Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

06 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sebenarnya mulai hari ni saya dah dengan rasminya join geng jernel. Sebenarnya dah lama dah saya dipelawa oleh beberapa ahli geng jurnal seperti Abang Wan tetapi saya merasakan masih belum bersedia menganggotainya dan Alhamdulillah sekarang saya rasa cukup bersedia untuk menyertainya. Saya rasa ramai yang tahu tentang geng jurnal ni terutamanya yang sememangnya suka melayari internet.

Bagi anda yang ingin mencari ramai rakan cyber, saya promote kepada anda laman virtualfriends.net.Saya memang dah lama join dan selalu masuk dan meninjau pendapat-pendapat di dalamnya. Sebenarnya banyak yang boleh kita pelajari.

Saya bangun dah dekat jam 7 pagi dah. Maklumlah tidur malam tadi hampir jam 4 pagi. Tengok F1 dengan buat kerja sikit menggunakan Internet. Kalau kat rumah memang saya bangun agak lewat. entahlah kenapa. Tapi kalau kat kampus atau tempat yang selain dari rumah sebelum jam enam pagi saya dah bangun. Dekat kampus selalunya jam 5 dah bangun dah. Kat rumah may be nak rehat sama kot. Hehehe...

Kemudian tonton Laman Nurani oleh Datuk Dr. Mohamad Fadzilah Kamsah dan kemudian tonton berita. kemudian belidan baca paper. Kemudian cuma berehat di rumah dan kemudiannya menonton TV sambil cuba memasuki semula akaun email saya yang diblocked buat sementara waktu. Still tak boleh akses lagi. Bersabar lah dulu. Ada hikmahnya kan. Maaflah kalau saya lewat reply email-email anda. Selalunya waktu susah nak akses waktu tu lah yang banyak dapat email.

Kemudian waktu tengah hari berehat sambil tonton TV. Petang saya tertidur selepas Asar dan bangun semula untuk main bola. Waktu masuk dah ketinggalan 3-0. Banyak percubaan ke arah gol tapi langsung tak masuk. Hehehe... Apa pun saya set up 3 gol dan kami tewas 4-5.

Malam macam biasa, cuma malam ni saya stay sampa awal pagi untuk tonton Formula One.

WASSALAM...

05 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum apa-apa saya nak ucapkan Terima kasih banyak-banyak kepada Abang Wan yang juga penyanyi kumpulan Nasyid Firdaus yang menujukan lagu kepada saya dalam siaran Ikim.fm malam tadi. Hehehe... Famous sekejap dalam radio malam tadi. Cuma saya tak dengar sebab tidur awal. Hehehe... Thanks... Satu pertanyaan bila nak update jurnal? Dah berkurun tak update... Hehehe...

Malam tadi mimpi memang cukup indah dan mengasyikkan. Seronok! Saya pulak pagi ni selepas baca paper dan sarapan terus balik kampung. Bila balik kampung, Kak Ida, dua pupu saya akad nikah pulak. Kebetulan saya balik, jadi saya pun hadirilah majlis tu. Kak Ida baru sahaja menamatkan pengajian di UPM.

Paling saya boring nak jawab ialah soalan tentang saya. "Yang Ni Bila Lagi?"
Saya mudah sahaja, "Biarlah Masa Dan Keadaan Yang Menentukannya".

bukannya mudah alam perkahwinan ni. Saya nak bina kerjaya dulu tahun ni. Tahun ni Memang saya langsung tak berhajat nak kahwin lagi. Mungkin tahun depan kot! Hehehe... Tengoklah macam mana. Tapi susah jugak nak kata. Tup-Tup! Esok kahwin. Hehehe...

Lepas tu Pak Long Saya dan keluarga kebetulan balik. Jadi meriahlah rumah Tok Wan saya tu. Petang selepas tonton Under One Roof dan bila sampai terus main bola. Menang 7-6 dan score jugak sebijik. Tapi memang banyak peluang tapi finishing memang tak menjadi. Hehehe...

Malam tonton bola Kedah lawan Kelantan Secara keseluruhan, permainan Kedah taklah menarik sangat Tapi bolehlah diberi penilaian 6 per 10. Mungkin boleh lebih baik tetapi corak permainan player Kelantan yang gagal mengawal emosi. Sebab itu ada dua kad merah! Kad kuning memang banyak. rasanya tujuh kot! Coach Kelantan, Dali Omar dah awal-awal lagi melahirkan kebimbangan soal kawalan emosi ni.

Contohnya perlawanan sebelum ni, Kelantan lawan Melaka, Ada yang kena sent off. Pada saya player Kelantan tak begitu ada pengalaman dan perlu pastikan teamwork yang lebih baik. Kelantan boleh pergi jauh kalau dapat control emotion sebab, apa yang saya tengok, stamina player Kelantan memang OK, speed pun ok cuma kesabaran, teamwork dengan pengalaman tak berapa ok.

Kedah pulak bila dah leading banyak, mulalah slowkan permainan. Paling merisaukan prestasi Abel yang tak konsisten. Supporter dah mula merungut! Malam ni Kedah menang 4-0 jaringan Matar Diop minit ke-8, Akmal rizal Ahmad Rakhli minit ke-52, 55 dan 70.

InsyaAllah Selasa ni saya kan ke Perlis untuk saksikan local derby clash between Kedah and Perlis. Perlis sekarang memang hebat. Friendly waktu Kedah lawan Perlis hari tu Chipeta score goal yang cukup cantik dan Perlis menang 1-0. Kali ni macam mana?

Bila balik, sempat tonton live F1. Kimi Raikkonen terpaksalah duduk di tempat keempat sewaktu permulaan tetapi dikira ok sebab terpaksa pakai kereta spare akibat masalah hydraulic system. Jadi memang membanggakanlah jugak. Harapnya McLaren berjaya!

Lepas tu saya surf Internet dalam jam 3 pagi untuk check email. Tapi akaun saya dah kena blocked buat sementara waktu! Alasannya ada orang yang cuba nak ceroboh akaun email saya! Apa yang ada dalam tu sampai ada orang nak ceroboh. Bukannya ada rahsia sulit pertahanan negara atau pun harta karun. Cuma hal-hal peribadi saya sahaja. Siapalah yang buat ni? redha sahajlah dengan apa yag berlaku. Saya dah buat susulan. Buat masa sekarang sila gunakan email saiful_azrul@hotmail.com untuk menghantar sebarang email. Maaf atas kesulitan ini.

Kemudian terus saya tidur.

WASSALAM...

04 APRIL 2003 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Semangatnya pagi ni. Hehehe... Dah pergi berjogging balik. Terus terang saya cakap tahap stamina saya sekarang berkurang hampir separuh daripada biasa. Dulu selalu jogging dan tetapi kebelakangan ni makin tak tumpu kepada soal tu.  Mungkin sebab berkursus selama dua minggu dan keadaan hujan yang selalu turun. Jadi peluang tak berapa ada. Apa pun, InsyaAllah saya akan kembali concentrate lepas ni. Ada perancangan tapi saya tak mahu tulis dalam diari ni beberapa perancangan tu. Hehehe... Mana boleh cerita semua!

Kemudian saya sambung tidur sampai jam 12.45 tengah hari. Hehehe... Lama jugak. Penatlah! Sebab itu tidur pun lena. Solat Jumaat di Masjid Alor Semela dan khatib membicarakan soal rezeki halal haram. Kemudian cuma berehat sambil menonton TV. Petang dapat turun main bola. Waktu saya masuk dah lewat sikit join. Team saya kena 4-1. Tapi bila supersub ni masuk, terus menang 7-5! Dengan 1 gol dan setup beberapa gol. Tapi memang tak berapa laju sangat sebab sebelum tu ada jiran buat kenduri koteaw jadi main dengan perut yang kenyang, memang macam tu lah.

Malam selepas tonton berita, sempat tengok Nasib Do Re Mi dan kemudian terus tidur. Memang nak train tidur awal sekarang ni. Tapi tengah malam tu bangun jugak nak surf Internet tapi tak boleh connect langsung. Entah apa masalahnya saya pun tak tahu. Jadi sambung tidur baliklah. Hehehe...

WASSALAM...

03 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Ada banyak hikmahnya apa yang kita minta tak semuanya menjadi kenyataan. Memang kita rasakan kecewa bila sesuatu yang kita pinta tetapi tidak tercapai. Allah dah mengaturkan segala-galanya apa pun keputusan-Nya, terimalah dengan hati yang terbuka tanpa banyak soal. Mungkin ada apa yang kita pinta itu sebenarnya memudarat diri kita.

Semakin lama kita hidup, kita akan menghadapi semakin banyak persoalan dalam hidup. Soal impian menjadi nyata atau tidak adalah sebahagian daripadanya. Jadi percayalah dengan sesungguh hati kepada pencipta kita! Jangan diragukan walau sebesar zarah pun. Teruskanlah hidup dengan penuh kasih sayang, saling hormat menghormati dan harga menghargai. InsyaAllah segalanya akan memihak kepada kita.

Kalau kita menghargai orang lain tetapi kita tidak mendapat penghargaan yang sama daripada orang lain, jangan risau. Lakukanlah dengan Ikhlas. Percayalah kepada Allah. Segalanya sudah ada ganjarannya. Keikhlasan itu milik Allah dan Allah jua yang kan membalas ganjarannya. Marilah dalam dunia yang penuh dengan kekalutan dan perang ini, kita sama-sama tanamkan kasih sayang antara satu sama lain agar hidup ini seindah yang kita mimpikan dan ia adalah destinasi persinggahan yang tidak dapat kita lupakan.

Bersamalah kita perangi Perang. Kedamaian, Keamanan adalah impian kita!

InsyaAllah esok saya akan melapor diri di Penang untuk mula bekerja. Alhamdulillah. May be email akn lewat sikit saya reply! Maaflah. Harapnya semua berjalan lancar. Harap emak dan abah jugak akan sejahtera hendaknya nanti. Abah pun cukup merisaukan sebab ada ketumbuhan pada lehernya. Tak tahulah nak kena bedah atau tak. Tapi rasanya tak seserius mana. InsyaAllah semuanya baik hendaknya.

Pagi, saya hantar adik ke sekolah seperti semalam dan kemudian bersiap mengemaskan barang untuk ke Penang esok. Tengah hari sempat tonton rancangan kegemaran saya. Nak tahu maksud dalm bahasa Melayu cerita ini. Cinta bukanlah sesuatu yang mereka ciptakan (El Amor No Es Como Lo Pintan). Seronok cerita ni sebab banyak pengajaran yang dapat dihayati.

Sebenarnya salah satu sebab saya tonton rancangan ni ialah saya mengganggur dan tak ada kerja waktu tengah hari jadi saya tontonlah cerita ni. Menarik pulak dan terus follow sampai sekarang. Hehehe... Kemudian berehat sekejap. Bila tengah bersiap untuk packing barang tiba-tiba dapat call daripada pengurus saya, Encik Abu khair mengatakan tarikh lapor diri ditunda kepada 14 April ni. Alamak!

Bagi saya tak ada masalah sangat. Saya kira itu pun ok. Hehehe... Bolehlah saya tengok bola Kedah lawan Kelantan Sabtu ni. Best betul! Tengok result Perdana Dua malam tadi, Johor memang macam jangkaan saya. Tahun lepas lagi saya dah cakap tentang keupayaan Johor. Apa yang saya perhatikan tahun lepas ialah player Johor memang cukup berpotensi dengan team work yang baik tetapi just kurang pengalaman dan saya dah tulis dalam diari ni dulu yang tahun ni Johor akan jadi Juara Atau Naib juara Perdana Dua.

Kedah pulak, saya tak tahu apa yang terjadi dengan finishing. Tahun lepas Sarawak menghadapi masalah finishing yang serius tetapi tahun dah ok cuma Sarawak ada masalah dengan defend or may be goal Keeper. Kedah defend yang terbaik setakat ini walaupun agak goyah. Harapnya dapat buat sesuatu bila lawan Kelantan nanti kerana Player Kelantan rata-rata adalah player baru dan tak berpengalaman. Jadi inilah peluang Kedah untuk mengungguli saingan perdana satu yang sekarang ni dikuasai oleh Perak dan Perlis.

Perlis memang cukup kuat sekarang. Saya akui! Tapi saya rasa lepas 10hb April ni mungkin Perlis dan Pahang ada masalah.

Bila dah tak jadi berkemas. Saya main game pinball dan kemudian berehat di rumah. Selepas Baca Yasin bersama keluarga, kemudian tonton berita dan kemudian lawan badminton dengan Abang Midi dan adik saya. Hehehe... Pemegang ranking no satu! Abang Midi pun kalah! Shaukhi lagilah walaupun dia menang set pertama tapi set kedua dan ketiga dia dah tak ada stamina. Jadi mudahlah nak menang. Hehehe...

Malam memang penat jadi tidur pun cukup lena!

WASSALAM...

02 APRIL 2003

ASSALAMUALAIKUM...

Bagus betul kalau nak tangkap suami macam gini......


  * Think first before speaking to your wife

  * Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

  * Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
  * Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

  * Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
  * Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

  * Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
  * Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

  * Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
  * Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

  * Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
  * Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
  sebulan.

  * Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
  * Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

  * Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
  * Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf   set tak boleh sebab dia kidal...

  * Isteri: ????!!!!!
  * Suami: (Dalam hati)Alamak!!

Just jokes... Saya terimanya melalui email. Sekadar hiburan tapi ada pengjarannya jugak. Hehehe...

Waktu pagi saya hantar adik saya ke sekolah dan kemudian berehat di rumah. Kemudian sampailah surat dari PTPTN. Permohonan tangguh pembayaran tidak diluluskan. Terpaksalah bayar jugak. Apa pun just RM 50 for first two years. Bagi saya tak ada masalah sangat kot sebab saya pun dah dapat kerja. Alhamdulillah. Kalau tidak kena RM 200 sebulan! May be saya akan buat pelarasan dan akan tetap bayar RM 200 sebulan. Lagi cepat habis lagi mudah. Senang cerita tak pening kepala!

Kemudian surf Internet sekejap. ALmak tingginya hits saya hari ni. Alhamdulillah. Tapi email tak berapa banyak sangat. Ada yang bertanya pasal pembangunan web site ni. Saya tak ada masalah menjawab sebarang kemusykilan selagi saya tahu ilmu tu. Tetapi ada sesetengah part memang saya lemah. Harap berpuas hati. Saya akan cuba beri yang terbaik.

Hari ni deringan telefon cukup rancak. Pening saya nak jawab. Asyik cari saya sahaja. Hehehe... Rasa macam popular pulak! Hehehe... Perasan! Tengah hari tonton El Amor No Es Como Lo Pintan dan kemudian selepas solat saya tidur sekejap. Telefon pun asyik berbunyi. Jadi terganggulah tidur. Hehehe... Tak apa saya tak kisah, saya akan tetap bangun jawab. Jangan risau!

Kemudian jemput adik balik sekolah dan kemudian terpaksa ke kedai repair motor yang rosak. Pening kepala jugak. Hari pun dah lewat jadi terpaksalah tangguh ke esok hari. Bila balik, waktu Maghrib pun ada orang call dan sebelum saya balik pun ada panggilan lagi. Banyak benda nampaknya terpaksa saya handle. Belum lapor diri lagi dah banyak kerja. Hehehe...

Waktu malam, Saeran datang ke rumah dan saya cuma menonton Berita dan Senario. Kemudian rehat sambil menggunakan komputer dan updatekan laman web. Komputer asal saya still tak siap lagi tetapi komputer yang ada ni bolehlah. Bersyukurlah dengan apa yang ada!

Oklah setakat ni dulu kot buat hari ni, InsyaAllah esok jumpa lagi kalau ada rezeki.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115]


(Sejak 06 April 2003)

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah