Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

09 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah bila saya dengar Din dah dapat kerja di KL. Nampak gayanya saya lewat dapat kerja kali ni. Hehehe... Tapi saya tak risau sangat bab ini walaupun terasa sedikit tekanan. Ayah saya tak kisah sangat kerja apa yang saya dapat. Ayah saya cakap dia tak kisah kalau saya kena kerja gali longkang asalkan ada kelulusan. Sanggupkah saya? Hehehe...

Saya percaya kepada rezeki Allah. Saya akan tetap berusaha. Dah dua kali interview tapi rezeki masih belum ada. Mungkin saya kena berangkat ke KL atau Penanglah nampak gayanya. Kalau nak ikut ranking kesukaan saya, saya lebih suka bekerja di Alor Setar atau dalam Negeri Kedah ini. Kedua di Perlis, Ketiga di Penang. Keempat di KL. Paling akhir ialah sabah/ Sarawak serta oversea. Hehehe...

Apa pun saya cuma berserah kepada Allah. Saya akan berusaha. Apa yang Allah tetapkan pada saya, saya redha dengan sepenuh hati, InsyaAllah...

Hari ni saya kembali kepada program latihan saya. Kembali turun berjogging. Tapi selepas seminggu tak jogging rasa agak letih sikit. Apa pun tak boleh cepat mengaku kalah. Letih pun letihlah. Bagi biasa dengan letih nanti tak rasa letih kan...

Latihan ni kita mesti ada displin. Kalau tiada displin lupakanlah... Waktu Roslin Hashim datang Ke UUM tempoh hari ramai orang cuba cungkil cara latihan yang diterpakan oleh Misbun. Kata Roslin dia kena tidur pukul 10 malam. Sebelum pukul 6 pagi dah kena ready di tempat latihan setiap pagi! Bayangkan. Kalau jam 6.01 pagi, Misbun akan cakap, "boleh balik sebab tiada latihan hari ni".

Tengoklah betapa ketatnya displin yang diamalkan oleh pemain Nusa Mahsuri. Mereka kena buat larian sekurang-kurangnya 10 km sehari. Tapi tak kisahlah sebab mereka memang kerja itu. Professional sebab itu periuk nasi mereka. Tapi kita bolehlah ambil iktibar dan aplikasikan semua itu dalam kehidupan kita sehari-harian.

Tanpa displin kita tidak akan dapat pergi jauh. Kita akan sentiasa ketinggalan. Kalau anda seorang polis atau tentera anda pasti faham kepentingan displin. Hatta anda anak seorang anggota polis atau tentera anda akan tahu betapa displin itu cukup penting dalam kehidupan bapa anda.

Sebelum convert kepada polis, ayah saya dulu seorang tentera. Sewaktu kecil, ayah saya banyak menceritakan pengalamannya di Sarawak, Kem Lanang, Miri. Banyak yang ditekankan adalah soal displin. Ayah saya cukup marah kalau saya tidak berdisplin. Macam kalau dalam rumah ada sampah, tak perlu sampai mak dan ayah suruh buang. Ambil inisiatif sendiri untuk buang dalam tong sampah. Kalau nak diikutkan displin tentera memang lagi ketat.

Ayah saya pernah cerita dulu waktu di berek, ada sebatang mancis yang didapati di kawasan berek. Seorang pun tak mengaku jadi satu berek kena usung sebatang mancis itu dan dibuang ke dalam tong sampah. Itu displin tentera. Kita sebagai orang awam tidak semestinya tidak ada displin.

Alhamdulillah, ayah saya dah ajar saya tentang displin. Sebab itu waktu study dulu kalau kelas pukul 8, saya dah ada 7.30 pagi. Waktu matrik dulu kelas mula pukul 8 tapi saya dah ready jam 6.30 pagi. Sebab itu saya rasa macam selalu jadi mangsa bila ada apa-apa perjumpaan atau mesyuarat. Contohnya patut hadir jam 7 pagi. Saya 6.30 atau 6.45 pagi saya akan ready di tempat yang dijanjikan. Ada satu kali tu. Aktiviti anjuran HEP ditetapkan jam 7 pagi tapi last sekali pukul 8.15 baru mula. Bayangkan perasaan saya! Saya datang jam 6.30 pagi selepas solat Subuh!

Nak buat macam mana dah itu budaya yang mereka belajar dalam kehidupan mereka. Mungkin mereka kurang didedahkan dengan displin. Sebab itu saya kalau buat temujanji dengan budak-budak PALAPES, saya cukup suka sebab mereka ni tepat. Mereka dah diajar dengan displin tentera. Jadi dah jadi amalan mereka.

Kalau di Jepun dan Korea, displin amat dititikberatkan. Sebab itu mereka berjaya. Contohnya waktu Piala Dunia 2002. FIFA puji pasukan Jepun kerana bilik persalinan mereka yang terlalu bersih tiada sampah langsung! Itu tandanya displin.

Jurulatih Jepun sendiri pernah berkata yang dia seolah-olah seperti mengarah robot-robot kerana pasukan Jepun betul-betul mengikut arahan. Di Korea pula, saya terbaca satu artikel dalam Akhbar Berita Harian baru-baru ini tentang wartawan sukan di Busan menceritakan bahawa mereka terpaksa mengemas sendiri meja tempat mereka selepas makan dengan mencuci sendiri pinggan mangkuk. Kalau di negara kita selepas makan terus kita tinggalkan.

Park Joo Bong pun pernah menceritakan beberapa kisah tentang pemain Korea dalam acara badminton. Maaf sebab saya tak larat nak taip banyak sangat. Tapi itulah displin. Tanpa displin kita tidak akan berjaya.

Sebagai seorang Muslim kita sebenarnya sudah dilatih dengan displin. Displin apabila selalu diamalkan ia akan menjadi amalan. Contoh displin dalam Islam ialah kita Solat Lima waktu sehari. Bila masuk sahaja waktu kita akan solat. Kita lakukan semua ini pada setiap hari. Tiada hari yang boleh kita tinggalkan. Ini displin mengajar kita erti rajin. Tetapi sejauh mana kita menghayatinya (termasuk saya jugak).

Semalam waktu saya ke rumah Mak Cik saya di Pendang. Tok Mak Cik saya yang sakit tetapi paling menarik ialah walaupun tok ni tidur sahaja dan tak berapa larat bangun tapi bila masuk sahaja waktu solat dia akan terjaga. Sebab apa? Sebab ia sudah menjadi amalan. Sebab itu kalau kita selalu solat lima waktu kalau kita tak solat lagi kita akan rasa 'lain'. Kita akan rasa seolah-olah takut. Hatta kalau macam waktu Isyak kita dah tidur, kita akan terjaga jugak waktu tengah malam sebab kita tak buat rutin harian kita.

Cukuplah saya ulas soal displin. Saya pun masih banyak kena menghayati bab displin ini.

Kembali kepada diari saya hari ini, Kemudian selepas itu saya study ASP Programming. Mula-mula tu memang rasa macam tension sangat sebab apa yang saya buat tak jadi-jadi. Saya check semua syntax tapi semua betul. Saya semak dalam internet semua OK. Saya check itu dan ini semua Ok je. Tapi kenapa tak function? Dah dekat nak putus asa dah. Last sekali saya terpaksa guna software ASP Express dan Alhamdulillah berjaya tengok hasilnya.

Bila saya buat semakan kembali saya dapati ada something wrong to my web browser. May be saya configure secara salah. Saya akan cuba kesan nanti. Apap pun Alhamdulillah kerana saya dapat juga buat semua itu. Cuma dalam Adobe Photoshop saya masih tak dapat nak buat apa yang saya nak. Susah betul nak draw. Dalam Flash Alhamdulillah saya dah dapat idea tapi saya kalau boleh nak tunggu Software Swish dulu untuk teruskan projek saya ni.

Sebenarnya Swish ni saya dah download dari Internet tetapi adik saya yang kedua ni gatal tangan sangat habis expired trial version tu. Saya sebenarnya ada idea nak atasi benda ni tapi developer tu memang pandai. Dia dah baca apa yang saya nak buat. Dia update registery dan saya tak boleh buat apa-apa. Kalau tidak trial version tu saya boleh guna selama mana yang saya nak.

Apa pun say dah download semua yang berkaitan untuk belajar pasal Swish ni. Sebenarnya saya ada satu projek untuk semua ini. InsyaAllah saya akan cuba buat.

Tengah hari saya cuma ambil adik saya dari sekolah. Kemudian berehat sambil menonton Sukan Asia di Busan. Petang training badminton. Alhamdulillah dapat perform elok dan saya rasa cukup meningkat prestasi kali ini. Harapnya dapat dikekalkan.

Malam cuma berehat dan sambung balik projek saya tu. Selepas semak dan balas email, terus saya tidur.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah