Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

11 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Kita tidak pernah sedar tentang betapa beruntungnya kita dalam sesuatu keadaan hingga kita berada dalam keadaan yang lebih buruk.

-Anonymous-

Oklah...

Hari ini selepas Solat Subuh saya sambung tidur sekejap sebelum saya sambung training badminton bersama team Polis Kedah. Sakitnya badan. Memang best sebab dah pecah banyak peluh saya. Memang puas. Saya lawan single dengan player Polis Kedah dan saya menang! Alhamdulillah... Rasa cukup bersemangat!

Kemudian saya rehat sekejap sambil membaca paper dan menonton liputan Sukan Sea. Selepas makan tengah hari saya just berehat dan tonton Pangako Sa Yo. Dah nak habis dah. Kalau tak salah saya Isnin depan adalah episod terakhir. Semakin menarik jadinya...

Sebelum saya masuk kerja saya ke kedai Fotostat untuk ambil barang yang telah saya pesan. Kemudian saya masuk kerja macam biasa dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam.

WASSALAM...

10 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Tahniah Nazmizan! Saya bangga jadi rakyat Malaysia. Selepas 100 meter, kini 200 m pulak telah menobatkan Nazmizan sebagai Raja Pecut Asia Tenggara. Tahniah. Begitu juga kepada Suhaizi dan Noraseela Khalid yang berjaya meraih emas di lapangan olahraga. Juga atlit lain yang berjaya meraih pingat.

Ramai yang terkejut dengan kebolehan Vietnam meraih 86 emas (sehingga saya menulis diari ini). Bagi saya ia perkara biasa. Banyak emas yang diraih dalam acara yang penghakimannya berbentuk subjektif.

Contoh acara terjun. Bayangkan dengan terjunan yang tak sekata dan percikan air yang begitu besar, perserta Vietnam berjaya menang emas! Tak logik. Dalam karate, kalau acara Kata memang sah Vietnam menang! Kemudian dimasukkan pula acara yang hanya sebagai hobi di negara kita seperti catur dan sepak bulu ayam. Mengarut betul! Tetapi itulah politik tuan rumah dalam sukan. Ia terjadi di mana-mana hatta di negara kita dua tahun lepas.

Oklah...

Hari ni waktu pagi saya ikut training badminton dengan pasukan Polis Kedah, Habis sakit satu badan dibuatnya. Penat tetapi seronok sebab badan betul-betul penat. Kemdian, saya just berehat di rumah.

Hari ni waktu petang saya tonton rancnagan kegemaran saya Pangako Sa Yo. Memang sedih sikit cerita hari ni. Hehehe... Kemudian saya buat salinan sijil saya untuk minta kerja sebelum saya masuk kerja dari jam 4 petang hingga jam 12 tengah malam. Malam ni sekali lagi saya jadi wartawan. Hehehe... Datuk Shukri Hashim (manager Kedah) meminta saya melaporkan situasi semasa di Stadium LADA, Langkawi di Laman Web HijauKuning.com. Kedah seri dengan Penang 1-1. Sibuk jugak saya dengan nak jaga kedai lagi dan nak buat liputan lagi dalam keadaan connection Internet yang amat perlahan hari ni. Cuma bila dah nak tutup kedai tiba-tiba ia laju. Bila balik saya terus buat apa yang patut seperti update diari dan lain-lain.

WASSALAM...

09 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya membuat liputan perlawanan Malaysia bertemu dengan Vietnam di Laman HijauKuning.com dan memang rasa sedikit terkilan apabila Malaysia tewas 4-3. Hmm.. Tiada nasib pun ada dan banyak faktor yang mempengaruhi keputusan itu. Apa pun Tahniah atas semangat juang itu!

Tetapi saya kecewa dengan orang yang sentiasa mengkritik player itu dan ini. Bagi saya, player tidak harus disalahkan 100% tetapi FAM yang banyak bertanggungjawab. Maaf saya sarankan agar Presiden dan Timbalan Presiden meletak jawatan. Itu jalan yang paling baik.

Saya malas mengulas lanjut jika sikap “ Yes Man” masih berleluasa dalam FAM! Sampai bila kita nak maju? Apa pun saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka.

Oklah...

Hari ini hari Selasa, Hari untuk saya berehat dan bercuti. Waktu pagi, saya ingat nak turun jogging tetapi oleh kerana hujan, saya terpaksa batalkan Cuma saya pergi main badminton bersama Boss saya. Saya tewas. Hehehe... 11-15 dan 17-14. Tension betul! Asyik tewas memanjang. Fitness saya tak boleh nak lawan fitness boss saya. Kena improve lagi lepas ni.

Kemudian saya ke kedai peralatan sukan untuk membeli sedikit peralatan badminton. Kemudian saya just berehat di rumah dan tidur di siang hari. Hehehe... Mengantuk betul sebab malam-malam tidur lewat. Saya tidur jam 5 pagi tadi!

Kemudian saya just berehat di rumah. Malam saya ke kedai untuk surf Internet dan saya balik kira-kira jam 12.30 malam. Saya tidur kira-kira jam 3.30 pagi setelah selesai menonton Rakaman Malaysia lawan Vietnam. Liputan yang saya lakukan adalah melalui Internet kerana saya menyaksikan TV Vietnam melalui Internet dan membuat laporan langsung.

WASSALAM...

08 DISEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Virus! Gerun jugak saya dengan perkataan virus ini. Hehehe... Semuanya silap sendiri! Sebenarnya komputer saya selepas diformat kembali saya tidak masukkan langsung antivirus software. Kemudian saya gunakan dengan rasa yang cukup selesa tanpa memikirkan kesannya (saya ingat tak begitu bahaya). Kemudian satu hari saya masukkan antivirus.

First time dijalankan, ia terus detect hampir 5000 fail yang dijangkiti oleh pelbagai jenis virus! Terus dikuarantin setelah gagal dibersihkan. Kemudian dipadamkan terus. Rasa sakit hati bila semua catatan saya hilang begitu sahaja. Sedihnya sukar untuk dikata! Apa pun redha sahajalah...

Saya rindu untuk menulis kembali. Memaparkan kembali diari saya seperti biasa. Alhamdulillah gian itu tidak lama kerana saya berjaya mengumpul kembali segenap kekuatan untuk kembali menulis di dalam catatn siber ini.

Terima kasih atas kunjungan anda yang setia mengunjung dan bertanyakan khabar diari ini walaupun saya ada masalah mengemaskinikannya. Terima kasih banyak-banyak...

Oklah itu penjelasan saya...

Masuk bab diari saya hari ini...

Saya turun jogging di Taman Rimba pagi ni. Oklah jugak prestasi saya. Stamina dah semakin ok sikit sahaja. Tapi saya ada satu kebimbangan yang saya rasa agak sukar untuk diatasi. Tapi tak apalah saya cuba untuk atasinya nanti. InsyaAllah...

Kemudian, saya terus ke padang MADA di Ampang Jajar untuk menyaksikan training pasukan Kedah. Saya tak mau cerita terperinci tentang pemain (sebab nanti boleh jadi senjata pasukan lawan). Yang boleh saya cerita ialah Mr. Mira banyak menekankan kepada aspek skill dan taktikal. Memang berbeza dengan Larsen yang lebih menekankan kepada fitness. Apa pun saya bersama ady, Datuk Shukri dan misai turut sama menyaksikan training.

Sebelum training bermula saya ada berjumpa dengan seorang kawan saya yang bermain dalam pasukan Piala Presiden Kedah (Juara 2003) dan berbual. Kebetulan Datuk Shukri ada tanya tentang dia dan saya pun ceritalah sikit sebanyak. Saya nampak dia memang ada bakat besar untuk maju kerana crossingnya cukup baik. Buktinya dalam latihan, coach melantiknya untuk melakukan crossing. Selamat maju jaya Ca’i.

Cuma yang saya nak tergelak ialah apabila saya tendang bola kepada pemain, bola tu betul-betul singgah atas kepala Rafdi. Hehehe... Dia tak tahu yang saya tendang bola tu dan dia terpinga-pinga melihat siapa yang tendang bola tu.

Training habis jam 10.30 pagi dan saya balik ke rumah untuk berehat sambil membaca paper kemudian saya hadiri dua majlis kenduri sebelum saya menonton Pangako Sa Yo (Kuberjanji Padamu) sebelum saya masuk kerja jam 4 petang.

Hari ni saya berkenalan dengan lima warga asing yang baru. Dua dari Afghan, satu dari Sudan, satu dari Somalia dna satu dari Vietnam. Best jugak bila kenal ramai orang asing ni. Alhamdulillah kalau saya berada di Alor Setar dan jumpa gang-gang asing ni, depa semua kenal saya. Seronok jugak. Nama gelaran saya ialah “Abang”. Depa panggil saya abang. Ada yang just panggil “Saif”.

Yang perempuan ada enam orang. Yang paling putih dari Iraq. Memang putih kulitnya. Cantik! Hehehe... Ada dua lagi yang cukup cantik! Memang orang Arab ni cantik-cantik. Boleh kahwin orang Arab kot. Hehehe... (just gurauan).

Kemudian waktu rehat malam saya hadiri rumah terbuka di rumah Pak Cik Baha/ Mak Cik Syam. Ramai jugak kawan saya yang hadir. Seronok tengok semua berkumpul dan berbual.

Saya habis kerja jam 12 tengah malam dan terus balik dan sampai rumah kira-kira jam 12.25 minit malam. Esok jumpa lagi!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167][168][169][170][171][172][173]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah