Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

11 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1423 H

Sebelum memulakan kata-kata, terlebih dulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah dan Kurnia-Nya, kita masih lagi dapat menghirup udara atas muka bumi ini dan sama-sama meraikan ibdah Korban buat kesekian kalinya pada esok harinya.

Hari raya Korban merupakan salah satu pelajaran kepada kita dalam menempuh kehidupan kita. Ia akan mengajar kita menghayati konsep pengorbanan yang sebenarnya sekaligus menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah. Lihatlah bagaimana pengorbanan Nabi allah Ismail dan Nabi allah Ibrahim a.s.

Banyak yang boleh kita hayati dan selami. Jika pengorbanan itu semata-mata ikhlas kerana Allah, Allah sudah berjanji ganjaran yang setimpal pasti akan kita terima. Hidup ini bukanlah sesuatu yang kekal. Akan ada hari kebangkitan sebelum kita akan hidup kembali selama-lamanya.

Marilah kita sama-sama merenungkan kembali apakah yang kita lalui dalam hidup ini benar-benar menepati landasan yang telah Allah gariskan atau tidak. Jika tidak marilah kita kembali ke pangkal jalan agar diredhai Allah dan sudah tentu ia memerlukan pengorbanan, dan AidilAdha banyak mengajar kita tentang pengorbanan.

InsyaAllah, kita akan sama-sama sentiasa memperbaiki diri kita setiap masa, mudah-mudahan kita sentiasa Dirahmati dan Dipelihara Allah, hendaknya.

Diari saya akan direhatkan selama empat hari sempena Hari Raya Korban ini. InsyaAllah ia akan kembali seperti biasa pada Ahad 16 Febuari 2003. Jemputlah beraya ke rumah saya...

Akhir kata, Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah