Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

22 JUN 2002

Saya bangun dalam pukul 6.30 pagi. Selepas solat Subuh tonton Laman Nurani. Hari ni penceramahnya ialah Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah. Tajuknya Langkah oramg Cemerlang. Banyak tips yang dapat saya belajar. Hidup ni kalau kita tak selalu motivasikan diri, kita akan sentiasa rasa dunia ni tak bererti dan tak bermakna. Sebenarnya hidup ni suatu pengembaraan yang cukup indah. Kita akan berjumpa dengan segala macam benda. Kadang kala kita tak terjangkakan semua itu.

Akhirnya kita akan mula berfikir dan menghayati semua itu. Dan apabila kita mula faham kita akan bertambah matang. Kita akan terus mengembara dan berkelana. Penghujungnya ialah kematian. Tetapi sepanjang pengembaraan ini kita mestilah berusaha mencari bekal buat bekalan di akhirat kelak. Jangan cepat berputus asa. Saya teringat satu ungkapan, "Manusia merancang, Allah merancang Tetapi perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan manusia". Jadi janganlah cepat berputus asa. Ada hikmah di seballik sesuatu.

Saya masuk bekerja macam biasa hari ni. Awal-awal pagi lagi saya dah check email dan baca online paper. Baru dua hari saya tak check email dah banyak sangat email yang saya dapat. Ita ada komen sikit. Hehehe... Ita tolong jangan bagitahu Zam atau Din pasal diari ni. Ariep,Ilah dan Ina pun sama kalau baca Diari ni. Kepada sesiapa punlah yang selalu baca diari ni tolong jangan ceritakan kepada Din dan Zam akan kewujudan diari ni. Bukan apa nanti segan. Biarlah depa tahu sendiri bila explore laman web saya ni.

Saya mula menyambung bahagian penyediaan laporan. Sistem dah siap cuma nak siapkan report sahaja sekarang ni. Pesa ada tanya malam tadi pasal report tapi sorrylah Pesa saya tak pasti sangat nanti saya semak balik macam mana penyediaan report tu. Lepas buat kerja sikit saya turun tolong Zam pasang dan setting LCD untuk taklimat di dewan besar LADA. Kemudian saya singgah di Admin sekejap. Jenguk din buat kerja dan kemudian sambung buat kerja.

Petang ni saya nak cari idea nak tengok Korea lawan Spain. 2.30 petang pulak tu. Waktu kerja. Nak buat macam mana? Pandai-pandailah nanti..Hehehe.... Petang mungkin saya tak turun main bola atau badminton. Badminton sebab saya injured di bahu dan bola saya sakit kaki sebab termasuk dalam lopak. Semalam tak sakit sangat bila bangun pagi rasa sakit sangat. mungkin saya akan ke Dataran Lang bersiar-siar di waktu petang di sana. Ambil angin. Dah lama dah tak ke sana.

Malam mungkin di rumah sahaja sambil tonton bola Senegal lawan Turki. Lepas tu mungkin tidur awal kot. Entahlah. Din dengan Zam apa lagi kalau tak telefon. Hehehe.....Apa pun hari Korea dan Senegal pilihan saya....

WASSALAM...

21 JUN 2002

25 PESAN LUKMANUL HAKIM

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari 25 Pesanan Lukamanul Hakim. Saya dah menyiarkan 25 pesanan itu selama lima hari berturut-turut. Kalau ada yang baru membaca diari ini, anda bolehlah menyemak diari-diari yang lepas.

Seronoknya cuti! Tapi minggu ni cuma cuti Hari Jumaat manakala Khamis separuh hari. Memang rasa lain macam. Sebab sebelum ni dah 5 kali Sabtu berturut-turut cuti. Best kan? Lepas ni cuma awal Julai sahaja yang cuti Sabtu dan Jumaat. Lepas tu saya dah habis praktikum. lepas bangun pagi dan Solat Subuh saya terus pergi beli nasi dagang. Dah lama tak makan nasi dagang Mak Cik tu. Dah lebih kurang 6 minggu dia berhenti berniaga. Entahlah sebab apa. Lepas tu berehat di rumah.

Solat Jumaat hari ni khatib membicarakan tentang pentingnya berjasa kepada ibu bapa. Kemudian selepas balik solat saya terus tonton Brazil lawan England. Saya dan Din sokong Brazil manakala Zam dengan Pak Cik Bahar sokong England. Habis kena perli dengan Zam dan Pak Cik Bahar bila Owen score. Nasib baik Rivaldo equalized last minute forst half. Kalau tidak jenuh nak dengar Zam perli. Lepas tu Ronaldinho score. Hehehe...Rasa macam nak menang dah. Lepas tu kena kad merah pulak. Cuak jugak sebab dari minit 57 main 10 orang. Nasib baik menang. Lepas tu saya basuh baju dan turun main bola di padang.

Malam tengok Jerman lawan USA. Saya sokong Jerman dan Jerman menang 1-0 Jaringan Micheal Ballack. Esok saya jangka Korea boleh mengalahkan Spain dan Senegal mengalahkan Turki. Lepas tengok bola saja keluar beli aiskrim dan sambil tu tengok Kaho Na Pyar Hai.

Semalam saya dijemput untuk lawan badminton persahabatn antara LADA dengan Mahkamah. Bila main rupanya lawan dengan hakim-hakim. Ingat kot staf pejabat ja. Saya kena berpasangan dengan seorang hakim berpangkat Dato' lawan dengan seorang lagi Dato'. Memang nervous. Nasib baik menang. Tapi dato'-dato' ni sporting dan tak pressure. Memang selesa berpasangan dengan depa. Waktu solat Jumaat tadi saya terserempak dengan seorang dato' tu tengah sedekah duit RM 10 dalam tabung masjid. Dato' Mohd Noor kalau tak salah saya. Lawan badminton ni kat MRSM Langkawi.

Bila sampai di MRSM Langkawi saya teringat semula kenangan saya di MRSM PDRM Kulim sewaktu dahulu. Gelagat student situ lebih kurang macam saya dan rakan-rakan dahulu. Memang seronok imbas balik kenangan lama. Suasana di MRSM Langkawi cukup nyaman dan damai. Di kaki Gunung Raya memang menarik untuk study. Bila saya tengok ada dua orang student yang paling awal ke padang saya teringat saya dahulu yang terawal turun ke padang. Bila tengok ada dua orang student yang cukup minat main badminton saya teringat kawan saya Atan yang dulu memang amat minat main badminton. Dia selalu ajak saya main tetapi minat saya lebih kepada bola sepak walaupun bakat saya dalam badminton. Memang seronok bila diingat kenangan lama. Zaman tu dah berlalu. Kita sudah semakin dewasa. Kita kena mengikut peredaran zaman dan usia. Tetapi alangkah seronoknya kalau kita sentiasa muda. Kembali ke zaman kanak-kanak. Kan? Waktu tu tak banyak perasaan hasad dengki, iri hati yang wujud. Biasalah jiwa kanak-kanak. Eh! Dah melalut pulak saya ni. Cukuplah buat hari ni.

WASSALAM...

20 JUN 2002

25 PESAN LUKMANUL HAKIM

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari sedikit renungan di atas. Bermuhasabahlah selalu, semoga kita hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari berikutnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya. InsyaAllah...

Alhamdulillah sebab saya berjaya menyiapkan sistem untuk praktikum saya sehari lebih awal daripada apa yang saya rancangkan. Kini saya cuma perlu menumpukan kepada proses error handling dan penyediaan report serta make up sistem. Berjaya jugak akhirnya.....

Sekejap lagi ada kempen menderma darah di LADA ni. Saya masih lagi berbelah bagi sama ada nak menderma atau pun tidak. Saya masih tak ada pengalaman menderma darah jadi masih banyak persoalan yang saya perlu fikirkan sekejap lagi. Sama ada nak menderma atau pun tidak. Kalau ikut rasa hati nak menderma tapi program ni di kawasan yang agak terbuka jadi saya rasa agak segan. Hehehe...Suatu penjelasan atau alasan.....

Semalam ketika saya sedang menonton Berita dimaklumkan bahawa bilangan perokok wanita semakin bertambah iaitu sebanyak dua kali ganda. Memang serius bagi saya! Kalau tak silap saya perangkaan pada 1996 menunjukkan nisbah remaja wanita merokok dengan lelaki yang merokok hanyalah 6:1. Tetapi pada 1999 ia meningkat kepada 4:1. Apa sudah jadi? Di Malaysia pula dianggarkan lebih daripada separuh lelaki dewasa adalah perokok! Saya nak mempersoalkan tentang rokok ni. Apa yang seronoknya merokok ni? Menyelesaikan masalah? Menenangkan fikiran? ADa banyak lagi cara untuk kita mengatasi masalah dan menenangkan fikiran.

Merokok sebenarnya membawa kepada maut. Terdapat lebih daripada 99 jenis racun dalam rokok tu. Ini bermakna anda yang merokok membunuh diri anda sendiri secara perlahan-lahan! Bukan itu sahaja malah ia turut menyebabkan orang lain yang tak merokok menderita kerana asap rokok yang keluar! Tahukah anda bahawa setiap tahun lebih kurang 4 juta orang di seluruh dunia mati hanya disebabkan oleh merokok! Mulalah berhenti merokok dan cubalah amalkan cara hidup yang sihat. Ingatlah bahawa merokok itu sebenarnya pemusnah diri kita. Ingatlah orang yang tersayang sebelum kita terus merokok. Tepuk dada tanyalah iman....

Esok bermulalah peringkat suku akhir Piala Dunia. Harapnya pasukan yang saya ramal berjaya. Saya pilih 3 pasukan iaitu Brazil, Korea dan Ireland. Cuma Ireland yang dah tersingkir tapi bagi saya Ireland tidak tewas. Mereka cuma seri 120 minit dan penalti hanya menjadi penentu siapa yang lebih layak ke Suku Akhir. Apa pun esok pastinya menarik untuk kita (Yang minat bola sahaja) lihat.

WASSALAM...

19 JUN 2002

25 PESAN LUKMANUL HAKIM

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari pesanan di atas.

Hari ni saya nak mengulas pasal Piala Dunia 2002. Semalam cuma Korea yang saya sokong menang. Jepun tewas. nak buat macam mana. Sebenarnya saya lebih mengharap kepada Korea sebab Korea tidak mudah putus asa. Mereka akan mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya. Mereka berjaya memberi tekanan kepada Itali walaupun ketinggalan hingga memaksa Christian Panucci melakukan kesilapan yang memudahkan pemain Korea menjaringkan gol. Semangat seperti inilah yang saya cukup minat untuk ditonton. Kalau pun Korea kalah semalam saya memang rasa berbaloi.

Satu lagi secara jujur saya atas penilaian saya, pengadil juga agak berat sebelah. Itali memang agak malang. Jepun pula tewas tetapi saya tak sempat menonton perlawanan tersebut kerana sedang dalam waktu kerja. Jadi tak sempatlah nak lihat. Apa pun saya pilih Empat pasukan ni untuk ke Semi Final iaitu JERMAN, SENEGAL, BRAZIL dan KOREA. Yang akan masuk final ialah JERMAN dan BRAZIL dan pilihan saya untuk juara ialah BRAZIL. Jumaat ni piala dunia akan bersambung kembali.

Semalam saya turun bermain bola. Saja nak kuatkan kaki dan nak test stamina. Alhamdulillah saya boleh berlari naik turun tanpa rasa penat hampir sepanjang permainan. Dapat juga score dua gol. Dua-dua bola tanduk. Satu dari luar kotak penalti. Entah macam mana boleh masuk saya pun tak tahu. Din dengan Zam usik kata sebab rambut baru (baru digunting). Bagi saya macam biasa Luck! 16 Gol dalam 8 perlawanan. Kira OK kan? Itu just main petang-petang tak ada apa sangat.

Hari ni saya ke pejabat lebih awal daripada Zam dan Din. Hari ni semua bangun lewat. Entahlah sebab apa. Saya rasa macam tak puas tidur sahaja sebab malam tadi tidur bukan sebab nak tidur tapi sebab terlena. Faham tak? Faham kot maksud saya. Bila bangun memang rasa tak puas. Tapi dalam hidup ni kita kena buat pilihan. Nak terus mengantuk atau terus tak mengantuk dan saya buat pilihan. Akhirnya berjaya... Semua ni sebab saya baru baca satu artikel mengenai kehidupan yang positif. Memang menarik. Nanti saya akan masukkan dalam ruangan diari ni. Tapi maaflah sebab dalam bahasa Inggeris.

Awal-awal pagi di pejabat lagi Dato' dah datang tanya itu dan ini kat saya. Awal jugak Dato' datang pejabat. Terkejut jugak saya. Kemudian saya baca utusan Online untuk mengetahui beberapa berita penting. Memang selalunya saya akan baca online news terlebih dahulu. Untuk input otak.

Kemudian saya sambung semula pembangunan sistem. Memang cukup memeningkan. Saya cuba dan terus mencuba. Saya pun pening sebab apa error tu keluar. Rasa macam tahu apa salahnya tapi tak dapat settlekan. Saya ubah itu dan ini dan try and error tapi tetap tak berjaya. Last-last sedar yang silap tu cuma kat syntax sahaja. Tensioooonnn... Lepas tu saya perbetul sambil dalam otak kata Boleh, boleh dan boleh.. Alhamdulillah berjaya. Seronoknya. Nilah nikmat programmer. Yang penting kita kena usaha dan tak berputus asa. Kita kena berikir sehingga berjaya.

Tarikh presentation dah dekat jadi saya kena lebih tekun. Minggu depan saya akan mulakan fasa membuat laporan. InsyaAllah esok sistem saya akan siap. Rasanya boleh kot. Saya akan cuba. Satu projek lagi Din dengan Zam buat. Iaitu Laman Web. Nanti bila present kami akan gabungkan kedua-duanya. Doakan kejayaan saya. Terima kasih. Rasanya cukuplah setakat ini buat hari ni walaupun saya ada banyak cerita tetapi nantilah sebab saya rasa terlalu panjang untuk dicoretkan dalam diari ni....

WASSALAM...

18 JUN 2002

25 Pesan Lukmanul Hakim

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ),tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

Esok saya akan letakkan pesanan yang ke-11 hingga 15 pulak. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.

Semalam cuma satu tekaan saya tepat iaitu Brazil menang. Cukup mengejutkan apabila Mexico tewas kepada USA. Apa pun pasukan yang saya rasa akan juarai Piala Dunia kali ni ialah Brazil. Walaupun semalam bermula dengan baik tetapi pada permulaan separuh masa kedua Brazil hilang tumpuan sehinggalah gol Rivaldo menyentap semangat pemain Belgium. Paling menarik ialah Ronaldo yang berjaya menjaringkan gol kelimanya dan yang kesembilan dalam 11 aksi Piala Dunia. Setakat ni penjaring terbanyak Piala dunia hanya dengan 15 gol (Keseluruhan). Yang masih lagi aktif ialah Batitusta yang telah menjaringkan 10 gol tetapi Argentina sudah tersingkir. Tinggallah Ronaldo yang masih ada 3 perlawanan untuk memecahkan rekod tersebut. Apa pun Brazil perlu memperkemaskan barisan pertahanannya untuk menghadapi England nanti. Pertembungan yang menarik!

Kedah juga telah dimahkotakan kejuaraan Liga Perdana Dua malam tadi apabila seri dengan Brunei 1-1. Kedah sebelum dah disahkan sebagai juara Liga. Syabas Kedah. Kalau boleh saya nak tengok Kedah seperti hujung tahun 80-an dan awal tahun 90-an (Tapi bukan tahun 1991). Selepas ni Kedah akan memasuki Pila Malaysia yang dijangkakan pada 27 Julai kalau tak salah saya. 30 Julai akan melayani Penang di Stadium Darulaman dan kemudian kembali ke Penang untuk Semi Final Piala FA. Semoga berjaya. Saya InsyaAllah akan ke stadium Darulaman. Dah lama rindukan suasana Stadium Darulaman dan di Langkawi ni cuma menonton pasukan LADA di Stadium LADA. LADA pula semalam dibelasah 5-1 oleh sebuah pasukan dari Penang. Entah apa dah jadi. 16 Jun hari tu membelasah pasukan dari Sabah 5-2. Kata depa penat sebab hari game baru bertolak. Pagi bertolak sampai tengah hari petang terus lawan. Memang memenatkan kan?

Hari ni saya masuk bekerja macam biasa. Cuma agak terkejut bila ada orang baru kat bahagian Kewangan ni. Siasat punya siasat rupanya adik boss saya. Lepas tu saya menyambung kembali pembangunan sistem. Memang kena buat betul-betul sebab tarikh presentation dah dekat dah iaitu 09 Julai 2002. Saya pada mulanya bersedia untuk 28 Jun sebab ada yang dah kena present pada 28 Jun. Tetapi apabila dah tahu 09 Julai 2002 saya dah longgarkan kembali jadual perancangan saya. Alhamdulillah banyak masa lagi. Bolehlah atur banyak benda lagi. Sekejap lagi saya, Zam dan Din akan cuba mengatur semula jadual dengan Encik Najib tentang tarikh presentation tersebut. Harapnya semua akan OK.

Petang ni mungkin saya dan Din akan gunting rambut. Semalam tak sempat sebab hujan. Tentang Piala Dunia hari ni saya Pilih Jepun dan Korea. Saya rasa Korea boleh menewaskan Itali. Rasanya Itali tak akan dapat mengekang semangat juang Korea. Korea memang terkenal dengan larian pantas. Memang larian pemain Korea adalah tahap sprinter 100m. Pemain Jepun pula adalah pemain yang cukup berdisplin. Kalau kita gabungkan semangat dan displin kita akan berjaya. Lagi pun Jepun dan Korea akan bermain di hadapan penonton sendiri. Sudah pasti ia akan menekan kedua-dua lawan mereka. Kita tunggu dan lihat. Oklah rasanya setakat ni sahaja kot. Panjang jugak rasanya.3

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah