Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

18 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hehehe… Badan pun makin membulat. Lama tak training. Hehehe... Waktu kursus makan sampai enam kali sehari. Makan free. Hehehe...

InsyaAllah saya akan bertolak ke NS sekali lagi esok. Saya tak pasti sama ada di Seremban atau PD. Dengar cerita mungkin di PD. Hari tu di Tanjung Gemok dan kali ini mungkin di Teluk Kemang. Oklah mana-mana pun.

Alhamdulillah dah dapat confirmation saya ditawarkan jawatan pensyarah. Hehehe... Bila sesekali fikir rasa macam mimpi pulak. Hehehe... Rezeki. Alam pekerjaan memerlukan satu cara berfikir yang lebih mantap. Ia tak semudah sewaktu zaman study. Zaman kerja ni memang cukup mencabar. Terlalu banyak kerenah yang perlu ditangani. Memang memeningkan kepala. Itulah nasihat yang selalu ayah saya berikan.

Apa pun hidup ini memang sentiasa penuh dengan cabaran. Setiap kejayaan menghadapi cabaran merupakan ujian sejauh mana kita akan sentiasa mengingati Allah. Ke mana pun kita asal matlamat kita tetap satu. Jadi saya kini perlu lebih serius merenung masa depan. Terlalu banyak yang perlu difikir tambahan pula saya anak sulung. Fuhhh.... Memang memeningkan.

Tetapi dengan sokongan banyak pihak, saya rasa semakin yakin dan bersemangat. Terima Kasih!

Hari ni saya menyambut pelawaan sahabat saya untuk menemaninya bermain badminton. Dulu sewaktu kecik memang kami selalu bersama bermain. Sekarang dia pun dah ada bisnes sendiri. Saya pun berpeluang mengasah bakat bermain setelah agak lama berehat daripada bermain badminton.

Memang memenatkan tetapi menyeronokkan. Cuma satu yang masih bermain dalam kepala. Macam mana saya nak main waktu kerja nanti? Saya memang kaki sukan terutama sekali bola dan badminton. Hehehe... Fikir benda tu pulak... Patutnya fikirkan soal kerja kan? Hehehe... Soal keperluan diri pun perlu jugak. Kan?

Bila sebut soal kerja saya terpaksa berhijrah. Saya dah cuba confirmkan tempat di Kulim. Daerah yang pernah menjadi tempat saya menuntut ilmu suatu ketika dulu. Pastinya banyak kenangan akan bermain dalam fikiran saya kelak. Kini saya kembali untuk mencari rezeki, InsyaAllah semuanya diberkati. Allah.

Bila dah semakin lama tak menulis, rasanya seperti agak ‘berkarat’. Tetapi keinginan nak menulis semakin tinggi. Hehehe... Tetapi buat masa ni saya mungkin akan lewat mengemaskini laman saya ni. InsyaAllah nanti bila saya dah beli lap top saya akan cuba menulis seperti biasa. Menulis apa sahaja yang terlintas dalam benak saya. Meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

Rasanya cukuplah setakat ini untuk mengubat kerinduan diri yang dah lama tidak meluahkan sesuatu dalam layar ini. Kepada semua pemngunjung laman saya. All The best.

Rasanya hari cukup cemerlang bagi aktiviti sukan saya. Hehehe... Semuanya menjadi. Main badminton pun menang. Main bola pun dah boleh score balik dan menang. Memang cukup menyeronokkan hari ini. Alhamdulillah...

Oklah

Semoga berjaya dan terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Semoga kita sama-sama diberkati dan dirahmati Allah, InsyaAllah.

WASSALAM...

17 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Memang sukar tanpa komputer. Satu hakikat buat diri saya. Alhamdulillah setelah lebih kurang dua minggu saya tidak dapat mencoret sebarang catatan dalam diari, hari ini saya kembali dapat mencoretnya. Walaupun agak penat sebab baru balik berkurusus Di Port Dickson selama seminggu saya masih lagi berjaga. Memang rasa cukup mengantuk tetapi ditahan jugak. Mungkin Khamis ni saya akan ke Seremban pulak untuk menghadiri kursus intensif.

Sebenarnya saya menghadiri kursus CRKMMB 4.5 satu perisian multimedia terbaru, hasil buah tangan rakyat Malaysia, Anak Melayu iaitu Professor Dr. Rahim Kasim yang lebih dikenali sebagai Cikgu Rahim. Perisian inilah yang akan diajar kepada guru-guru di seluruh Malaysia dan bengkel yang diadakan adalah untuk memilih para pensyarah dan fasilitator yang bakal mengajar CRKMMB ini.

Alhamdulillah setelah berkampung di Glory Beach Resort, PD selama lebih kurang seminggu, terlalu banyak yang dapat saya pelajari. Sesuatu yang cukup memberi kesan kepada minda saya. Apa yang telah saya lalui, banyak mengajar diri betapa setiap sesuatu yang pernah kita lakukan dulu akan memberi kesan pada kemudian harinya.

Walaupun penat memerah otak, fizikal pulak begitu relaks. Hehehe... Mana taknya sehari sampai 6 kali makan! Free pulak tu. Hehehe...

Sesekali pada waktu petang saya akan mengambil masa berjalan-jalan di tepi pantai sambil merenungkan masa depan. Apa yang perlu saya capai dan beberapa perancangan yang perlu saya lakukan. Cabran cukup berat!

Pemandangan matahari terbenam di sini tidak begitu ketara. Mungkin disebabkan oleh terlalu banyak awan. Langkawi bagi saya lebih menarik tetapi every place have their own specials. Bagi saya PD ada sesuatu bagi saya.

Di PD saya menginap di Tingkat 4 Glory Beach Resort dan bila menjengah ke beranda akan terbentanglah lautan yang luas sambil boleh menikmati angin yang cukup mendamaikan. Best kan! Room mate saya adalah Zul, Fisham dan Wadi. Cuma agak menyedihkan sebab Wadi terpaksa pulang pada hari kedua kerana demam campak.

Zul merupakan seorang kawan yang cukup baik. Dah berusia 27 tahun dan sudah berumahtangga dan sepanjang tempoh kursus dia cukup berdebar-debar kerana isterinya bila-bila masa sahaja akan melahirkan anak. Alhamdulillah sewaktu dia pulang isterinya masih lagi sihat. May be tunggu ayah dia balik kot. Hehehe...

Seorang lagi adalah Fisham dari KL. Zul tadi dari cawangan Perlis. Fisham baru sahaja pulang dari Mekah menunaikan haji. Masih muda! Baru 25 tahun. Alhamdulillah. Banyak jugak kisah yang sempat kami kongsi dan sememangnya Fisham cukup rapat dengan kami dari Utara.

Kadang-kadang bila berkursus ni rasa terlalu letih tetapi semacam ada suatu semangat mengajar saya lebih bersabar. Alhamdulillah. Berkumpul bersama lebih 200 orang peserta dan urusetia memang banyak memberi pengalaman. Cukup menarik!

Ramai jugak kawan-kawan saya yang sama-sama ke kursus tersebut. Cuma agak merisaukan saya ialah ramai student perempuan dari UUM kenal saya tetapi saya tak kenal mereka. Tapi bila ditegur saya memang akan layan sebab semuanya adalah kawan saya.

Bersama dengan rakan-rakan dari Utara memang tak kering gusi dibuatnya. Sewaktu hari terakhir, Alhamdulillah saya berjaya lulus ujian dan InsyaAllah dapat ditawarkan jawatan Pensyarah di Pulau Pinang. InsyaAllah. Sekarang Cuma perlukan surat tawaran bekerja sahaja.

Buat rakan-rakan yang lain Tahniah!

Perjalanan pulang cukup menarik kerana kami sempat singgah di Putrajaya dan KLCC. Kami tiba di Alor Setar jam 6 pagi 16 Mac 2003.

Sepanjang di sana ada juga beberapa peristiwa yang mengerikan seperti kes bunuh diri (bukan peserta kursus). Bertembung dengan ramai aktor dan aktres filem terkenal yang sedang shooting dan banyak lagi.

PD 2003 tetap dalam ingatan!

Sempat jugak saya menelefon keluarga angkat saya di Gemas, NS. Barulah dapat berbual lama sikit.

Bila sampai di Alor Setar, rasa cukup mengantuk tetapi saya tetap habiskan masa untuk melayari Internet selama 3 jam! Bayangkan dah seminggu tak menjengahnya. Memang cukup gian. Hehehe...

Satu permohonan maaf! Maaf kerana mungkin ada yang menghantar email kepada saya tetapi terpkasa dipulangkan ke mail box anda disebabkan storage email saya dah penuh. Maaf!

Kemudian settlekan banyak kerja yang tertangguh sebab may be kena pergi lagi. Bila waktu petang, hobi saya dapat saya sambung kembali iaitu bermain bola! Cukup menyeronokkan selepas seminggu Cuma menyaksikan melalui TV orang mian bola. (Kat sana ada jugak main bola sepak pantai). Bila malam memang saya just tonton bola dan kemudian tumpang lap top yang ada kat rumah saya untuk menaip diari ini. Hehehe...

Sebenarnya banyak benda yang nak saya tulis. Dah lama tak menaip diari. Hehehe... Sentuh sikit bab bola. Ada yang hantar email kepada saya kerana marah dengan ulasan saya. Saya minta maaf sebab bukan maksud saya. Saya Cuma menganalisis perlawanan yang saya saksikan. Apa pun semuanya just soccer. Forget it! OK!

Kedah pulak, minggu lepas membelasah Melaka 6-0. Sabtu ni saya may be miss seperti mana saya miss demo F1 Sabtu lepas. Apa yang nak dikata.

Ada yang tanya pasal job saya. Alhamdulillah zaman menganggur dah lepas. InsyaAllah kalau sampai surat tawaran nanti, offica saya akan berada di Bagan dekat Butterworth dan tempat bengkel yang bakal saya kendalikan ialah di Feringgi Beach Resort. Bengkel pertama adalah pada 07 April ini, InsyaAllah.

May be saya akan tinggal di Kulim. Reza pulak dah kerja di Cyberjaya, jadi tak dapatlah saya tumpang dia buat sementara waktu. Saya dah dapatkan beberapa info. Alhamdulillah ok. Semuanya bergantung kepada Allah.

Buat yang menghantar email tetapi lambat saya balas. Saya minta maaf. Selalunya dalam masa 48 jam saya dah send reply tetapi buat masa sekarang dengan banyak kekurangan yang perlu saya lalui. Saya minta maaf!

Rasanya cukuplah setakat ini saya mencoret. InsyaAllah nanti diari ini akan kembali beroperasi seperti biasa. Mudah-mudahan.

All The Best!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah