Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

 

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

Enter Malaysian Top Sites - Laman Top Malaysia Dan Undi Laman Ini !!!

04 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Ada orang bertanyakan saya siapa tokoh yang paling saya kagumi dalam hidup saya? Bagi saya dia adalah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Mungkin tak ramai yang kenal kan! Itu nama penuh tapi bila nama singkatannya pasti anda semua kenal. Nak tahu siapa? Sila gabungkan perkataan yang saya tebalkan “bold’ tu. Pasti anda tahu...

Kalau dalam arena politik saya amat mengkagumi Tun Dr. Mahathir, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

Kalau dalam sukan, Nor Saiful Zaini dan Radhi Mat Din.

Kalau dalam Bidang akademik, Professor Diraja Ungku Aziz.

Kalau dalam Sastera, Sasterawan Negara Datuk Usman Awang dan Azizi Haji Abdullah.

Kalau dalam Bidang Motivasi, Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah.

Kalau dalam bidang agama, Datuk Dr. Harun Din.

Berapa banyak kalau daa... Hehehe... Tu antara bidang yang saya ingat. Tapi kalau anda nak tanya lagi, sila email saya...

Oklah masuk bab diari saya...

Sebelum apa-apa saya nak minta maaf sebab gagal mengemaskinikan laman saya ni seperti yang sepatutnya. Banyak sebab yang menyumbang ke arah itu. Entahlah apa dah jadi dengan PC saya ni. Meragam tak tentu hala. Nak mati akal dibuatnya. Saya akan cuba kemaskinikan setakat yang termampu sekarang ni.

Hari ni, selepas hantar adik saya ke sekolah ambil SPM, saya luangkan masa untuk membaca paper dan kemudian saya ke Bank Perwira Affin Bank untuk urusan penyimpanan. Kemudian saya nak beli sesuatu tapi still kedai tak bukak lagi, jadi saya terus surf Internet di kedai saya. Kemudian waktu tengah hari saya balik semula ke rumah sebelum saya masuk kerja seperti biasa.

Hari ni hujan dan saya tak dapat membeli juadah berbuka untuk family seperti biasa malah saya terpaksa tumpang kereta boss saya sebab hujan! Saya lupa nak bawak baju hujan. Malam ni saya solat Tarawih di Surau Taman saya. Ada kejadian yang tak diingini berlaku malam ni. Lamari kaca kat surau jatuh dan terkena seorang budak. Ni angkara-budak-budak yang seronok sangat bermain dalam surau. Cederalah jugak nasib baik tak parah.

Kemudian saya masuk kerja macam biasa tetapi waktu balik, motor saya pancat pulak! Terpaksa saya tumpang Boss saya sekali lagi. Hehehe... Mujurlah rumah kami dah dekat. Bila balik saya tak terus tidur sebab saya macma biasa rehat sambil tonton TV dan solat Tarawih secara langsung. Kemudian saya updatekan diari ni. Maaf saya lewat update sebab ada masalah sikit dengan web hosting saya tu. Saya terpaksa delete beberapa fail sbeba dah hampir penuh dah kuota saya. Dah hampir limit 20 MB dah! Saya tidur kira-kira jam 3.30 pagi dan bangun balik untuk bersahur sambil tonton Siaran langsung Chelsea lawan Lazio. Saya tak tidur sampailah Solat Subu. Barulah saya tidur kembali.

WASSALAM...

03 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Siapakah orang yang  sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan Tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan  harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang  mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak Membawa amal-amal kebaikkan lalu  kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Oklah...

Hari ni macam biasa sahaja. Cuma waktu pagi, saya sempat hantar adik saya ke sekolah untuk mabil SPM. Buat semua yang ambil SPM selamat maju jaya. All The Best. Petang saya masuk kerja tapi tak sempat nak tengok rancangan yang saya minat, Pangako Sa Yo sebab TV kat kedai saya dah kena block sebab lewat bayar ansuran ASTRO. Alamak! Terlepas siri hari ni. Hehehe...

Saya bekerja macam biasa Cuma hari ni waktu nak berbuka saya beli sedikit ayam panggang. Hmm... Bila balik terkejut saya dibuatnya sabab Abang Midi beli Udang dan Ketam. Udang tu mak dah bakar. Ketam pulak mak goreng! Fuh Sedapnya. Dengan sambal sotong lagi. Tu tak termasuk ikan laut dan ikan darat. Hehehe... Rasa macam kat restoran makanan laut pulak!

Alhamdulillah... Selepas berbuka, saya Solat Tarawih di Masjid Derga dna kemudian saya sambung bekerja sampai jam 12 tengah malam. Saya tidur kira-kira jam 3 pagi selepas menonton Lu Bu Wei dan Solat Tarawih langsung dari Makkah.

WASSALAM...

02 NOVEMBER 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Mereka yang tidak pernah mendaki, jarang jatuh.
-John Greenleaf Whittier-

Satu kata-kata yang saya baca dalam sebuah buku. Ringkas sahaja tetapi amat mendalam maknanya. Saya serahkan kepada anda untuk mentafsir dengan lebih mendalam maksudnya...

Okay lah...

Saya bangun sahur kira-kira jam 4.30 pagi. Saya tak tidur selepas sahur dan Solat Subuh. Saya hantar adik saya ke sekolah dan kemudian beli paper. Lepas baca paper saya rehat sekejap sambil main CM4. Kemudian saya tidur kira-kira jam 9.30 pagi. Tapi jam 10.30 Boss saya telefon minta tolong saya. Alamak, saya mengantuk sangat ni!!! Tapi saya rasa saya kena tolong jugak dan saya bangun dan masuk kerja terus.

Kemudian saya habis kerja kira-kira jam 6 petang. Terus saya pecut balik sebab hari nak hujan tapi saya jugak sempat beli sedikit juadah berbuka buat keluarga saya. Malam saya seperti biasa solat Tarawih di Surau Taman saya. Kemudian saya tonton cerita P. Ramlee, masam-masam manis. Dah selalu tengok tapi tak jemu menontonnya. Kemudian Abang Midi beli Pizza. Tak larat makan saya dibuatnya. Hehehe...

Malam ni saya tidur kira-kira jam 2.30 pagi selepas main CM 4.

WASSALAM...

01 NOVEMBER  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Terima Kasih Tun Dr Mahathir dan saya amat-amat mengalu alukan Pak Lah sebagai PM baru. Bagi saya, Tun Dr Mahathir dah banyak berjasa kepada negara. Menajdikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikagumi di pentas antarabangsa dan yang paling saya kagum ialah keberanian Dr. Mahathir bersuara di pentas dunia. Cuma bagi saya Dr. Mahathir masih gagal dalam pembangunan sosial dalam erti kata yang sebenarnya walaupun berjaya dalam pembangunan material.

Apa pun saya melihat Pak Lah sebagai seorang yang boleh memperbaiki kelemahan ini tetapi dengan syarat Pak Lah benar-benar mendapat sokongan semua. Saya malas nak berbicara soal politik sebab nanti jadi tak best sebab banyak benda yang benar tetapi bagi sesetengah pihak ia mungkin pahit. Better saya bual off record, sebab silap-silap kena ISA sat lagi. Hehehe...

Apa pun Selamat Bersara Dr. Mahathir dan Selamat bertugas Pak Lah.

Oklah, bab diari saya...

Seperti biasa hari ni, saya rasa mengantuk sangat dan kemudian sambung tidur balik. Kemudian saya tolong saudara saya buat surat Rasmi guaman sekejap. Kemudian saya dan Zam keluar ke Bandar Alor Setar. Kami beli beberapa CD Software. Terbang hampir RM 20! Hehehe...

Yang paling malas saya keluar ke Pekan ni ialah cara pemakaian remaja zaman la ni. Ni bulan Puasa! Yang dok pakai ketat-ketat tu buat apa? Susah betul, saya terpaksa alih pandangan ke sana sini. Macam nak tipiskan pahala puasa orang lain! Tak kan tak boleh sedar kot perkara ni. Bulan puasa still pakai nampak itu dan ini. Kalau bangsa lain boleh tahan ni Melayu yang Islam! Mana mak bapak dalam hal ni! Tak pernah nak larang cara berpakaian anak ke?

Entahlah... Kemudian saya masuk kerja macam biasa kira-kira jam 3 petang sampai jam 6.30 petang. Sebelum balik, saya sempat beli sedikit juadah berbuka puasa dan berbuka bersama family. Saya solat Tarawih di Masjid Derga dan kemudian saya masuk kerja macma  biasa. Malam ni saya tidur kira-kira jam 3.30 malam sebab saya tonton Solat Tarawih langsung dari Kota Suci Mekah. Kalau boleh, saya nak ke sana sekarang. Seronoknya kalau saya dapat berada di depan Kaabah! InsyaAllah...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141][142][143][144][145][146][147][148][149][150][151][152][153][154][155][156][157][158][159][160][161][162][163]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi][Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu][Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring][Basrie][Hijau Kuning]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah