Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

18 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

::: PENGEBOMAN DI BALI:::
Siri 2

sambungan semalam...

Kalau dikatakan ia angkara US dan rejim zionis, saya sokong dan saya rasa ia. Bagi saya tragedi 11 september 2001 adalah disebabkan oleh angkara Israel. Lihatlah Cuma seorang Yahudi sahaja mati dalam tragedi itu berbanding lebih kurang 4000 orang yang bekerja di sana. Bayangkanlah. Ada sesuatu yang tidak kena.

Dalam tragedi di Bali ini dakah seorang rakyat US yang terbunuh? Tiada. Kalau dikatakan kumpulan Islam yang dituduh mengapa warga US tidak dilibatkan? Yang banyak merupakan majoritinya warga Australia. Sungguh malang kalau kita tidak memikirkan banyak perkara sebelum membuat kesimpulan ia angkara kumpulan Islam.

Kumpulan Islam yang berjuang menentang Israel tidak akan mensasarkan serangan mereka terhadap orang awam. Islam tidak pernah membenarkan serangan sebegitu. Saya sendiri mengutuk serangan sedemikian. Ia merupakan sesuatu yang cukup kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kita perlu belajar dari sejarah. Jika dahulu ada insiden-insiden yang melibatkan rakyat British, pasti British akan menggunakannya masuk campur dalam hal ehwal kita sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Akhirnya kita terpaksa melutut kepada mereka. Mahukah kita kini menjadi seperti itu.

Janganlah kita lalai dengan kegembiraan yang tak seberapa atas muka dunia. Kegembiraan itu Cuma sementara sahaja. Fikirkanlah tentang masa depan agama kita.

Satu lagi kemungkinan ialah ia dilakukan oleh puak nasionalis Indonesia yang marahkan Australia akibat merdekanya Timor Lorosae dari genggaman Indonesia lalu dicari sasaran yang ramai rakyat Indonesia.

Apa pun yang jelas ia menampakkan betapa lemahnya umat Islam ketika ini hingga menjadi ibarat bola, ditendang ke sana ke sini. Mari kita sama-sama fikirkan semua ini demi masa depan agama kita yang tercinta.

Waktu pagi saya berjogging dengan adik saya yang tingkatan enam dan kemudian saya cuma baca paper. Dekat waktu tengah hari Men datang ambil saya untuk ke majlis akad nikah abang Zam. Sebelum tu saya dan Men hantar Mak dan adik Men ke Jitra terlebih dahulu dan kemudian ke rumah Zam untuk makan tengah hari.

Selepas makan tengah hari terus saya dan Men serta zam juga Boss temankan Men untuk tangkap gambar untuk urusan visa ke Mekah. Seronoknya Men dapat ke Mekah buat umrah. Bilalah saya dapat menjejak ke tanah suci itu. Harapnya tak lama lagi. Tapi itu memang hajat di hati saya. Kalau boleh saya nak bawak mak ayah saya pergi haji sama. Kalau saya dah kahwin mertua saya pun InsyaAllah saya akan usahakan jika masih lagi belum ke sana. Itu perancangan Allah jua yang menentukan.

Apa pun memang saya akui terbit rasa cemburu terhadap Men dalam hati saya bila dia dapat ke sana. Tapi saya harus terima hakikat. Mungkin tiada rezeki saya. Mungkin nanti akan ada rezeki itu. Tapi bayangan Tanah suci memang kuat dalam hati saya. Ada seorang Haji yang menceritakan pengalamannya di sana sehingga menangis. SubhanaAllah...

Betapa seronoknya pengalaman di sana. Rezeki itu di tangan Allah selagi kita berusaha selagi itulah Allah akan perkenankannya, Insyaallah...

Waktu tunggu Men tangkap gambar, saya berada dalam kereta Proton Waja Men dan memang rasa cukup kecewa tengok gaya remaja masa kini di Alor Setar. Waktu tu memang saya lewat sikit Solat Jumaat sebab terpaksa tunggu Men. Waktu-waktu macam tu sepatutnya orang lelaki Islam ada di masjid tapi masih makan di McD! Saya dilatih untuk bersangka baik, mungkin itu musafir.

Tapi bila tengok ada yang siap berantai dan berkepit-kepit dengan perempuan. MasyaAllah... Sukar nak digambarkan apa akan jadi terhadap generasi kita masa depan. Kemudian saya bersolat Jumaat di Masjid Tanjung Bendahara.

Kemudian kami sekali lagi ke Jitra untuk hantar gambar Men kepada mak Men dan kemudian kami terus ke Pendang di Masjid Air Putih. Memang tempat saya Pendang tu dapatlah saya jadi peninjuk jalan. Alhamdulillah dengan dua kali lafaz maka sahlah Abang Zam menjadi suami isteri dengan pasangannya. Mudah-mudahan bahagia selama-lamanya.

Seronok bila tengok orang yang baru kahwin. Semangat! Tapi sebelum akad tu bolehlah dilihat betapa gementarnya pengantin lelaki. Mujurlah Tok Imam tu memang cool. Seronok bila tengok wajah orang macam Tok Imam tu. Bersih sahaja dan tenang. Kalau dapat jadi macam tu kan best. Tapi selalu buat maksiat macam mana nak nampak tenang wajah.

Kemudian ke rumah pengantin perempuan untuk hadiri jamuan. Makan lagi. Mujurlah ni kenduri. Kalau nak diikutkan saya memang makan sikit sahaja sekarang ni. Tapi sebab kenduri saya kena makanlah jugak. Tapi tak boleh banyak. Nanti cepat penat pulak. Hehehe...

Kemudian saya terus pulang ke rumah. Tengok Abang Midi dah ada dekat rumah dah. hehehe.. Baru je ke KL dah balik dah. Malam saya cuma tonton berita dan kemudian tidur selepas solat Isyak. Pukul 12.30 malam bangun untuk surf Internet dan kemudian tengok cerita lama 7 Biang Keladi.

Hehehe...Saya memang jenis minat tengok cerita zaman 80-an. Entahlah kenapa. Tapi teringat balik kenangan dulu. Kenangan waktu zaman "muda-muda". Hehehe... Macam dah tua dah pulak. Hehehe...

Selepas update laman dan balas email terus saya tidur kira-kira jam 4 pagi.

WASSALAM...

17 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

::: PENGEBOMAN DI BALI:::

Memang agak mengejutkan apabila mendengar satu berita mengenai letupan bom di Bali. Apabila menyaksikannya melalui Buletin utama minggu lepas saya rasa amat mengerikan. Bayangakan dengan mayat yang bertaburan di merata tempat dan dijangkakan lebih 200 orang terbunuh walaupun laporan awal Cuma hampir mencecah 200 orang.

Apa yang membuatkan ia menjadi tajuk besar media dunia? Memang jumlah kematian yang banyak menjadikan ia sebagai tajuk besar media. Tapi di Israel tragedi pembunuhan beramai-ramai tidak pula dihebahkan. Sebabnya ia berlaku di negara yang mempunyai penduduk beragama Islam teramai di dunia dan sudah pasti atas nama perang keganasan kumpulan-kumpulan Islam dituduh sebagai dalang.

Apakah ini harus kita terima dengan sebulat-bulatnya. Kalau Ya memang cukup malang. Apakah kita harus terus percaya kepada orang yang bercabang lidahnya? Ini Cuma tipu muslihat yang cukup licik. Mereka menggunakan segala apa yang ada untuk mencapai maksud yang dihajati.

Bagi saya menuduh kumpulan Islam yang mendalangi letupan itu, adalah satu tuduhan yang langsung tidak berasas. Itu Cuma satu helah untuk mewujudkan sentimen yang membuatkan masyarakat dunia membenci Islam dan mengaitkan Islam secara langsung dengan keganasan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah keamanan. Islam itu indah. Relakah kita terus membiarkan Islam diperkotak-katikkan atau kita sendiri tidak peka dengan isu ini.

Marilah kita sama-sama memberi perhatian terhadapa apa yang mereka lakukan kepada Islam. Kita adalah penganut Islam yang seharusnya memberikan tumpuan kepada apa yang berlaku kepada Islam. Kalau Islam dihina, dicaci, difitnah, adakah kita hanya sanggup menyaksi tanpa mempertahankannya. Demi Islam kita mesti sanggup mati untuk mempertahankannya.

Tragedi Bali sebenarnya merupakan satu rancangan yang cukup berjaya bagi musuh-musuh Islam. Merekalah yang mengaturkan rancangan ini dan menuduhnya sebagai angkara kumpulan Islam. Mereka menuduh itu dan ini. Banyak persoalan yang boleh kita teliti sebelum kita membuat beberapa rumusan.

Satunya ialah mengenai penggunaan bom C4. Menurut laporan ia hanya dikeluarkan oleh US. Pembeliannya harus mendapat kelulusan US dan ia banyak digunakan dalam operasi CIA dan FBI. Jadi mampukah kumpulan yang dituduh pengganas ini mendapatkannya kerana US sendiri yang akan mengesahkan pembeliannya.

Bersambung esok...

Saya bangun jam 5.30 pagi untuk bersahur. Lepas hantar adik saya ke sekolah saya terus balik ke rumah. Hajat nak tidur balik tambahan waktu hujan. Tapi ayah saya minta tolong renew lesen memandu dia. Saya terus setuju sebab menyusahkan ayah saya sahaja kalau abah kena hujan. Saya masih muda, masih kuat tak kisahlah. Jadi saya terus pergi walaupun mengantuk.

Sekejap sahaja... Ingat kot hujan lebat rupanya tak pun. Sikit je. Dalam 8.30 pagi dah siap. Mudah sahaja tak susah sangat...Hehehe... Lagipun kasihan bila tengok abah selalu susah waktu zaman mudanya dulu. Sekaranglah masanya untuk saya balas pengorbanan abah. InsyaAllah saya akan jaga ibu dan ayah saya.

Kemudian saya baca paper Berita dan Harian Metro. Memang rasa cukup mengantuk dan akhirnya terlelap sampai pukul 1. Kemudian saya ambil adik saya di sekolah dan kemudian berehat sambil tonton TV di rumah. Petang cuma siapkan beberapa perkara yang berkaitan dengan urusan pos.

Malam selepas berbuka, saya membaca Yassin bersama keluarga dan kemudian tonton Berita. Selepas solat Isyak, saya terus tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah