Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

22 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

PANDUAN KESIHATAN  SECARA ISLAM
********************************

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1)      Memakan daging.
2)      Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3)      Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4)      Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.

5)      Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6)      Memakan makanan yang agak manis.

Sedikit lagi panduan kesihatan buat panduan bersama.

Alhamdulillah pagi ni saya rasa agak kuat sikit. Jadi saya dapat lakukan beberapa aktiviti. Selepas hantar adik saya di sekolahnya, saya kemudiannya ke kedai gambar di Jalan Sultanah dan kemudian terus ke Pejabat pos untuk kirim sesuatu. Selepas itu saya ke Kedai komputer di Stadium untuk membeli mouse pad untuk ayah saya. Kemudian saya beli majalah MASSA dan kemudian menghabiskan masa membaca MASSA.

Tengah hari dalam pukul 3 petang saya ke Bukit Besar untuk hadiri kenduri saudara saya. Saya pulang pada jam 6 petang dan kemudian berehat di tepi rumah. Malam saya cuma menonton deklamasi Puisi Angkasapuri. Hehehe... Saya dulu waktu sekolah rendah merupakan salah seorang deklamator yang aktif. Antara puisi yang saya deklamasikan ialah Bangkitlah karya Rejab FI dan Sejarahnya Dimulakan Oleh Seorang Guru oleh Usman Awang. (Maaflah saya tak dapat nak bagi tajuk yang betul tapi anda pasti tahu kerya-karya tu kan).

Tapi saya gagal wakil sekolah sebab memang ada pasangan adik beradik yang handal kat sekolah saya pada waktu tu. Jadi saya cuma di peringkat sekolah sahaja. Itu waktu dulu, sekarang saya dah tak aktif mendeklamasikan puisi dah. Tapi saya berminat mendengar deklamasi orang lain. Memang dengan puisi ni cukup indah.

Tambah lagi dengan iringan tiupan seruling. Cukup mengesankan. Kalau kita pandai menjiwainya memang cukup memberi kepuasan yang tak terhingga. Sebab itu saya 'melekat' depan TV malam ni. Hehehe...

Kemudian saya semak dan balas email sambil tengok result EPL. Player saya menjadi jugak malam ni. Tu yang best tu.

WASSALAM...

21 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

  PANDUAN KESIHATAN  SECARA ISLAM
********************************

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1)      Bercakap banyak.
2)      Tidur banyak.
3)      Makan banyak.
4)      Banyak jimak.

 

Disebabkan saya asyik tak sihat kebelakangan ni, saya selitkan panduan kesihatan ini agar dapat jadi renungan bersama.

Malam tadi saya tidur agak lewat sebab saya tak boleh tidur disebabkan sakit perut. Entahlah sebab apa sakit balik. Jangan hati sakit cukuplah, biar sakit badan jangan sakit hati. Hehehe...

Waktu pagi saya ke rumah terbuka PM di Dewan Wawasan Jitra. Terkejut saya sebab last sekali saya lalu jalan tu adalah hujung bulan 9 dan sekarang hujung bulan 12 dah siap jejambat dan dewan tu! Cepatnya! Langsung tak tersangka. Mungkin sebab kawasan PM kot. Saya sebenarnya jenis yang kalau ada majlis keramaian. Saja nak tengok gelagat orang.

Paling seronok tengok gelagat orang berebut makanan. Saya cepat sikit dapatlah banyak. Hehehe. Tapi saya masih sakit perut. Macam mana nak ke rumah terbuka Malaysia malam ni. Tengoklah kalau keadaan tak ok, saya terpaksa cancel program saya.

Dalam perjalanan balik, saya terserempak dengan satu kemalangan maut di Jalan Langgar (lepas sikit Masjid Al-Bukhary). Adalah mayat yang saya lihat macam orang Cina. Tak tahu macam mana kemalangan berlaku sebab orang yang saya tanya semuanya tak tahu sebab baru sampai. Tengok motor tu tak ada kesan kena rempuh pun. Mungkin terbabas sebab terlalu laju. No pletnya kalau tak salah saya ialah KAU 6644. Jangan teka no ekor pulak. Hehehe...

Macam eksiden hari tu (malam raya kedua), sebenarnya mangsa tu sedang berlumba haram dan akhirnya maut macam tu ja. Pandai-pandailah berfikir dan menghargai hidup ini kerana ada orang yang sayang kepada kita terutamanya ibu dan ayah. Jangan kecewakan mereka.

Petang Abang Midi mai sat dan dia cakap Siti Nurhaliza belanja dia makan malam tadi. Hehehe... Lepas tu saya ke Alor setar sekejap atas urusan peribadi dan selepas Maghrib saya cuma berada di rumah sambil menonton Siaran Langsung Rumah Terbuka Malaysia. Kalau saya sihat, dah tentu saya hadir. Nak buat macam mana. Kan...

Lepas tu waktu tengah malam saya semak dan balas email. Kemudian saya terus masuk tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75][76][KHAS][77][78][79][80][81][82][83]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah