Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

22 OKTOBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni adalah episod terakhir drama bersiri “Dream In The Forbidden City” yang disiarkan di TV2 setiap tengah malam weekdays. Akhirnya Tuan He dihukum gantung sampai mati. Itulah balasan bagi perbuatan yang telah kita lakukan. Di akhir cerita, Tuan He berbicara dengan dirinya tentang segala dosa yang pernah dilakukannya.

Begitulah juga dengan kita. Jangan sangka jika kita melakukan sesuatu ia tidak akan mendapat ganjaran. Jika baik, Allah akan berikan sesuatu yang baik juga buat diri kita. Jika jahat, pasti akan binasa juga. Seperti dalam cerita Tuan He yang berkuasa lebih 20 tahun tetapi akhirnya segalanya terbongkar dan dihukum.

Kita juga perlu yakin hakikat pembalasan. Kalau tak salah saya Surah An-Zanzalah ayat 7 dan 8 (kalau salah tolong betulkan saya sebab saya tak sempat nak buat rujukan), Allah telah berjanji jika kita melakukan kebaikan walau sebesar zarah, kita pasti akan mendapat ganjaran yang baik dan begitu juga jika kita melakukan dosa walau sebesar zarah sekalipun, kita kan tetap menerima hukuman.

Jadi tidak rugi jika kita terus mengikut peraturan dan bertindak jujur. Biarlah kita tidak punya apa-apa tetapi kita ada kekayaan jiwa dan iman. Percayalah kita akan tetap mendapat sesuatu yang terbaik jika kita sentiasa mematuhi peraturan. Ingatlah kalau kita terlepas di dunia, di akhirat kita pasti tidak akan terlepas.

Buat diri saya  terutamanya... Jadi renungkanlah...

Oklah kembali kepada diari saya.

Hari ni selepas Solat Subuh saya rehat sambil sarapan. Kemudian saya sambung tidur balik. Lega bila tahu Newcastle menang 3-2 ke atas Fulham. Seronok tengok Shearer score dua gol. Bestnya! Kemudian saya poskan borang kerja dan kemudian saya berehat di rumah.

Waktu petang saya masuk kerja seperti biasa dari jam 4 petang sampai jam 12 malam. Hari ni memang sibuk. Hehehe... Seronok layan customer. Saya suka kalau orang tanya saya dan minta tolong. Entahlah kenapa. Sejak saya kerja di sini saya banyak kenal orang dan banyak tahu ragam orang. Hehehe... Memang saya suka kerja ni. Tapi memikirkan masa depan saya kena bersedia untuk cabaran yang lebih besar. InsyaAllah saya cuba sebaik mungkin.

Bila balik terus saya tonton Dream In The Forbidden City siri akhir. Kemudian saya updatekan diari saya dan kemudian saya bersahur sebelum saya sambung tonton Siaran langsung Champion League antara Rangers dan MU.

Saya tidur kira-kira jam 4.45 pagi.

Sebelum tu lupa saya nak cakap yang sepatutnya saya ke Langkawi pada 23-26 oktober 2003. Tetapi atas faktor luar kawalan, saya tak dapat ke sana. Satu sebab saya akan pergi dengan Tok Wan saya dan rumah Tok Wan saya dinaiki air, jadi Tok Wan kena stay kat kampung. Kedua, ombak yang kuat menyebabakan banyak perkhidmatan feri terpaksa ditunda dan dibatalkan. Banyak jugak feri yang terpaksa berpatah balik setelah berlepas. Ketiga, musim hujan yang “luar biasa” di Kedah ni menyebab saya dan Tok Wan saya tak dapat pergi ke mana-mana sepanjang di Langkawi nanti. Jadi saya buat keputusan untuk tak ke Langkawi, mungkin bulan Disember ni baru saya ke sana kembali. Seakrang ni may be saya akan ke Penang. InsyaAllah...

WASSALAM...

21 OKTOBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

KITA SENTIASA BERALASAN..!!

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu;

  • Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata “kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan, “kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku”
  • Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata “Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas.  Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu” Firman Allah kepadanya, “UtusanKu yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu”
  • Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata “kemiskinan dam kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu” Firman Allah kepadanya “kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s. dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepadaKu”
  • Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata “ penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud terhadapMu” Firman Allah kepadanya, “penyakitmu iti tidaklah seteruk seperti apa yang di alami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti dari menyebutkan akan namaKu”

Satu petikan yang saya selitkan buat renungan diri saya dan sesiapa yang ingin berkongsi dengan saya. Semoga kita akan menjadi lebih baik setiap masa, InsyaAllah...

Oklah...

Hari ni waktu pagi saya tak tidur balik sebab kena ready nak main badminton. Hari perlawanan saya seperti biasa amat sengit. Nak dapatkan satu mata pun cukup sukar. Set pertama saya menang 15-9. Set kedua saya tewas 11-15. Masalah utama saya sekarang adlaah stamina. Kalau dulu saya akan berjogging lebih kurang 20 km seminggu. Tapi kini saya dah jarang berjogging. Sukar nak saya lawan tetapi saya berjuang di set ketiga walaupun tewas 15-14. Memang sengit sampaikan saya terlalu penat.

Tipis sangat saya tewas! Kemudian adik saya kalah mudah. Hehehe... Hari ni hujan lagi. Hujan yang cukup lebat, saya tengok paras air di Sungai memang semakin meningkat. Di kampung saya dah semakin dinaiki air.

Waktu tengah hari saya masuk kerja awal sikit sebab tugasan semalam. Saya sampai sahaja di Kedai memang agak kelam kabut sebab banyak tugasan yang nak kena buat. Saya menaip hari ni sahaja sampai 31 muka surat! Penatnya sebab cikgu tu nak segera sampai hari sahaja berpuluh-puluh muka surat nak kena taip. Jadi terpaksa import adik saya untuk tolong. Bagi upah sikit kat dia. Hehehe... Dah tu nak jaga customer yang lain lagi. Memang sibuk.

Habis kerja jam 8 malam saya terus balik berehat dan kemudian saya ajak adik saya ke Pacific dan di Pacific saya berjumpa dengan seseorang. Adik saya terus buat kepoh. Hehehe... Macam-macam. Hehehe...

Kemudian saya jumpa Cik Bad untuk bincang pasal kerja kami dan kemudian saya terus balik ke rumah. Saya still tak tidur awal. Hehehe... Jam 2.30 pagi baru saya tidur... Apalah saya ni... Asyik tidur lewat sahaja.

WASSALAM...

20 OKTOBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas Solat Subuh, saya terus sambung tidur. Abang Midi  datang pagi ni nak ambik tugasan yang saya siapkan. Alhamdulillah dah siapa semuanya...

Kemudian saya sambung tidur. Tengah hari saya just menonton TV. Lega jugak sebab tugasan kerja saya yang selalu saya buat waktu pagi direhatkan selama tiga minggu atas masalah logistik. Bolehlah berehat pada waktu pagi.

Saya masuk kerja macam biasa kira-kira jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam. Tak ramai sangat orang hari ni tetapi tugasan menaip banyak membuatkan saya tak sempat nak online. Maaf sebab saya tak dapat nak layan secara online! E-mail pun lewat saya balas. Maaf! Maaf banyak-banyak... Diari ni pun lambat dikemaskini.

Mula-mula waktu malam saya taip minit mesyuarat seorang cikgu. Dah siapa satu, ada seorang kontraktor datang untuk ditaip surat perjanjiannya. Kemudian saya sambung satu lagi yang seorang cikgu nak. Lewat malam kira-kira jam 11 tengah malam datang seorang lagi cikgu nak taip assignment PJJ nya! Bayangkan esok nak hantar hari ni baru nak taip. Dahlah tulisan tangan sukara dibaca, grammar pun tunggang terbalik walaupun orang itu adalah cikgu BI!

Terpaksalah saya tolong taip tapi tak sempat habis. Dia nak esok! Saya kata hampir sukar nak siap sebab kami pun ada banyak lagi benda yang nak kena kami settlekan. Dia macam paksa jugak. Saya terpaksa taip. Tapi tak siapa dan dia akur sebab dah lebih 12 tengah malam dah! Dia kata esok dia datang lagi dan dia suruh taip lagi 12 muka surat!!!!!!!!

Saya balik pun malam ni dalam hujan. Hujan tak berhenti-henti sekrang ni. Saya sukakan hujan... Tapi dengar cerita di Sik air dah naik dan beberapa pusat pemindahan di Yan dah dibuka semula dan dah ada yang dipindahkan sebab bah. Macam nak banjir sekali lagi. Rasanya sepanjang saya hidup tahun nilah yang paling banyak hujan turun di Kedah. Tak tahulah betul atau tidak dari segi jumlah hujan turun, tetapi rasanya begitulah. Bila balik rumah, saya sempat menonton Dream In The Forbidden City. Saya memang tonton rancangan ni. Cerita tentang Tuan He waktu Dinasti Qing. Best jugak...

Saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi.

WASSALAM...

19 OKTOBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas Subuh, saya terus siapakan sedikit lagi. Kemudian saya bertolak pulang ke rumah. Lepas bawak mak saya ke kedai beli ikan, saya sempat baca paper sekejap sebelum tidur. Lepas tu saya just berehat sambil isi borang kerja. Ada beberapa borang yang perlu saya isi. Alamak! Masa dah semakin suntuk kena isi secepat mungkin.

Kemudian saya berehat di rumah sambil menonton TV. Saya masuk kerja kira-kira jam 4 petang sampai jam 12 tengah malam. Malam ni saya tunggu di kedai temankan Boss saya mengemas dan menyelenggara komputer.

Sambil tu kami sembang dan makan. Saya pulak lebih banyak surf Laman orang. Hehehehe... Seronok baca blog orang. Diari saya tak berapa dikemaskini sangat sekarang ni... Hehehe...

Kemudian saya terasa untuk membuka pintu kedai saya. Tiba-tiba (dalam jam 1 pagi lebih) ada sebuah kereta berhenti di depan kedai saya dan nak membeli CD-R. Hehehe... Rezeki tengah malam! Saya dan Fahmy balik kira-kira jam 2.30 pagi. Bila balik rumah, saya tak terus tidur. Saya rehat sambil menonton TV. Paling seronok tengok Info sukan yang mengimbas kembali detik-detik bersejarah 11 tahun lalu  sewaktu kita berjaya menjulang Piala Thomas kembali setelah 25 tahun kehilangan piala kebanggaan dalam sukan badminton.

Saya teringat detik itu waktu itu. Memang puas! Waktu itulah yang cukup saya ingat. Tepat detik 12.36 tengah malam, Malaysia menjulang Piala Malaysia. Saya mengimbas kembali permainan Rashid, Kok Keong, Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang, Razif,Jalani memang cukup memberangsangkan. Bilalah pulak Malaysia akan kembali menjulang Piala Thomas?

Saya tidur kira-kira jam 3.30 pagi selepas bersahur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah