Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

02 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Sebenarnya ada satu lagi cerita tentang hari AIDS sedunia yang saya cerita semalam. Waktu tu ada kuiz pencegahan AIDS. Oleh kerana saya dah lebih umur jadi saya buatlah untuk adik saya dan Alhamdulillah menang. Tapi yang mengejutkan ialah hadiah yang adik saya dapat. Satu kaset kumpulan Inggeris popular yang gambar dalam kulitnya cukup tak senonoh. Saya hairan kenapa sampai macam tu sekali hadiahnya. Apa pun sebagai iktibar bolehlah.

Masuk balik bab diari saya. Malam tadi saya ingat nak tidur jam 3 pagi tapi sampai jam 4 saya masih belum tidur. Pening dengan mailbox saya ni. Tiba-tiba dalam satu hari dapat sampai 100 email! Kalau email kawan-kawan tak kisahlah, tapi 70 lebih email adalah email yang ada virus. Terpaksa block. Ambil masa jugak tu. Lepas sahur jam 5.30 pagi baru saya tidur. Pukul 6.45 saya bangun dan kemudian saya hantar adik saya ke sekolah sebab dia akan bertolak ke KL untuk majlis berbuka puasa dengan TPM.

Jam 9 pagi saya sambung tidur balik. Maklumlah baru lebih kurang 1 jam 15 minit tidur. Pukul 11 lebih Mak Njang saya datang, kenalah bangun dan tolong Mak Njang saya. Adik Syakirah dengan Nurul Husna pun ada sekali. Jenuh nak layan keletah depa. Hehehe... Seronok bila tengok sebab saya tak ada adik perempuan.

Lepas tu bila posmen datang, ada beberapa kad raya yang sampai kepada saya. Thanks. Cuma ada satu problem. Anjang harap semak email sebab saya tak boleh send email kat Anjang. Ada masalah. Entahlah. Rasanya mailbox tu dah penuh kot. Apa pun thanks atas pemberrian tu. Cantik. Tengoklah kalau sempat saya balas.

Petang saya tidur sekejap. Lepas tu tengok TV sebelum berbuka. Hari ni Abang Midi datang sekali sebab nak balik ke Sarawak dah esok. Malam sempatlah tengok video klip terbaru kumpulan Firdaus. Memang saya cukup tertarik dengan dua lagu tu (Cinta Dan Harapan & Jendela Hati) sebab video klip tu dibuat di UUM dan memang teringat balik nostalgia kat sana. Lepas tu satu lagi buat dekat sawah. Memang pemandangan yang paling saya minat.

Lepas tu hantar Abang Midi Ke Shahab Perdana. Selepas itu macam biasalah aktiviti saya.Hari ni pun banyak email yang saya dapat. Banyak betul! Penat nak membalas. Hehehe... Malam ni memang tidur lewat sebab banyak yang nak saya siapkan untuk hari raya ni. Diari ni mungkin akan direhatkan selama tiga hari iaitu hari raya kedua, ketiga dan keempat. Mungkin saya akan buat rangkuman terus sebab rasanya saya pun nak bercuti jugak. Hehehe... Manakala Edisi Hari Raya akan diterbitkan lebih awal. InsyaAllah...

WASSALAM...

01 DISEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni adalah Hari AIDS sedunia kalau tak salah saya. Teringat sewaktu saya di tingkatan Lima dahulu. Selepas SPM. Ada satu karnival oleh Majlis Aids Sedunia bagi menyambut hari AIDS sedunia di perkarangan Stadium Darulaman. Ada beberapa cerita menarik yang nak saya kongsi buat renungan bersama ketika itu.

Memang baik ada gerai pameran dan ceramah kesedaran tentang AIDS serta penerangan yang lebih mendalam. Setiap pengunjung boleh mengambil pamplet dan risalah untuk dibawa pulang. Saya pun seronoklah jugak bila ada bahan bacaan untuk dibaca. Jadi apa yang diberi saya akan ambil bawak balik. Saya pun jalan dari satu gerai ke satu gerai yang menerangkan tentang AIDS.

Sesampainya di sebuah gerai, saya pun ambil apa yang diberikan secara percuma. Mula-mula saya ambil risalah. Kemudian saya nampak satu benda yang macam gula-gula getah lalu saya ambil. Waktu saya ambil benda tu, ramai orang tengok saya. Hairan jugak. Saya pun buat tak tahulah. Saya cakap dalam hati, kalau gula-gula seronok jugak. Hehehe...

Bila balik saya terkejut, bukannya gula-gula getah dan bukannya belon walaupun macam belon. Saya tunjukkan kepada ayah saya. Ayah saya cakap mana saya dapat kondom tu? Hah! Kondom! Terus saya buang. Patutlah orang asyik jeling kat saya waktu tu. Tak tahulah apa yang orang fikirkan tentang saya ketika itu. Hehehe... Pengalaman.

Bila saya fikir balik, apakah kita dah sampai ke tahap itu untuk mencegah AIDS. Apakah kondom itu benteng paling ampuh untuk mencegah AIDS. Kalau itu dianggap benteng paling ampuh bermakna kita dah semakin parah dalam permasalahan sosial. Sebenarnya benteng yang paling ampuh ialah agama. Kalau agama dijadikan benteng diri, InsyaAllah kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang sejahtera.

Marilah kita fikirkan apakah diri kita ini berbentengkan agama atau ia terlalu rapuh. Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita. Semoga kita menjadi lebih baik, InsyaAllah...

Waktu pagi saya seperti biasa. Selepas baca Akhbar saya tidur sekejap dan tengah hari saya cuma berada di rumah. Petang saya semak email. MasyaAllah penuh mailbox saya dengan email yang ada virus. Memang saya tahu dah ada virus, jadi terus saya delete. Mailbox terus penuh. Susah betul. Mungkin ada orang yang ada masalah send email kepada saya.

Selepas berbuka saya berterawih di Masjid Alor Semela. Pantas betul malam ni! 9.20 dah tamat Solat Terawih 20 rakaat + 3 rakaat witir. Kemudian saya dengar ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Sheikh Abdul Hamid Tahir. Banyak perkara yang disentuh tentang amalan puasa dan hari raya kita. Macam-macam.

Alhamdulillah dapat jugak banyak input baru dalam majlis ilmu ini. Kemudian selepas More saya pulang ke rumah jam 11.45 malam. Saya tengok bola sekejap dan kemudian tengok latest result EPL. Lega bila tengok Newcastle menang 2-1. Last minute goal oleh Shearer dan Bellamy. Satu game lagi MU menang dengan Liverpool 2-1.

Lepas tu saya semak email. Masalah yang sama berlaku macam petang tadi. Terus saya blok email yang terbabit. Bayangkan had storage hotmail ialah 2MB tetapi hari ni saya dapat 6.0MB email! Alhamdulillah saya selalu semak email dapat atasi masalah ni. Kalau tidak rosak akaun email saya...

Saya cadang tidur jam 3 pagi selepas settlekan beberapa perkara peribadi...

WASSALAM...

30 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Bagaimana Mengatasi Kekecewaan?
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
 
Siri Akhir

:: Tiada jalan pendek atasi kekecewaan ::
Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Malah kejayaan yang manis itu perlu mengharungi pelbagai ranjau. Oleh itu anda perlu faham bahawa jalan-jalan yang anda akan lalui untuk mengelakkan daripada berlaku lagi kekecewaan itu memerlukan masa yang cukup untuk dilaksanakan. Adakalanya langkah-langkah tersebut adalah berperingkat-peringkat dan hanya akan membuahkan hasil dalam jangka panjang juga. Misalnya, pokok yang ditanam tidak akan berbuah esok pagi! Sekiranya ini difahami, maka dapatlah kita menghindari kekecewaan berganda iaitu kecewa kerana langkah-langkah yang dijalankan kurang memberi hasil. Banyak bersabar. Ingat pepatah Melayu Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut perasaan? Boleh pengsan! Oleh itu apabila kita telah tenang, ikutlah akal supaya kita jadi cekal. 

:: Bertawakal ::
Bertawakal bermakna menyerahkan segala nasib kepada Allah setelah kita melakukan apa yang terdaya. Nabi Muhammad s’a.w memberi contoh supaya menambat unta dan selepas itu bertawakal. Ini bermakna jika unta itu tidak diikat, bertawakal pun tak guna. Dalam kes untuk menghindari kekecewaan ini, kita pasrah kepada nasib hanya setelah kita melakukan segala usaha yang kita rasa mencukupi. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan adalah hikmahnya. 

:: Tanam keyakinan diri ::
Kekecewaan sering timbul dan berlarutan apabila kira kurang mempunyai keyakinan diri. Apabila kita kalah misalnya, kurang keyakinan diri menyebabkan kita rasa yang kita akan sentiasa kalah lagi. Ini menyebabkan kekecewaan kita sentiasa meningkat walaupun puncanya adalah satu sebab.
***

Tamat...

Selepas sahur, saya berehat di luar rumah sambil merenung bintang di langit. Damai sahaja rasanya. Tenang hati bila tengok kerdipan bintang di langit. Selepas Solat Subuh saya tidur balik. Jam 9 pagi saya hantar adik saya ke sekolah dan kemudian ke Alor Setar untuk uruskan beberapa hal. Kemudian saya cuma berehat di rumah sampai petang.

Cuaca kebelakangan ni memang panas. Tapi hari ni hujan dah kembali turun. Alhamdulillah. Saya berterawih di Suaru polis dan selepas terawih saya tonton TV dan kemudian kira-kira jam 12.30 malam saya semak dan balas email.

Saya tidur lebih kurang jam 2 pagi. Tak banyak yang dapat saya cerita hari ni...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69][70][71][72][73]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah