Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

26 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Lahir Yang ke 11 buat Adik Saya Mohd Farizuddin. Bagi rajin-rajin belajar sikit. Jangan manja sangat!

Itu adik saya yang paling bongsu. Pening sikit nak control lapis-lapis bawah ni. Abah dengan mak dah tak begitu tekan sangat dah sebab dah lapis bawah. Kalau saya, siaplah. Hehehe... Dulu saya kena keras sikit, sekarang ni dah kurang dah. Biasalah, mana-mana pun.

Saya bangun jam 5.35 pagi, lepas tu bersahur sikit. Lepas Subuh saya sambung tidur balik. Lepas tu saya cuma berehat di rumah sampai petang. Memang boring bila tak ada kerja ni. Tapi nak pergi jalan pun susah sebab buget tak berapa ada. Tapi InsyaAllah dalam masa terdekat ni saya akan ke KL. Ada kerja sikit. Tengoklah macam mana.

Selepas berbuka dan baca Yassin, raikan sikit hari lahir adik saya. Ada kek yang mak beli. Lepas tu saya keluar ke rumah Hafiz dan sembang-sembang. Hehehe... Banyak topik yang nak dibualkan. Hehehe...

Saya balik pun dah agak lewat. Dekat jam 12 malam dah. Lepas tu guna Internet dan semak serta balas email. Tengok result EPL. Newcastle Kalah! 4-3 dengan Bolton tapi Shearer score 2 gol dan jadi top scorer setakat ni. Fantasy football pun saya ambil Shearer memang best tapi Magpies kalah tak best pulak jadinya. Apa pun kena tengok Everton dengan Liverpool macam mana pulak sebab nak bersaing top four. Sekarang ni dok kat tangga ke enam.

Sambil tu tengok cerita Hindustan kat TV2. Kemudian tengok Bola Piala Tiger. Besok ada live di TV2 jam 8 malam, Malaysia Lawan Indon. InsyaAllah boleh menang. Saya kena tengok esok! Tidur malam ni lewat sikit. Dekat pukul 3 pagi!

WASSALAM...

25 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat Hari Natal buat pengunjung yang beragama Kristian. Rasanya tak banyak pengunjung ni yang beragama Kristian. Yang saya kenal cuma dua tiga orang sahaja.

Sukar saya nak gambarkan perasaan saya bila saya terbaca satu berita tentang seorang bayi yang dibuang dimakan oleh sekumpulan anjing liar di Muar! Apa jenis manusia ni? Kenapa begitu kejam. Inilah akibatnya membelakangkan agama. Kalau pun sudah terlajur, apalah dosa si kecil yang itu. Kenapa tindakan yang kejam sebegitu dipilih.

Apa pun yang kita nak lakukan, kita perlu berfikir panjang kerana tanpa melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan jangka pendek. Kita harus berfikir dengan lebih mendalam terutamanya dalam perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada kita. Memang mudah nak menghayati keseronokan tetapi berapa lama ia akan kekal? Biarlah sesuatu yang kita lakukan itu adalah atas dasar kebenaran. InsyaAllah kita akan sentiasa dipelihara.

Saya rasa macam moral saya kebelakangan ni agak rendah sikit. entahlah kenapa. Terutamanya setelah agak kurang sihat dalam tempoh hampir seminggu. Kalau tengok apa yang saya tulis pun tak begitu konsisten. Saya kena cari ikhtiar baru macam mana nak buat. Tapi saya tahu apa yang sepatutnya saya perlu lakukan. Biasalah keadaan macam ni selalu berlaku dalam hidup kita.

Ada kalanya keyakinan kita cukup tinggi dan adakalanya ia agak rendah. Tapi kita perlu sentiasa konsisten. Saya rasa dah dapat punca apa silapnya. Kata orang kalau kita ada masalah, selalunya kita ada masalah dengan Allah. Satu aspek yang nak saya kaji. Mungkin ada apa-apa yang perlu saya perbaiki.

Saya cuma duduk rumah ja hari ni. Waktu petang nak main bola, bola dah pecah. Nak main badminton, dewan tutup. Bila malam saya ke majlis rumah terbuka ADUN kawasan saya. Tapi banyak rungutan sangat malam ni. Ramai yang tak begitu puas hati sebab penganjuran yang tak berapa baik. Kena perbaiki semua tu bali barulah orang puas hati. Kalau tidak nanti kena tolak.

Saya tidur jam 3 pagi. Memang lewat sebab saya siapkan beberapa kerja yang perlu saya siapkan.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75][76][KHAS][77][78][79][80][81][82][83][84][85]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah