Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

14 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Lima Lupa Kepada Yang Lima : 


Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Sedikit peringatan semoga kita menjadi lebih prihatin dengan apa yang kita lakukan sehari-hari agar tidak lari dari matlamat sebenar kita.

Saya bangun jam 3 pagi. Amboi dah biasa bangun tengah malam nak buat macam mana. Memang asyik terjaga dalam lingkungan jam 2-3 pagi. Lepas semak email terus tengok bola MU lawan Bayern Leverkusen. Bersahur pun sambil tengok bola. Hehehe...

Selepas Subuh tidur sekejap dan kemudian bangun balik jam 8.30 pagi. Saya pergi belajar memandu kemudiannya dan selepas itu cuma berehat di rumah sambil baca paper dan beberapa jenis majalah lagi. Sebelum berbuka saya join adik-adik saya tengok cerita Cina. Seronok jugak. Tapi saya nak jogging cuma hujan cukup lebat. Tak boleh lagi hari ni.

Malam ni Solat terawih habis cukup awal. 9.10 dah habis dah. Lepas tu dengan witir dan zikir semua dalam 9.25. More tak ada jadi terus balik. Sempat tengok cerita cina di NTV 7. Rupanya siri last. Sad ending jugak. Aduhai...

Lepas tu saya terus tidur. Biasalah nak bangun balik tengah malam ni. Hehehe...

WASSALAM...

13 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya menonton Siaran langsung bola Ajax lawan Inter jam 3.30 pagi ni. Terus bersahur sekali. Lepas Subuh tidur sampai jam 9 dan kemudian pergi belajar memandu di Stadium. Hari ni kena check dengan JPJ. Hehehe... Lawak bila tengok gelagat orang yang nak mengelak dari diperiksa oleh JPJ. Macam-macam...

Kemudian saya tengok drama bersiri Miss Penang episod terakhir. Sedih betul endingnya. Petang hujan cukup lebat. Saya bercadang nak turun berjogging. Boring betul duduk kat rumah. Nak main badminton, tak ada orang. Semua cakap tak larat. Dah biasa main petang-petang, bila tak main rasa cukup janggal.

Selepas berbuka berehat sebentar sebelum solat Terawih. Selepas Solat Terawih rehat tengok Tv dan jam 12.30 malam saya masuk tidur. Kalau tidak nak tidur awal tapi 'tertengok' cerita komedi Mangga Nan Sebatang terus 'terlekat' depan TV. Hehehe....

WASSALAM...

12 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

BAPA DIPUKUL ANAK

MARAN: Seorang bapa cedera dipukul anak kandungnya dengan rantai besi setelah memarahi dua nak lelakinya yang menonton video cakera padat (VCD) terlalu lama di rumahnya di Felda Bukit Tajau.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika dua beradik berusia 15 dan 22 tahun itu sedang menonton VCD di ruang tamu manakala ibu mereka tiada di rumah. Bagaimanapun kedua-dua beradik tidak dapat menerima teguran keras bapa mereka, Masran Abdul samad, 56.

Mangsa kemudiannya masuk ke bilik air untuk mengambil air sembhyang dan sebaik keluar dia dipukul di bahagian belakang sebelah kiri sebanyak enam kali oleh anak lelakinya yang berusia 22 tahun manakala si adik yang memegang sebatang besi hanya memerhati. 

Sumber:

(Majalah MASSA Bil:368 9-15 November 2002 halaman 9)

Satu berita yang memang menarik perhatian saya sewaktu saya membaca majalah MASSA yang baru saya beli pagi ini. Sukar kita nak membayangkan seorang anak yang dibesarkan dengan kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa sanggup melakukan perkara demikian terhadap seorang bapa!

Apa sudah jadi dengan institusi keluarga hari ini? Kita tak mahu semua ini menjadi barah yang akan menghancurkan negara pada masa hadapan. Teras kekuatan sesebuah negara adalah institusi keluarga. Sempena bulan penuh keberkatan ini marilah kita sama-sama merenung kembali pengorbanan kedua orang tua kita. Tanpa mereka siapalah kita. Kita tidak akan berjaya seperti sekarang dan kita tidak akan hidup seperti sekarang.

Merekalah permata hati kita. justeru mengapa harus kita menyakiti hati mereka kerana keredhaan Allah terletak kepada keredhaan mereka. Dalam hidup kita, jangan dilupa kepada mereka biar pun mungkin ada yang sudah tiada, kita sebagai anak harus sentiasa berdoa kesejahteraan mereka. Jadikanlah mendoakan kesejahteraan mereka berdua dunia akhirat setiap kali selepas solat sebagai amalan wajib kita. mudah-mudahan di akhirat kelak kita sama-sama ditempatkan dalam syurga idaman.

Balik kepada diari saya hari ni. Saya bangun jam 2 pagi dan buat kerja rutin saya sampai pukul 4 pagi. Pukul 5 pagi bangun sahur dan tidur sekejap selepas Subuh. Kemudian sewaktu pergi beli paper kunci motor saya hilang. Alamak! Jenuh la macam ni.

Kunci spare memang ada tapi seat motor tak function dengan kunci spare. Macam mana nak isi minyak. Saya cari tapi tak jumpa. Minyak dah nak  habis! Pinjam motor adik dan pergi cari sekali lagi. Alhamdulillah jumpa tapi dah bengkok sebab kena langgar dengan banyak kereta dah.

Bila check balik baru perasan kunci seat motor tak ada. Kena cari balik. Kalau bengkok jugak teruklah saya. Macam mana nak isi minyak. Sampai je kat tempat yang saya jumpa kunci saya terus saya tengok kat tengah jalan tu kot-kot ada kunci satu lagi. Tak ada. Saya tengok tepi jalan, Alhamdulillah ada di sebalik batu dan langsung tak bengkok. Syukur...

Sebelum tu nak ucap Selamat Hari Lahir ke 21 kepada Adik saya Mohd Shaukhi. Saya dah janji nak belanja dia bukak puasa dengan Air tebu malam ni.

Ok sambung balik diari saya ni. Tengah hari saya cuma menonton rancangan TV2 jam 12.30 tengah hari dan kemudian tonton buletin 1.30. Selepas solat Zuhur saya sambung habiskan baca Majalah MASSA.

Petang Abang Midi datang. Hehehe... Kesian tengok dia hilang wallet. Tinggal seringgit lebih sahaja. Tak apalah ujian. Ada hikmahnya...

Selepas berbuka saya cuma berehat sekejap sebelum solat Terawih. Selepas terawih sempat lagi tengok cerita Cina di NTV7. Kemudian saya tak terus tidur sebab nak tengok Bola  siaran langsung Champion league jam 3.30 pagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah