Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

DIARI SAIFUL

21 FEBUARI 2002

Seorang sahabat merupakan salah satu elemen terpenting dalam hidup kita. Tanpa kawan kita akan kesunyian. Bagi saya kawan merupakan sesuatu yang cukup bermakna bagi saya. Saya akan jaga kawan saya bagaimana saya jaga diri saya. Seorang kawan akan sentiasa memabantu kita. Saya rasa cukup bertuah sebab saya rasa semua orang amat memahami saya. sebab itu kita perlu rasa penting menjaga hati kawan.

Corak saya berkawan ialah saya berkawan dengan semua orang. Saya tak kisah kalau ada orang cakap orang itu jahat! Sebab bagi saya semua orang adalah baik. Mungkin kita cuma lihat sisi negatif. tetapi kalau kita berkawan dengan orang itu kita akan tahu sebenarnya orang itu adalah seorang yang baik.

Sebab itu saya tidak memilih dalam berkawan. Kalau kawan saya minta tolong saya akan tolong. Kalau minta kaunseling saya akan beri. Saya tak kisah kalau ada orang nak tikam saya dari belakang. saya redha dengan semua ketentuan Allah. Saya akan maafkan orang itu. Yang lain adalah urusan dia dengan Allah.

Saya tahu jika orang itu menipu saya. tetapi saya akan buat-buat tak tahu. sebab bagi saya kita tidak boleh berprasangka buruk tetapi jangan sampai kita menjadi mangsa. Itu pegangan saya. Tetapi kalau tak dapat dielak, terima sahajalah... apa pun kalau kita berkawan jangan kita sebarkan apa yang tak baik mengenai kawan kita. Biarlah kita sentiasa bersangka baik. Allah akan sentiasa membantu kita. Pesanan saya jadilah orang yang sentiasa bersabar. Pesanan Imam Malik pula lebih kurang begini bunyinya:-

"Tidak rugi kita memuliakan orang yang hina malah kita akan memperolehi kemuliaan. tetapi Akan hina jika kita menghina orang yang mulia"

Esok saya akan balik rumah... Nak balik berhari Raya. Di sini saya ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA QURBAN. Buat semua yang mengenali diri saya! Jemputlah ke rumah. Call number ni 04-7320341. Atau terus ke A-151 Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar, 05300 Alor Setar Kedah. Kalau dari tol AS Utara. keluar dari tol tu ada satu traffic light. Belok kiri. Lepas tu ada satu lagi traffic light. Terus sahaja lepas tu jumpa satu lagi traffic light belok kiri. Jalan lebih kurang 5.5-6.0 km akan jumpa sebuah taman di sebelah kanan. Taman Derga Jaya. Klu anda kena lepas highway dan  sungai kecil. Anda bila masuk ke taman itu lebih kurang 800 meter akan nampak berek polis. Saya tinggal rumah di tepi padang Bola dan dewan badminton. tu Rumah paling teping yang ada kereta buruk warna merah bertampung tu. Kalau saya tiada di rumah saya mungkin ada dekat area tu je. Raya kedua saya ada di surau. Tapi kalau ada orang datang saya akan balik layan. Kalau boleh telefon dahulu! WASSALAM...

20 FEBUARI 2002

Pukul 8 Pagi terus ke Lab sampai pukul 9 pagi. Lepas tu ke seminar AI sampai pukul 1. Lepas tu lepak kat bilik Bang Midisurf internet. Petang rehat dan main bola. Tak banyak yang saya nak ulas hari. Life so simple today.

Cuma teringat kena sound dengan En Azizi sebab tak attend kelas dia semalam. Saya ingat dah habis. Habis kena cubit perut saya..hehehe......Moral dia jangan ponteng. itulah first time saya tak datang kelas sem ni.

19 FEBUARI 2002

Ingat tiada kelas Aplikasi AI rupanya da kelas. habis rekod sem ni. Kalau tidak tak pernah ponteng. Tersilap info. Nak buat macam mana. Kalau ada pun saya rasa tak pergi juga sebab sibuk dengan teknikal preparation untuk presentation. Nak bawa PC ke Dewan seminar STM. Naik motor je! Sebelum mula presentation saya kena perbetul mood group member. Sebab bila jadi ketua yang paling penting ialah kita mengawal mood dan motivasi ahli kumpulan. ada sedikit masalah tetapi Alhamdulilah saya dapat settlekan. Tak manis saya sebut dalam ni sebab mungkin sentuh peribadi orang. Tapi entahlah saya dapat atasi.

Bila mula nak presentation memang confident. Bila lecturer masuk tak sempat nak mula dah kena marah. hehehee....Tapi saya tak kisah sebab kalau lecturer marah saya. Saya anggap macam mak marah saya. Ada sebab walaupun saya dah berbincang tapi mungkin salah saya juga sebab tak maklumkan dengan betul. saya terima itu sebagai salah saya. Saya ambil tanggungjawab itu. Saya langsung tak marah sebab bila kita buat silap kita kena cuba faham orang tu. Dalam kes ni saya faham kenapa lecturer saya bersikap macam tu.

Bila kena marah yang paling penting kita kena cool sebab kalau apai lawan api akan terbakar seisi rumah. Kalau api lawan air akan padamlah api tu. Tapi saya jadi lebih kuat nak buktikan kepada lecturer tu yang presentation tu bukan main-main. Alhamdulliah semua seperti yang dirancang. Memang saya terlalu puas hati. Tengok lecturer tu pun OK.

Sebab tu saya respect lecturer tu sebab dia professional. Time marah dia marah dan time dia ajar dia bersungguh-sungguh. Saya suka orang macam tu sebab dia tak terbawa-bawa dengan emosi. Dia lepas terus dan tak simpan langsung dalam hati. Buktinya lepas tu dia bagi pinjam kereta dia! dan pesan suruh saya support dia main netball petang tu. Thanks Cik Noraziah! Siap bangunkan laman web lagi! Memang best! kalau nak masuk klik sini pengecaman suara. Tapi ada sikit link problem saya try tu settle tapi tak dapat pada hari tu.

Baca paper. Kedah menag 5-1! rasa macam sesat pula main Div 2. hehehe..Hari Isnin ni saya akan ke Stadium Darulaman! Memang jiwa saya jiwa sukan. Orang selalu tengok keadaan fizikal saya agak gempal tapi ramai yang tak percaya saya pemain badminton Universiti. Saya juga aktif dalam bola sepak. Yang lain semua jenis sport saya main. Rugby, Tennis. Pingpong. hehehe. Jiwa sukan!

Petang tu tengok bola Final. SPK menang 3-0 dengan SPS. Ingat nak pergi support Cik Noraziah tapi semua perempuan rasa ,alu saya nak support sebab tu tengok bola Sepak. Malam terus rehat sebab besok banyak lagi kerja nak kena buat.

18 FEBUARI 2002

Macam biasa pukul 8 pagi dah ada kat lab cuma tak sempat nak upload file sebab server agak lambat. Atur team fantasyfootball untuk game esok. Lepas tu buat assignment dan tengah hari tu tidur sekejap seba nak kumpul tenaga sebab saya memang sibuk hari ni. 4.30 ptg ke kompleks Sukan. Solat Asar di sana lepas tu lawan bola. Hari ni kena main first eleven. Awal minit pertama saya dah ada chances saya rasa macam dah boleh nak bubuh gol tapi kena tarik dalm kotak penalti. Ref tak nampak. Jadi melepaslah peluang.

Main memang rasa kena gak lasak sikit. Saya asyik kena tackle. Dapatlah juga 3 free kick depan kotak penalti. Kalau David Beckham atau Rivaldo main sekali memang dia akan rasa best sebab saya asyik kena tackle depan kotak penalti. Posisi yang depa suka untuk buat free kick masuk dalam gol. Saya punya performance agak teruk sebab persefahaman agak kurang. Lagipun corak permainan saya amat berbeza dengan gang yang lain. Maklumlah yang lain semua star. Saya cuma pemain biasa je..hehehe.. Ada satu peluang bagi saya dalam game tu..Waktu tu saya dah lepas seorang pemain dan kena kepung dengan 3 player lawan. Saya jeling ke arah gol nampak keeper out of position saya chip bole tu tengok macam nak masuk tapi kena palang! Hampa!

Full time 2-2. Dah nak menang tapi gol penyamaan lawan last minute. Terpaksalah penentuan penalti. Kalah 3-2. Game habis 7.25. &.30 bertolak ke Alor Setar sebab saya ada grand dinner Perwaja di hotel Sentosa Regency. Encik Sham hantar samaai rumah saya mandi solat Maghrib kat rumah. Rekod hari tu balik AS cuma 25 minit.

Terpaksalah menyusahkan ayah saya minta tolong hantar saya ke hotel pulak. Saya memang penat tetapi bila tengok sepupu saya yang kecik lagi yang mak saya bela sebab mak njang saya je Mekah hilang segala penat! Seronok mengusik...hehehe... Comel pulak saya tengok dua beradik tu, Dua -dua perempuan....kecik lagi umur 6 dengan 2 tahun. Lepas tu abah hantar ke hotel. Memang rasa bersalah pulak sebab susahkan abah. Nasib baik abah sporting.

Macam tulah kasih ibu bapa. Cuma kita sebagai anak tak pandai menghargai. Malam tu banyak input dan pengalaman yang saya dapat sambil beramah mesra dengan kawan-kawan. Balik pikul 11 sampai Perwaja pukul 12. Dengan badan yang sakit terpaksa bersengkang mata nak buat yang terbaik untuk presentation esok.

17 FEBUARI 2002

Bangun lewat! Dekat pukul tujuh baru bangun. Tak sempatlah nak jogging macam biasa. Tak kisahlah sebab saya rasa saya tak dalam first eleven semi petang ni. Just a reserved. Lepas kelas NLP saya balik buat assignment sebab nak present yang terbaik Selasa ni. Ada sikit gimik..hehehe... Biasalah ahli group ada bakat masing-masing.

Lawan semi kalah 4-3. Banyak Chances tapi tak boleh nak convert ke gol. So terpaksalah gigit jari. Besok kena lawan penentuan tempat ketiga dan keempat!

16 FEBUARI 2002

Hadir kursus perkahwinan. Memang menarik topik yang di beri ceramah. Ustaz yang present pun memang pandai buat lawak. Banyak input yang saya dapat. Tapi saya dapat kesan satu pattern orang yang pergi attend kursus kahwin ni iaitu hampir semuanya dah ada pasangan. Saya cuma pergi sebab risau nanti tiada masa sebab saya rasa mungkin nanti bila kerja sibuk dengan itu dan ini. Bila habis kursus rmai yang cakap dah nak kahwin..hehehe...Biarlah depa bahagia. Saya lambat lagi sebab bagi saya perkahwinan itu adalah sesuatu yang terlalu serius sebab untuk seumur hidup..

Bagi saya kalau kita pegi kursus kahwin tak semestinya kita akan kawin awal! Kan? Kalau kita buat sesuatu ia tak semestinya melambangkan apa yang kita akan lakukan seterusnya. Mungkin tak faham tapi kalau fikir baik-baik mungkin faham kot.

Haro ni best sebab Kedah menang lagi 2-0. Dengar cerita 15 000 orang pergi tonton. Saya nak pergi tapi ada kursus praktikum malam tadi. Memang gian nak tengok sebab kalau tidak tiap-tiap game saya pergi. Sultan pun turut turun. Kedah macam nak ulang zaman kegemilangan waktu dulu. Malam pergi kelas tambahan NLP.

15 FEBUARI 2002

Kelam kabut sikit sebab hari ni saya ada dua kursus. Satu kursus praktikum dan satu lagi kursus Pra-Perkahwinan. Kursus Praktikum memang wajib tapi untuk kursus pra-perkahwinan saya dah bayar RM 65. Pening. Tapi saya pergi register dua-dua kursus. 7.30 Pagi saya register kursus perkahwinan lepas tu saya register kursus praktikum. Lepas tu saya jumpa En. Zhamri nak minta excuse dia kata OK tapi kena tanya Dr Zurinah dulu. Puas pujuk baru dia bagi. Alhamdulillah. Petang pergi kursus perkahwinan. Malam pergi kursus praktikum balik. Lepas tu balik terus buat assignment sikit sebelum tidur sebab besok nak bangun awal.

 

 

Baca Diari Sebelum ni