Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

12 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Hidup ni, kadang-kadang ada pasang surutnya. Ada kala kita rasa terlalu gembira dan ada kala, ada benda yang meruntun hati. Tapi itulah lumrah yang harus kita hadapi. Suatu ketika mungkin kita rasa tertekan yang teramat sangat. Tetapi ingatlah Rahmat Allah ada di mana-mana. Selagi kita taat kepada-Nya, Allah akan membantu kita.

Bagi saya, ada beberapa peristiwa kebelakangan ni yang menyentap hati saya. Saya tertanya-tanya dan ia menjadi persoalan kepada diri ini. Bila saya renung, muhasabah kembali diri, rupanya ada yang tak kena. Begitulah manusia, bila dah selesa sikit kita lupakan sesuatu yang cukup berharga.

Hargailah sesuatu itu tatkala kita memilikinya kerana bila kita kehilangannya kita akan terasa ketiadaannnya.

Apa pun semuanya bergantung kepada diri kita. Kitalah yang menentukan di mana diri kita pada masa depan. Di sisi kejayaan atau di sisi kegagalan.

Moga Allah memberi Petunjuk dan Hidayah-Nya kepada kita, InsyaAllah...

Sepatutnya hari ni saya berpuasa macam biasa, tapi saya batalkan sebab saya nak kena turun jogging untuk mantapkan stamina untuk esok. Tapi stamina saya tak berapa oklah! Pening kepala jugak.

Kemudian bila saya balik rumah, saya settlekan banyak kerja yang tertangguh sampai petang. Bila petang saya turun main bola dan train sebagai last man. OK! Hehehe... Tapi banyak benda kena settlekan.

Malam saya keluar jumpa Zam, Men dan Shaukhi di Stadium membincangkan strategi untuk esok sambil menghubungi beberapa member untuk main esok.

Bila balik, saya terus tidur dan tak sempat nak surf Internet. Hehehe... Selalunya dalam masa sehari saya akan semak email dua kali tapi hari ni langsung tak sempat.

WASSALAM...

11 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Sebab apa Kedah tewas 4-1! Saya banyak membicarakan tajuk ni dengan member yang sokong Kedah. Kenapa Akmal lewat diturunkan?

Rupa-rupanya malam tadi, bas pemain Kedah terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang teruk di KL. KL dimaklumkan dilanda banjir kilat menyebabkan kesesakan yang amat amat teruk. Selalunya pasukan Kedah akan sampai ke Stadium 20 minit sebelum Mgharib dan selepas bersolat dan kemudian buat warm up. Tapi malam tadi bila sahaja sampai, Player tak sempat sangat nak warm up macam biasa. Dah terus nak kena main. Tu yang kena awal sangat. Jadi semuanya tak menjadi.

Waktu atas bas, player memang tertekan bila terperangkap terlalu lama. Nak buang air kecil pun kena tahan dulu. Mana tak pressure. Lepas tu kenapa Akmal lewat diturunkan. Sebabnya ialah Kedah nak membiasakan Formasi 4-5-1.

Kedah tak boleh buat formasi 4-4-2 macam biasa, sebabnya nanti Akmal akan dipanggil ke Skuad Kebangsaan bersama Irwan dan Victor untuk rombongan ke republik Chez. Jadi bila 30 minit terakhir barulah akan digunakan kembali taktik 4-4-2. Sebab nanti Kedah memang tak ada striker. Che Hishammudin masih cedera.

Selalunya ok tapi malam tadi disebabkan keadaan tak mennetu dan tak dapat dielakkan, keadaan jadi macam tu. Apa pun Syabas Kedah sebab masih berjaya bermain dengan baik.

Itu adalah antara penjelasan Pengurus pasukan Kedah Datuk Shukri berkenaan kekalahan Kedah. Patutlah pun... Bagi saya penyokong setia Kedah, tetap akan sokong Kedah macam mana pun. Dulu waktu Perdana dua pun saya tetap ke Stadium dan memberi sokongan. Buat peminat Kedah, kalau nak tinjau keadaan terkini kedah sila ke www.hijaukuning.net. Kalau pasukan lain saya tak tau sangat tapi Selangor- www.selangorfc.com .

Jadual perlawanan Kedah selepas ini (Buat penyokong-penyokong Kedah)...
Petunjuk H-Home, A-Away

14 Jun 2003- Melaka (H)
24 Jun 2003- Melaka Telekom (A)
01 Julai 2003- Sarawak (H)
05 Julai 2003- Kelantan (A)
08 Julai 2003- Perlis (H)
12 Julai 2003- Terengganu (A)
29 Julai 2003- Pahang (H)
02 Ogos 2003- Sabah (A)

Oklah berbalik kepada diari saya hari ni.

Pagi macam biasa keluar beli akhbar. Cuma ada sesuatu yang menyentap kekuatan saya. Bagi saya, apa yang saya nampak terlalu sukar untuk saya katakan dan saya terlalu terkejut. Itulah kuasa Allah. Kadang-kadang kita terlalu kecil ruang lingkup pemikiran kita. Kalau kita lihat dunia dengan lebih luas, kita akan tahu betapa Agungnya kuasa Allah. Maaf saya tak boleh cakap benda apa. Hehehe... Saya sahaja yang faham...

Kemudian, saya surf Internet dan reply beberapa email, saya buat sedikit kerja dan kemudian berehat di rumah sampai petang. Hari ni memang tak sempat main bola. Hehehe... Malam just berehat tengok TV, balas email dan kemudian tonton Liputan bola dan kemudian update laman ni dan terus tidur...

WASSALAM...

10 JUN  2003

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah hari ni masih lagi dapat bernyawa dan menghirup udara segar di bumi tercinta ini. Memang hari ni saya just ada beberapa kerja yang harus saya selesaikan. Waktu pagi seperti biasa surf Internet dan apply online job. Kadang-kadang boring jugak bila apply kerja ni. Yang kita nak tak dapat. Hehehe... Dalam keadaan macam ni pun demand jugak. Bukannya apa... Saya kena kira banyak benda. Sebab kebanyakan kerja adalah di luar Kedah. Gaji pun tak seberapa. Kena ambil kira jugak. Kalau kat Alor Setar ni tak kisahlah sangat. Tapi ada benda yang kena dengan minat saya sekarang ni. InsyaAllah dapat...

Kemudian cuci bilik dan ubah sikit sebanyak tempat dalam bilik ni. Dah berhabuk banyaj sangat ni! Lepas tu waktu petang saya ke Alor Setar, belikan kasut bola untuk adik-adik saya.

Cuma saya nak ucapkan Syabas kepada Harian Metro kerana membawa satu isu iaitu pengutip duit parking motor di Alor Setar. Alhamdulilah dah semakin baik keadaannya. Dulu kalau nak parking kena 50 sen. Free sahaja pengutip tu dapat. Dahlah penagih! Sehari boleh dapat RM 100 (hari biasa) dan hari minggu dapat sampai RM 500! Bayangkan. Tu kerja tu sahaja!

Bila Harian Metro Edisi Utara (10 Jun 2003) buat liputan dan dedahkan apa yang terjadi, barulah keadaan kembali tenang.

Kemudian main bola macam biasa. Dah beberapa hari tak main sebab padang basah. Hari ni main sebagai lastman. Tapi kena 3-0 awal-awal. Terus saya ubah position naik atas dan dapat rapatkan kedudukan 3-2. Dan last minute dapat satu gol atas kesilapan penjaga gol. Hehehe... Mudah sangat!

Malam just berehat di rumah sambil dengar keputusan Kedah lawan Selangor. Alamak kena 4-1! Apa dah jadi dengan skuad Kedah. Bayangkan dalam 15 perlawanan Cuma lepas 7 gol tetapi malam ni 4 gol!

Kenapa Akmal diturunkan lewat? Kenapa Kit Kong jugak lewat? Pening! Tapi syabas kepada penyokong Kedah yang telah memberi sokongan padu sehinggakan penyokong Kedah lebih ramai daripada penyokong Selangor di Stadium Shah Alam dan tetap tak berganjak walaupun Kedah ketinggalan 4-0! Syabas. Semangat kesukanan yang tinggi!

Eh! Jangan anggap saya terlalu kenegerian. Cuma bab bola sahaja. Tapi saya tetap bersikap adil kepada team lain.

Lewat malam saya menonton Perlawanan Pahang lawan Terengganu. Memang best dan menghiburkan perlawanan ni. Dan bagi saya Pahang memang berhak menang. Memang pemain kebangsaan yang ada cukup berkualiti. Cuma sahay hairan kenapa Pahang tak begitu konsisten macam Perak. Mungkin sebab terjejas dengan kem latihan Kebangsaan kot.

Terengganu pulak ada banyak talented Player. Malam tadi saya cukup tertarik dnegan player no 19. Saya tak kenal sangat tapi kalau tak salah namanya Syed. Tetapi Terengganu Cuma perlukan pengalaman yang mencukupi sahaja sebelum boleh kembali menggegar. Player macam Hairuddin, Subri Sulong dan rosdi Talib asalnya dari Terengganu, Penyokong Terengganu seharusnya memberi masa kepada pasukan. Macam Kedah dulu jugak, sekarang dah semakin ok dengan player mendapat banyak pendedahan.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini--- [Arkib 2002][89][90][91][92][93][94][95][96][97][98][99][100][101][102][103][104][105][106][107][108][109][110][111][112][113][114][115][116][117][118][119][120][121][122][123][124][125][126][127][128][129][130][131][132]


(Sejak 06 April 2003)

Selected Geng Jurnal’s Site
(To add your site please email me and make sure you are the member of Gengjurnal)

[Rudy bluehikari][Shaukhi[Blueshades]]Tok Rimau] [Wanzu]Fajar] [Mie] [Angah][Immhezlin][Rizal][Bandar Sepi][Pak Di] [Pujangga] [Bintang Sepi] [Cipong][Anna Abadi][Jasnita][Idzwan Firdaus][Tat-Teluq][Muring]

Baca Diari Sebelum Ini

Saifulazrul Collection 1999-2003
Provided by Saiful Azrul Che Lah