Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

26 APRIL 2002 [JUMAAT]

Kalau itu adalah rezeki kawan kita, jangan kita tutup rezeki itu. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Oleh itu janganlah menghalang rezeki orang lain. Jadilah seorang insan yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain kerana itu sabda Rasulullah merupakan sebaik-baik manusia. Bagaimana dengan diri kita? Buangkanlah segala perasaan hasad dengki kepada orang lain terutamanya sahabat dan keluarga kita. Bersamalah berkongsi gembira kegembiraan sahabat kita dan juga kedukaan sahabat kita. 

Kalau kita gembira, kongsilah bersama orang lain. Dan kalau kita berduka biarlah orang lain tidak terjejas dengan kedukaan kita. InsyaAllah kita akan dapat menjadi seorang insan yang terbaik....

Bangun pun dah dekat pukul 7 pagi. Malam tadi tidur pukul 3. Lewat betul. Kan. Nak jogging pun tak berapa larat sangat. Minggu depan saya akan berpuasa bermula Hari Ahad-Khamis kecuali Rabu. Semuanya sebab persediaan nak ke sukan Badan Berkanun. Rasanya dah confirm nama saya sebab kasut pun dah ambil saiz. Saya kena buat yang terbaik. Jadi macam biasa kalau saya nak hadapi satu-satu kejohanan saya akan berpuasa sebanyak hari yang mungkin bermula tiga minggu sebelum kejohanan. Saya akan amalkan pemakanan yang lebih sihat. Banyak sayur dan buah-buahan. Harap tak ada orang yang terkejut kalau tahu saya puasa agak lama. Lepas tu saya akan banyak jogging. Semuanya sebab nak jaga stamina.

Banyak lagi pantang larang yang nak kena saya ikut. Aduh memang sakit sikit. Tapi kena buat jugak. Bukan ada orang paksa pun tapi entah dah memang minat. Semuanya sanggup kan. Hehehe.....

Zam  dengan Din, cakap nak balik pagi ni. Tapi tak telefon pun nak naik bot pukul berapa. Saya pun rasanya sat lagi nak keluar pergi Bank dan beli sedikit barang. Saya dah pesan kat Zam dah tempat saya letak kunci. Kalau saya tak ada,  Zam boleh bukak kunci rumah. Taklah masalah sangat kan....

Petang ni ingat nak ajak depa jalan-jalan. Semuanya bergantung kalau depa sanggup. Alhamdulillah... Kalau tak saya akan keluar seorang. Rasanya nak ke Durian Perangin dan Tanjung Rhu. saja ambil angin. Hehehe.... Memang saya suka berjalan....Kalau ajak saya, InsyaAllah saya kan pergi terutamanya tempat yang saya belum pernah sampai. Memang hobi saya mengembara. Banyak yang dapat kita pelajari bila mengembara. Saya kalau boleh nak travel satu dunia. Insyaallah saya kan cuba usahakan...Doakan saya dapat capai impian saya ini.....Thanks...

WASSALAM...

25 APRIL 2002

6 Kunci Orang Cemerlang (Sebahagian daripada 100 Kunci Orang Cemerlang) Oleh Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dipetik dari Laman Nurani TV3:

1. Kenal Diri Sendiri.

2. Berhati Bersih.

3. Mempunyai Niat Yang Murni.

4. Sentiasa Menjaga Ibadah.

5. Sentiasa Bersangka Baik.

6. Tahu / Kenalpasti Masalah Diri.

Moga ada iktibar yang dapat sama-sama kita kecapi. Saya tak berniat nak ulas panjang. Cukuplah sekadar isi penting ini buat hari ini...

4.15 pagi dah bangun. Amacam hebat tak? Hehehee... Bangun tengok bola. Koman betul kan? Kalau bangun solat tahajud tak apalah jugak kan. Ni tengok bola. Hehehe... Satu lagi yang bangun awal tu bukannya apa, tidur tak lena. Entah sebab apa, saya pun tak tahu. Lepas tu basuh baju. Habis basuh baju terus bukak komputer dan taip diari ni. hehehe... Sebenarnya Din dengan Zam tak tahu kewujudan diari ni. Memang saya selalu tunjuk laman saya kat depa tapi saya rahsiakan diari ni. Saja segan kalau orang terdekat baca. Pandai tak simpan rahsia! Satu lagi depa pun tak sedar bila saya bangun tengah malam taip diari ni. Hehehehe.... Lepas tu tidur balik.... Just dalam 15 minit sahaja.... Tak lama kan?

Pagi turun jogging. Lepas tu tonton pertabalan Agong. Rasa boring betul. Tahap kebosanan agak tinggi. Tapi kalau nak hidup kita kena pandai atur waktu. Baru tak boring. Ayuh! Atur hidup anda, kata hati saya. 12.30 tengah hari saya memulakan tour saya. Nak ajak Ilah dengan Ita, depa kata nak rehat lagi pun depa puasa hari ni. Destinasi pertama. Restoran Manal. Makan tengah hari kat sana. Bila nak bayar, Mak Cik kat free. Saya kata, saya kena bayar jugak. Lepas tu berbincang saya pun bayar RM 1. Nak tak nak kena bayar jugak. Seganlah makan free memanjang.

Destinasi kedua ialah Pekan Kuah. Saja pusing situ dan beli bekalan (air kotak dan paper). Lepas tu singgah solat di Masjid Aishah. Lepas Zohor saya singgah di Pemandangan Indah Pulau Langkawi. Tenang betul keadaan kat situ. Lagi pun saya seorang sahaja kat situ. Tengok pemandangan airport, Laut, sawah. pergunungan  dan Padang Mat Sirat. Cantik dan damai. Subhanallah, Maha Suci Allah. Lepas tu saya teringin sangat nak tengok burung helang terbang sebab waktu pergi Taman Lagenda hari tu saya nampak seekor burung helang terbang kat situ. Lepas tu saya cakap dalam hati nak tengok burung Helang terbang sebelum balik tapi tak nampak seekor pun. Hari ni saya nampak empat ekor terus. Rasa cukup seronok. Tak tahulah apa petandanya....Hehehe... Hampir sejam jugaklah saya ambil angin kat situ.

Lepas tu terus ke Jambatan Kuala Muda. Saja ambil angin dan menikmati pemandangan sawah padi kat Langkawi. Lepas tu ke Pantai Cenang. Dalam 30 minit sahaja. Tak berapa menarik sangat hari ni sebab pantai agak basah sebab baru lepas hujan walau pun cuaca panas. Lagi pun air tak pasang. Kemudian ke Pantai Tengah (sekejap sahaja). Dan ke Awana. Pun pemandangan tak begitu menarik sebab air tak pasang. Saya balik ikut jalan Tanjung Lembong. Kawasan tu memang cantik. Pemandangan kat situ cukup menarik.

Waktu balik polis trafik buat road blok. Patutlah ada banyak motor yang pintas saya patah balik. hehehe... Macam-macam... Tour tamat jam 5 petang. Ingat nak pusing lagi tapi letih jugak sebab naik motor sahaja. Lagi pun planning lewat sebab dah ready nak naik kapal pusing pulau. terjejas betul planning hari ni. Petang rehat sambil tengok CD Senario. Lepas tu nak beli nasi lemak dekat Telekom tapi ditutup pulak. Balik terus solat Maghrib, baca Yasin, Solat Isyak. Tengok Senario. Lepas tu pergi telefon My Best Friends, Fahmi (Friends like the flowers in the garden of life). Lama betul tak berbual dengan Fahmi dan malam tu habis lebih RM 5. Lagipun telefon Shah Alam. 

Banyak juga berbual. Fahmi memang my best friends. Paling saya suka dia sebab dia berani tegur saya secara direct. Apa yang saya rasa selama ini ialah tak ramai yang berani tegur saya secara direct walaupun saya salah secara terang-terangan. Fahmi memag cukup masak dengan perangai saya. Dia cukup faham perangai saya dan banyak membantu saya. InsyaAllah nanti saya akan try ke sana untuk jumpa dia. Sekarang Fahmi study di Uitm Shah Alam.

Lepas tu makan malam kat depan Bazaar Mara. Sedihnya, sorang-sorang je makan. (Tak sedih ke?) Hehehe... Biasalah kan? Lepas tu pergi ke Dataran Lang untuk ambil angin. Tak best sangat malam ni sebab ramai orang. Rasanya lebih 100 orang. Maksud saya bahagian dekat replika Burung Helang tu. Tak pasal-pasal kena jadi part time photographer. Ambil gambar orang. Hehehe....

Lepas tu masuk CC. Dah boring sangat. Ubah player minggu depan. Minggu ni Ljungberg dan Shearer Memang superb. Banyak point saya dapat dari dua orang ni. Ranking pun semakin meningkat. Tinggal dua game sahaja lagi.... Saja nak test bakat mengurus. Tahun lepas dah juara Tm. Net Fantasy Soccer. Tahun ni masuk fantasyfootball.com.my pulak... Mana tahu juara lagi....Kan?

Malam ni tidur lewat sikit dalam pukul 2.30 pagi. saja buat kerja kat komputer sikit. Kerja peribadi yang selalu saya buat tengah malam. Din dengan Zam tak ada jadi saya terus guna kesempatan ni. Kalau depa ada saya akan guna tengah malam atau awal pagi waktu depa tidur. Memang depa tak perasan langsung. Hehehe...

WASSALAM...

24 APRIL 2002

Menghadapi hidup ini semuanya bergantung kepada diri kita. Memang dalam bab tertentu ia bergantung kepada keadaan, takdir dan sebagainya tetapi permulaannya bergantung kepada diri kita. Kitalah yang memilih jalan hidup kita. Kitalah yang bertanggungjawab terhadap kesan pada diri kita. Kalau kita bersikap matang, InsyaAllah kita akan mencapai kejayaan. Kalau kita ikut panduan agama, InsyaAllah kita akan berjaya.

Jangan lekas kecewa. Sekali kecewa tidak bermakna kecewa selama-lamanya. Jadi bentuklah diri kita agar sentiasa berfikiran positif. Jangan harap orang lain untuk mengubah diri kita. Kitalah yang kena mengubah diri kita. Kalau tidak kita akan rasa hidup ini tidak bermakna dan asyik kecewa sepanjang masa. Renungkanlah.....

Bangun 5.30 pagi hari ni. Basuh baju dan lepas solat Subuh saya terus gerak Din. Kemudian terus ke pejabat dan tunggu Ilah sebab Din nak tumpang letak beg dalam kereta Ilah. Lepas tu ikut Ina sat bersama, Ita, Dian dan Ilah sebab Ina nak attend khemah kat Gunung Jerai. Bestnya naik Gunung Jerai. Teringat cerita lama. Hehehe...

Lepas tu masuk office. Kena tolong Bahagian Teknikal dan PRO untuk siapkan presentation. Tertangguh lagi kerja saya. Tapi tak kisah sangat sebab kalau boleh saya nak belajar sesuatu yang baru. Lepas tu saya rasa tergerak hati nak turun admin (pentadbiran). Masuk-masuk sahaja dah bau semacam je aroma dia. Bau nasi beriani.

Saya ajak Din sarapan tapi Din cakap yang dia tak boleh turun sebab admin ada jamuan oleh Encik Najib. Saya kata tak apalah sebab saya akan turun sarapan seorang. Waktu nak turun Encik Najib pelawa sekali. Saya tolak tapi dia pelawa jugak. akhirnya saya pun join. En. Najib baru sahaja jadi juara menembak kat Langkawi. Masuk paper Utusan bahagian sukan hari ni. Besar juga headline tu! Makan Nasi Beriani, Ayam masak merah, daging, acar timun, dalca dan air bandung. Sedap! Kenyang! Alhamdulilah... Rezeki hari ni. Mulanya cadang nak makan kat Taman Berlian tapi dah kenyang terpaksalah Cancel. Staff kat admin ajak saya pusing pulau esok naik kapal. Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan lain-lain. Saya terus setuju. Free...Hehehe...

Tengah hari tu saya balik ke rumah. Rehat dan Din nak ambil barang dia tertinggal. Saya pun ikut sekali. Balik saya dan din nak tidur sekejap sahaja tapi terlajak. 2.10 baru sedar. Bayangkan. Masuk balik pejabat pukul 2. Nasib baik 2.10 kalau pukul 4. Naya je kan? Lepas tu sampai pejabat pukul 2.25 dan ikut Din ke security ajar pengawal kat situ pasal penggunaan komputer. Lepas tu saya ke surau untuk solat Zohor. Hari ni lewat sikit.

Lepas tu bila naik office kena ajar staff kat bahagian saya macam mana nak guna excell. Tak kisahlah kalau kita sebarkan ilmu yang ada barulah berkat ilmu tu kan? Kerja hari tak banyak yang dapat saya cover. Sebab kena buat banyak kerja sampingan. Lepas pejabat saya terus ke admin. Sampai je dekat admin depa cakap esok cancel. Habis plan saya. Kena plan lain malam ni. Aduh... Din pulak dah tak ada. Terus saya turun bawah. Tengok Din tak ada. Terus tengok kereta Ilah. Pun tak ada. Terus saya ke jeti tapi bayang pun tak nampak. Saya terus telefon Din. Rupanya still kat pejabat. Nasib baik Ilah boleh tolong hantarkan. Din...Din.. Kata nak cepat tapi lambat. Kata nak naik bot pukul 5. Petang tu cuma tengok TV. Tak ada rancangan menarik pun.

Malam rasa boring brtul. lepas solat Isyak keluar ke pasar malam. Beli keropok lekor, murtabak dan iar terus makan kat Dataran Lang sambil tengok wayang. Lepas tu saja ambil angin laut kat situ. Sunyi... Waktu macam nilah banyak benda yang menerjah masuk ke kotak pemikiran saya... Plan untuk esok sama. Boring memang boring tapi biarlah boring dari segi tak ada teman berbual asalkan ada aktiviti. Saya cakap kepada diri saya Ayuh ubah corak hidup anda. Jadikan hidup ini ceria. Hehehe... Kena bermotivasilah kalau nak hidup, kan?

Kat rumah Pak Cik Bahar pun tak ada. Balik Alor Setar. Kalau kat UUM saya akan pusing masuk bilik kawan-kawan yang lain untuk berbual. Kat sini tak kan nak masuk rumah orang sebelah kot. Baru je kenal tu pun tak berapa mesra lagi. Lagipun dah lewat. Bagus jugak bila berdiam sebab chances buat dosa tu kurang sikit. Setuju tak? Tidur pun agak awal. Dalam pukul 12 tgh malam.

WASSALAM...

23 APRIL 2002

Mentaliti masyarakat kita pada pendapat saya perlu dianjak kerana untuk berjaya kita seharusnya mempunyai mentaliti yang lebih baik daripada sekarang dan terbuka. Kita perlu mempelajari mentaliti barat yang lebih terbuka. Terbuka di sini bukannya keterbukaan yang memudaratkan kita tetapi dari segi kesediaan menerima pandangan dan pendapat orang lain. Bukan keterbukaan dari segi cara pergaulan dan perkara-perkara yang mengaibkan dan tidak sesuai dengan budaya dan agama kita.

Kita kena berubah. Jika kita tidak mengubah diri kita siapa lagi? Itu yang paling penting. Kalaulah mentaliti kita lebih terbuka, InsyaAllah kita akan lebih berjaya pada masa akan datang. Pada pendapat saya kita terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengubah semua ini. Lapis generasi kini mungkin tak dapat diubah semuanya. Apa pun ia amat bergantung kepada lapis generasi masa kini. Mari kita sama-sama renungkan semua ini. Anda boleh argue dengan saya jika mahu. (Guna email). Saya sukakan corak discussion yang ilmiah dan bukan terikut-ikut dengan emosi...

Kena mengaku hari ni saya bangun lewat. Sebenarnya dah bangun dah pukul 6 pagi tu. Saya dah letak selimut dekat tepi tapi sedar-sedar dah pukul 7 pagi dan selimut ada balik kat badan.Hehehe.... Kelam kabut jadinya. Nasib baik semuanya berjalan lancar.... 

Hari ni kena ikut mesyuarat pihak atasan sebab ada lawatan daripada pihak kementerian kewangan nak berbincang soal projek-projek yang telah dibangunkan oleh LADA. Saya dan Din kena stting komputer dan LCD untuk presentation. Mula pukul 9.45 sampai pukul 2 petang. Nasib baiklah penggunaan komputer cuma sampai pukul 1 sahaja kalau tidak jenuhlah. Disebabkan hari tu dah makan (jamuan mesyuarat tu) Jadi jimatlah duit makan tengah hari ni. Hehehe.. Alhamdulillah. 

Petang saya kena pasang balik komputer kat jabatan kewangan. Lepas tu kena bagi sikit 'kuliah' penggunaan komputer kat beberapa orang staff. Maknanya hari ni sistem yang saya bangunkan dah dua hari tak digerakkan. Sakitlah macam ni! Lagipun PC saya ada orang dari Century Software guna. Nak buat macam mana kena rehatlah hari ni.

Petang ni turun dengar ceramah agama. Kena turun jugak...Takut mati hati nanti, dah la selalu buat maksiat tak suburkan hati pulak. Ceramah sentuh kalimah Bismillah. Yang dengar ceramah hanya ada empat orang sahaja. Mungkin sebab Ustaz tu lambat sampai kot...

Malam saya temankan Din shopping nak beli barang sikit untuk dibawa balik. Ina, Ilah dan Ita ikut sekali dan last sekali Din tak beli apa-apa pun kecuali Febreeze yang dikongsi dengan saya. Depa tiga orang pulak yang beli itu dan ini. Hehehe... Taklah banyak sangat depa beli. Malam tu dapat pun tengok EPL. Shearer hits 200 goal of premiership. Malam tu EPL buat penghormatan kepada Shearer. 200 goal (Setakat hari ni). Kedua paling banyak (setakat hari ni) ialah Les Ferdinand (140 gol). Cuma yang dirasakan boleh atasi rekod Shearer ialah Owen sebab Owen masih muda dah selalu score. Di Britain Shearer dah dianggap sebagai legenda. Macam mana boleh masuk topik ni? Hehehe....

WASSALAM...

22 APRIL 2002

Setiap orang ada kekuatan tersendiri. Cuma kita sahaja yang tak menyedari kekuatan diri kita itu. Rasanya saya dah sentuh topik ini pada bulan Januari lepas tapi saya rasa saya perlu ulang sebab saya dapat email yang meminta saya komen sedikit masalah dirinya. Kepada orang tersebut saya dah hantar pendapat saya setakat yang saya mampu. Mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah dan mungkin juga tidak tapi itu adalah usaha yang kita lakukan dan apabila gagal jangan rasa kecewa. Banyak lagi ruang untuk kita mencapai kejayaan.

Berbalik kepada topik hari ini. Kita sebenarnya ada kekuatan tersendiri cuma kadang kala kita tidak sedar apa kekuatan kita sebenarnya. Saya pun tidak terkecuali dalam konteks ini. Orang yang berjaya, mereka sedar kekuatan diri mereka dan mereka mengeksploitasikan apa yang mereka ada untuk mencapai kejayaan. Kita jangan cepat berputus asa apabila gagal kerana Kegagalan sebenarnya merupakan satu anak tangga kepada kejayaan.

Menyentuh soal kegagalan saya berminat untuk memperkenalkan kepada anda buku Berani Gagal karangan P.S Bili Lim. Buku yang menyentuh banyak tentang erti kegagalan dalam kehidupan manusia agung. Tidak ada langsung manusia yang dijadikan idola oleh orang ramai tidak pernah gagal sebelum berjaya. Saya cukup tertarik dengan kupasan dalam buku ini. Kalau anda orang yang jenis selalu online dalam internet anda boleh mendapatkan Newsletter secara percuma. Anda hanya pergi ke laman www.daretofail.com.my (Kalau tak salah saya) Anda boleh semak sekali lagi address tu.

Ada kata-kata bestari "Kita sebenarnya lebih banyak belajar daripada kegagalan daripada kejayaan". Renungkanlah buat panduan kita bersama. Semoga hidup kita pada masa depan lebih cemerlang dan terus cemerlang....

Hari ini bangun pukul 5.45 pagi dan terus basuh baju. Entah sebab apa tiba-tiba rajin basuh baju. Hehehe... Mungkin sebab tak mahu bertimbun-timbun kot. Lepas solat gerak Din dengan Zam. Lagipun dah tiga hari saya bangun agak lewat, jadi kena bangun awal balik baru fair kan? Rasanya saya nak sambung cerita semalam.

Semalam selepas balik dari office, saya rasa kaki saya tak berapa proper. Rasa sakit tak tahulah kenapa. Lepas rehat kat rumah saya terus rasa macam tak mahu main. Tapi memikirkan kena jugak turun training saya pun turunlah. Paling menghairankan walaupun saya terhincut-hincut tapi itulah permainan paling cemerlang saya sejak sampai di Langkawi ni. Main single boleh bagi under five, dan entah kenapa pergerakan saya begitu pantas. Semua menjadi drop, net, smash. Hairankan? Mungkin sebelum tu saya rasa pening sebab kasut dah koyak nak kena beli lain tapi saya diminta memberikan saiz kasut saya oleh pihak LADA untuk kasut yang mungkin diberikan kepada saya (harap-harap begitulah). Semua yang akan ke kejohanan sukan badan-badan berkanun akan dapat kasut kalau tak salah saya.

Malam semalam bila keluar dengan Zam, Din, Ina, Ilah dan Ita kat dataran Lang sayalah orang yang selalu tertinggal sebab tak berapa boleh jalan. Kalau nak ikut saya tak mahu keluar sebab kaki sakit tapi sebab depa ajak bergambar saya pun keluarlah jugak. Terperangkap dalam hujan pulak tu. Hehehehe......Terpaksalah balik lewat rugi sebab terlepas tengok liputan Liga Malaysia.

Ok Balik kepada cerita hari ni semula. Macam biasa rutin saya di pejabat. Selepas berbual di beranda terus masuk office. Cuma hari ni Zam minta tolong dia setting LCD untuk meeting kat tingkat 8. Meeting tu anjuran jabatan saya tapi minta PRO yang uruskan. Saya pun tolonglah Zam. Lepas semua OK, saya, Zam dan Din turun makan kat bawah. Selepas sarapan Zam kata dia nak telefon mak dia dan Din pun nak telefon mak dia jugak (Tapi ada 'we' belakang). Hehehehe... Saya tak telefon sapa-sapa terus naik atas dahulu. Bila naik baru tahu yang ayah Zam masuk hospital.

Terus Zam balik ke Alor Setar. Saya dan Din lepas tu terus hantar Zam sampai ke jeti. Harapnya semua akan berjalan lancar. Lepas tu saya dan Din terpaksalah buat kerja-kerja Zam. Kebetulan hari tu ada benda yang nak kena disiapkan oleh PRO jadi agak sibuklah Din dan saya. Hari ni balik dalam 5.30 petang! Lewat kan... Saya tak turun training hari ni.

Malam macam biasa keluar ke Dataran Lang dengan Ilah dan Ita. Sekali lagi hujan. Tapi sekejap sahaja. Lepas tu pergi makan dekat medan selera. Kali ni terperangkap dalam hujan sampai pukul 12 lebih. Bila balik saya rasa agak letih dan cukup mengantuk terus tidur. Din pulak sibuk guna komputer nak ubah sikit presentation esok. Dalam tak sedar saya dah lelapkan mata tak tahulah pukul berapa...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah