Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

 

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

25 NOVEMBER  2003 @ 01 SYAWAL 1424 H

ASSALAMUALAIKUM...

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Dengan berkumandangnya Takbir, Tahmid dan Tasbih memuji kebesaran Allah bermakna kita sudah meninggalkan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan segala macam keistimewaan. Kemuncaknya ialah Malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

Bermakna juga kita kini kembali kepada fitrah. Fitrah seperti biasa, makan dan minum di waktu siang hari. Terasa begitu singkat Ramadhan menjelma. Diharapkan Asuhan Ramadhan benar-benar meninggalkan kesan mendalam terhadap diri kita. Mengajar kita kembali bermuhasabah menilai diri kita kembali. Apakah ketika Syaitan dan iblis dirantai tempoh hari kita berjaya melepasi segala rintangan yang hadir atau kita sudah sebati dengan asuhan Syaitan? Sama-samalah kita muhasabah kembali.

Jika semuanya sudah berjaya, kita ibarat seorang bayi yang suci dari sebarang dosa dan kini kita harus mempertahankannya. Jika tidak, kita harus lekas menginsafi diri.

Lagi molek atau cantik jika kita teruskan dengan Puasa Enam hari di Bulan Syawal sebagai pelengkap kepada ibadah puasa kita kerana dalam satu hadis, Rasulullah menjelaskan bahawa betapa ganjaran berpuasa selama enam hari pada bulan Syawal adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.

Sebenarnya ada banyak hikmah puasa enam hari ini di bulan Syawal. Ia membantu sistem dalam perut kita agar tidak ‘terkejut’ dengan kesibukan memproses makanan setelah sebulan berehat di siang hari.

Setelah 29 hari berpuasa, sudah tentu banyak yang kita pelajari dan hayati. Apakah sekali lagi kita akan menjejak Ramadhan? Hakikat yang harus kita sentiasa fikirkan.

Bagi saya, Ramadhan kali ini banyak suka dan duka. Terus terang saya katakan saya tak berpuas hati dengan prestasi saya. Kadang-kadang saya lalai dengan keadaan. Saya harus lebih bijak mengawal diri. Moga-moga saya sedar kesilapan saya. Cuma yang saya lega ialah di akhir Ramadhan saya banyak buat ‘follow up’. Saya serahkan segalanya kepada Allah...

Hari ini sepatutnya merupakan hari yang ceria, gembira. Kanak-kanak riang gembira menyambut kehadiran Syawal. Marilah kita sama-sama menghadiahkan sedikit sumbangan seperti duit raya kepada kanak-kanak sebagai tanda bersyukur. Apa pun Zakat Fitrah jangan di lupa!

Tahun ini persiapan raya saya sederhana sahaja. Baju raya saya still baju tahun lepas. Tahu tak baju raya saya hanya berharga RM 19.90! Kain tak sampai RM10. Ditambah dengan Lebai yang dapat free dari Saudara mara yang balik dari Mekah. Bukannya saya tak mahu yang baru tetapi sudah menjadi tabiat saya untuk memakai selagi masih boleh dipakai. Tetapi kalau saya ada keluarga, saya kan berikan keutamaan kepada keluarga saya. Diri saya, saya tak kisah sangat, asalkan orang di sekeliling saya bahagia sudahlah...

Banyak kisah dan corat-coret raya yang bakal saya catat dan paprkan dalam diari saya selepas ini. Untuk pengetahuan semua, saya akan merehatkan diari saya selama 3 hari dan ia akan kembali beroperasi pada 29 November 2003.

Pada kesempatan ini saya jugak nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat adik Saya Mohamad Faizol yang menyambut hari lahirnya yang ke-19 hari ini. Kebetulan jatuh sama dengan hari raya...

Akhir kata... Saya ingin memohon ampun maaf jika dalam diari saya ini ada perkara-perkara yang menyinggung perasaan anda. Saya hanyalah seorang insan yang sentiasa melakukan kesilapan. Maaf Zahir Batin...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1424H!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163][164][165][166][167][168][169]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah