Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

28 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya sempat sembang dengan ramai orang mengenai prestasi skuad bola sepak negara. Tak jumpa sorang pun yang kutuk persembahan pasukan negara. Semuanya memuji walaupun tewas. Bagi saya ia perkembangan yang baik dan sihat. Keyakinan peminat dah kembali dan harapnya skuad yang ada akan dapat dikekalkan selama beberapa tahun agar lebih mantap dan bersefahaman.

Ada beberapa kejohanan penting lagi yang perlu kita sertai tahun depan antaranya ialah kelayakan Piala Asia dan Olimpik. Agak mengejutkan dalam undian kita mendapat bye dan kedudukan kita setaraf dengan jagoan asia yang lain seperti Korea dan Jepun. Hehehe... Tapi sekarang saya rasa kita dah semakin matang. Cuma pemain harus mengekalkan displin diri.

Cuma apa yang membimbangkan saya ialah bila liga Malaysia kembali bermula, player akan terikut-ikut dengan corak tempatan yang agak perlahan dan kurang menarik. Rasanya salah satu cara mengatasinya ialah dengan selalu mengumpulkan mereka dalam satu kem latihan agar mereka dapat kembali membiasakan diri dengan corak skuad kebangsaan.

Apa pun selamat Maju jaya untuk perlawanan esok! Tempat ketiga pun dah dikira bagus kerana kita pada peringkat awal langsung tidak diberi harapan. Tunggu dua atau tiga tahun lagi, InsyaAllah Malaysia akan kembali seperti zaman Mokhtar Dahari dulu. Jangan lupa Myanmar seolah-olah macam kita kerana skuad muda mereka juga amat memikat.

Malam tadi saya memang tidur awal. Pagi ni rasa fresh sikit. Lagipun nak pi test kereta. Alhamdulillah semuanya serba menjadi. Tak macam minggu lepas. Semuanya tak menjadi. Walaupun tapak kaki saya cedera sebab main bola ia tak seteruk minggu lepas. Minggu lepas saya terasa sakit bila menekan klaj. Nasib baik kasut tebal. Hari ni semuanya perfect!

Lepas ujian saya terus balik rumah dan hantar mak saya ke rumah saudara saya yang akan adakan kenduri esok untuk siang bawang. Kemudian saya berehat di rumah dan selepas Asar saya ke Alor Setar, temankan Pak Cik saya membeli belah.

Cuma yang tak berapa menarik di Alor Setar petang ni ialah gelagat muda mudi yang sedang melepak di Star Walk. Memang mengaibkan. Bayangkan ada seorang remaja yang sedang menghisap gam secara terbuka di khalayak ramai! Teman wanitanya ada di sebelah. Kawan-kawan yang lain dengan gembira mengacau perempuan yang lalu lalang di situ!

Di kawasan lain pulak ada pasangan lelaki perempuan yang berkelakuan kurang sopan. Memang memalukan. Hairan kenapa jadi macam ni? Banyak faktor sebenarnya, dan paling penting ia bermula di rumah. Tak tahulah apa perasaan mak bapak depa kalau mak bapak depa tengok kelakuan mereka macam tu.

Yang hairan tak kan mak bapak depa tak tahu ke mana mereka pergi dna tak siasat? Kalau saya buat macam tu dah lama kena belasah dengan ayah saya. Nampak longgar betul institusi kekeluargaan sekarang ni. Sedih...

Kemudian selepas Solat Maghrib, saya tonton berita dan kemudian layan beberapa phone call. Lepas Isyak saya tonton TV sambil surf Internet dan tidur kira-kira jam 2 pagi. Esok petang, InsyaAllah saya akan bertolak ke KL.

WASSALAM...

27 DISEMBER 2002 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saya terima satau email yang amat menarik bagi saya. Jadi saya nak kongsi bersama anda apa yang saya terima, mudah-mudahan kita lebih faham.

Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress Management.

 Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada  mahasiswanya  "Berapa  beratkah segelas air ini pada fikiran anda  semua?"  Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram  hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi  tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika  saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.  Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya  akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari  penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk  saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya  memegangnya, maka bebannya akan menjadi semakin berat".

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat  laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu  akan meningkat beratnya".  "Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi".
 
 Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik,  agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.  Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan  sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan  membawanya pulang.   Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang  ada di pundak anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat ambilnya kembali.

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

PS : Hal terindah dan terbaik di dunia ini tak dapat  dilihat atau disentuh, tetapi hanya dapat dirasakan  jauh di relung hati anda.

 Have a nice day........

Saya bangun jam 6.30 pagi dan kemudian tonton berita dan sambil-sambil tu surf Internet sekejap. Kemudian baca paper dan tengok MHI sebab Abang Midi dengan kumpulan Firdaus jadi artis undangan dalam MHI. Hehehe... Senyap je Abang Midi! Kalau kat luar stage memang riuh tapi atas stage selalu diam. Hehehe... Abang Wan biasalah memang riuh kalau ada dia. Abang Rasul memang jenis senyap. Abang Is pulak riuh jugak. Hehehe...

Tapi rasanya album ni akan dapat banyak sambutan. Sekarang still awal untuk lihat macam mana respon market tapi rasanya semuanya semakin OK. Tengok sajalah nanti. Hehehe...

Lepas tu saya cuma berehat sambil kemaskinikan banyak perkara sebab saya dalam perancangan nak ke KL pada hari Ahad ni. Atas urusan peribadi sikit. Tak perlulah saya cerita sebab apa, tapi saja saya nak jalan-jalan sebab saya memang suka kalau jalan-jalan ni. Memang minat saya. Kalau sesiapa ajak saya pergi jalan atau melancong, saya dengan senang hati (kalau tengah free) akan ikut. Kalau saya tengah busy pun saya akan aturkan jadual saya setakat mana yang boleh. Sebab tu kalau dengan saya kena awal sikit inform.

Waktu kat kampus dulu, yang paling saya tak suka ialah mesyuarat secara mengejut. Lepas tu buat aktiviti secara mengejut. Saya dah atur jadual saya awal-awal lagi. Banyak kali saya terpaksa bertembung dengan beberapa program. Memang saya langsung tak puas hati! Ada sekali tu saya kena hadiri satu bengkel, satu kursus dan satu latihan dalam masa yang serentak. Mujurlah atas tolak ansur semua pihak saya dapat hadiri semuanya walaupun sekejap di sana dan sekejap di sini.

Tengah hari saya solat Jumaat di Masjid Derga. Hari ni saya lewat sikit ke masjid sebab terpaksa tumpang orang. Motor saya rosak.

Lepas Solat Jumaat saya pergi ambil motor saya di balai ayah saya dan bawa untuk diperbaiki dan Alhamdulillah semuanya OK. Lepas tu bila saya tongkat motor, kaki saya terkepit pulak. Habis luka i bahagian dalam tapak kaki saya. Memang sakit sebab ia tak pecah. Nak bagi pecah pedih. Jadi saya turun main bola sebab nak bagi pecah. Alhamdulillah waktu tengah main ia pecah walaupun cukup sakit.

Waktu saya main bola di padang tepi rumah saya rasa stamina saya tak berapa ok sangat dalam seminggu dua ni. Sejak lepas raya, saya cuma dapat berlari sejauh lebih kurang 20km. Kalau nak ikut jadual saya sepatutnya dah 60km. Memang agak ketinggalan. Macam mana pun saya agak kurang sihat kebelakangan ni sebab itu agak teruk sikit. Mulai esok saya kena cover balik semua tu. Tapi ada beberapa jenis latihan tetap saya teruskan. Cuma Lepas raya saya still tak turun main badminton lagi. Asyik dengan bola. Memang saya amat meminati bola tapi bakat saya pada badminton.

Sentuh bab bola saya nak komen pasal game Malaysia Indonesia yang saya tonton secara langsung walaupun kalah 1-0 tapi Oklah tu. Corak macam tu memang menarik cuma tak ada sentuhan penyudah ja. Kalau kita boleh sumbat gol dah tentu kita berjaya. Indon pun memang respect kat Malaysia sebab corak yang menarik. Saya puas hati cuma saya nak komen pasal pengulas TV2 yang tak begitu bersemangat sewaktu mengulas perlawanan tu.

Memang kalau pengulas OK, kita pun akan lebih bersemangat. Apa pun jantung saya berdegup kencang. Memang berdebar sangat. Hehehe... Apa pun tahniah buat skuad negara!

Lepas tengok bola saya rehat sekajap dan surf Internet  sebab saya nak tidur awal malam ni. Lepas balas email saya terus tidur!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75][76][KHAS][77][78][79][80][81][82][83][84][85][86]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah