Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

16 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

   LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom : "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw  :

   1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
   2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mat
i.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
   4) Membayar hutang, bilaa telah sampai masanya.
 5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

Sedikit peringatan buat penghayatan bersama. Lagipun dah lama saya tak selitkan peringatan dalam diari ni. Esok pun ada lagi yang nak saya selitkan, InsyaAllah...

Saya bangun jam 6.30 pagi dna kemudian saya sambung tidur balik. Hehehe... Mengantuk sangat sebab berjaga lewat pagi. Lepas bangun saya terus buat apa yang patut dan perbetul connection Internet saya yang tak boleh nak connect. entahlah sebab apa. Tak boleh verify user name dengan password. Try setting lain dan Alhamdulillah berjaya. Lepas tu semak email sekejap. Tapi tak balas lagi. Malam nanti baru balas. Semak message board kelas dan sekolah serta baca online paper.

Tengah hari saya makan kenduri kat rumah kawan mak saya kat taman ni. Lepas tu ke rumah Mak Cik saya yang buat kenduri macam saya cerita semalam. Lama jugak saya duduk sana. Tapi duduk saja ja. Hehehe... Sembang-sembang dengan orang lepas tu balik kampung sat.

Tak larat nak layan sepupu saya yang masih kecil. Baru 5 bulan. Seronok dukung dia. Dia pulak mau dengan saya. Dia suka main janggut saya. Hehehe... Lepas tu bagi duit raya kat sepupu saya yang baru bersunat. Sepupu yang sorang lagi, lagi susah nak layan sebab merengek nak ikut saya balik. Pening betul. Last sekali saya balik jugak.

Petang main bola kat rumah. Hehehe... Seronok berlari kejar dan kawal bola. Saya memang selalu berjogging pagi-pagi, jadi kalau bab berlari tak ada masalah sangat sebab dah biasa. Kaki dah selalu berlari. Tapi keadaan padang yang agak tak rata memang bahaya sikit tapi dah biasa. Kalau bab main ni memang seronok. Puas hati.

Malam saya buat kad jemputan kahwin Pak Su saya pada 18 Januari 2003 ni. Saya cakap kat tok Wan saya, saya boleh buat semua tu. Bukan susah sangat nak buat. Kalau upah kedai design kad, mahal jadinya. Sekarang design saya buat sendiri lepas tu pergi fotoprint banyak-banyak kat kedai. Lagi jimat.

Sambil tu saya dengar TV. Hehehehe... Bukan tengok, tapi dengar sebab komputer saya ada TV. Bila buat kerja cuma dengarlah. Hehehe... Tapi kalau ada yang menarik saya bukak window TV. Kalau tengok bola. Saya akan bahagikan (minimize) skrin saya ni kepada dua bahagian yang boleh saya tengok kedua-duanya sekali. Bolehlah tengok. Skrin saya cuma 15 inci kalau 21 inci lagi clear kan.

Lepas tu saya sambung buat assignment yang disuruh orang. Saya tidur pun jam 3 pagi. Lewat lagi. Tapi esok saya kena puasa dah. Tak mula lagi. Kena buat macam sebelum puasa balik, puasa setiap Isnin dan Khamis. Minggu ni mula hari Selasa.

WASSALAM...

15 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya tak jogging pagi ni sebab terlalu mengantuk. Bayangkan dah dua hari tidur jam 4 pagi lepas tu siang pulak tak tidur. Memang pening kepala sikit. Tapi terpaksa bangun jugak sebab adik saya suruh hantar pergi sekolah. Terpaksalah bangun hantar. Saya selalu cakap kat dia manja sebab tak boleh pergi sendiri. Kayuh basikal bukannya jauh sangat.

Saya dulu kayuh basikal 10km sehari untuk ke sekolah. Lepas tu balik 10 km lagi. Kalau ada aktiviti ko-k bermakna saya akan kayuh sebanyak 40km sehari! Tak kisah pun sebab nak belajar. Dia cakap zaman saya lain. Zaman dia lain. Macam-macamlah. Lepas tu saya tidur balik lepas baca paper dan defrag komputer ni.

Tengah hari saya bawak mak saya makan kenduri di Alor Teja. Memang saya tak berapa kenal sangat dengan tuan rumah. Ayah saya memang kenal. Sekarang ni kenduri banyak yang buat jenis layan diri. Mudah. dulu waktu awal tahun 90-an, ada orang buat kenduri ala layan diri ni tapi tak dapat sambutan dan sekarang semua dah suka buat macam ni. Senang sebab jimat tenaga.

Tapi sesetengah kawasan tak suka sebab nampak macam tak ada kerjasama. Tapi saya rasa layan diri adalah lebih baik sebab memudahkan tugas. Soal kerjasama masih ada banyak benda yang boleh dibuat macam memasak, siang bawang, basuh pinggan dan lain-lain lagi. Terpulanglah kepada penilaian masing-masing. Cuma InsyaAllah bulan depan waktu kenduri Pak Su saya nak buat macam mana entahlah.

Kalau buat macam biasa, penatlah saya jadi mentara. Tapi tak apa. Kat rumah kenduri tu, saya memang perati sorang-sorang tengok siapa yang saya kenal. Memang saya tak kenal. Apa lah saya ni. Lepas tu saya terpandang sekumpulan pemuda yang berserban datang. Rupanya semua tu para tahfiz. Memang jernih ja tengok muka depa.

Lepas tu datang sorang lelaki yang selalu saya nampak kat masjid waktu solat Jumaat. Saya memang cam dia sebab tak ramai budak muda yang suka rebut saf depan waktu Solat Jumaat. Tapi dia selalu jugak dan saya pun selalu solat sebelah dia. Rupanya dia anak bongsu tuan rumah.

Lepas tu orang cerita dia memang baik. Hormat orang tua dan sebagainya. Tak miss solat kat Masjid setiap waktu. Memang baik dan sentiasa berserban. Sampaikan ada perempuan yang datang meminang dia! Bayangkan. Saya pun cemburu jugak. Hehehe... Tapi kita semua ada cara tersendiri. Kita ada jalan tersendiri. Asalkan matlamat kita mencari keredhaan Allah, kita akan tetap di jalan yang sama.

Lepas tu, saya pergi beraya dekat rumah Ustazah yang mengajar di surau polis ni. Mak saya yang ajak pergi. Saya pun ikutlah. Bila lepas Solat Asar saya sempat semak email, tapi tak sempat nak balas lagi. Selalunya saya akan balas waktu tengah malam.

Petang saya main bola. Badminton tak mula main lagi. Esok kot saya akan mula balik main badminton. Tapi esok ada kenduri. Rasanya saya tak akan mula puasa lagi esok. Kena ganti hari Selasa nampak gayanya sebab kenduri rumah Mak Cik saya. Waktu Pak Cik saya kawin hujung tahun lepas, saya jadi pengapit sebelah lelaki dan yang nak kawin ni adalah pengapit Mak Cik saya.

Lepas saya jadi pengapit orang cakap kat saya yang pengapit ni pun tak lamalah lagi dapat jodoh. Tapi sebelah perempuan dah sampai. Hehehe... Saya ... No comment. Hehehe... Esok ni kenduri pengapit ni lah pulak.

Malam saudara saya datang jemput makan kenduri. Berlambak betul kenduri la ni. Lepas tu saya tengok TV sekejap sebelum sambung buat kerja saya. Tengah malam semak dan balas email. Hari ni banyak yang nak kena saya balas. Penting-penting pulak tu. Biasalah zaman IT ni, kan?

Saya tidur jam 3 pagi. Lewat lagi...Tapi awal sikit dari jam 4 kan...InsyaAllah jumpa lagi esok.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75][76][KHAS][77][78][79][80]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah