Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

24 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM... 

Anda lain. Saya lain. Adik anda lain. Abang anda lain. Pak cik anda lain. Orang itu lain. Orang ini lain. Kita memang tidak sama antara satu sama lain. Kita sememangnya berbeza antara satu sama lain. Kita kena terima hakikat yang kita berlainan. Setiap di antara kita ada kelebihan dan kekurangan. Mungkin sesetengah orang mempunyai banyak harta tetapi miskin hati. Mungkin ada yang ada rupa tapi lemah dari segi yang lain.

Dan perbezaan inilah sebenarnya membuatkan kita saling perlu memerlukan. Kerana setiap kelebihan yang kita miliki mungkin dapat menampung lompang kosong kelemahan orang lain dan kelebihan orang lain dapat menutup kelemahan diri kita. Jadi kita tidak harus saling membezakan antara satu sama lain.

Kita perlu faham hakikat ini. Bayangkan kalau semuanya sama. Boring kan? Dunia ni rasa tak menarik. Streotaip. Sebab itu bila kita faham hakikat ini kita kena saling hormat menghormati dan sekiranya ini menjadi malan kita, InsyaAllah kita akan hidup dengan penuh kesejahteraan. Cuma hari ini kita semakin lupa hakikat itu. Natijahnya kehidupan kita penuh dengan pelbagai karenah. Tapi kalau kita fahami hakikat ini, yakinlah kita akan sejahtera sentiasa. Mudah-mudahan kita sentiasa beringat...

Saya bangun jam 5 pagi untuk bersahur. Selepas Subuh saya tonton Laman Nurani. Hari ni Datuk Dr. Mohamad Fadzillah Kamsah menjadi penceramah. Banyak input yang berguna yang dapat saya pelajari. Alhamdulillah... Selepas menonton Buletin Pagi saya menghantar adik saya ke Sekolahnya.

Kemudian saya menghabiskan banyak masa untuk mengisi borang memohon pekerjaan dan borang penangguhan bayaran balik PTPTN.

Petang selepas Solat Zuhur saya habiskan masa dengan membaca majalah MASSA keluaran terbaru. Bilangan 370. Maka genaplah 100 keluaran majalah MASSA yang menjadi koleksi saya. Saya mula mengumpulkannya sejak dari bilangan 270 lagi. Sampai sekarang genap 100 keluaran. Sebelum tu saya memang baca MASSA Setiap minggu sebab roomate saya Mohd Shahrol Halil mengumpul majalah MASSA.

Selepas Shah tak jadi room mate saya lagi. Rasa rindu pulak dengan majalah MASSA. Hehehe... Lama saya tak dengar khabar Shah... Hehehe...

Petang hujan turun dengan lebatnya. Saya memang cukup sukakan hujan lebat. Kalau dulu saya selalu merungut kalau hujan turun dengan lebat. Tapi sekarang bila sahaja hujan turun, saya akan terus rasa gembira dan terus berdoa. Sebab salah satu waktu doa mustajab ialah sewaktu hujan lebat kerana ketika itu rahmat Allah mencurah-curah turun.

Petang saya berbuka di Surau Polis. Banyak betul saya makan malam ni. Teruk betul saya ni. Hehehe... Dan berterawih di sana. Selepas menonton TV, saya terus semak dan balas email juga update laman web saya. Saya tidur kira-kira jam 2 pagi.

WASSALAM...

23 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM... 

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman.
"Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar" [Al-Qadar : 1-5]
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.
"Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" [Ad-Dukhan : 3-6]

Semoga kita dapat mencari malam Lailatul Qadar dalam bulan yang penuh mulia ini, InsyaAllah...

Waktu pagi macam biasa. Jam 9 saya ke Alor Setar untuk urusakan beberapa hal penting seperti penghantaran borang kerja dan beberapa perkara lain. Saya memang selalu pergi sorang je ke Alor Setar. Biasalah. Tapi bila saya jumpa seorang polis yang selalu main badminton dengan saya, dia cakap kalau jalan sorang-sorang ni, maknanya nak mengoratlah. Hehehe...

Saya cakap balik. Tak kan macam tu. Lepas tu dia kata selalunya macam tulah. Hehehe... Nak tergelak saya dengar gurauan tu. Saya ni dengan perempuan pun takut. Hehehe... Susah kalau nak tengok saya sembang dengan perempuan. Memang payah melainkan saya terpaksa menganggotai sesuatu organisasi. Saya memang kena bergaul. Kena profesional lah. Tapi kalau saja-saja sembang memang susah. Sebabnya ada banyak... Tapi malas saya nak kupas...

Kemudian waktu tengah hari saya habiskan masa di rumah. Waktu petang saya berjogging di taman rimba. Alhamdulillah, ingat kot stamina down rupanya boleh maintain lagi. Memang susah hidup tanpa bersukan ni. Susah... Payah nak cakap. Nak main badminton tak ada orang. Terpaksalah berjogging. Ada beberapa kerat je Melayu yang turun di Taman rimba berjogging. Hehehe... Mesti orang cakap tak puasa. Biarkanlah...

Malam selepas terawih saya tengok keputusan Newcastle lawan MU. ALmak tewas 5-3. Tak bestnya. Tak apalah. Selasa ni Newcastle lawan dengan Inter pulak di St. James Park. Harapnya menang balik. Kemudian tonton cerekarama dan kemudian updatekan diari ni. Saya tidur jam 1.45 pagi.

WASSALAM...

22 NOVEMBER 2002 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM... 

Alangkah seronoknya kalau kita dapat kembali ke zaman kanak-kanak. Hehehe... Itulah yang terbayang dalam otak saya sewaktu saya menonton kartun pagi ni. Memang cukup mengasyikkan. Teringat balik waktu zaman kecik-kecik dulu. Saya cukup minat kartun. Silverhawk, Transformer, Thundercat, Smurf dan lain-lain lagi. Waktu zaman kanak-kanak kita tak terfikir yang lain selain nak berseronok. Kita tak ada apa-apa tanggungjawab yang besar lagi.

Kini kita semakin dewasa. Meniti hari yang penuh dengan liku. Kita mungkin terjebak atau tersembam andai terleka walaupun seketika. Semakin banyak tanggungjawab yang kita galas. Semakin kita membesar semakin banyak yang perlu kita selesaikan.

Hidup ini bukan lagi untuk bergembira seperti waktu kanak-kanak dulu. Walaupun kita kadang-kadang ingin kembali ke zaman itu, namun hakikatnya kita tidak mungkin akan dapat mengecapinya. Kita ada matlamat hidup kita sendiri dan akan berusaha untuk mencapainya. Ada yang menjadikan kekayaan sebagai matlamat hidup dan ada yang menjadikan kekuasaan sebagai matlamat hidup.

Tapi alangkah indahnya hidup kiranya kita menjadikan keredhaan Allah sebagai matlamat hidup kita...

Berbalik kepada diari harian saya. Saya tidur semula selepas sahur. Kemudian cuma berehat di rumah. Solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Adik saya yang bongsu komplen sebab saya pergi awal balik lewat. Hehehe... Dia kena naik motor saya terpaksalah ikut saya.

Bagi saya, Jumaat memang sepatutnya hari cuti. Umat Islam dapat ke masjid lebih awal dan lebih banyak masa selepas Solat untuk menambhakan amalan kita terutamanya pada bula mulia ini. Saya cukup tak gemar cuti pada hari Ahad. Tapi kalau di Kedah ni kalau cakap sahaja ubah cuti ke hari Ahad, bermakna akan tewaslah kerajaan sekarang ni. Bagi saya ini isu sensitif.

Kalau difikir balik, rasanya Jumaat yang paling sesuai. Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah hari yang cukup baik untuk kita meluangkan waktu beribadat. Entahlah... Kalau boleh saya nak satu Malaysia cuti hari Jumaat. Taklah jadi macam kat Peak hari tu. Solat Jumaat campur khutbah tak sampai 20 minit! Lepas tu semua bergegas ke tempat kerja. Susah.

Petang selepas solat Jumaat saya dengan adik saya Shaukhi ke Pacific beli CD installer. Satu masalah ke Alor Setar ialah banyak menguji iman saya. Pening kepala bila tengok gelagat orang sekarang. Dengan pakaian yang ntah apa-apa. Kalau adik saya pakai macam tu. Siaplah...

Tak tahulah kenapa mak bapak merelakan anak-anak mereka berpakaian macam tu. Pening kepala bila selalu fikir. Sedih...

Kemudian saya belajar memandu. Malam solat Terawih di masjid Zahir. Penat adik saya yang bongsu tu. Hehehe... Maklumlah biasa buat 8 kat sini buat 20 rakaat dengan bacaan satu juzuk. Hehehe... Dia ikut saya sebab nak more je tapi tak ada. Hehehe...

Malam saya tidur awal dalam jam 11.30 malam.

WASSALAM...

21 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM... 

Selepas bersahur jam 5 pagi dan Solat Subuh saya sambung tidur balik. Hehehe... Aktiviti pengganggur. Hehehe... Kemudian saya ke Alor Setar untuk settlekan beberapa perkara.

Tengah hari saya belajar memandu dan kemudian berehat di rumah. Malam selepas berbuka saya ke masjid Al-Bukhary untuk solat Terawih. Sini buat 20 rakaat. Imam pun import dan bila balik ke rumah, adik saya yang bongsu (darjah 5) nak kan more yang saya dapat sebab dekat taman saya tak ada more. Hehehe...

Esok dia nak ikut saya pulak. Saya cakap nanti adik tak tahan kot lama sangat sembahyang. Dia kata tak pa. Lepas tu saya kata, kalau tak ada more. Dia kata tak apa. Kalau macam tu, tak apalah, esok tengoklah macam mana.

Kemudian saya semak dan balas email. Saya tidur jam 2 pagi...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah