Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

05 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

MEMORI DATSUN 160J
(Siri 2)

Kemudian kereta tu terpaksa masuk bengkel dan dibaiki. Kali ni dicat merah pulak. Alhamdulillah kali ni kami dapat menggunakannya tanpa ada banyak masalah. Dengan kereta Merah itulah kami dapat merasa nikmatnya berkereta. Ke rumah saudara di Kuala Nerang, Pendang. Dapat sama-sama berkelah (paling kerap di Sungai Batu Pahat, Perlis) dan macam-macam lagi. Memang seronok. 

Semakin hari semakin seronok hinggakan saya menyimpan angan-angan nak beli kereta Proton Saga (Waktu tu). Abah selalu pesan kalau nak naik kereta yang elok, belajarlah rajin-rajin. Itulah antara penguat semangat untuk saya berjaya dalam akademik seperti sekarang. Kereta itulah yang banyak memberi kenangan kepada saya sekeluarga.

Sewaktu saya ditawarkan belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kulim, kereta itulah yang membawa saya ke sana. Sesampainya di MRSM PDRM waktu tu saya lihat kereta-kereta lain jauh lebih baik dan mewah. Abah cakap bersyukurlah sebab kita still ada kereta untuk ke mana-mana. Saya tak pernah nak komplen. Malah saya bangga walaupun kereta ‘buruk’ tapi kalau kita sentiasa menghargainya kita akan sentiasa seronok dengannya.

Biar pun agak kuat ‘makan minyak’ tetapi kami sekelurga banyak terhutang budi kepada kereta Datsun itu.

Memang banyak perjalanan dengan kereta tersebut. Banyak kenangan yang saya ukir bersama kereta itu. Bila di rumah, kereta itulah yang menjadi antara tempat mainan saya. Tempat menyimpan barang dan selalu saya bermain hon kereta bila abah dan mak tiada. (Abah dan mak, maaf!)

Kemudian bila selalu digunakan, pasti ada msalah dan kereta merah itu mengalami sedikit masalah. Kemudian seorang saudara menawarkan untuk membaikinya tetapi tidak dikotakan hinggakan catnya bertampung tampung. Abah pun malas nak layan dah jadi kami tetap gunakan kereta itu walaupun badanya bertampung merah dan putih.

(bersambung esok)...

Esok akan disiarkan siri akhir, InsyaAllah...

Seperti biasa waktu pagi berjogging di Taman Rimba dan bila balik terus sambung tidur. Hehehe... Mengantuk betul. Lepas tu poskan borang kerja. Alhamdulillah sekarang banyak jawatan kosong dibuka. Tapi kena ambil masa jugak nak tunggu jawapan. Tengah hari macam biasa rehat di rumah sambil tonton TV dan kemudian tonton Ltdl secara live.

Kalau acara sukan memang saya cukup minat. Tak kisahlah acara apa pun. memang enjoy. Kuiz pun ada jugak. Hehehe... Bolehlah try. Petang main bola. Alhamdulillah cukup seronok dan enjoy. Memang rasa cukup puas. Speed semakin OK. Alhamdulillah.

Malam selepas tonton TV say tidur agak awal sebab adik saya ambil alih gunakan komputer sampai jam 3 pagi. Saya ganti jam 3.30 pagi dan kemudian masak nasi goreng kangkong Cina. Hehehe... Pandai-pandai namakan resipi. + Telur dadar + Air orange (makanan bersahur). Tidur balik jam 5 pagi.

WASSALAM...

04 FEBUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

MEMORI DATSUN 160J
(Siri 1)

Sewaktu kecil keluarga saya Cuma menggunakan bas sebagai pengangkutan utama untuk ke sana sini di samping motor vespa abah. Sewaktu tinggal di Jerantut, Pahang kami sekeluarga berulang alik ke kampung di Alor Semela dan Pendang Cuma menggunakan bas. Bila sampai di kampung saudara mara akan datang menjemput kami dengan motor.

Bila kami dah berpindah ke Alor Setar pada tahun 1985, bas masih lagi menjadi pilihan kami sekeluarga untuk kemana-mana. Memang waktu tu dah ada motor (Abah dah tukar motor Honda C70) dan basikal tapi untuk balik kampung kami akan sama-sama tunggu bas jalan di depan rumah.

Hendak ke Bandar Alor Setar pun kami sama-sama menaiki bas. Saya masih ingat kenangan naik bas sekeluarga. Saya dan adik saya Shaukhi bermain-main di atas bas sambil abah melihat dengan penuh harapan. Mak pulak selalu marah agar kami lebih bersopan. Kemudian sekali sekala saya akan mendakap abah. Memang agak nakal sikit.

Begitu juga lebih kurangnya suasana bila pulang ke kampung. Saya masih ingat waktu tu, abah cakap kalau nak beli kereta kami kena makan ikan masin tiap-tiap hari. Saya rasa tak seronok jugak tapi abah tak bagi makan ikan masin pun! Selalu ikan yang fresh. Terima kasih abah mak!

Namun pada tahun 1990 abah membuat kejutan dengan membeli sebuah kereta Datsun 160J berwarna putih. No plat NG 610. Apa lagi saya adik beradik cukup excited. Ayik tengok kereta tu sahaja. Kira Peraklah waktu tu.

Kami sekeluarga memulakan journey pertama dengan menaiki kereta tersebut untuk ke kenduri seorang saudara di Pendang. First time naik sama-sama sekeluarga. Meamng seronok dan riuh. Dalam perjalanan saya adik beradik tak habis-habis buat bising. Biasalah pertama kali.

Malang tak berbau apabila tiba di suatu jambatan kecil kereta abah bertembung dengan sebuah lori JKR dan abah mengelak. Akhirnya kami terlanggar pembahagi jambatan tersebut. Apalah malang yang menimpa baru pertama kali naik dah eksidem. Habis bahagian sebelah kiri kereta remuk. Alhamdulillah kami tak apa-apa.

Kami pun balik naik bas dan abah settlekan kesemuanya sampai malam baru abah balik dengan wajah yang cukup penat. Saya cukup terharu melihatkan semua itu. Macam-macam bermain di benak saya.

(bersambung esok)...

OKlah, balik kepada diari saya...

Seperti biasa waktu pagi saya berjogging di Taman Rimba. Alhamdulillah kesannya dah semakin ok. Speed dah makin ok dalam bola. Cuma dalam badminton jarang main, susah sikit nak jaga step. Tapi yang best kaki tak penat. Nanti akan recoverlah balik. Bila Abang Midi nak balik lawan lagi! Takut ke? Hehehe...

Lepas tu baru dapat surf Internet sekejap dan balas email yang terkumpul dalam mailbox. Kemudian dapat call dari Abah suruh hantar minyak di IPD Alor Setar sebab motor abah dah kehabisan minyak. Selepas itu saya ke Pejabat pos untuk membeli setem dan sampul surat dan poskan borang-borang kerja.

Tengah hari rehat sambil tonton TV dan kemudian waktu petang macam biasa main bola. Malam ke Pasar malam sekejap dan kemudian settlekan beberapa kerja yang tertangguh. Tidur agak awal tapi bangun balik pada waktu tengah malam untuk surf internet. Tidur balik jam 4 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah