Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

26 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sebenarnya saya rasa semakin sihat tetapi keadaan yang selalu hujan mungkin sedikit mempengaruhi. Saya banyak menghabiskan masa dengan berbaring. Maklumlah tak berapa sihat. Entah angin apa entah yang kena pada saya ni. Hehehe...

Tetapi jam 2 petang di Stadium Darulaman saya tetap kena hadir untuk beri sedikit taklimat kepada kumpulan kerja saya nanti. Memang saya gagahkan diri jugak untuk hadir. Walaupun tak banyak persiapan yang sempat saya atur tetapi saya kira oklah. 

Kemudian lama jugak kena tunggu adik saya jemput. Jadi saya berada di taman bunga tepi stadium tu untuk buat sedikit ulangkaji dan demo. Malu jugak sebab ada orang datang waktu saya tengah bersyarah sorang-sorang. Hehehehe... Tak perasan pun.

Tapi tak apalah depa bukannya tahu apa pun. Kan? Jadi saya cuba demo dan Alhamdulillah rasa cukup yakin dengan semua itu.

Kemudian waktu petang terus main badminton dan lawan single dengan adik saya. Hehehe... Macam biasa tetap saya menang. Saya dah masak sangat dengan corak permainan dia. Jadi memang tak ada masalah nak menang walaupun kurang sihat.

Malam selepas tonton berita, Seanrio dan Talking Telephone Numbers, saya main game sekejap sampai jam 11 dan terus tidur. Hehehe...

WASSALAM...

25 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Demam saya kebahlah sikit tetapi belum sepenuhnya. Apa pun saya rasa lebih selesa. Macam mana pun kebanyakan masa saya dihabiskan dengan tidur. Tapi sempat jugak ke CC.

Petang saya still turun main badminton. Hehehe... Performance taklah ok sangat. Tapi bolehlah dikira ok dengan tahap kesihatan dan fitness. Hehehe...

Malam saya Cuma berehat sambil menyaksikan berita dan malam ni saya tidur awal. Jam 10.30 dah tidur. Kalau ikut hati nak stay sebab nak tonton EPL. Newcastle tengah perform dengan begitu cemerlang kali ni. Jangan terperanjat kalau Newcastle menang Liga Perdana Inggeris. Hehehe...

WASSALAM...

24 MAC 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Banyak yang nak dikongsi bersama. Dalam diari ini memang banyak yang nak saya ceritakan tetapi rasanya agak malas nak menaip. Hehehe...

Pertama ialah isu Perang.

Saya bukanlah Pro Saddam! Saya juga bukan pro Bush! Tetapi sebarang bentuk peperangan sememangnya saya amat tentang. Seronokkah perang?

Bagi saya mudah sahaja....

Menang jadi arang, kalah jadi abu. Dua-dua rugi.

Sewaktu serangan pertama dilancarkan ke Iraq, saya sedang berkursus di PD Perdana Condo Resort. Memang mengejutkan. Apa lagi yang boleh dikatakan. Ia dah bermula dan pastinya sukar untuk dihentikan. Apa pun alasan, perang adalah sesuatu yang amat amat tidak wajar.

Jadi atas dasar kemanusiaan marilah kita lakukan apa yang terdaya agar perang segera dihentikan. Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama mendirikan solat hajat sebagai senjata kita.

Ok balik kepada kursus yang saya hadiri. Alhamdulillah kerana dari segi penerimaan ilmu saya rasa, terlalu banyak yang saya pelajari. Memang cukup bermanfaat. Banyak cabang ilmu yang dapat saya perolehi di samping keseronokan mendapat ramai teman baru. Memang saya rasa cukup menyeronokkan. 

Bagi saya ilmu itu sesuatu yang penting. Tanpa ilmu kita akan mudah diperkotak-katikkan. Memang ilmu cukup berharga buat diri kita. Jadi setakat mana terdaya menuntut ilmu, sama-samalah kita menuntut ilmu.

Di PD saya sempat berbincang dengan pengurus cawangan saya tentang beberapa hal. Alhamdulillah banyak yang dapat saya fahami. Thanks Encik Idris.

Beberapa hari di PD, saya dapat banyak perkara yang kadang-kala tak terlintas dalam hati saya. Banyak benda yang saya perhatikan. Banyak perkara yang saya lihat. Memang banyak yang sekiranya kita benar-benar menghayati kehidupan, kita akan berjaya.

Sewaktu perjalanan pulang saya bersama rakan-rakan dari Utara seperti Kak Balqis, hanif, Nas dan Nani bertolak bersama dari Seremban. Memang saya dah beberapa kali sampai Seremban jadi saya ‘dilantik’ menjadi pemandu arah di Seremban. Hehehe...

Terima kasih jugak kat Fizi dan faez yang temankan kami sewaktu di Seremban. Thanks... Bilalah nak jumpa lagi.

Kemudian berjalan-jalan di sekitar Seremban sementara menunggu bas bertolak. Alhamdulillah bas bertolak dan kami semuanya selamat sampai di Alor Setar.

Kebetulan saya kurang sihat pada hari terakhir kursus. Bila sampai sahaja di rumah. Apa lagi membutalah jawabnya. Hehehe... Telefon pulak tak berhenti-henti berdering. Asyik call saya. Memang memeningkan tetapi kena jawab jugak macam mana pun walaupun saya tengah kurang sihat.

Apa pun saya gagahkan diri saya ke CC untuk semak email. Pening kepala macam mana nak reply sebab banyak sangat. Tambah dengan kepala yang pening-pening. Jadi saya jawa jugak tapi agak ringkas. Maaf sebab lewat sikit balas!

Tapi apa pun saya masih menanti berita dari seorang sahabat baik saya. Entah kenapa senyap pulak? Maaf kalau ada apa-apa yang menyakitkan hati. Mungkin ada masalah sikit kot. Saya pun tak berapa pasti sangat. Tapi kalau saya salah, saya minta maaf.

Kepada Zul, tahniah sebab dapat anak perempuan. Anak sulung tu! Tahniah. Alhamdulillah semuanya sihat. Lepas ni nak buat kerja pun tak ada masalah dah kot. Hehehe...

Setakat yang saya tengok, perasaan seorang suami bila menanti kelahiran anak sulung memang sukar saya  nak agak. May be nanti bila saya kahwin nanti, tahulah apa sebenarnya yang ada dalam diri seorang suami ketika itu. Tapi sekarang saya tak kawin lagi. Hehehe...

Kemudian saya sambung tidur kembali. Petang Jalal pulak datang. Hehehe... Saya dengan berselimut dengan tak mandi. Hehehe.... tak tahulah apa dia kata nanti. Hehehe...

Malam saya terpaksa aturkan pertemuan dengan semua kumpulan kerja saya nanti untuk sedikit taklimat. Last sekali saya tidur awal.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah