Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

05 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Di belakang rumah saya adalah kawasan laut. Bila senja, saya selalu merenung laut yang geloranya tak pernah terhenti. Memang saya sekarang sedang memikirkan banyak benda dan banyak cabaran yang perlu dilalui. Benarlah kata orang, dugaan dalam hidup ibarat ombak di laut yang tak pernah putus. Selepas kita mengharunginya, akan datang yang baru.

Cuma bagaimana kita hendak menghadapi dugaan itu dengan jalan yang betul. Bagi saya, ada macam-macam penyelesaian tetapi biarlah yang betul. Kalau kita tak ada duit sekalipun janganlah lakukan pekerjaan yang haram. Contohnya menjadi pelayan arak. Masih banyak lagi kerja yang boleh kita lakukan. Saya cukup terkejut dengan sikap seseorang (Islam) yang masih lagi sanggup buat kerja macam tu.

Katanya halal! Kalau ikut hukum fekah sekalipun, dah berbuih ustaz-ustaz terangkan. Hmm... Entahlah, harapnya saya dapat ambil iktibar dan menambah keinsafan diri. Harapnya hidayah Allah terus terpancar dalam jiwa yang penuh ketandusan ini. InsyaAllah...

Oklah masuk bab diari saya hari ni...

Pagi ni saya bangun jam 5 pagi dan selepas bersahur, saya berehat sekejap menantikan waktu Subuh. Buatlah apa yang sebaiknya dilakukan pada waktu-waktu begini. Saya nak mulakan balik puasa sunat saya yang tertangguh hampir dua bulan. Minggu lepas saya dah mula kembali puasa Isnin dan Khamis. Minggu ni kena sambung biar berpanjangan. Banyak hikmahnya.

Seawal jam 7 pagi saya dah bertolak ke office. Hehehe... Waktu kat kampus dulu saya memang cukup awal ke kuliah. Paling saya suka kelas jam 8 pagi. Sebabnya saya memang bangun awal. Jam 4 atau 5 pagi saya dah bangun dan waktu nilah saya study dan berfikir.

Sampai awal di kelas, saya akan ulangkaji balik apa yang saya pelajari. Bagi saya ilmu biarlah kekal. Jangan jadikan peperiksaan sebagai ukuran tetapi sejauh mana kita mengaplikasikannya dalam hidup.

Elok sampai di office, masih gelap dan saya terus onkan semua suis dan komputer. Apa lagi macam kucing dapat ikanlah saya. Menaip dan menulis macam-macam. Hehehe... Sambil menunggu rakan sepejabat datang. 8.40 pagi sorang pun tak nampak batang hidung lagi. Bolehlah saya terus menaip. Hehehe...

Rupa-rupanya semua dapat information bercuti hari ni. Alamak! Saya tak tahu pun. Tak apa lah saya terus di pejabat dan selesaikan apa yang patut. Semak borang cuti dan kedatangan. Kemudian tutup office. Bila tutup jumpa dengan dua orang anak buah saya yang tengah cari kerja. Saya pun pening dengan company ni. Apa pun saya still ikut kontrak. Saya kena fikir panjang sekarang. Cari jalan selamat.

Kemudian bila balik, saya terus berehat dan memikirkan apa sebenarnya yang terjadi? Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa dan mengapa. Apa sebenarnya semua ini? Membingungkan! Berserabut kepala memikirkannya.

Apa pun saya tertidur dan kemudian kembali terjaga. Tidur pun dah tak nyenyak. Selera pun dah hilang. Ni bukan penyakit orang bercinta! Ini penyakit orang bermasalah. Cuma bila mandi tetap basah. Hehehe...Sempat buat lawak lagi tu. Entahlah...

Kemudian bila rasa agak segar sikit, saya buat keputusan balik Alor Setar. Terpaksa meredah hujan lebat dalam perjalanan. Biarlah asalkan dapat balik dulu. Setelah berhenti semak gaji kat ATM di Gurun, Tak masuk lagi! Hampanya... Apa pun dalam kontrak sebelum 07 haribulan.

Saya rasa perjalanan Penang - Alor Setar terasa dekat. Bila memikirkan sesuatu keterlampauan, rasa masa terlalu pantas berlalu. Silap-silap boleh botak kepala. Masalah memang tak pernah selesai menduga kita. Bila habis satu masalah, datang satu lagi. Bila habis masalah baru, datang lagi masalah baru. Begitulah resmi dunia. Macam saya kata dalam pembuka bicara hari ni, ia ibarat ombak yang bergelora di lautan, tak akan putus dan tak akan berhenti memukul pantai.

Apa pun semuanya ujian yang harus dihadapi dengan penuh ketenangan dan kesabaran. Allah hendak menguji kekuatan iman dan jiwa hamba-Nya. Semakin kita mengingati-Nya semakin kita akan dirahmati-Nya. Harapnya saya tidak terpengaruh dengan benda-benda yang tak elok. Mujurlah ada yang membuatkan saya semakin tabah. Ada yang memberi pandangan, nasihat dan rangsangan untuk saya terus seperti biasa. Alhamdulillah... Terima Kasih...

Bila sampai di rumah, bersalaman dengan mak dan abah. Berbual sekejap dan kemudian cuba nak surf Internet tapi connection Internet kat rumah ni bermasalah sikit. Asyik disconnect. Jadi tak dapatlah online dan semak email.

Bila malam saya Cuma berehat sambil melayan beberapa panggilan telefon dari anak buah. Entahlah semakin geram rasanya. Dah lama saya tak capai perasaan geram macam ni. Apa pun, Alhamdulillah saya masih boleh mengawal diri. Ada yang dah mula marah-marah. Ada yang dah mula naikkan suara. Alhamdulillah saya tak sampai tahap macam tu.

Inilah dugaan. Tanpa dugaan kita tak akan menjadi matang. Membaca kisah kisah insan yang menghadapai dugaan tak sama seperti melaluinya. Sungguh berbeza. Ibarat seorang lelaki yang cuba membayangkan betapa peritnya sakit bersalin tapi pada hakikatnya langsung tak sama. Jauh berbeza! 

Panjangnya saya membebel. Memang geram! Geram, geram saya geram. GEEEEEEEEERRRAAAAAAAMMMMMMMMMMM....

Biarlah Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati ini.

WASSALAM...

04 MEI  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bangun jam 5.30 pagi dan selepas sahaja solat Subuh saya terus ke Empangan Mengkuang untuk berjogging. Jauh jugak tu, kira-kira 20 minit naik motor. Tapi dah tak jumpa tempat lain yang sesuai untuk jogging. Kalua di Alor Setar, saya lebih suka Taman Rimba.

Sampainya di sana, rasa macam di Negeri China pulak. Hehehe... Tak ramai orang Melayu di sini yang beriadah. Saya pun selepas buat sedikit regangan terus menguji ketahanan Kardiovaskular (tujuan berjogging). Ia dapat membantu sistem jantung. Sepatutnya semalam saya menyertai Larian Bendang, tapi dah tiba-tiba kena ubah plan. Nak buat macam mana. Street Soccer pun saya terlepas. Entah macam manalah nasib team saya. Bila lagi nak buat kejohanan. Alamak terlupa pulak Pertandingan Badminton Tertutup Kedah. Rasanya bulan ni. Kena ambil perhatian... Tak register lagi, takut melepas pulak. Tak apalah nanti saya cuba adjust. Rasanya tarikh tutup 14 hb ni. Sempat lagi. Harapnya begitulah.

Saya pun dah dapat satu port main badminton di Padang Tenusu, Sungai Petani. Tak jauh dari rumah saya ni. Lepas tu hari ni nampak dekat rumah saya pun ada dewan badminton. Tapi tak sempat nak survey lagi. Mana tahu sini ada coach yang berpengalaman. Bolehlah saya improvekan permainan saya ni.

Selepas menghayati sekejap pemandangan pagi di tasik Mengkuang ni, terus saya bertolak pulang dan melalui jalan lain pulak. Saja jalan-jalan cari makan... Opps... Jalan-jalan cari jalan. Nak tahu jalan yang terdekat ke rumah saya pulak dari kawasan lain.

Kemudian bila balik rumah, sambung basuh baju lagi. Rajinnya! Hehehe... Terpaksalah buat semua itu dan selepas makan tengah hari saya ke CC sekejap untuk semak keputusan bola malam tadi. Seronoknya bila tahu Newcastle sekali lagi dah layak ke Champion League tahun depan dan mengesahkan tempat ketiga dalam Premier League. Julai ni, depa akan ke Malaysia. InsyaAllah kalau ada budget, saya akan sampai ke sana.

After that saya just berehat di rumah sambil membaca majalah yang saya beli. Nampaknya dah dua tiga kali saya Khatam majalah MASSA minggu lepas dan minggu ni. Juga majalah NUR. Paper Mingguan dan Metro pun saya dah baca sampai iklan-iklan pun saya tengok habis disebabkan boring. Hehehe...

Mana lah housemate ni tak balik-balik lagi. Tak ada teman berbual. Mujurlah ada budak-budak kecil yang datang berbual sikit-sikit dengan saya. Taklah boring sangat. Dahlah saya jenis suka berbual. Hehehe...

Selepas Solat Maghrib saya ke Pasar malam membeli juadah makan malam. Depan sahaja rumah ada pasar malam. Hehehe... Mudah betul. Kemudian menanti housemate bali.k. Sampai tengah malam tak balik-balik! Apa dah jadi ni. Nak telefon, telefon awam tu asyik ada sahaja penggunanya. Kena pakai handsetlah nampak gayanya.

Tengah malam, saya tidur sorang sahajalah. Sambil tu sempat lagi baca cerita hantu. Hehehe... Tapi saya tak takut dengan benda-benda tu. Apa pun saya terus tidur dengan nyenyaknya bersama hujan yang kian melebat. Alangkah indahnya nikmat tidur!!!

WASSALAM...

03 MEI 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hampanya bila check kat ATM mesin, gaji tak masuk lagi. Hehehe... Sabar...

Hari ni saya bertolak ke Penang bersama tiga teman baru. Dua daripadanya ada guru sandaran di Balik Pulau dan sorang lagi peniaga di Batu Feringgi. Saya tumpang kereta depa dan waktu tengah hari sampai di Rumah di Bagan Tambang ni.

Saya dah beli beberapa bahan bacaan buat mengisi masa lapang. Nak balik, gaji tak masuk lagi, kos jugak tu. Terpaksalah menyental baju-baju yang perlu disental. Orang bujang! Kemudian kenalah kemaskan rumah yang berselerak tu. Penat jugak jadi surirumah ni. Hehehe... Hidup bujang macam tu lah... Semuanya kena buat sendiri. Makan nasi bungkus sahaja. Hehehe...

Kemudian saya ke CC sekejap dan after settle some problems, saya terus balik ke rumah untuk berehat.

Boring betul bila sorang kat rumah ni. Jiran-jiran masih belum dikenali lagi. Jadi saya terus ambil motor dan pusing Seberang Perai ni. Jauh tak jauh kira RM 4 jugak lah duit minyak habis. Sama macam kos Alor Setar-Penang. Hehehe... Memang kegemaran saya pusing kawasan yang masih belum saya pusing dan dapatlah saya tahu apa yang saya tak tahu.

Melihatkan kawasan sawah yang menghijau dan kemudian masuk pulak ke kawasan yang penuh dengan kelapa sawit dan kemudian kawasan yang banyak bangunan. Seronok. Banyak benda baru yang saya dapat. Apa pun dua tiga kali jugak saya kena pakai baju hujan sebab ada kawasan yang hujan dan ada yang tak.

Sambil tu boleh cari short cut ke kewasan tertentu. Hehehe... Bila balik terus ke Pasar Malam dan beli makanan malam. Malam nak keluar hujan makin lebat. Telefon rumah petang tadi tak berjawab. Ada yang guna line Internet kot. Lepas tu malam hujan pulak. Awal jugaklah saya tidur di rumah yang luas ni berseorangan.

WASSALAM...

02 MEI 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Memang cukup indah kawasan Ulu Kinta ni. Kem Polis ni memang dikelilingi oleh kawasan hutan yang menghijau dan memukau pandangan. Terpaksa jugak saya datang atas desakan ramai walaupun tak minat. Tetapi saya akan berikan yang terbaik untuk tidak menghampakan semua.

Semalam memang banyak kenalan baru yang dapat saya kenal. Tak sangka ramai jugak kenalan lama. Hehehe... Meriah dunia! Apa pun hari ni kami bangun cukup awal untuk slot pemeriksaan fizikal.

Kami disuruh menjerit dengan suara paling kuat, pumping, push up, dan macam-macam lagi. Alhamdulillah semuanya tu dapat dilakukan dengan baik. Tengah hari bersolat Jumaat di Masjid kem polis dan kemudian kami sambung balik ujian. Bila petang diumumkan ujian dan daripada 86 yang sepatutnya hadir Cuma 21 yang layak. Saya gagal disebabkan mata.

Seronok ada, sedih pun ada. Tapi sebelum datang saya dah letakkan keputusannya kepada Allah semoga berikan yang terbaik buat diri ini. Saya sebenarnya amat meminati dunia polis dan tentera ini, tetapi ada beberapa benda yang membuatkan saya rasa ia tak sesuai dengan jiwa saya.

Saya boleh menghadapai ujian yang lasak dan memang saya suka. Itu bukan persoalan. Tetapi ada beberapa faktor lain yang saya rasa, saya malas nak perjelaskan dalam diari. Cuma orang tertentu sahaja yang tahu.

Suasana malam di sini agak meriah walaupun ramai yang gagal. Kami berbual pengalaman masing-masing dan macam-macam lagi. Cukup menyeronokkan sambil memeberi rangsangan kepada yang berjaya untuk larian 2.4km. Larian ni sepatutnya ditamatkan dalam masa bawah 14 saat. Sayang saya gagal hari ni. Saya cukup yakin dapat buat bawah 11 saat! Sebab saya dah beberapa kali lakukannya. Bukan rezeki saya nampaknya.

Setelah larut malam kami pun tertidur tatkala masih ada yang rancak berbual.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah