Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

20 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab

Sedikit mutiara hikmah buat pembuka bicara hari ini.

Waktu pagi saya hantar adik saya ke sekolah dan kemudian membaca majalah MASSA dan paper hari ini. Kemudian saya bersihkan halaman rumah dan kemudian saya semak dan balas email. Dua hari lepas kira rekodlah untuk tahun ni saya tak guna internet selama 50 jam. Hehehe...

Tapi nasib baik tak banyak email yang saya terima. Cuma seorang dua sahaja yang hantar email. Tak lah penat sangat saya membalasnya. Dari segi pengunjung laman web taklah banyak sangat tapi ada capaian dari Jepun. Tak tahulah siapa.

Kemudian saya isi borang-borang perjawatan dan kemudian saya ke Batu 2 Langgar untuk fotostat salinan-salinan sijil. Kemudian saya jemput adik saya balik dari sekolah dan kemudian saya cuma berehat menonton TV. Jam empat petang saya ke kedai fotostat untuk mengambil salinan sijil-sijil saya.

Petang saya turun main main bola. Seronok tapi maslaahnya depa mula main lewat sikit. Malam tengok berita dan kemudian tonton Bicara Siswa sekejap dan kemudian berselang dengan Misteri Nusantara.

Lewat malam sikit saya semak email dan balas email serta update laman saya yang last sekali saya yang last sekali saya update pada 17 Januari lepas. Tidur kira-kira jam 1 pagi.

WASSALAM...

19 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Daulat Tuanku
Semoga Allah lanjutkan Usia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Sultan Negeri Kedah

Sempena

Ulangtahun keputeraan Yang ke-75

Dirgahayu Tuanku!

Selepas Solat Subuh, saya cari masa nak berehat sebab terasa cukup penat. Malam tadi tidur memang tak terasa sebab terlalu penat. Waktu pagi saya seronok mendukung Irfan. Memang seronok layan dia. Kemudian nak sarapan penuh pulak dapur tu. Mak Su saya pulak masih lagi malu-malu dengan kami. Biasalah orang baru. Hehehe...

Saya pun buatlah beberapa kerja kat luar seperti mengemas meja dan mengankat masuk barang-barang kenduri semalam. Bila sarapan kena makan dengan kumpulan perempuanlah sebab dah lewat. Nasib baik still ada lelaki yang join saya. Mak Su pulak still senyap lagi. Asyik senyum sahaja sebab segan.

Kemudian sama-sama memunggah khemah yang satu lagi dan mengangkut semua peralatan ke tempat simpanan barang. Memang mudah sebab ramai yang tolong. Kemudian bila menjelang tengah hari dah ramai yang bertolak pulang.

Irfan pun dah nak balik ke rumah Toknya yang satu lagi juga di Pendang. Bila jumpa sekali lagi rasanya Irfan dah besar dah. Bila petang baru saya sempat berbual sikit dengan Mak Su saya. Memang padan dengan Pak Su saya. Dia memang layan Tok wan saya dengan baik. Saya cakap kalau dengan saya tak payah sangat. Saya senang sahaja.

Saya bertolak balik selepas Asar dan sempat main bola kat rumah walaupun agak penat. Malam bila baring atas katil saya terus rasa cukup nikmat sebab dapat baring atas tilam sampai terus tertidur. Saya bangun balik jam 2 pagi untuk solat. Hehehe... Teridur. Lepas tu terus sambung tidur balik.

WASSALAM...

18 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Antara hari yang paling memenatkan saya. Hari yang menyaksikan saya bekerja dari pagi sampai malam. Sebelum Subuh lagi suasana kat rumah Tok Wan saya dah riuh rendah. Saya sengaja lewat sikit bangun sebab jenuh nak berebut bilik mandi. Biarlah orang perempuan bersiap dulu. Orang lelaki tak kisah sangat.

Sewaktu Subuh keluarga Pak Long saya menerima berita yang menyediahkan kerana mertuanya meninggal di Buluh Lima. Semua terkejut. Selepas sahaja solat Subuh saya terus mula bekerja. Saya mengangkat bata-bata untuk dijadikan tungku. Kemudian saya menimba air untuk membasuh kawah da kemudian menjerang air sekawah untuk merebus daging.

Kemudian saya mengemaskan kerusi di khemah sebelum saya mengasuh Irfan sekejap. Selepas sarapan saya terus mengangkat kayu-kayu untuk dipasang menjadi meja. Juga mengalihkan meja untuk melapangkan kawasan untuk orang siang daging yang disembelih.

Kemudian saya temankan Tok Wan saya menziarahi besannya di Buluh Lima. Saya lihat wajah Besan Tok Wan saya itu tenang sahaja. Alhamdulillah. Saya dan Tok wan saya tak dapat lama di sana kerana urusan kenduri perlu diselesaikan lagi.

Sesampainya di kampung saya ditugaskan untuk membeli beberapa barang. Kemudian saya mengangkut pinggan dan gelas untuk jamuan makan. Selepas itu saya kena gali longkang untuk memudahkan pengaliran air. Rasa macam kebas tangan saya. Lepas tu kena angkat batu yang beratnya berpuluh-puluh kg pulak untuk dibuat batu tungku. Memang penat.

Kemudian bila waktu jamuan makan kena jadi mentara pulak. Memang letih tapi seronok sebab semangat gotong royong dengan penduduk kampung yang lain. Kemudian saya kena ke Pekan pendang beli timun sebanyak 40kg lagi! Bila balik saya memang tak sempat makan lagi. Saya makan pun dah dekat jam 2 sebab orang datang bertali arus. Bila makan saya rasa pedih tangan saya sewaktu cicah air asam. Rupanya dah melecet. Tak sedar pulak!

Selepas makan saya terus bersiap sebab kena jadi pengapit pengantin lelaki. Hehehe... Sambil tu merangkap jadi jurukamera. Bila belarak sampai ke rumah pengantin perempuan macam-macam benda yang baru. Antaranya dekat sana bila jamu makan untuk anggota rombongan sudu tak disediakan. Macam mana nak ambil kuah? Rupanya adat kat situ. Kenalah. Hehehe...

Pak Su saya tak habis-habis diusik oleh Tok Cik saya. Hehehe... Bila bertolak balik saya kena jadi jurukamera lagi sebab adik saya malu nak tangkap gambar. Pengapit pun saya. Hehehe... Mak Su saya memang comel. Pengapit perempuan pun cantik. Hehehe... Gurau sahaja. Mak Su saya baru 20 tahun. saya dah 22. Hehehe... Tapi pangkat saya rendah. Hehehe...

Lepas semua settle dan rombongan pengantin perempuan dah balik. saya kena teruskan jadi mentara sambil layan orang lain yang datang. Men dengan Zam ada datang tapi tak sempat jumpa. Maaf sebab waktu tu saya belarak ke rumah pengantin perempuan. Sambil tu baru ada masa layan Irfan. Hehehe...Geram betulllll...

Kemudian lepas jam enam Pak Long saya dengan keluarga sebelah mertua dia pun hadir selepas urusan pengkebumian. Saya sempat layan dan berbual dengan beberapa saudara mara. Lepas tu saya layan Irfan dan kemudian Akrima pulak. Hehehe...

Selalunya kalau handle kenduri, saya akan makan dua tiga kali tapi kali ni cuma sempat makan sekali sahaja. Banyak kerja betul...

Selepas Maghrib saya makan malam dan terus tolong angkat apa yang patut. Lepas tu kena mengasuh Irfan. Tak kisah sebab seronok punya pasal. Pak Su saya pulak lepas tu suruh saya dengan Pak Cik saya 'katok tulang' untuk dibuat sup. Saya tak pernah buat sebelum ni. Saya pada mulanya tak mahu sebab tangan saya melecet macam mana nak pegang kapak. Tapi Pak Cik saya bagi idea pakai sarung tangan. Terus saya buat jugak.

Ingatkan mudah rupanya susah jugak sebab pertama kali saya buat. Macam nak putus tangan sebab dua ekor lembu yang saya dengan Pak Cik saya 'katok'. Maknanya kami buat sorang satu! Hehehe...

Bila dah habis tu inagt boleh rileks, rupanya tak kena punggah khemah pulak. Kena angkat kerusi dan meja naik lori. Memang penat! Memang banyak kerja nak settlekan semua tu. Badan memang rasa cukup penat. Hehehe... Saya dah rasa lapar sangat terus saya ke dapur meratah lauk. Biarlah ramai orang perempuan pun saya dah lapar dan dahaga sangat. Lagi pun semua tu saudara saya.

Kemudian saya tidur dah dekat jam 1 pagi sebab tengok cerita Hindustan Mann di TV2. Memang penat tapi seronokkkk...

Sahabat yang baik itu lebih baik daripadamu kerana nafsumu sangat cenderung kepada kejahatan, sedangkan sahabat yang baik itu, tidak ia menyuruh melainkan kebaikan

Lidah itu pedang pemutus yang tidak boleh diukur ketajamannya dan perkataan itu anak panah yang terlepas yang tidak boleh dikembalikan lagi

Tiap-tiap sesuatu apabila banyak menjadi murah, kecuali aqal, kerana semakin banyak semakin mahal

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah