Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

29 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

MUJAHADAH
(siri 2)

Menurut Prof. Dr. Hamka bahawa perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbahagi kepada tiga bahagian.

  1. Kalah sama sekali dengan ajakan hawa nafsu, sehingga dirinya ditahan dan diperbudak oleh hawa nafsunya sendiri, bahkan hawa nafsunya itu dijadikan tuhannya.  Sebagaimana mafhum firman Allah, "Apakah yang engkau lihat (Muhammad) orang yang mengikuti hawa nafsunya menjadi tuhannya?".

  2. Peperangan antara keduanya berganti-ganti, terkadang kalah dan menang, jatuh dan tegak.  Orang yang begini yang patut disebut MUJAHID.  Kalau dia mati dalam keadaan menang, matinya mati syahid.  Kerana memerangi hawa nafsu itu lebih berat daripada melawan musuh yang kelihatan.

  3. Orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya, sehingga ia dapat menguasai hawa nafsunya, bukannya dikuasai oleh hawa nafsu.  Malah tidak diperbudakkan oleh hawa nafsunya.  Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak seorangpun di antara kita yang tidak bersyaitan, saya sendiri pun juga bersyaitan.  Tetapi sesungguhnya Allah telah menolong saya menghadapi syaitan saya, sehingga syaitan itu dapat saya kalahkan". (Hadith riwayat Ibnu Jauzi dan Ibnu Abdurrahman Salmi).

Umar bin Khatab juga mendapat darjat yang ke-3 ini kerana Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Umar, "Demi tuhan yang menguasai diriku di dalam tangan Nya, tidaklah engkau bertemu dengan syaitan pada satu jalan, melainkan syaitan itu menyingkir kepada jalan lain yang tidak engkau lalui". (Hadith riwayat Muslin dan Saad bin Abi Waqash). 

Darjat yang ke-3 ini adalah darjat nabi dan wali.  Ada pun yang disebut wali di sini ialah Waliur Rahman, yang disebut Allah dalam Al-Quran yang telah taqarrub kepada Allah dengan amal ibadahnya, bukan wali menurut sesetengah umat yang telah diperjual belikan oleh ulama-ulama yang mengubah-ubah pelajaran agama.  Memerangi hawa nafsu adalah suatu perjuangan yang benar-benar berat, maka kalau manusia kurang berhati-hati tentu akan tergelincir dan kalah.  Sehingga akan diperbudakkan oleh hawa nafsunya sendiri.

Tamat...

Semoga kita sama-sama dapat menghayati perjuangan melawan hawa nafsu yang dianggap sebagai jihad yang paling besar dalam hidup kita. InsyaAllah...

Saya memulakan hari ni dengan menghantar adik saya ke sekolah dan kemudian berjogging di Taman Rimba. Bila sudah jogging saya kena buat satu exercise lagi. Hehehe... Tayar motor pecah jadi kena tolak motor sejauh beberapa kilometer. Nasib badan. Mujurlah saya bawak duit lebih sikit. Selalunya sewaktu pagi saya cuma bawak RM 3. Hari ni saya bawak RM 10.

Kedai bukak jam 9. Saya tunggu kat depan kedai tu mulai jam 7.40 pagi. Nasib baik saya beli paper. Baca punya baca dah dekat jam 9. Alhamdulillah semuanya OK. Ada sorang pakcik pun tayarnya pecah tapi lagi jauh dia tolak motor dia. Apa pun dah selesai.

Balik rumah dah dekat jam 10 pagi dan kemudian tidur sejam dan sambung buat kerja dan pembacaan. Tengah hari berehat sambil tengok TV. Borang perjawatan USM still tak boleh download lagi. Nak kena buat tindakan susulan jugak ni.

Petang main bola macam biasa dan waktu malam saya terlalu mengantuk dan tidur seawal jam 10 malam. Saya bangun balik jam 2 pagi untuk solat Isyak dan kemudian tergerak hati untuk surf Internet. Alhamdulillah ada sesuatu yang istimewa dalam mailbox saya. Memang saya rasa cukup seronok. Kemudian saya bersahur dan tidur balik jam 5 pagi.

WASSALAM...

28 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

MUJAHADAH
(siri 1)

Kata "mujahadah" berasal dari kata "al-jihad" iaitu mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar.  Namun demikian, kata al-jihad itu telah sering dipakai dalam erti perang sabil, memerangi musuh-musuh, dan membela diri dari serangan dan gangguan mereka.

Seorang ahli bahasa yang terkenal, Ibnul Atsir menerangkan bahawa al-jihad adalah memerangi orang kafir dengan sungguh-sungguh menghabiskan daya dan tenaga dalam menghadapi mereka, baik dengan perkataan atau perbuatan.  Sebagaimana mafhum firman Allah

"Berjihadlah dijalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka"
(Surah At-Taubah: 20)

Kata jihad boleh juga diertikan dengan perjuangan dalam mencari rezeki yang halal; berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

"Mencari (rezeki) yang halal itu adalah jihad".
(Hadith riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar)

Namun dalam dunia tasauf, kata jihad diertikan dengan memerangi hawa nafsu.  Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bahawa memerangi hawa nafsu itu lebih berat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir.  Bahkan Rasulullah s.a.w. setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya:

"Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil, menuju 
peperangan yang lebih besar"

Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat, beliau menjawab bahawa peperangan yang lebih besar itu ialah memerangi hawa nafsu.  Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w menggambarkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu:

"Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati 
musuhnya didalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah 
orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan".
(Hadith riwayat Abu Daud)

Imam Qusayiri menerangkan bahawa mujahid ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya dalam kebanyakan waktunya.  Imam Ghazali menerangkan erti mujahadah iaitu pengerahan kesungguhan dalam menyingkirkan nafsu dan syahwat atau menghapuskannya sama sekali.

Saya akan siarkan sambungannya dalam diari esok...

Mulanya tak mahu pergi jogging tapi tetap pergi jugak setelah puas memujuk diri. Hehehe... Entahlah kaki terasa sakit sangat tapi saya tetap jogging sebab tak boleh cepat mengalah. Tak tahulah kenapa terasa sakit. Buat tak tahu sahajalah.

Kemudian bila balik rumah saya sambung tidur. Hehehe... Penat betul. Tengah hari buat sedikit bacaan tentang XML dan kemudian berehat sambil menonton TV sampai petang. Petang main bola macam biasa.

Malam berehat sambil teliti paper Mingguan Malaysia sebab saya nak tengok iklan Kadet ASP. Nak jadi polis ke tak? Entahlah... Saya tak berapa minat sangat. Saya tak mahu kerja just for pendapatan tapi sesuatu yang boleh memberi kepuasan buat saya. Tengoklah saya still berfikir. Lagipun tarikh tutup adalah 05 Feb ni. Masih ada masa untuk difikirkan.

Bila semak email, agak memenatkan sebab agak banyak email yang perlu saya balas dan banyak benda yang diminta untuk saya bantu. Memang ambil masa sikit. Jadi saya tidur pun tak boleh awal jugaklah dekat-dekat jam 3 pagi. Esok adik minta tolong hantar dia ke sekolah. Kenalah awal sikit. Hehehe...

WASSALAM...

27 JANUARI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al  Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia  ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati".  Sebab itu sudah janji Allah SWT  bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara  Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.  Lalu Imam Ghozali menjelaskan  bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.  Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap  kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.  "Apa yang paling besar di dunia ini?".   Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi,  dan
matahari.  Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali.  Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita  harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam  Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika  Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.  Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada  yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.  Semua itu benar kata Imam  Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita  tinggalkan  solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di  dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali,  tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia  dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sekian...

Semoga sama-sama mendapat manfaatnya...

Saya berpuasa kembali hari ini setelah hampir tiga minggu tak berpuasa sekurang-kurangnya dua hari dalam seminggu. Tetapi saya rasa cukup perit sebab cuaca terlalu panas dan bahang. Memang betul-betul menguji. Memang kalau ada air saya akan minum banyak-banyak tetapi berpuasa. Di Kedah ketika ini musim kemarau dan cuaca terlalu panas. Tanah pun dah berdebu dan rumput pun dah berwarna kuning hampir mati.

Saya pula banyak menghabiskan masa di rumah dari pagi sampai petang. Waktu petang tersa cukup mengantuk dan saya ketika itu dah nak tidur tetapi dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari RTM yang meminta butir peribadi saya. Alhamdulillah kira sahlah saya dah menang kuiz Telebriti tu.

Saya still main bola. Hehehe... Kira ok jugak walaupun penat. Selepas berbuka saya cuma berehat sambil menonton TV. Lewat malam macam biasalah. Saya tidur jam 2 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah