|
26 MEI 2002 Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya; 1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya. Buat Renungan bersama... Hari ni saya akan hadiri kenduri saudara saya. Seorang sepupu saya dan seorang lagi saudara terdekat. Nak buat macam mana dua-dua kena tarikh serentak. Lepas tu balik ke Langkawi naik bot pukul 5 Petang. Cuma malam ni nak cari tempat yang ada NTV7 sebab nak tengok Malaysia lawan Brazil rakaman tertunda. Rasanya setakat ini sahaja yang dapat saya coret buat hari ni. Maaf sebab tak begitu banyak... WASSALAM... 25 MEI 2002 SELAMAT PENGANTIN BARU! Buat Seorang kawan saya Saudari Hajah Nurul Nadia Ali (Gambar bawah Nadia Bertudung hitam di belakang saya [Bertudung Hitam diantara yang bertudung putih dan hitam]) yang dijadualkan melangsungkan perkahwinannya pada hari ini dengan Mohd Nazri Bin Mohd Nor yang dilangsungkan di Kediaman Nadia di No 8 Jalan Gelam Ria 1, Taman Sri Gelam, Tanjung Kling, 76400 Melaka. Nadia merupakan penolong saya (Penolong Ketua Kelas 1.09 Matrikulasi UUM). Semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Maaf kerana saya tidak dapat hadir ke majlis yang meriah ini kerana terlalu banyak halangan. Esok saya dah terpaksa pulang ke Langkawi. Harapnya Nadia dan Mohd Nazri akan bahagia selamanya.
Hari ni saya banyak menghabiskan masa di rumah Tok Lang saya untuk kenduri kahwin dua pupu saya. Saya balik ke Alor Setar pada pukul 2 petang bersama dengan ayah saya. Petang saya tengok Mass Alle De La Usurpadora. Dulu saya selalu ikut tengok cerita La Usurpadora setiap petang. Kali ni memang tak mahu miss sebab last episod yang orang kata betul-betul last. Hehehe.. Saja saya tengok. Malam keluar bersama Men, Ghafur, Boss dan Zam. Nak tengok Live Malaysia lawan Brazil tapi tak ada. Macam mana nak tengok rakaman malam esok? Sebabnya di Langkawi TV saya tak clear sangat NTV7. Apa pun bila tahu keputusan Malaysia cuma kalah 4-0 tetapi kira OK sebab first half 0-0. Kira kuatlah tu. WASSALAM... 24 MEI 2002 [JUMAAT] Satu renungan Untuk hari Jumaat...
Orang
berakal menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup. Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: “ Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad saw): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?). Katakanlah : Apa juga harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan, maka berikanlah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah) apa juga yang kamu buat daripada jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” – (Surah al-Baqarah, ayat 215). Hari ni, lepas bangun pagi saya terus update Diari ni. Petang ni program saya selepas Solat Jumaat saya akan ke rumah saudara saya makan kenduri sunat anaknya. Lepas tu mungkin berehat di rumah. Malam saya akan balik ke kampung sebab esok ada kenduri dekat rumah Tok Lang saya. Saya akan balik semula ke Alor Setar esok petang sebab malam tu nak tengok Malaysia lawan Brazil. Rasanya ada siaran langsung di TV walaupun cuma 30 000 tiket baru terjual (Setakat hari Rabu). Hari tu waktu Malaysia lawan Manchester United ada siaran langsung, kali ni rasanya sama kot. Saya baru sahaja rujuk jadual World Cup. First game France lawan Senegal pada 31 Mei ni pukul 7 malam. Tak terlepaslah saya perlawanan pembukaan. Saya memang kaki bola. Meriahnya dalam sebulan nanti... Satu lagi...Pesa kenapa cakap saya dengan anak datuk. Ni Ariep yang mula bawak berita...Nanti Ariep... Saya buat gossip dengan Siti Nurhaliza nanti baru tahu. Hehehe.... Tapi saya nak tegaskan saya masih belum ada awek. Anak datuk tu cuma usikan orang kat LADA ni. Itu sahaja... Puas hati dengan penjelasan saya? Puas hati kot... Jangan buat cerita karut sudahlah.... WASSALAM... 23 MEI 2002 Sebenarnya untuk mewujudkan suasana juara kitalah yang perlu memainkan peranan penting. Saya sememangnya cukup bersemangat apabila melihat orang yang tidak kenal putus asa tetapi jarang saya lihat di kalangan masyarakat kita. Apa yang sering saya lihat ialah Rakyat Korea dan Jepun yang selalunya mempunyai sifat ini. Mereka merangsang anak mereka dari kecil lagi dengan sifat ini. Kita juga harus mengambil inisiatif yang sama. Kita kena ubah sedikit budaya kita. (Maaf, soal budaya agak sensitif tetapi kita harus berfikiran lebih terbuka dan matang kerana kita tidak mengorbankan elemen murni budaya cuma kita mahu menyisihkan budaya yang memudaratkan kita). Semuanya bergantung kepada kita. Apabila kita mengatakan ‘boleh’ kita sudah merangsang diri kita bahawa kita boleh dan kita sudah hampir boleh melakukannya. Sebab itu saya amat sokong usaha RTM yang menyiarkan lagu ‘BOLEH’. Ini adalah satu perkembangan positif untuk membentuk suasana dan persekitaran juara. Namun ia perlu dilakukan secara berterusan dan komprehensif. Sebenarnya untuk mengubah minda dan mentaliti kita, media memainkan peranan penting. Sekiranya media sentiasa membantu dalam membentuk persekitaran juara, InsyaAllah kita akan menempa lebih banyak kejayaan yang akan mengharumkan nama bangsa, agama, dan negara. Justeru mulalah berfikiran positif mulai sekarang. Ingat ungkapan ini. Orang yang berfikiran Negatif akan mengeluh apabila mendapati sekuntum mawar mempunyai tangkai berduri sedangkan mereka yang berfikiran positif akan mengagumi tangkai yang berduri itu kerana mempunyai sekuntum mawar yang cantik lagi harum.....(TAMAT) Pagi ni saya dapat Call dari Yati suruh turun admin sebab ada kerja. Kerja apa? Dia tak mahu beritahu. Rupanya ada majlis perpisahan meraikan Yati yang habis praktikum hari ni. Dah lima bulan dia buat praktikum di LADA dan hari ni bahagian kewangan dan pentadbiran meraikannya. Makan free lagi. Hehehe.... Yati sorry kalau ada apa-apa yang salah dan silap. Lepas ni, Yati akan masuk balik Poli Seberang Perai. Hari ni Alhamdulillah saya dapat jugak sampai ke rumah di Alor Setar. Balik sekali dengan Din, Zam, Ita, Ilah dan Ina. Ina dah tak balik Langkawi dah sebab dah habis tempoh praktikum. Lepas ni dia akan teus ke USM untuk sambung setahun pengajian lagi. Ina sorry kalau ada apa-apa yang saya buat menyinggung perasaan dan kalau ada yang lebih atau kurang tu minta halal. Mungkin nanti akan jumpa lagi... Ita balik sekali dengan Ina bila Abang Ina datang ambil. Saya, Din, Zam dan Ilah naik teksi ke Shahab Perdana. Lepas tu Din dan Ilah naik bas ke Butterworth. Thanks Ilah, Ina dan Ita sebab belanja Pop Corn KFC. Lepas tu saya dan Zam terus balik ke rumah. Apa lagi bila sampai di rumah, macam-macam yang saya buat. Contohnya surf Internet. Malam saya ke rumah Pak Long saya. saja menziarah saudara. Lepas berbual sampai pukul 10.30 malam saya terus belanja adik saya yang Tingkatan Enam tu makan Char Koteaw. Saja belanja dia nak naikkan semangat dia sebab baru masuk Tingkatan Enam. Harap dia akan lebih rajin. Cuma malam ni yang payah bila nak bwak keluar duit sebab semua ATM Machine BSN tak boleh keluarkan wang. Jadi saya ke Perwira Affin untuk keluarkan wang. Malam saya baca balik majalah MASSA yang lepas-lepas. Saya memang beli majalah MASSA setiap minggu cuma bila di Langkawi saya suruh adik saya beli sebab kat Langkawi susah nak dapatkan. Dapatlah banyak input. Saya memang suka membaca. Apa yang ada akan saya baca. Itu memang dah jadi tabiat saya. Paling saya suka ialah bab Sukan. Saja kalau banyak maklumat senang nak atur tindakan, Kan? Oklah setakat ni sahaja kot hari ni.... WASSALAM... 22 MEI 2002 Bila kita turun beraksi, orang selalu mengatakan ‘tidak boleh’. Kita selalu mengatakan ‘tidak boleh’. Kita perluakan apa yang digelarkan sebagai ‘minda penjajah’ iaitu menganggap kita lebih baik daripada orang lain. Kita perlu ada sifat ego ini. Masyarakat barat sebenarnya kemampuan mereka adalah kurang daripada kita tetapi mereka mempunyai corak pemikiran sebegitu hingga mereka rasa malau kalau gagal bertarung dengan kita. Kita pula mempunyai ‘minda dijajah’ sehingga kita selalu menganggap orang barat lebih baik daripada kita dalam semua hal. Samapi bila kita ingin menjadikan ini sebagai budaya kita? Kita harus berubah. Secara jujur saya katakan saya amat tidak gemar apabila menonton perlawanan yang membabitkan skuad kebangsaan bersama orang yang selalu memperlekehkan skuad kebangsaan kerana jika kita tidak memberi sokongan kepada mereka siapa lagi. Wujudkanlah suasana juara di kalangan kita. Orang yang berjaya tidak pernah memikirkan kegagalan. Tetapi orang yang berjaya tidak pula takut kepada kegagalan. Justeru kita harus memegang prinsip yang sama. Minda kita harus sentiasa positif. Dengan usaha yang jitu kita akan berjaya tetapi jangan lupa satu elemen kita sebagai Umat Islam ialah tawakal. Kalau kita ada seorang kawan yakinkanlah dirinya yang dia boleh melakukannya. Jika kita ada seorang anak jangan jadikan tabiat ‘tidak boleh’ itu sebagai satu lumrah baginya. Dari kecil lagi tanamkanlah sifat ‘boleh’ dalam diri anak kita.(Bersambung Esok) Waktu pukul 1 Din dan Zam tolong beli tiket untuk esok. Saya still kat pejabat. Petang tu Din dan Zam terus ke Makam Mahsuri beli sedikit barang untuk dibawa balik. Satu-satunya berita yang cukup menaikkan semangat saya ialah berita Kejohanan Badminton Melayu Tertutup Langkawi akan diadakan pada bulan enam ni. Yahoo... Sebab saya memang akan cukup bersemangat biola ada tournament badminton. Saya nak try kat Langkawi pulak. Nak cari makan kat Alor Setar susah, mana tahu Langkawi ni boleh cari makan, kan? Hehehe... Malam ni tengok bola LADA lawan Perak (Premeir I). Persembahan LADA malam tu kira memberangsangkan walaupun kalah 2-0. Rasanya sikap terlalu hormat pemain Perak yang jadi penghalang kejayaan skuad LADA. Banyak chances yang diperolehi dan hampir-hampir menjaringkan gol. Team Perak pulak macam dah tak boleh control game dah pada second half. Tapi rasanya kalau ada Khalid, Ahmad Shahrul dan Indra Putra, Perak lagi menyengat tapi sebab depa kena ikut training skuad negara lawan Brazil. Apa pun rasanya LADA dah boleh terus tumpu kepada Liga FAM dan kalau boleh melayakkan diri ke Premier 2 tahun depan. InsyaAllah mereka boleh melakukannya sebab saya yakin dengan apa yang mereka ada. Selepas tu saya bawak Din, Zam, Ilah, Ita dan Ina ke rumah Pak Njang saya makan laksa. Saya memang dah tak larat makan dah tapi dipaksa jugak makan. Sebab tu waktu tengok bola tadi Abang Aziz belanja air saya cuma minum sikit sahaja. Satu lagi sebab air tu tumpah...Hehehehe... Lepas tu Ilah, Ita dan Ina belanja makan roti Canai. Macam mana saya nak makan? Terlalu kenyang dah. Tapi kena makan jugak sebab tak mahu kecilkan hati depa. Lepas balik saya terus tidur lepas solat Isyak... WASSALAM... 21 MEI 2002 Apa yang lebih menarik ialah separuh daripada 10 orang anggota pemain Piala Thomas ialah muka baru iaitu Muhammad Hafiz Hashim, Lee Tsuan Seng, Chan Chong Ming, Chang Kim Wai, Chan Chew Eng. Ini merupakan satu perkembangan positif dalam sukan badminton negara. Kita boleh menghadapi kekalahan tetapi jangan jadikan seseorang sebagai kambing hitam. Jangan jadikan Roslin sebagai mangsa kerana kekalahan skuad negara tidak harus disandarkan ke atas bahunya. Bagaimana dengan pasangan beregu negara yang gagal menyumbang mata. Kita perlu lebih rasional. Apa yang terjadi ialah kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi di kala Piala Thomas semakin hampir dalam genggaman dan kemarau selama 10 tahun hingga menyebabkan Roslin amat tertekan. Sebenarnya pencapaian skuad negara sudah cukup membanggakan. Bukan bermaksud kita tak perlu mencapai kejayaan tetapi kita harus melihat keupayaan kita terlebih dahulu. Sebenarnya saya berasa kita sebenarnya mampu menjadi juara sekiranya kita berjaya membentuk ‘sesuatu’. Apa yang kurang ialah suasana juara yang tiada di kalangan masyarakat kita.(Bersambung Esok) Hari ni macam biasa ke pejabat. Cuma lepas balik dari UUM rasa macam tak kena. Entah sebab apa. Rasa lain macam pulak. Rasanya kena balik Tanah Besar dulu kot baru OK. Memang minggu ni balik ke Alor Setar. Seronoknya! Hehehe..... Saya dah ada plan bila balik Alor Setar. Ada kenduri yang perlu dihadiri dan ada kerja yang perlu diselesaikan. Kesimpulannya banyak yang perlu saya bereskan. Malam tu saya tak keluar sebab nak berehat. Cuma Din, Zam, Ilah, Ita dan Ina sahaja yang keluar. Saya rasa saya perlukan rehat sebab tu saya buat keputusan tak keluar. Penat pulak rasanya... WASSALAM... |
Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21] |