Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

06 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ketiga puluh kita berpuasa. Terasa begitu pantas Syawal menjelma. InsyaAllah selepas waktu Maghrib nanti akan bergemalah ruang angkasa kita dengan takbir Hari Raya. Suasana syahdu yang begitu dinanti-nantikan oleh ramai. Ada bermacam jenis perasaan yang bermain dalam hati.

Ikutilah Edisi Khas Diari ni. Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Saya pun terasa bercampur baur perasaan saya. Alor Setar ni dah cukup sesak dengan kenderaan. Memang meriah. Memang menyeronokkan dengan kehadiran ramai orang ketika ini. Apa pun Maaf Zahir Batin...

Saya pun tak banyak nak tulis dalam diari hari ni sebab kemeriahan raya dah semakin terasa. Cuma saya nak ucap Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1423H

Pasal kegiatan saya hari ni, rasanya tak perlulah saya tulis secara detail. Semuanya macam biasa, cuma sibuk sikit dengan persiapan raya macam nak basuh motor, sediakan baju untuk Solat Sunat Aidilfitri. Lepas tu waktu petang, selalunya saya akan ke Kubur Tok Wan dan Tok saya.

Selepas Maghrib selalunya saya bersama keluarga akan bertakbir bersama. Kami akan bergilir-gilir mengetuai takbir. Memang cukup menyeronokkan. Esok pagi selepas Subuh dan bertakbir, saya akan mengetuai adik-adik saya memohon maaf dan bersalaman dengan mak dan abah. Kalau ikut keluarga saya, kena minta maaf dengan mak dulu baru abah. Itu arahan abah. Sebabnya mak memang banyak berkorban untuk kami. Susah nak cari mak macam tu. Memang saya cukup bertuah dapat abah dan mak macam yang saya dapat ni. Tanpa didikan mereka saya tak akan jadi macam ni.

Waktu kecik-kecik dulu saya selalu bertanya kenapa anak orang boleh buat itu saya tak boleh. Kenapa orang lain buat mak bapak depa tak marah tapi saya kena marah sampai rasa macam nak memberontak. Tapi bila semakin dewasa, saya semakin mengerti tindakan mak abah. Alhamdulillah. Tapi masih banyak yang perlu diperbaiki.

Paling penting dalam hidup kita ialah akhlak kita. Kita ada adab-adab yang perlu kita ikut. Barulah tingkahlaku kita akan disenangi ramai.

Malam raya pulak selalunya saya akan naik motor ronda di kawasan sekitar sambil tengok keindahan pemandangan malam raya. Mana tidaknya, lampu-lampu pelita menerangi kawasan. Memang cantik. Meriah. Dan kalau sempat saya nak ke kampung saya malam ni, InsyaAllah.

Apa pun ikuti Edisi Khas diari saya esok (saya terbitkan lebih awal pada hari ini)

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah