Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

18 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

   LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL -BALKHI

   "Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :

1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama
umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu  memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggaldidalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

 

Sebelum tu, syukur rasanya sebab Pulau Sipadan dan Ligitan menjadi hak Malaysia. Lepas ni kena tumpu nak dapatkan Hak Pulau Batu Putih kat Johor tu. Kita berebut dengan Singapura pulak. Tahniah buat team Malaysia.

Saya bangun jam 6.30 pagi dan kemudian cuma berada di rumah. Tengah hari sikit saya ke Bank BCB sebab sponsor hadiah cabutan bertuah untuk majlis gathering Ex-MRSM PDRM di KL. Maaflah sebab saya tak dapat hadir. Memang dalam hati teringin sangat nak pi sebab saya memang seronok waktu belajar di sana dulu. Memang enjoy dan memang kenangan yang cukup indah. Susah nak cakap.

Lepas tu saya ambil hadiah cabutan bertuah saya di Alor Setar. Dapat topi Canon. Hehehe... Jadilah tu. Rezeki... Topi limited edition yang harganya 4900 Yen. Saya tak ada idea nak tukarkan ke dalam nilai RM. Hehehe... Dah blur dah pasal tukaran wang ni sebab agak keliru dengan catatan dalam paper.

Lepas tu saya sempat semak email. Lepas saya baca satu email, masuk email baru. Berturut-turut sampai empat email. Hehehe... Macam tahu-tahu ja saya tengah baca email. Lepas baca sampai satu, lepas baca sampai satu sampai empat kali. Hehehe...

Petang saya main bola. Seronok main dalam hujan lebat. Dah lama tak main dalam hujan. Memang enjoy! Dulu waktu kecik-kecik bolehlah. Sekarang ni dah jarang dapat main dalam hujan dan hari dapat nikmatinya.

Malam saya ke rumah kawan saya untuk tonton Siaran Langsung Malaysia Lawan Singapura. Alhamdulillah Malaysia menang 4-0. Akmal, Indra Putra (2 gol) dan Nizarudin adalah penjaring yang memastikan Malaysia menang 4-0. Persembahan Malaysia taklah kemas sangat tapi dari segi taktikal memang kita berjaya dan itulah yang memberi kita kemenangan.

Singapura pulak, agal lemah di bahagian pertahanan. Memang rapuh. Penjaga gol Singapura pulak agak nervous. Akhirnya Malaysia dapat menundukkan ego Singapura. Hehehe... Lusa lawan Thai pulak.

Siam ni payah sikit sebab stamina depa memang kuat. Lepas tengok bola saya dan kawan keluar minum sambil berbual. Dia belanja. Hehehe... Thanks Hafiz. Lepas tu balik rumah jam 11.30 malam.

Kemudian semak dan balas email. Malam ni tidur jam 3 pagi. Lewat jugak tu!

WASSALAM...

17 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya baru bersiap nak main bola pada waktu petang. Lepas tu ada satu call ke rumah saya. Adik saya yang keempat angkat. Dia beri kepada saya dan cakap dari Sekolah Memandu.

Saya pun bagi salam. Eh Chinese! Alamak! Nak kena adik saya ni. Ingat kot orang Islam yang call. Kan dah tersilap...

Chinese perempuan nak cakap dengan saya.

"I want ti talk to Mr. Saiful"
"Yes, it's me, Saiful"
"I'm from Canon Marketing from Penang and I want to know whether you have received any letter from Canon KL"
"Not yet"... (Saya pun ingat dulu saya pernah minta kerja dari Canon. Dapat kerja ke? Hehehe).

"Why?"
"Actually you are chosed to be a winner for lucky draw in the Canon Fair In Alor Setar last month"
"Really?"
"Yeah!"
"Thank You"...(Alhamdulillah)

Lepas tu ada beberapa conversation lagi tapi tak perlulah detail sangat. Tapi ingat kot apa, rupanya menang cabutan bertuah. Hehehe... Waktu Canon Fair tempoh hari tu, family saya memang nak pakai printer. Jadi kami buat keputusan beli printer Canon S200 SP dengan harga RM 208. Lepas tu dapat satu borang cabutan bertuah. Saya pun isilah. Hehehe...

Kena buat beberapa kuiz dulu. Tapi jawapannya memang dah tahu dah. Lepas tu bila bubuh dalam kotak undian tu, saya tengok banyaknya penyertaan dan rasa ni just for fun. Hehehe.. Try ajelah...

Tak sangka menang. Hehehe... Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, saiapa yang tahu. Apa pun hadiahnya, saya tak kisah sangat, yang penting adalah kita sentiasa bersyukur kepada Allah. Semuanya ini adalah hak Allah.

Berbalik kepada diari saya hari ni. Saya nak puasa hari ni tapi saya tak sahur dan bila bangun pagi terus saya minum. Terlupa kata puasa. Lepas tu tak jadi puasa. Teruk betul! Pagi saya cuma berada di rumah sambil buat assignment. Lepas tu semak email.

Petang saya cuma berehat. Ada beberapa kegilaan sekarang ni. Antaranya ialah permainan kawalan jauh (kereta control) dan Rosalinda. Saya selalu tengok promo kat TV pasal cerita ni. Tapi tak pernah tengok. Tapi bila lama-lama saya perasan ramai yang suka tonton cerita ni. Bila saya pergi beraya ke rumah orang, depa asyik bukak cerita ni dan depa cakap, memang menontonnya tiap-tiap hari. Hehehe...

Saya ingat tak ramai, rupa-rupanya memang ramai yang minat cerita ni. Saya cuba tengok cerita ni tapi saya alih ke TV lain sebab saya tak tahu jalan ceritanya. Hehehe... Tapi saya lebih suka cerita di TV 1pada jam 2. El Amor Como No Los La Pintan. Cerita pergolakan rumahtangga keluarga Segovia dan mastermindnya ialah Alicia Ramirez. Memang menarik jalan ceritanya. Tapi saya malas nak ulas lanjut.

Dulu saya memang minat tengok La Usurpadora. Cerita pasal Carlos Daniel dengan Paulina dan Paula. Lepas tu saya dah serik tengok cerita bersiri ni sebab nak kena follow. Terus saya tak tengok sangat TV lagi pun saya tak berapa tengok sangat Tv ni sebab dah biasa duduk asrama. Jadi taklah sangat rasanya. Cuma waktu menganggur ni saya banyak jugak tengok TV.

Kalau sentuh bab TV ni saya, kalau terlepas tengok pun saya tak kisah sangat. Cuma kalau terlepas program sukan saya rasa lain sikit. Sebab saya minat dengan sukan.

Oklah, Petang saya cuma main bola dan malam saya buat maintainance terhadap komputer dan settlekan apa yang patut. Malam ni saya tidur awal sikit dari semalam. Hari jam 2 selepas tonton EPL.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73][74][75][76][KHAS][77][78][79][80][81]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah