berbelanja empat orang adalah lebih kurang lebih Empat Ratus Ringgit!

Kemudian kami berbuka puasa di Kuala Perlis. Makan Ikan Siakap masak 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam dan Sayur Kailan campur ikan masin. Sedap ditambah dengan ulam raja, air asam, sambal belacan dan jus tembikai. Alhamdulillah kenyangnya... Kenyang ratah lauk daripada makan nasi. Hehehe... Semuanya RM 62. Reasonable jugaklah untuk sekali sekala.

Kami lewat sikit solat Maghrib sebab tunggu hidangan sahaja dah dekat 45 minit. Lepas tu tersilap masuk jalan pulak ke masjid. Masuk waktu Isyak ialah 8.15 dan kami solat Magrib jam 8.13! Kemudian terus sambung solat Isyak. Di Perlis ni mereka tak ada wirid lepas solat dan makmum akan berdoa sendiri. Pelik sikit tapi itulah identiti di kebanyakan kawasan di Perlis setahu saya.

Kemudian kami pulang melalui jalan Kuala Sanglang. Hehehe... Hampir sesat kami melalui jalan di tepi laut tu tapi angin malam memang best! Saya terasa mengantuk pulak. Lepas tu kami singgah sekejap di Star Parade. Masih ramai orang wlaaupun dah lebih jam 10. Hidup betul Bakal Bandaraya ni. Hehehe... Kemudian kami minum di depan ITTAR Alor Setar sebelum bertolak pulang kira-kira jam 11.45 malam. Saya tiba di rumah saa kira-kira jam 12.15 pagi. 

Kemudian saya habiskana masa lebih kurang sejam untuk baca paper Mingguan dan Berita Minggu sebelum saya update Diari saya yang dah lama tak dikemaskini. Saya tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

22 NOVEMBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Terima kasih kepada mereka yang mengirimkan kad raya kepada saya. Terima kasih banyak-banyak... Saya jenis bila terima sahaja, on the spot saya akan balas dan kemudian saya pos hari tu jugak... Cuma melalui e-card saya akan reply sehari sebelum raya.

Oklah...

Hari ni waktu pagi, selepas sahur dan Solat Subuh saya sambung tidur kembali tapi tak lama sangat sebab ada bend ayang nak kena saya buat. Saya ke kedai saya dan kemudian saya rehat sekejap. Balas kada raya yang saya terima dan poskan. Cuma tak smepat nak repair motor.

Kerja macam biasa, Cuma hari ni bila balik saya kenduri air di rumah saya. Bayangkan dengan RM 4 saya dapat beli 7 bungkus air! Selalunya waktu saya balik dah dekat waktu berbuka dan hari ni banyak yang tak habis jadi saya dapat 4 bungkus dengan harga RM 2! Alhamdulillah...

Kemudian saya siapakan Duit Raya untuk saudara mara saya. Saya dah minta Boss saya tukarkan duit di bank. Duit baru! Malam saya masuk kerja macam biasa sambil menonton siaran langsung EPL. Alhamdulillah malam Magpies menang 3-0 dan Shearer score dua bijik. Memang banyak point saya malam ni...

Habis waktu kerja saya dan Boss saya keluar makan nasi kandar sambil berbual dekat dengan Lorong Kilang Ais di Alor Setar ni. Kemudian bila balik dah jam 2pagi dan saya teruskan dengan aktiviti malam saya sampai jam 3.30 pagi barulah saya masuk tidur.

WASSALAM...

21 NOVEMBER  2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Jodoh saya dengan motor saya masih panjang. Bersyukur saya ke hadrat Allah... Tahu tak apa yang terjadi. Rupanya malam taid sebab saya tak boleh nak start motor saya ialah motor saya dah ‘dikepak’ untuk dicuri. Silap saya jugak percayakan budak-budak jual burger di depan kedai saya tu. Saya tinggal dari jam 12.15 hingga 2 pagi.

Bila saya repair, barulah saya lihat kesan kepakan itu. Ternyata ia masih baru. Alhamdulillah... Tapi habis RM 45 duit saya hari ni. Yang paling penting saya harus bersyukur. Macam kes ayah kepada seorang Pelakon Hindi, Hrithik Roshan yang ditembak semasa hari jadinya. Tahu tak apa jawapan Hrithik? Jawabnya ayahnya masih hidup adalah hadiah yang paling bermakna bagi dirinya. Nampak tak betapa positifnya pemikiran beliau dalam hal ini.

Hari ni saya memang terlewat ke masjid sebab repair motor saya ni. Lepas tu saya singgah di kedai sekejap. Khutbah hari ni berkisar tentang kekuatan kita menghadapi Ramadhan. Khatib ada bicarakan apa yang saya persolakan minggu lepas. Tentang anak muda sekarang yang lebih suka lepak sewaktu solat Jumaat. Tak hadir solat Jumaat dan dah ramai yang berani mengatakan itu hak sendiri apabila ditegur. Mujur masih belum parah seperti di kawasan Afrika Timur seperti di Algeria dan Maghribi.

Tahu tak di sana, apabila seorang anak muda solat ketika masuk waktu di masjid, sekumpulan remaja Islam akan mengelilingi remaja itu dan sebaik sahaja selesai remaja itu menunaikan solat, ia akan dimaki dan menyelarnya sebagai bodoh kerana usia masih muda bukannya nak mati lagi. Astagfirullahala’zim... Minta dijauhkan...

Kemudian betapa pentingnya zakat fitrah. Tahun ni pertama kali saya akan menunaikan kewajipan saya membayar Zakat Fitrah. Sebelum ni saya masih belum bekerja lagi.

Selepas Solat Jumaat saya masuk kerja seperti biasa dan malam macam biasa. Malam ni saya balik awal sikit dan sempat jugak saya tonton kembali rancangan yang slealu saya ikuti pada waktu tengah malam dan kemudian saya ikuti Siaran Langsung Solat Tarawih dari Makkah. Saya tidur kira-kira jam 4 pagi hari ni. Lewat 30 minit daripada biasa.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167][168]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah