Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

17 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum apa-apa saya nak sentuh sikit kejadian 5 orang mati lemas di Air Terjun Pecah Batu dekat Guar Cempedak Kedah. Sayang sebab saya tak sempat tonton berita malam tadi. Saya cuma tahu bila saya bukak laman web utusan jam 3 pagi tadi. Memang tragis.

Bayangkan perasaan mak ayah 5 beradik tu. Memang sukar dibayangkan. Terasa cukup sedih. Ayah saya pernah berurusan dengan En. Ruslin tu sebab Haji Ruslin tu seorang peniaga iklan dekat Stesen Keretapi di Alor Setar. Kata ayah saya, haji Ruslin ni pergi haji waktu muda lagi dan selepas isteri pertamanya meninggal dia kahwin dengan isterinya sekarang seorang saudara baru kalau tak salah. Lepas tu dapatlah zuriat yang kini 5 orang dah pergi.

Apa yang nak dikata. Mati tu akan menjemput kita bila-bia masa sahaja. Kadang kala tak terjangka pun. Sebab itu kita harus sentiasa mengingati mati agar tidak terlalai dengan kehidupan dunia kita. Setiap kali kita menarik nafas seolah-olah kita melangkah setapak ke arah kematian.

Itu patut kita renungkan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi kelak...

Oklah ada satu cerita lucu yang sempat saya masukkan dalam diari hari ni.

Jamil pergi ke balai polis untuk bertemu dengan pencuri yang memecah masuk ke rumahnya semalam. 

JAMIL             : sarjan boleh tak saya berjumpa dengan lelaki yang ceroboh
                          rumah saya malam tadi?
SARJAN        : Tak boleh! Awak kena tunggu hari perbicaraan, baru boleh.
JAMIL             : Sekejap sahaja, boleh tak.
SARJAN        : Baiklah, tapi apa tujuan awak...
JAMIL             : Saya Cuma nak tahu macam mana dia boleh masuk tanpa
                          menyebabkan isteri saya terjaga. Dah 20 tahun saya cuba tapi
                          gagal.

Satu lagi cerita lucu. Bukannya apa. Otak saya tengah kusut memikirkan soal kunci seat motor saya ni. Cuba bukak dengan cara lain pun tak boleh. Jadi bolehlah kurangkan ketegangan tu dengan cerita lucu di atas. Hehehe... Apa pun hidup kena happy!

Waktu pagi saya hantar adik saya ke sekolah dan kemudian saya dengan beraninya saya pergi belajar memandu dulu di Stadium walaupun minyak dah semakin kering. Kemudian saya terus ke kedai motor untuk perbaiki tapi Kedai Oon cakap lambat dan mahal kalau tukar kunci lalu dia cadangkan saya ke seorang pakar kunci di Jalan Putra Bawah Pokok Ketapang).

Saya cuma harap motor saya sempat sampai ke sana walaupun meter minyak dah tunjuk kepada Angka E. Alhamdulillah sampai jugak ke sana. Bila sampai dia suruh tunggu sekejap sebab ada satu motor lagi yang hilang kunci. Saya ingat dia ambil masa lama nak bukak kunci motor tu. Rupanya tak sampai tiga minit dia dah siap.

Kemudian motor saya tak sampai tiga minit jugak dah siap! Memang pakar. Alhamdulillah lega kepala saya. Taklah serabut sangat.

Petang saya ke hospital jenguk ayah Zam yang sedang dirawat di hospital. Kemudian selepas pulang saya cuma berehat di rumah. Petang ni saya berbuka di Surau Polis bersama Ketua Polis Kedah. Selepas berbuka saya sempat balik sekejap ke rumah dan selepas itu hujan turun dengan lebatnya. Tak sempat saya nak berterawih di surau. Melepas...

Tapi saya buat sendiri dekat rumah sahajalah. Lepas hujan Reda Zam ajak saya keluar sebab esok dia nak balik Langkawi dah. Sempat Zam bagi kad jemputan kenduri kahwin abangnya dan tanda kenangan daripada Ita yang dulu praktikum sekali dengan saya di LADA.

Kalau Ita baca, Thanks... Pasu Sarawak tu memang cute. Sorry hari tu tak sempat nak tengok tunang Ita. Menatang-mentang dah study di Unimas, cari orang sana pulak. Hehehe... Apa pun selamat maju jaya.

Saya balik rumah jam 12 tengah malam dan kemudian saya semak email sekejap dan balas apa yang patut sebelum masuk tidur jam 1.30 pagi.

WASSALAM...

16 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Seorang Pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan. 

POLIS             : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
PENJAGA     : Lelaki pertama sedang bersanding apabila tiba-tiba diserang strok
POLIS             : Yang kedua?
PENJAGA     : Mati diserang sakit jantung ketika menang loteri
POLIS             : Yang ketiga?
PENJAGA     : Mati kena sambar dengan petir.
POLIS             : Eh! Kenapa pulak senyum?
PENJAGA     : Sebab masa tu dia ingat orang ambil gambarnya.

Saja saya selitkan cerita lucu sebagai selingan hari ni. Lagipun dah lama tak ada cerita lucu dalam diari saya ni. Hehehe...

Hari ni Sabtu 16 november 2002. Saya bangun sahur jam 4.45 pagi. Dan tidur sekejap. Saya bangun balik waktu Subuh dan selepas Subuh saya hantar adik saya ke Sekolah.

Jam 10 pagi saya pulang ke kampung saya di Pendang dan berehat di rumah Tok Wan saya. Alhamdulillah sihat nampaknya Tok Wan saya. Memang tengah hari ni rasa panas sangat, jadi saya tertidur. Selepas mandi dan Solat Zohor saya ke kedai Pak Long Sepupu saya yang saya panggil Pak Long Cup.

Dia minta tolong sikit untuk tengokkan sistem perakaunan Kedainya. Waktu saya sampai kat situ cuma ada Mak Long Noris, anaknya yang masih kecil, Nur Syafiqah dan kerani kedai tu, Fadzilah. Saya pun tengoklah sistem akaun tu yang dipromote oleh seorang programmer dari sebuah institut pengajian tinggi di Alor Setar ni.

Bila saya tengok, langsung tak boleh guna sebab masih belum siap lagi. Harga yang dikenakan ialah RM 2600. Nasib baik belum bayar. Orang tu pun tak datang-datang dah lepas tu. Saya nak repair tapi saya tak berapa biasa dengan Microsoft Visual FoxPro. Kalau guna VB saya bolehlah repair jugak. Tapi tak apalah.

Saya tolong jugak beri cadangan lain sama ada guna software alternatif yang dah siap dibangunkan seperti MYOB atau pun UBS. Lagi mudah. Senang dan jimat. Lepas tu saya tolong macam-macam lagi seperti kendalikan e-perolehan untuk memudahkan dapat kontrak dari kerajaan. Memang banyak benda jugak yang nak kena buat. Alhamdulillah semuanya OK.

Saya balik ke rumah Tok Wan saya pada jam 6 petang. Lepas tu berbuka di sana. Alhamdulillah sebab dah lama saya tak makan tapai. Bertahun-tahun jugak lamanya tak makan. Dapat jugak makan akhirnya. Hehehe... Mana pak Su saya ambil pun tak tahulah.

Selepas Solat Maghrib saya bergegas bertolak ke Alor Setar sebab nak bertarawih di Surau Polis dekat rumah saya. Lagipun hari nak hujan. Saya pulak tak bawak baju lebih. Susah...

Elok sahaja sampai di rumah terus hujan lebat. Alhamdulillah. Selepas hujan reda saya terus berterawih. Lepas tu baru sedar yang kunci seat motor saya hilang! Macam mana ni? Macam mana nak isi minyak? Minyak pun dah nak habis. Cuainya!!!!!!!!!!

Saya cuba cari kunci spare tapi tak jumpa. Nak menyesal pun tak guna, benda dah berlaku. Pening kepala saya. Nampak gayanya esok saya kena settlekan semuanya. Jenuh. Malam saya tidur jam 1 pagi. Esok pastinya ada benda yang perlu saya selesaikan...

WASSALAM...

15 NOVEMBER 2002 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Sayang dan benci, dua sifat perasaan yang bertentangan, kedua-duanya merupakan naluri insan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Sekalipun ia bertentangan antara keduanya, namun ia tetap memberi manfaat kepada manusia. Ada sayang yang memberi manfaat dan boleh mendatangkan pahala atau dosa, kebencian juga begitu, memberi manfaat kepada manusia dan kadangkala mendatangkan bencana dan dosa. Sayang kena pada tempatnya akan mendatangkan kebajikan dan pahala, sebaliknya kebencian yang kena pada tempatnya juga mendatangkan kebajikan dan pahala.

Satu petikan ayat yang saya tak ingat di mana sumbernya tetapi apa yang nak saya tekankan di sini di mana kita letakkan sayang dan benci kita dalam kehidupan kita. Adakah pada tempat yang sepatutnya atau sebaliknya. Marilah kita fikirkannya sejenak agar kita menjadi insan yang lebih baik. InsyaAllah...

Saya bangun jam 2 pagi. Semak email dan kemudian update apa yang patut disamping buat maintainance testing ke atas laman web saya. Ada masalah sikit. Pening kepala saya. Tak tahulah apa silapnya. Taklah teruk sangat tapi agak menyukarkan saya. Lepas tu baca utusan online. Awal depa update berita hari ni. Hehehe...

Pukul 3.30 pagi tidur balik dan bangun balik untuk bersahur jam 5 pagi. Selepas Subuh saya bawak mak saya ke Pasar Borong di Jalan Putra untuk membeli barang makanan. Mak saya cakap kalau beli dekat kedai dekat dengan rumah memang mahal. Jadi terpaksalah ke sana untuk lebih jimat. Saya no problem.

Kemudian saya baca paper dan balas email. Saya solat Jumaat di Masjid Alor Semela hari ni. Hari ni semangat betul khatib baca khutbah. Pedas betul memang banyak teguran yang kena batang hidung saya. Hehehe... Baru sedar silap saya...

Selepas berbuka saya berehat sebentar dan kemudian solat Terawih dan selepas Terawih saya tonton teater lagenda lakonan P Ramlee berjudul Merana. Sad ending lagi. Apa lah minggu ni semuanya sad ending. Jangan saya pun sedih jugak jadilah. Hehehe... Kena happy selalu.

Ada satu cerita yang nak saya kongsi bersama dengan anda semua. Hari ni saya dapat satu email dari seorang perempuan (nama dirahsiakan) yang mempelawa saya ke rumahnya di Terengganu. Terkejut saya! Macam mana ni? Saya tak kena dia langsung siap dia suruh ajak anggota Senario yang lain lagi. Apa ni?

Bila baca betul-betul, dia ingat saya ni apek Senario. (Apek kan namanya Saiful jugak). Hehehe... Geli hati saya. Tapi tak apalah silap address kot atau ada yang 'penaya' dia. Hehehe... MAcam-macam...

Saya masuk tidur jam 3 pagi hari ni. Hari ni berjaga lewat sebab esok saya nak balik Pendang. Oklah setakat ini sahaja dulu buat kali ni...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah