Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

04 OGOS 2002

Saya mulakan catatan diari saya hari ni dengan satu email yang saya terima. Saya harap ada beberapa orang kawan saya yang sedang mencari jalan penyelesaian dalam hidup mereka dapat memahami mesej di sebalik cerita ini. Jangan berputus asa.

Kata-kata Sebuah kehidupan



Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan. Malangnya, dua diantara kodok tersebut jatuh ke dalam sebuah lubang. Kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahawa mereka lebih baik mati.

Kedua kodok tersebut tidak menghiraukan kata-kata itu dan cuba untuk melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan
kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap berusaha untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi sekolompok kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja.Dia bahkan berusaha lebih kencang dan akhirnya berhasil.

Akhirnya, dengan sebuah lompatan yang kencang, dia berhasil sampai di atas.

Kodok lainnya takjub dengan semangat kodok yang satu ini, dan bertanya "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?" Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia tuli.

Akhirnya mereka sedar bahawa saat di bawah tadi mereka dianggap telah memberikan semangat kepada kodok tersebut. Apa yang dapat kita pelajari dari cerita di atas?

Kata-kata positif yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari. Sebaliknya, kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan.

Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang berputus asa dalam hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahawa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita fikirkan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputusannya, kejatuhannya & kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh. So................

Please don't give up !!! If you try to do the best thing, must be some day...... you can get all your dreaming of.

Hari ni saya memulakannya dengan Berjogging di Taman Rimba. Lecehnya nak kena jogging. Nak buat macam mana.... Kena maintain stamina. Kalau tidak susah nak main sukan. Puas hati jugak dengan prestasi hari ni.

Selepas baca Akhbar hari ni saya terus bukak Internet dan balas email yang saya semak malam tadi. Ada paling cepat balas. Baru sahaja saya hantar, tak sampai 15 minit lepas tu dah dapat reply. Saya pun dengan pantas balas semula. Hehehe...

Kemudian saya buat sedikit kerja dan 'homework'. Kemudian tonton cerita Hindustan di TV2. Petang ni tak tahu lagi apa yang perlu dibuat. Malam Tunku Faris ajak saya jual handset di UUM. Saya kata, tak pasti lagi.

Tengoklah faris, kalau saya free dan rasa senang saya call balik. Jual handset tapi saya pun tak pakai handset. Hehehe...Tahun lepas lagi saya jual handset tapi berhenti sebab nak sambung belajar. Malas nak buat part time sebab saya terlalu sibuk. Entahlah saya suka sangat menyibukkan diri. OKlah setakat ni sahaja kot Diari saya hari ini. Semoga anda semua sentiasa bebahagia...

WASSALAM...

03 OGOS 2002 

Pagi hari ni lebih kurang seperti hari semalam cuma selepas makan nasi dagang, elektrik tak ada. Jadi saya dan Zam ambil keputusan untuk keluar ke Pekan Kuah. Saja jalan-jalan. Lepas tu shopping kat Samudera. Terjumpalah seorang kawan lama saya, Faizal yang kini bekerja di hotel City Bayview.

Kemudian beli paper dan baca di tepi pantai Penarak sambil menghirup angin laut. Hehehe...Seronok! Kemudian saya dan Zam makan di Restoran RM2. Jumpa Pak Cik Mail dan Mak Cik, minta maaf dan sebagainya sebab dah nak balik dah. Terima kasih atas segalanya...

Kemudian saya bertolak ke Kuala Kedah dengan menaiki Bot pukul 5 dan sampai di KK dalam pukul 6.15 petang. Adk saya Faizol datang jemput di KK. bila balik rumah terkejut bila diberitahu seorang kawan saya patah kaki sebab kemalangan jalan raya. Nak ke hospital dah tutup dah waktu melawat lagipun tak dapat lagi di mana dia dirawat. Semoga lekas sembuh...

Malam tonton Siaran Langsung Dunhill Piala Malaysia. Alhamdulillah menang 4-1 Ke atas NS Chempaka. Selasa ni lawan Penang di Batu Kawan. InsyaAllah boleh kot. Kalau main macam yang saya tengok tempoh hari, InsyaAllah akan berjaya. 10 hb ni saya akan ke Stadium Darulaman tengok Kedah lawan Perak...

Kemudian barulah saya check email sekejap. dah tiga hari tak check. Check sahaja sebab kalau nak balas banyak sangat. Lepas tu baru saya karang email untuk balas. Mungkin esok pagi saya reply. Sorry sebab agak lambat...

WASSALAM...

02 OGOS 2002 [JUMAAT]

Saya tak buat apa sangat pada hari ni. Waktu pagi selepas Subuh tidur balik. Boring betul... Nak buat macam mana tak bawak kasut sport. Kalau tidak dah pergi jogging dah... Dalam pukul 9 saya pergi beli nasi lemak dan nasi dagang. Dah lama tak makan nasi dagang kat situ. Hehehe...

Kemudian saya ke Hari Terbuka RTM Langkawi sebab nak tengok Adik Syakirah masuk pertandingan mewarna. Sesak jugak kawasan tu. Bolehlah dikatakan meriah jugak...Apa pun saya memang rasa free hari ni. Tak kisahlah sangat...

Kemudian saya dan Zam terus balik ke rumah selepas beli akhbar. Kemudian solat Jumaat di Masjid Al-Hana. Selepas solat Jumaat, kami terus makan dekat dengan perhentian teksi sambil menikmati angin pantai. Best betul..Dengan angin yang kencang. Tenang...

Kemudian kami terus ke rumah dan berehat sebentar sebelum ke Nyior Cabang rumah Mak Njang saya. Sebelum tu kami ke Pemandangan Indah Pulau Langkawi sambil mengambil angin dan menikmati pemandangan Pulau Langkawi dari kawasan tanah tinggi. Memang menarik suasana petang di sini.

Cuma yang mencemarkan suasana ialah gelagat sekumpulan remaja yang berkelakuan kurang manis. tahu pun malu bila saya dan Zam lalu dekat situ. Jenuh mengucap. Pening bila tengok situasi sebegini. Ke mana perginya rasa malu dan adab seorang remaja. Bergaul terlalu bebas dan cukup merimaskan saya. Nasib baik mereka pergi lepas tu. Taklah rasa serba salah sangat.

Kemudian, saya dan Zam ke Rumah mak Njang saya dan ke Kebun Rambutan Pak Njang saya selepas Solat Asar di Masjid Kampung Yooi. Mula-mula tiada galah, jadi saya dan Zam melompatlah nak petik rambutan. Best jugak boleh training smash. Hehehe... Abang Midi, siaplah nanti...Hehehe....

Selepas Isyak saya dan Zam terus balik rumah dan mungkin sebab penat kami terus tidur....

WASSALAM...

01 OGOS 2002

Bulan Ogos merupakan Bulan Kemerdekaan negara. Sudah hampir 45 tahun negara kita merdeka, banyak yang telah dicapai. Kita harus bersyukur tetapi dalam masa yang sama kita harus membantu sesiapa sahaja yang masih lagi dibelenggu kemiskinan.

Kita seharusnya bersyukur kerana, apa sahaja yang kita ingin, InsyaAllah kita akan dapati. Contohnya kalau kita nak makan nasi ayam yang sepinggan berharga RM 3. Kita masih mampu. Tetapi bagaimanakah nasib seorang insan yang hanya memperolehi pendapatan RM 5 sehari? RM 3 untuk sepinggan nasi sudah tentu tidak berbaloi.

Kita jangan ingat orang sebegini sudah tidak wujud lagi di negara kita. Sebenarnya masih ada. Mereka bukan malas tetapi sebab kerenah politik. Saya malas nak mengulas lanjut bab politik tetapi kita kena sedar tanggungjawab kita.

Kalau seseorang itu serba kekurangan, marilah kita sama-sama membantu. Hari ni saya menonton TV kisah penderitaan seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap sakit jantung berlubang. Adik Nor Suhana Abdul Syukur (8 bulan umurnya kalau tak slah saya) yang memerlukan sumbangan ikhlas masyarakat. Kepada sesiapa yang ingin menderma untuk rawatannya saya paparkan alamatnya di bawah ini.

Nor Suhana Abdul Syukur,
No 3 Hadapan Rumah Tunku Habsah
Bukit Pinang,
Kedah Darulaman.

Bantulah dengan seikhlas hati. Ingatlah pepatah ini. Hari ini hari orang, mungkin esok hari kita. Kalau tak mampu banyak-banyak jadilah walaupun RM 1. Kalau kita ikhlas, InsyaAllah Allah akan memberi ganjaran yang setimpal kepada kita.

Saya cuma berehat di rumah sahaja hari ni manakala Zam ke tempat kerja. Saya cuma berbaring sambil memikirkan banyak perkara. Kemudian saya tengok CD Syukur 21. Saja je tengok sebab boring duduk di rumah.

Oleh kerana saya tak bawak motor ke Langkawi, jadi saya terpaksalah berjalan untuk membeli nasi lemak. Tak apalah exercise sikit kan? Hehehe...

Ingat nak ke LADA sekali tapi tak ada pakaian yang sesuai. Terpaksalah saya duduk kat rumah sahaja. Saya cuma ada pakaian sukan sahaja. Takkan nak ke tempat orang bekerja dengan pakaian tu. Lupa saya nak cerita pasal hari terakhir saya di LADA dua minggu lepas.

Waktu pagi saya dapat hadiah dari bahagian pelancongan iaitu sekaki payung. Kemudian bahagian kewangan bagi jugak hadiah tapi sampai hari ni saya tak bukak lagi. Hehehe.. Encik Zaini bagi sebatang Pen dan Siti belanja saya makan McDonald. Thanks semuanya....

Memang susah nak lupakan LADA. Banyak kenangan dan memang seronok di LADA. Namun apakan daya, hati saya lebih terpaut pada tanah seberang. Tapi saya tak akan lupakan LADA, InsyaAllah.

Petang saya saja turun ke Padang tengok staf LADA training bola sepak dan bola jaring. Saja melawat. Kemudian saya dan Zam makan nasi lemak Telekom. Kemudian berehat-rehat di tepi pantai Penarak sambil memikirkan banyak perkara. Kami solat Maghrib di masjid Al-Hana dan kemudian ke Dataran Lang.

Banyak benda yang saya dan Zam perbualkan. Kebanyaknnya soal masa depan terutamanya bab pekerjaan. Pening kepala fikirkan. Tapi sebagai seorang manusia, kita kena berfikiran positif. InsyaAllah kita akan berjaya.

Malam ni angin memang amat kencang. Memang best duduk dalam kawasan yang berangin. Hehehe....Kalau nak baca paper, lupakanlah sebab angin memang kencang kat Dataran Lang ni.

Kemudian saya dan Zam balik ke rumah dan menonton TV (Sukan Komanwel) sebelum tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah