Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

21 APRIL 2002

Kasih sayang merupakan satu elemen yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa kasih sayang maka tiadalah istilah kemanan, kebahagiaan dan perkataan yang seerti dengannya. Manusia hari ini amat dahagakan kasih sayang tetapi tanpa disedari mereka tidak menghidupkan kasih sayang itu dan akhirnya kasih sayang itu mati dan mereka terkapai-kapai mencari kasih sayang. Saya ada cerita tentang kasih sayang yang saya rasa saya akan paparkan dalam masa akan datang. Sebenarnya kasih saya itu akan membuatkan jiwa seseorang itu sentiasa hidup dan mekar ibarat bunga-bunga di taman. Tanpa kasih sayang hati itu itu akan layu dan apa pun yang dilakukan tidak terasa kenikmatannya. Cuma dalam perjalanan hidup ini kita selalu berkata bahawa kita masih belum menjumpai kasih sayang yang kita kehendaki..

Sebenarnya banyak ahli falsafah berpendapat bahawa kasih sayang itu tidak perlu dicari tetapi perlu dicipta. Apa yang boleh kita pelajari ialah kasih sayang itu sepatutnya bermula daripada kita. Kitalah yang harus memainkan peranan. Apa pun kasih sayang sebenarnya merupakan sesuatu yang cukup berharga dalam diri manusia. Diri kita. Tanpa kasih sayang kita akan hanyut dan musnah. Kasih sayang itu lah penyubur hidup kita jadi bajailah hidupm kita dengan kasih sayang...

Hari ni macam biasa. Ilah, Ina dan Ita kalah lagi...Hehehehe... Waktu kami sampai kereta depa still tak ada lagi kat parking lot. Lepas tu sembang dengan Din, Zam, Ita dan Ilah di beranda tingkat tujuh Bangunan LADA ni. Masuk saja ke pejabat baru tahu yang bos dengan assistant bos tak ada. Jadi office saya agak riuh sikit. Saya pun agak rileks buat kerja sebab tak ada orang yang nak push sangat. Tapi atas dasar professional (Hehehehe....) Saya tetap concentrate terhadap kerja saya sebab saya pun tak suka sangat kalau tangguh kerja. Din dengan Zam pulak sekali sekala datang kat PC saya sebab PC depa diguna oleh orang lain. Saya pulak banyak study bab database.

Semalam Din dengan Zam cakap depa nak balik minggu ni. Tinggallah saya sorang kat sini. Tak tahu lagi apa nak buat Hari Khamis dan Jumaat ni. Tengok dululah apa yang saya nak buat. Saya selalunya kalau seorang pun saya akan keluar travel. Rasa macam nak ke Telaga Tujuh. Saja nak ambil angin. Saya pulak memang jenis yang suka travel. Saya tak sampai lagi ke Telaga Tujuh tapi tahulah jalan. Satu tempat lagi mungkin pusing-pusing Padang Mat Sirat. Entahlah..Saya kena tanya Pak Njang saya dulu tempat yang menarik untuk dilawati. Nampak gaya terpaksa berseoranganlah saya..Boringnya...

Hari ni saya plan saya macam biasa hari Ahad saya akan turun main badminton pada waktu petang. Malam ni saya akan ke Dataran Lang, berehat sambil tengok wayang di skrin gergasi tu atau pun ambil angin kat tepi laut. Tapi malam ni sampai pukul 11.15 sahaja sebab malam ni ada Bola pukul 11.30 malam. Hehehehe... Saya memang jenis yang tak berapa tonton TV tapi kalau bab sports terutamanya bola saya memang tak miss. hehehehe.....

Itu perancangan hari ni. Esok tak tahu lagi. Semuanya depend kepada petang ni sebab saya rasa Encik Ziadi ada benda penting nak cakap dengan saya sebab dah dua kali dia telefon saya tapi saya tiada kat bilik saya di pejabat. Cakap pasal telefon barulah saya teringat.....

Saya memang tak pakai handset. Ramai yang nak contact saya tapi memang agak susah sikit. Tapi rasanya kalau anda nak contact jugak bolehlah guna no ni. 013-4043634. Tapi lepas pukul 12 tgh malam sahaja. Ni handset kawan saya Din. handset ni selalunya din tinggal kat rumah dan dia tak bawak ke mana-mana. Kalau hari Khamis dan Jumaat ni nak call saya. Call nombor tu. OK? Tulisan lain hari ni? Pelik ke? Saja nak ubah variasi. Cukuplah kot hari ni saya nak sambung buat kerja pulak ni...

WASSALAM...

20 APRIL 2002

Kematangan merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan. Tanpa kematangan kehidupan ini akan menjadi penuh dengan kekalutan. Oleh itu jika kita melakukan sesuatu tindakan itu kita harus bertindak dengan matang kerana tidakan yang tidak matang hanya akan meyebabkan kita akan kerugian dari pelbagai aspek. Tetapi perlu diakui bahawa amat sukar untuk kita bersikap matang dalam semua keadaan kerana kita ada emosi yang selalu menguasai diri kita. Pun begitu ia bukan satu alasan untuk kita tidak mencuba bersikap matang. Apa pun kematangan itu bukanlah satu ilmu yang diperolehi di sekolah semata-mata tetapi ia sebenarnya lebih banyak dipelajari di luar institusi pengajian formal dalam hidup kita.

9.00-11.00 Pagi-->Memandangkan saya tiada aktiviti pada pagi tu saya terus ke Pantai Beringin. Seronok tengok gelagat budak-budak tadika kat sana. Mula-mula depa lawan isi air dalam botol. Cikgu tu cakap bila bunyi wisel lari isi air dalam botol. Bila wisel dibunyikan terus semua lari. Pening kepala cikgu..Hehehe.. Terpaksalah mula semula...Budak-budak bukan faham sangat. Paling best bila acara bola sepak pantai. Budak-budak tadika tu bukan tahu sangat main bola. Letak aja bola terus semua serbu. Bola selalunya cuma ada pada satu kawasan sahaja. Bayangkan 22 pemain semua serbu bola tu. Tak ada positioning langsung..Hehehe... Tapi nasib baik ada budak yang pandai main bola. Keputusan 5-0. Lepas tu memang penat layan kerenah Syakirah dan Husna. Nak mandi lautlah. Penat nak jaga tapi seronok sebab budak-budak. Petah bercakap pulak tu.

Pukul 11 pagi saya terus ke Samudera Shopping Centre sebab dah janji dengan Zam nak beli seluar. Saya tak berapa berkenan sangat dengan seluar yang ada jadi saya terus ke satu lagi pasar raya dengan Zam dan Din. Kat sana Zam belilah sehelai seluar. Esok seluar barulah tu yang dia pakai...Saya pulak tak berkenan dengan seluar yang ada (Bukan tak berkenan tapi tengah fikir budget..Hehehehe) Saya jenis yang tak kisah sangat selagi boleh pakai saya pakai.

Tengah hari makan dekat dengan Pekan Pokok Asam. Saya cuma makan cendol dan air suam sebab dah kenyang makan Mi, Koteaw, Nugget, Oren, Kek, roti dan air oren dekat Pantai Beringin. Lepas balik terus tengok cerita hindustan Kasoor. Saya memang minat tengok cerita Hindustan. Cerita tu saya dah tengok beberapa kali dah. Tapi saya tetap tengok jugak. Petang tu hajat nak ke Padang Mat Sirat tapi sebab rasa letih saya tertidur.

Pukul 6.15 petang saya dan Zam Nak beli Nasi Lemak dekat Telekom tapi tak bukak pulak. Terus ke Pasar Malam dan beli Nasi Beriani serta keropok Lekor. Balik terus makan. Malam tak bercadang nak keluar sebab nak tengok bola. Kalau tiada bola memang akan keluar ke Dataran Lang. Pukul 11 malam saya ke CC kat depan Taman Berlian tu check result EPL. Kira keputusan minggu ni memang memihak kepada saya. At Last Shearer Score pun gol premiership dia yang ke 200. Saya memang ambil Shearer sebab saya rasa dah tiga game dah tak gol. Cuma sikit kecewa bila tahu keputusan Kedah cuma seri 1-1 dengan JKR KEdah. Bila dapat butiran lanjut barulah tahu yang JKR Kedah main kasar. Bayangkan JKR KEdah dapat sampai 11 kad kuning dan 1 kad merah! Rekod! Pukul 12.30 barulah tidur

WASSALAM...

19 APRIL 2002

Perkara yang paling saya takut ialah saya tidak megamalkan nasihat yang telah saya berikan kepada orang. Tapi itulah hakikat kita sebagai insan. Akan ada kekurangan. Saya tak mahu dianggap sebagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Saya rasa anda harus faham saya juga insan biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan terlalu banyak kelemahan. Kalau saya ada beri nasihat dan panduan tetapi saya tidak melakukannya, anda cuma perlu katakan kepada saya sebab saya akan terimanya dengan fikiran yang terbuka. Mungkin saya tidak menyedari perkara tersebut. Saya tidak akan marah orang yang menegur saya sebab orang yang memberi teguran itu sebenarnya merupakan orang yang menyayangi diri kita. Ibarat seorang ibu yang memarahi anaknya. Itu bukan bererti yang ibu itu membenci anaknya itu tetapi itu tanda kasih sayang ibu kepada anaknya itu..

Berbalik kepada aktiviti saya hari ini. Pagi lepas solat Subuh saya terus sambung tidur sebab rasa amat mengantuk. Lagipun tengok CD RAAZ sampai pukul 4 pagi. Lepas bangun sarapan dah tersedia. Pak Cik Bahar yang belikan...Alhamdulillah rezeki... Hari ni hari jadi DIn...Happy Birthday Din... Dah masuk pun 22 tahun. Malam tadi dah celebrate dekat Restoran berhampiran Kondo Istana dengan Zam, Ilah, Ita dan Ina. Solat jumaat di Masjid Aishah. Khatib membicarakan soal hati. Bukan soal hati filem Erra dengan Afdlin tu! Ni soal kebersihan hati, ketenangan hati.

Petang pergi picnic dengan Din, Zam, Ilah, Ita dan Ina. Memang seronok sebab hari ni air pasang. Baru best. Sambil Din belanja KFC sebab hari jadi dia. Lepas solat Maghrib on the way balik, kami singgah di Pasar malam Air Hangat. Lepas tu terus ke restoran berhampiran dengan Dataran Lang untuk makan malam. Saya tak berapa selera sangat tak tahulah kenapa. Saya cuma minum air suam sahaja. Saya pun hairan. Selalu selera makan saya agak tinggi tapi entah kenapa tak begitu berselera. Sekejap sahaja kot..Hehehe... Lepas balik saya terus solat Isyak, basuh baju dan berehat. Nak kat penat tak jugak sebab saya rasa tak penat sangat tapi rasa terlalu dahaga. Itu sahaja....A'ah saya kurang slera sebab saya tak rasa lapar. Rasa terlalu dahaga. Saya memang jenis yang banyak minum air. Ilah, Ina dan Ita prepare dua botol air masak untuk saya, habis saya minum. Lain kali kena minta yang 1.5 liter tu. Dekat asrama pun saya memang kuat minum air. bila minum air barulah rasa fresh balik.

Hari ni memang cukup menarik bagi saya. Cukup enjoy... Tapi rasa sekejap sangat. Biasalah kalau seronok memang kita akna rasa sekejap sahaja tapi kalau tak seronok kita akan rasa lama sebab hati kita tidak pernah puas. Betul tak? Saya rasa anda pasti bersetuju dengan saya..Hehehe... Kalau tak setuju pun tak apa. Mungkin pandangan kita berbeza.

Cukup kot untuk hari ni.....Saya dah tak ada idea nak taip....Hehehe...

WASSALAM...

18 APRIL 2002

Saya tak tahu nak ulas topik apa pada hari ini tetapi rasanya cukuplah sekadar saya bawa anda menghayati satu madah pujangga. Harap ada manfaat yang dapat anda perolehi.

"Kesabaran Itu Pahitnya Seperti Jadam Tetapi Balasannya Semanis Madu"

Berbalik kepada aktiviti harian hari ni bermula memang lewat sebab saya bangun pagi pukul 7. Memang lewat gara-gara malam tadi. Satu lagi mimpi menarik. Nak tahu apa mimpi saya malam tadi? Beginilah lebih kurang ceritanya.....

Saya mengajak orang berjogging bersama saya. Tetapi tiada seorang pun yang sudi. Habis satu Malaysia saya ajak tetapi tiada orang yang sudi berjogging dengan saya. Jadi saya rasa amat-amat tak puas hati. Jadi kebetulan Pasukan Piala Dunia Brazil nak datang ke Malaysia. Saya pun contact RONALDO untuk ajak dia berjogging dengan saya. Mengejutkan! Dia bersetuju nak berjogging dengan saya di Pulau Langkawi. Apa lagi tiba-tiba saya jadi tajuk utama akhbar. Ramai yang nak tahu kenapa Ronaldo sudi berjogging dengan saya.Hehehehe....

Bila sampai hari jogging tu Langkawi jam. Semua nak jogging dengan saya dan Ronaldo. Bayangkan sampai kena panggil polis trafik control keadaan! Hari tu saya dan Ronaldo berjogging sejauh 20 km. Lepas tu baru je Ronaldo nak bagi duit kat saya sebab dia rasa seronok ada orang cuit saya suruh bangun...Tensionnya....Bila sedar sebab just a dream... Amacam best tak cerita? Tapi saya pun tak tahu nak ulas mesej mimpi ni. Sorry kalau cerita tu tak menarik... Hehehehe...

Di pejabat, Alhamdulillah saya dapat settlekan masalah semalam. Tapi tu pun separuh nak pecah kepala (Cuma perumpamaan sahaja, jangan anggap betul pulak). Sampai ke petang saya banyak concetrate bab Database dan sekali sekali dipanggil untuk perbaiki komputer yang rosak. Petang, di pejabat Abang Shahidan belanja makan kuih....Satu pejabat dia belanja... Alhamdulillah....Meriah jugak rezeki di Langkawi ni...Hehehehe.Cuma saya tak tahu lagi apa nak buat petang ni. Cadang nak gunting rambut . Malam cadang nak berehat di Dataran Lang tu lepas pukul 9.30 malam sebab din dengan Zam nak tengok Senario...Hehehehe...Sebenarnya saya pun nak tengok jugak....

WASSALAM...

17 APRIL 2002

Dalam hidup ini kita akan sentiasa diuji. Ujian itu datangnya dari Allah dan atas sebab itu kita tidak boleh cepat berputus asa. Para Rasul, nabi, wali dan ulama amat merindui ujian dari Allah kerana bagi mereka ujian itu merupakan satu tanda sayang Allah kepada mereka. Kita kini sebaliknya dan kadang-kadang amat keterlaluan apabila menghadapi ujian. Kita perlu soal kembali diri kita. Pernahkah kita mengingati Allah ketika kita senang? Kenapa sewaktu dalam kesusahan sahaja kita mula mengingati Allah? Persoalan yang ada pada diri kita. Tepuk dada tanyalah iman kita....

Bangun pagi dalam 5.15 pagi. Lepas basuh baju saya terus duduk termenung sebab tak tahu nak buat apa. Sambil tu seronok tengok Din dan Zam sedang tidur. Hehehe... Rasa macam nak tangkap gambar depa tengah tidur tapi kesian pulak.... Satu lagi nanti depa pakat buat kat saya naya je..... Dua-dua ada web, kena depa publish kat Internet...buat malu je...

Kerja macam biasa cuma hari ni saya dah dapat cara macam mana nak key in data dalam Data base. Cuma ada dua problem sahaja. Bila dah dapat rasa betul-betul seronok. Tapi sebelum tu kepala rasa macam nak pecah sebab nak analisa previous coding.

Petang main badminton tapi agak membosankan sebab tak ramai yang turun. Malam ke Pasar Malam bersama Din, Zam, Ilah dan Ita. Lepas tu berehat di Dataran Lang berbual sambil tonton Enam Jahanam serta picnic kat sana. Hehehe... Tapi waktu balik terpaksa redah hujan. Best jugak sebab lama tak kena hujan waktu naik motor.

Tengok Filem RAAZ (Hindustan) Rasanya filem hantu hindustan pertama yang pernah saya tengok. Saya dah dengar pasal cerita ni lama dah dan Ilah asyik rekmen beli cerita tu saya pun beli. Tengok dalam pukul 12.30 malam. Seram memang seram..Hehehe.. Tengok satu CD sahaja sebab din dengan Zam dah mengantuk. Saya pulak yang tak boleh tidur. Apa? Takut? Sorry.... Saya memang jenis yang tak begitu hiraukan pasal hantu-hantu ni. Tapi tak tahulah sebab saya rasa panas sangat. Lepas tu saya cuma termenung. Saya baru saja nak tidur tapi ada orang ketuk pintu. Rupanya Pak Cik Bahar. Ingat kot dia balik Alor Setar tapi rupanya ada di Langkawi. Ambil masa pulak nak tidur balik. Lepas tu baru boleh tidur...ZZZZZZ......

WASSALAM...

16 APRIL 2002

Tidak salah jika kita yakin kita mampu melakukan sesuatu tetapi jika kita bersikap mendabik dada bahawa hanya kitalah yang terbaik maka ia sebenarnya merupakan suatu kecelakaan bagi kita. Ada satu ungkapan pujangga yang lebih kurang begini bunyinya, “Kalau seseorang itu menganggap dirinya sebagai orang yang paling bahagia dalam dunia. Orang itu boleh jadi betul paling bahagia dalam dunia. Tetapi jika seseorang itu menganggap dirinya yang paling pandai dalam dunia, maka dia sebenarnya merupakan orang yang paling bodoh dalam dunia ini.” Ingatlah bahawa akan ada yang lebih pandai daripada kita. Oleh itu amalkanlah sifat merendah diri (tetapi biar nampak berketrampilan) kerana itu lebih baik bagi kita.

Bangun agak lewat dalam 6.45 pagi tapi still sampai lebih awal daripada saingan. Nak kira sama-sama sampai tapi kira siapa Punch card dulu dia menang. Kan? Macam orang lawan marathonlah siapa yang cecah garis penamat dulu dia yang menang..Hehehe.. Tulah orang naik lif depa tunggu dulu...Sebab apa? Ada sebabnya..Hehehehe... Kalau saya cerita habis kena nanti....Masuk kerja saya dah boleh banyak soal database. Semakin faham. Bila dah betul-betul faham nanti bestlah sebab saya rasa saya boleh jadikan program tu macam yang saya nak.

Cuma sekarang kena concentrate lebih bab ni sebab bab ni yang paling sukar. Lepas tu nak buat error handling dan nak debug sistem. Pening tapi tak kisahlah. Kalau tak pening bukan kerja namanya. Kalau tak susah semua orang boleh buat. Jadi tak perlulah study tinggi-tinggi. Yang penting otak kena guna betul-betul. Bukan nak condemm sesiapa tetapi kalau kita belajar, InsyaAllah kita akan dapat lakukannya.

Petang main badminton macam biasa. Training hari ni agak meletihkan tetapi tak kisahlah sebab saya tak puas main kalau tak letih. Rasa macam tak main pulak. Lagi best kalau betul-betul berpeluh. Baru best. Cuma problem nak basuh baju. Malasnya rasa. Nak tak nak kena basuh jugak. Kalau ada mesin basuh boleh tahan lagi...Hehehehe...

Malam makan dekat Kondo Istana. Din dengan Zam buat janji nak makan dengan Ilah, Ita dan Ina. Saya langsung tak tahu. Bila sampai sana terkejut sebab depa ada kat sana. Lepas tu banyaklah isu hangat yang diperbincangkan. Saya memang jenis yang suka berbual. Memang panjang jugaklah perbincangan malam ni. Tapi best sebab banyak input yang saya dapat. Lepas tu pergi bank BSN keluarkan duit sebab duit dah semakin nipis. Balik tengok EPL especially NEWCASTLE recover balik daripada 2-0 ketinggalan dan akhir sekali menang 3-2. Lepas tengok rancangan Khazanah yang hilang terus tidur.

WASSALAM...

15 APRIL 2002

Tekanan merupakan satu lumrah dalam kehidupan dan semua manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan. Tekanan sebenarnya merupakan satu cabaran yang sebenarnya akan membantu kita melakukan sesuatu dengan lebih baik. Kalau kita hidup tanpa tekanan maka dunia ini tidak akan terasa apa-apa.

Sebuah Universiti di US telah membuat kajian tentang tekanan. Dua ekor tikus telah diambil sebagai uji kaji. Seekor dibiarkan begitu sahaja dan seekor lagi diberikan tekanan-tekanan tertentu. Apabila dilepaskan kedua-dua ekor tikus tersebut dan diberikan tekanan tikus yang tidak pernah menghadapi tekanan itu mempunyai jangka hayat yang lebih pendek. Di sini dapat disimpulkan bahawa tekanan sebenarnya merupakan satu elemen yang membantu kita mencapai keunggulan diri.

Cuma apa yang penting ialah bagaimana kita menghadapi tekanan. BUNUH DIRI bukan jalan penyelesaian. Ia sebenarnya hanyalah satu tindakan bodoh yang merugikan banyak pihak. Mungkin ada sesetengah budaya dalam dunia ini menganggap bunuh diri merupakan suatu yang terhormat tetapi kita sebagai umat Islam harus faham bahawa jika kita membunuh diri maka sia-sialah hidup kita kerana neraka sahajalah jawapannya.

Biar apa pun tekanan yang kita hadapi, janganlah membunuh diri. Sehebat mana pun tekanan biarlah diri kita tetap rasional kerana membunuh diri merupakan satu perbuatan yang menyusahkan ramai orang. Kasihanilah ibu dan bapa kita yang bertungkus lumus mencari rezeki untuk membesarkan kita tetapi akhirnya kita mengakhiri hidup kita dengan membunuh diri.

Saya menulis agak panjang dalam soal ini kerana ada peristiwa yang memerlukan saya menulis soal ini. Yakinlah dalam diri kita kalau kita rasakan tiada orang yang sudi membantu kita, sebenarnya masih ada orang yang sudi. Mungkin kita tidak menjumpai orang itu lagi. InsyaAllah, saya akan membantu setakat yang mampu jika anda memerlukan bantuan. Jangan rasakan orang sekeliling anda membenci anda kerana itu akan menambahkan lagi tekanan.

Bukalah ruang positif dalam sudut minda anda bahawa ada orang yang masih mengambil berat tentang anda. Yakinlah terhadap kuasa Ilahi dan sematkan dalam hati bahawa tuhan sentiasa membantu makhluknya. Buangkan segala fikiran negatif kerana itu hanya merugikan kita. BUNUH DIRI bukan jawapan kepada segala permasalahan yang kita hadapi.

Anggaplah tekanan itu sebagai salah satu cabaran dalam kehidupan. Ramai tokoh-tokoh agung dalam sejarah kehidupan manusia menghadapi cabaran yang jauh lebih hebat daripada kita tetapi mereka betah melaluinya dan akhirnya mereka dikenali sebagai manusia yang berjaya. Ingatlah bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Usah berfikiran singkat. Yakinlah masih ada yang sayang pada kita. Mungkin cara sayang itu yang berbeza. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah.... Sebagai ingatan buat kita bersama.........

Bangun pukul 6 pagi dan sampai ke pejabat lebih awal daripada saingan saya (Ita, Ilah & Ina).Hehehe.... Lepas tu berbual di beranda tingkat 7. Banyak juga yang diperbualkan. Ilah cakap hari ni hari jadi abah dia. So Happy birthday diwakilkan kepada Ilah. Dan lepas tu masuk kerja macam biasa. Pagi ni saya banyak study bab database dalam VB menggunakan Acess. OKlah jugak dan cukup menarik sebab saya dapat study sesuatu yang baru. Jadi taklah bosan sangat.

Petang main bola. Nak main badminton tak boleh lagi sebab tangan injured. Ni semua sebab main tak warming up dulu. Bila smash peritlah otot kat bahu tu. Tapi seronok main bola lagi. Nak buat macam mana memang minat main bola tapi skill banyak kat badminton. Pening-pening....

Makan malam disponsor oleh Syarikat Baharuddin Ibrahim...Hehehehe... LAwak je. Sebenarnya Pakcik Bahar belanja. Dibelanja lagi! Seronok bercampur segan. Mana taknya kalau muka tak malu bolehlah. Tapi nak buat macam mana rezeki jangan ditolak. Cadang nak jalan-jalan waktu malam sebab saya jenis yang tak minat sangat tengok TV tapi Zam dengan Din pukul 9 lagi dah tiudr. Tak taulah sebab apa. Penat main bola kot..Hehehehe... Saya keluar telefon kawan dan lepas tu pergi CC susun player untuk minggu ni. Depend kat Shearer dengan Henry. Saja memenuhi masa lapang. Last sekali tidur pukul 1.30 lepas wrestling. Zam pulak yang berjaga. Hehehehe.. Tukar turn berjaga...Tak lah....just joke.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah