Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

31 JULAI 2002

Saya tidur semula selepas Subuh. Tak baik buat macam tu. Tapi saya mengantuk sangat. Pukul 10 baru bangun balik. Kemudian ke Kedai tolong mak saya beli barang dan saya habiskan waktu pagi dengan membaca.

Tengah hari saya ke Alor Setar bersama mak saya dan beli beberapa barang keperluan. Saya tak bersiap sangat nak Ke Langkawi petang ni. Maklumlah banyak lagi barang ada kat sana.

Saya sememangnya amat risau dengan gelagat anak muda kita di Alor Setar. Bagi saya keadaan sosial di Alor Setar semakin teruk. Saya hairan bagaimana mereka dapat menipu emak bapa mereka dengan begitu 'cemerlang' sekali. Adakah ibu bapa mereka terlalu percayakan mereka.

Sanggupkah anda melihat anak-anak muda kita berpelukan di khalayak ramai malah ada yang lebih berani. Bab pakaian pun dah cukup memeningkan kepala. Memang saya cukup risau.

Kalau kita tinjau kadar perceraian kini terutamanya di KL amat membimbangkan. Bagaimana kita nak membentuk masa depan negara kita? Kata seorang tokoh Islam, Kalau kita nak tengok masa depan sesebuah negara, lihatlah pada generasi mudanya. Memang mendalam maksudnya. Jadi tidakkah kita dilanda kerisauan?

Mengikut statistik lebih kurang 1583 penagih baru dikesan setiap bulan! Angka yang cukup tinggi. Kalau nak dipecahkan lagi bermakna lebih kurang 500 orang sehari! Mak oiii. Dahlah hampir semuanya lelaki, macam mana nak jaga anak isteri? Pening kepala saya fikirkan.

Petang saya ke Langkawi bersama Zam. Saya sebelum itu ke rumah Zam terlebih dahulu dan kemudian ke Kuala Kedah dan Alhamdulillah saya masih lagi bernyawa. Ketika dalam perjalanan ke KK (Kuala Kedah) saya menaiki motorsikal dan sampai di suatu simpang saya memberi signal untuk membelok. Tetapi ada sebuah lori yang tak nampak signal tersebut terus memecut. Saya cuma nampak Lori itu semacam mahu merempuh saya dan Boss. Nasib baik lori itu terus masuk ke jalan sebelah dan hampir pula bertembung dengan sebuah kereta Proton. Alhamdulillah.

Saya terus berhenti dan tak lepas mengucap syukur. Kalau tidak rasanya dah arwah dah. Saya check balik signal motor. OK! Saya dah bagi signal awal lagi. Tapi entahlah kenapa pemandu tu tak nampak?

Saya menaiki bot pukul 7 petang dan sampai dalam pukul 8.15 malam. Di jeti jumpa sorang kawan lama di UUM dulu yang kini bertugas di Wisma Darulaman. Katanya nak uruskan Langkawi International Dialog (LID). Lepas tu ada seorang budak perempuan, budak Tingkatan Enam Sekolah Menengah Asma tanya saya sikit pasal motor dia. Berani betul datang Langkawi sorang-sorang! Perempuan pulak tu! Hehehe..Dia tertinggal topi keledar di Kuala Kedah. Nasib baik abang dia polis di Langkawi kalau tidak susah sikit.  Kemudian terus ke pasar malam dekat Pekan Kuah untuk beli sedikit makanan dan ke Telekom untuk beli nasi lemak. Bila sampai di rumah masih sempat Solat Maghrib. Alhamdulillah.

Tengok rumah semakin bersih! Pak Cik Bahar dah buat banyak perubahan. Baguslah.. Hehehe...Malam tu Zam keluar telefon tapi saya cuma duduk di rumah dan tidur dalam pukul 1 pagi sebab tengok Sukan Komanwel.

WASSALAM...

30 JULAI 2002

Sedikit renungan buat pembuka bicara hari ni.

Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejekan-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasan-Ku, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
Surah al-Mu'minun-Ayat 110-

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada petikan ayat Al-Quran di atas. InsyaAllah.

Saya ke UUM agak lewat hari ni. Pukul 11 lebih baru nak bertolak. Sebelum tu saya Zam, Nuden dan Rosdi ke Alor Setar terlebih dahulu mencari Label CD. Kemudian saya terus ke bilik Abang Midi. Tapi Abang Midi tiada di bilik. Sudah! Masalah. Lupa pulak nak janji dengan Abang Midi. Terpaksalah call dia. Katanya 2.30 petang baru ada di bilik. Lega. Alhamdulillah. Saya tak mahu tunggu sampai esok.

Sementara itu, saya dan Zam ke The Mall untuk bind laporan akhir kami. Kemudian jumpa ramai kawan. Hehehe... Banyak juga yang dibualkan. Kemudian saya terus ke PERWAJA. Jumpa balik dengan Airpool, Ariep, Burn, Syed, Nik, Buraq, Poji, Azumi, Sham, Syam, Din dan ramai lagi. (Sorry kalau tak sebut habis).

Makan sama-sama dekat kafe yang dulu hambar tapi sekarang tengok dah OK dah. Siap ada ASTRO lagi. Bestnya. Dulu saya terpaksa ke PROTON untuk tengok bola Liga Inggeris secara langsung. Sekarang dah ada kat sini. Tapi nak buat macam mana dah habis masa study dah.

Sem lepas, walaupun hambar kafe tu tapi saya adalah antara pengunjung setia. Hehehe... Ramai orang merungut pasal kualiti makanan. Tak sedaplah dan mcam-macam lagi tapi saya jenis yang tak kisah sangat semua tu. Sedap atau tidak bukan masalah. Selagi ada rezeki saya redha. Paling utama ialah kafe tu tak ramai perempuan. Saya rasa lebih selesa makan di tempat yang tak ramai perempuan.

Kafe di MISC memang meriah tapi, sukar untuk saya makan di sana sebab terlalu ramai perempuan. Lagipun saya ni jenis yang alah sikit dengan perempuan. (Jangal) Maaflah sebab saya tak berapa pandai bergaul dengan orang perempuan sebab latar belakang saya. Semua lelaki (6 orang) adik beradik saya. Sepupu saya lebih 3/4 adalah lelaki. Tetapi kalau perempuan itu lebih tua dari saya. Memang saya tak janggal sebab saya dah biasa. Kalau muda atau sebaya. Memang saya agak janggal.

Jadi tolong jangan ingat saya sombong. Hehehe..

Petang tu saya hantar laporan pukul 5 petang. dan kemudian jenguk kawan-kawan di PERWAJA dan TELEKOM sebelum ke Jitar untuk makan mi sup yang bagi saya sedap!. Hehehe... Lepas tu sampai di rumah dalam pukul 7.15 petang. Pukul 8 selepas Maghrib saya terus ke Stadium Darulaman tengok Kedah lawan Penang. 

Ada siaran langsung lagi ke? Sebab tengok macam ada siaran langsung je. Tak kisahlah. Permainan Kedah memang menarik pada separuh masa pertama tetapi separuh masa kedua agak kelam kabut dan banyak lepaskan peluang. Rugi! Sebab Kedah lawan 10 Orang.

Nasib baik performance Penang tengah Down. Taklah risau sangat lawan di Batu Kawan Selasa depan. Kalau Jai ajak Pi Batu Kawan saya no problem...Tapi kena duduk celah-celah supporteer Penanglah. Nak buat macam mana.

Lepas balik saya buat sedikit kerja sampai pukul 3.20 pagi sebelum buat sedikit pembacaan dan kemudian tidur.

WASSALAM...

29 JULAI 2002 [JUMAAT]

Budaya ilmu merupakan salah satu dari sebab mengapa kita ketinggalan dalam banyak hal. Bangsa yang kini sedang menerajui dunia walaupun sedikit ialah Bangsa Yahudi! Kenapa sebab mereka benar-benar mengamalkan budaya ilmu berbanding kita.

Budaya ilmu di kalangan kita amat lemah. Termasuklah saya sendiri. Kita harus akui semua ini. Kita perlu perbaiki semua ini. Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan lagi. Kalau kita lihat di rumah kebanyakan orang kita di ruang tamu itu hiasannya ialah pinggan mangkuk dan Piala. Tetapi tidak bagi bangsa asing. Pada ruang tamu itu hiasannya ialah buku-buku.

Budaya membaca yang amat tinggi merupakan salah satu sifat orang Jepun. Mereka sentiasa membaca. Membaca merupakan salah satu daripada kunci ilmu selain bertanya. Kita hari ini seharusnya merenung kembali sikap kita. Kerana jika kita tidak mengubah sikap kita, maka kita akan merana. Fikir-fikirkanlah...

Saya ke UUM dengan Zam pada pukul 11 pagi sebab Zam kena settlekan beberapa benda. Kemudian sampai di Jitra singgah di Kedai Avon Men. Men ada hal sikit dengan Zam. Last sekali sampai di UUM pada pukul 12.15 tengah hari. Terus saya ke bilik Abang Midi untuk buat kerja. 

Banyak jugak problem sebab setting Abang Midi tak sama dengan komputer saya. Pening. Lepas tu jumpa dengan kawan-kawan lama. Macam-macam cerita yang didengar. Paling tak best saya lupa nak buat label CD!

Kenalah ke Jitra cari tak jumpa pun. Waktu dah petang. Ikut sekali ialah Nuden Dan Rosdi. Kami nak ke Alor Setar dan singgah solat Asar di Masjid dekat Jitra. Dalam perjalanan hujan turun dan nak berhenti tiada perhentian maklumlah di lebuh raya. JAdi saya ajak Rosdi dan Nuden ke rumah saya walaupun depa keberatan nak ke rumah saya. Saya cakap rumah saya mana ada anak dara. Semua hero. Nak malu apa! Depa pun setuju.

Malam tu depa tidur di rumah saya. Banyak benda jugak yang dibualkan. Saya tidur malam tu pada pukul 1.30 pagi. Lewat kan?

WASSALAM...

28 JULAI 2002

Menurut kajian ada empat sebab yang menentukan kejayaan seseorang itu, iaitu bakat, kemahiran, amalan dan sikap. Dalam keempat-empat faktor ini, Sikap adalah faktor yang paling dominan. Justeru kita seharusnya memperbetulkan sikap kita sekiranya kita mahu mengecap kejayaan. 

Kita perlu membuat perubahan sikap, dari yang tidak baik kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang lebih baik. Itu perlu kita teliti dengan lebih mendalam. Semuanya bergantung kepada kita. Kitalah yang menentukan masa depan diri kita sendiri. Bukan orang lain. Jadi kita kena bijak bertindak.

Kalau orang Islam, konsep hijrah itu sendiri telah memberi peringatan kepada kita. sejauh mana kita menghayatinya? Jawapannya adalah sejauh mana kejayaan kita... 

Rasa agak lega sikit sebab suara dah kembali ada. Malam tadi suara dah nak habis. Maklumlah sorak banyak sangat. Lusa boleh kot menang lawan Penang. Penang kalah malam tadi dengan MPPJ. Semua team perdana dua menang malam tadi kecuali Kedah. Hehehe..Bagi chance sahaja tu...Hehehe.

Rancangan awal nak ke UUM pagi ni tapi kat rumah Zam hujan lebat. Tengok awan di sebelah UUM pun nampak lebat. Tapi kat rumah saya cerah je. Terpaksalah tangguh esok nak ke UUM. Semuanya dah siap awal lagi. Cuma nak burnkan dalam CD sahaja. Saya dah uploadkan masuk laman saya. Nanti selesaikan di bilik Abang Midi. Nudah kan? Hehehe...

Esok nak prepare jumpa kawan-kawan lama. Hehehe.. Dah lama tak jumpa. Empat bulan lebih. Cuma menerusi email sahaja berhubung. 

Tengah hari saya cuma tengok TV dan petang turun main bola. Seorang kawan saya, Azizi maklumkan kepada saya pasal banyak kerja kosong dalam paper. Iklan KWSP dan KUKUM. Kalau anda berminat sila klik di sini untuk dapatkan borang permohonan. Tetapi macam mana pun kena rujuk dekat paper Mingguan Malaysia hari ni untuk panduan selanjutnya.

Saya amat berpuas hati dengan prestasi permainan bola saya hari ni. Saya dah boleh lari segenap penjuru padang kembali. Penat dah semakin berkurang. Boleh pun. Hari tu seksa sangat. Tapi saya kena terus berjogging setiap pagi macam biasa. Berat jugak tu. Hehehe...

Malam saya tonton TV. Kemudian saja tonton Allycats sementara nak tunggu rancangan kegemaran saya Under One Roof. Kemudian saya tolong ayah saya buat sedikit kerja sebelum saya tonton Dunhill Piala Malaysia (liputan) dan Formula 1. Kemudian saya sambung tolong ayah saya sampai pukul 3.30 pagi. Mengantuknya. Esok nak ke UUM pulak.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah