Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

24 OGOS 2002

Shutdown Notice

 

Dear BeSeen User:

 

 

 

We have some unfortunate news to share with you. As you may have noticed on our Web Site, we'll be discontinuing all services offered by BeSeen. The cost of maintaining this free service is just too high for us to support its continued operation. The shutdown will take place on August 26, 2002.

 

 

 

Be aware that access to all user accounts and data will also be disabled on August 26, 2002. Please take appropriate steps to retrieve any information you wish to save prior to this date.

 

 

 

 

 

 

We plan to keep your email address on file in order to send you webmaster news, information, and offers. If you'd prefer not to receive these email messages from us, please follow the instructions below to unsubscribe.

 

 

 

Questions? Please refer to the Frequently Asked Questions page on our site.

 

 

 

Thank you for using our services, and for being part of the BeSeen community. We hope you've enjoyed the experience as much as we have.

 

 

 

Sincerely,

 

 

 

The BeSeen Team

 

 

 

Sebelum saya komen notice yang saya terima di atas saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Zuraidah Othman. Selamat hari lahir yang ke 22.

Berbalik kepada notis di atas. Perasan tak bila anda masuk laman saya melalui www.saifulazrul.cjb.net satu tetingkap undian akan keluar. Sebenarnya saya menggunakan perkhidmatan BeSeen. Jadi dah nak ditutup terpaksalah saya ubah coding laman tu. Sedihnya.

Dalam masa terdekat ni saya tak bercadang nak gantikan dengan poll yang baru. Tengoklah bila lapang sikit nanti. Mulai 26 Ogos ni tiadalah undian buat pengunjung laman ni. Harap maklum.

Saya hari ni macam biasa. Rutin biasa. Jogging pada waktu pagi. Hari ni saya update diari awal sikit. Jadi saya cuma masukkan perancangan saya pada hari ni. 1.30 hantar adik saya ke Alor Setar. 2 petang tengok cerita Hindustan. Hehehe.. Pukul 6 janji dengan kawan tengok bola di Astro. Newcastle lawan Manchester City. Kemudian malam tonton Siran langsung Piala Malaysia. Harapnya Kedah akan menang malam ni lawan Johor FC.

Jon Angluci tak main rasanya akan hancurlah corak permainan Johor FC sebab saya tengok terlalu banyak bergantung kepada Ben. Ditambah pulak dengan corak permainan Kedah yang cukup bermutu. InsyaAllah Kedah boleh lakukannnya. Tunggu dan lihat malam ni. Buat penyokong Johor FC jangan marah dengan komen saya ni terutama sekali Ariep!

Tak banyak yang dapat saya cerita hari ni...

WASSALAM...

23 OGOS 2002

Darah Seni

Di sebuah hospital, seorang pesakit kemalangan jalan raya.

Doktor: Awak banyak kehilangan darah, awak perlu ditambah darah...!

Pesakit: Tolonglah saya doktor.

Doktor: Adakah keluarga awak boleh menderma darah?

Pesakit: Tak ada doktor saya hanya sebatang kara.

Doktor: Kalau begitu awak kena dapatkan dari penderma lain.

Pesakit: Kalau boleh tuan, biarlah orang seni seperti Tan Sri SM Salim atau Siti Nurhaliza ke.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Sebab keturunan saya tidak ada yang berdarah seni, jadi saya mahu darah yang mengalir dalam tubuh saya nanti berdarah seni.

Doktor: (Dalam Hati) Aku masukkan darah orang gila baru kau tahu!

Sengaja saya buka diari hari ni dengan satu humor semoga kita sedikit ceria hari ni. Sekali sekala humor ni membantu kita meredakan ketegangan dalam diri kita. Kan?

Waktu pagi saya turun jogging bersama dengan adik bongsu saya. Hehehe..Baru separuh pusingan dia dah letih. Selalunya saya habis 3 pusingan dengan satu pusingan kira-kira dalam 1.3 km. Pusing padang golf.

Kemudian saya buat sedikit kerja di rumah dan solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Hari ni khatib membawakan persoalan budaya ilmu. Khatib kat masjid ni memang agak menarik minat saya sebab dia selalu baca dan ulas teks yang diberikan. Macam ni baru mudah orang tua-tua nak faham. Saya InsyaAllah faham. Tapi kalau orang tua-tua faham ke istilah-istilah yang bombastik?

Sebab itu bila kita nak bercakap atau berbual atau berdakwah kita kena bercakap sesuai dengan keadaan dan tempat.

Selepas solat Jumaat saya makan tengah hari dan kemudian terus lawan badminton! Lawan dengan adik saya yang pertama. Shaukhi. Menang 17-16 dan 15-9. Patutnya boleh lagi tapi sebab baru je lepas makan dia ajak terus main. Mana tak naya. Nasib baik tetap menang. Hehehe.. Saya ni macam badi dia. Dia buat macam mana pun saya dah masak dengan taktik dia. Jadi senanglah. Hehehe.

Kemudian waktu petang saya cuma tonton Kaho Na Pyar Hai. Selalu sangat saya tengok cerita ni. Entahlah sebab apa. Tapi memang saya minat filem ni. Sejak mula-mula ditayangkan lagi! Saya dah tengok lebih 30 kali. Hehehe.... Memang saya minat cerita hindustan. Dalam rumah saya, saya sorang je. Yang lain banyak suka tengok cerita Kung Fu. Saja tengok sebab dekat luar hujan renyai-renyai. Jadi bila dah tak tau nak buat apa, tengok CD lah.

Malam saya ke rumah Men hadiri majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat sebab adik Men, Azwa dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran diBandung, Indonesia. Sekrang ni saya jarang makan waktu malam. Tapi malam ni 'tergoda' dan terus makan. Apa taknya nasi beriani tu harumannya cukup mengancam. Hehehe.

Malam tu jumpa cikgu Kimia saya di SMTAS dulu Cikgu Kazar Mydin. Dia kenal lagi saya. Famous juga. Hehehe..Dah mula perasan la tu. Berbual sikit sambil jumpa balik orang kampung Kubang Buaya yang dah lama saya tak jumpa. Dulu saya selalu ke Surau Tok Haji Hashim sebab surau tu depan rumah saya je. Sekarang bila dah pindah ke Berek polis, saya cuma ke surau polis sahajalah.

Malam saya ingat nak semak email tapi tertidur pulak. Rosak satu program!

WASSALAM...

22 OGOS 2002

Seorang wanita keluar rumah dan melihat tiga orang laki-laki tua berjanggut putih lebat sedang duduk di depan rumahnya. Dia tidak mengenali mereka. Dia berkata "Saya tidak mengenal tuan-tuan, saya rasa kalian lapar. Masuklah dan silakan makan di dalam"

"Apakah suamimu ada di rumah?", tanya mereka.

"Tidak", ia menjawab, "dia keluar".

"Kalau begitu kami tidak mau masuk", jawab mereka.

Malamnya ketika suami sudah balik, ia menceritakan apa yang dialaminya tadi. Ketiga-tiga lelaki itu masih menunggu di luar. "Beritahukan mereka aku sudah pulang, dan persilakan mereka masuk". Wanita itu segera keluar dan mengundang ketiga laki-laki itu masuk.

Tapi mereka berkata, "Kami tidak boleh masuk sama-sama ke dalam".

"Mengapa?", tanya si wanita.

Salah satu dari lelaki tua itu menjelaskan, "Dia bernama Kekayaan," sambil menunjuk salah seorang kawannya, dan berkata sambil menunjuk kawannya yang lain, "Dia bernama Kejayaan, dan aku Kasih Sayang".

Kemudian dia menambahkan, "Masuklah dan bertanyalah dengan suamimu, siapa diantara
kita yang kau inginkan berada di dalam rumahmu".

Wanita itu masuk ke dalam dan memberitahu suaminya. Suami sangat gembira dan berkata "kalau begitu mari kita jemput Kekayan. Biarkan dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan!"
 

Isterinya tidak setuju. "Sayangku, kenapa tidak menjemput Kejayaan?"

Anak kecil mereka yang mendengar pembualan mereka, bangun dari tempat duduknya dan memberikan pendapatnya, "Apakah tidak lebih baik kalau kita mengundang Kasih sayang? Rumah kita akan dipenuhi dengan kasih sayang!"

"Baiklah, kita laksanakan cadangan anak kita", kata sang suami kepada isterinya. "Pergilah keluar dan jemputlah Kasih Sayang".

Wanita itu keluar dan berkata kepada ketiga lelaki tua itu, "Siapa di antara anda adalah Kasih Sayang? Silakan masuk dan menjadi tamu kami".

Cinta berdiri dan berjalan ke arah rumah. Kedua laki-laki yang lain juga berdiri dan mengikutinya. Si wanita terkejut dan bertanya Kekayaan dan Kejayaan, "Aku hanya menjemput Kasih Sayang, mengapa kalian masuk?" Keduanya menjawab bersamaan,

"Jika kau mengundang Kekayaan atau Kejayaan, kami berdua akan tetap berada di luar, tetapi kerana kau mengundang Kasih sayang, kemana ia pergi, kami selalu mengikutinya. Di mana ada Kasih Sayang, di situ selalu ada kekaya dan kejayaan!!!"

Cerita di atas adalah janji saya semalam untuk memaparkan sebuah cerita tentang kasih sayang. Harap anda dapat menghayati mesej yang cuba saya sampaikan. InsyaAllah.

Bangun pukul 5.30 pagi untuk bersahur dan kemudian saya sambung tidur selepas solat Subuh. Tengah hari saya cuma ke kedai Internet untuk update player saya. Kalau orang yang selalu baca diari ni fahamlah.

Kemudian saya cuma tonton TV Kiranya Aku Tahu. Saja nak tahu soalan. Saya tahu soalan lebih awal melalui laman web www.tv3.com.my/identiti soalan dimasukkan terlebih awal. Hehehe...

Kemudian saya cuma berbual-bual dengan kawan-kawan dekat luar rumah. Nak main bola. Tak ada bola. Nak kumpul duit, tengah 'kering'. Nak buat macam mana kan. Hehehe...

Selepas berbuka saya terus baca Yassin bersama keluarga off course sebelum tu saya solat Maghrib dulu. Kemudian tonton berita dan tengok siri Master Ma siri terakhir. Kemudian saya terus tidur. Malam ni memang saya rancang tidur awal.

WASSALAM...

21 OGOS 2002

Salah satu punca keruntuhan institusi keluarga hari ini ialah kurangnya kasih sayang sesama ahli. Kita perlu lebih serius dalam hal ini. Jangan biarkan kita menjadi seorang insan yang tiada kasih sayang. Orang muda menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda dari kita. buatlah sesuatu dengan kasih sayang. Kasih sayang itu akan membuatkan seseorang rasa dihargai dan disayangi seterusnya ia memberi kesan kepada orang itu untuk hidup dengan penuh semangat

Lupakan segala kisah lampau. Amalkan budaya berkasih sayang dalam kehidupn kita. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Untuk itu esok saya akan selitkan satu cerita tentang kasih sayang. Sebenarnya cerita ni dalam bahasa Inggeris tetapi ada yang dah menterjemahkannnya dalam Bahasa Melayu. Jangan lupa esok dalam diari saya! Sebelum itu mulakan sesuatu yang baik dari saat ini juga dan jangan bertangguh lagi. Jangan biarkan orang di sekeliling kita dahagakan kasih sayang. Bantulah mereka semoga persekitaran kita menjadi lebih bermakna. InsyaAllah.

Tidak seperti biasa, hari ini saya tidak turun berjogging. Saya rasa nak berehat hari ni. Jadi saya cuma duduk di rumah tonton berita pagi. Sebenarnya rasa letih jugak sebab sorak pasukan Kedah (Sorak pun letih?). Malam tadi waktu dekat stadium memang suara saya hampir tak keluar. Hehehehe...Seronok sangat sorak!

Bayangkanlah walaupun Kedah control perlawanan, Perak yang score dulu! Sepatutnya Kedah dapat banyak penalti malam tadi. Tapi nak buat macam mana pendapat referee berlainan. Kena terimalah. Tapi lebih kurang 25 000 penonton malam tadi memang puas hati tengok permainan pasukan Kedah.

Semangat melawan yang tinggi. Itu yang saya nak. Walaupun ketinggalan 1-0 tapi usaha yang berterusan akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui Liew Kit Kong. Kredit harus diberikan kepada Rafdi dan Akmal yang banyak memainkan peranan di kawasan serangan. Tak larat saya nak berteriak GOL!!! KEDAH! Cuma ada beberapa tempat sahaja yang saya akan menjerit. Stadium, Padang Kawat atau sewaktu perlawanan sukan. Kalau di tempat lain maaflah.

Paling seronok gol kemenangan datangnya dari ayam tambatan Kedah Akmal Rizal @ Dek Man pada minit 3 masa kecederaan. Patut diberi pujian ialah Rafdi yang paling keras berusaha menggelecek pertahanan Perak dan menyilangkan bola dengan cantik Kepada Akmal Rizal. Puas hati!

Entahlah berapa desibel bunyi malam tadi di Stadium Darulaman. Semua puas hati. Juara Perdana 2 mengalahkan Juara Perdana 1! Tambahana pemain-pemain Kedah semua muda-muda lagi. Itu menjanjikan masa depan cemerlang buat bolasepak Kedah.

Tamat kisah semalam. Pagi ni saya cuma semak ranking saya dalam Yahoo fantasysoccer. Mengejutkan! Saya menduduki tangga ke 65 daripada 172 122 peserta di seluruh dunia! Dalam Liga Newcastle saya menduduki tangga ke -6. Saya pegang dua team. Satu lagi di tangga 1624. Tahun lepas saya tamat di tangga yang 30 000++ daripada lebih 200 000. Tapi masih awal lagi sebab ada lagi 39 minggu untuk dipertandingkan. Jadi saya kena lebih teliti memilih pemain. Target saya cuma 50 mata setiap stage. Tapi untuk stage yang pertama saya dah dapat 120 mata! itu pun akan berlaku pertambahan lagi sebab pemain saya akan turun lagi. Itu just for joy. My interest. Football.

Tengah hari saya cuma repair sikit-sikit kerosakan laman web saya dan semak beberapa email dan block beberapa email yang mengarut. Kemudian saya teruskan membuat beberapa kerja peribadi. Petang saya cuma tonton Kiranya aku tahu dan Roda Impian. Malam saya membantu ayah saya menyelesaikan tugasnya sehingga jam dua pagi. Kemudian saya updatekan laman saya sebelum tidur kira-kira jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah