Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

24 MAC 2002

Hajat di hati nak taip panjang-panjang tetapi oleh kerana kesibukan maka terpaksalah menaip ala kadar sahaja. Ayat pun secara spontan sahaja. OK kot? Tak kisahlah... Bangun lewat sikit hari ni dalam pukul 6.15 pagi. Entah apasal jam tak bunyi. (Tak dengar ke tak bunyi? Hehehe..) Pergi kerja macam biasalah awal. Tapi awal lagi boss. Memang saya respect kat boss. Sampai paling awal balik antara yang terlewat. Saya datang bolehlah cakap antara yang terawal tetapi balik antara yang terawal jugak. Hehehe.. Maklumlah rumah jauh.

Rehat tengah hari saya makan di restoran jiran saya dan buat kesekian kalinya saya diberi makan percuma. Makan free memang best tapi kalau sampai tiap-tiap kali dia bagi makan free, pening kepala dibuatnya. Lainlah kalau muka tak malu. Kan? Saya nak bayar dia kata tak payah. Hari tu saya bawak Zam dengan Din semua tak kena bayar. Nasib baik dia tak ada anak perempuan. Saja je melawak. Hehehe.. Anda bagaimana kalau diberi peluang makan free je......

Malam saya solat di Masjid Kuah dan makan di sekitar Pekan Kuah. Menarik praktikum di Langkawi ni. Boleh jalan merata. Tetapi bebanan kerja pun tinggi, jadi saya amalkan konsep kerja cuma di tempat lerja dan di rumah cerita lain. Tidak menganggu antara satu sama lain.

Ada satu cerita menarik hari ini. Di Langkawi saya tinggal di rumah mak saudara saya yang kini ke Mekah. Bersebelahan dengan rumah mak saudara saya ialah rumah ayah mertuanya yang saya panggil Tok Wan H. (saya tak bubuh nama penuh). Tok H ni merupakan seorang pemandu teksi di Langkawi. Saya dan Tok H memang rapat. Semalam Tok H telah membawa dua orang perempuan lebih kurang sebaya dengan saya dari Kuah. Dalam perjalanan Tok H pun bertanya kepada kedua-dua perempuan tu. Perempuan tu cakap mereka belajar komputer di Kuah. Lalu Tok H pun menceritakan tentang kami bertiga yang sedang praktikum di LADA Langkawi. Lalu kedua-duanya bertanya sama ada kami kacak atau tidak dan pelbagai lagi soalan. Sampai di suatu simpang seorang daripada mereka turun dan seorang lagi menuju ke destinasi yang lain. Selang beberapa ketika apabila sampai di destinasinya perempuan yang kedua pun turun sambil memberikan duit tambang RM 3 beserta dengan satu benda lain. Nak tahu apa dia? Surat untuk berkenalan dengan kami bertiga. Astagfirullahalazim.... Mengucap panjang Tok H sambil termenung sebab terkejut dengan orang zaman sekarang. Lalu Tok H pun menunjukkan surat tu kepada kawan-kawannya. Apa komen anda? 

Bagi saya dalam hidup ini kita boleh buat pilihan tetapi biarlah kena dengan gaya dan caranya kerana walaupun sesuatu itu bertujuan dan niatnya murni tetapi caranya juga perlu selari dengan matlamat. Kita tidak boleh menjadikan konsep matlamat menghalalkan cara. Itu merupakan suatu yang salah dalam prinsip hidup kita. OKlah setakat tu je kot hari ni. Maaf saya tak sempat nak update selalu sebab saya masih tak bawa komputer lagi jadi terpaksa menumpang di banyak komputer orang lain. Arief pun dah komplain lambat update. Arief macam mana dengan Hard Disk saya?. Heheh.. Seronoklah Arief Jaka Yazid sebab praktikum atas kapal. Arief saya tiada aweks lagi. Jangan pandai-pandai buat cerita. Hehehe... Banyak lagi cerita yang nak saya tulis tetapi tunggu komputer sampai dulu. Nanti mudah saya update....

WASSALAM...

23 MAC 2002

Hari Sabtu Cuti... Yahoo! Seronok. Saya bangun 6.15 pagi dan berjogging seorang diri berhampiran dengan Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi. Dalam 3 kilo. Lepas tu pergi beli roti canai di Padang Mat SIrat. Pagi tu keluar ke pekan Kuah untuk cari buku Visual Basic dan Installer Visual Basic. Tension betul sebab di Langkawi ini tiada kedai buku pasal komputer. Ada sebuah je kedai buku di Langkawi ni. Macam mana nak jadi tempat perkembangan IT?

Tengah hari saja je makan KFC. Lepas tu balik ke rumah dan terus ke Pantai Pasir Hitam. Kemudian ke Pantai Pasir Tengkorak. Best betul sebab orang tak ramai. Din cakap, pantai ni yang paling best sebab airnya jernih dan memang selamat untuk budak-budak. Saya, Din dan Zam mandi kat sana dalam lebih kurang dua jam. Lagi pun orang cakap air laut memang banyak khasiatnya. Hehehehe..Boleh elokkan kulit tetapi makin hitam jadinya. Yalah berjemur tepi pantai.

Malam memang rasa penat jadi tak ke mana-mana. Duduk rumah sambil masak nasi goreng. (Nasi orang bujang) berlaukkan telur goreng special. Hehehe...Tidur awal sebab nak pergi kerja esok. (Komitmen kena padu, baru boss bagi markah tinggi).

WASSALAM...

22 MAC 2002

Nak bangun pergi jogging di Kuah tapi hujan pulak. Macam tulah adat dunia. Kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan. So bangun terus sedia sarapan. Semua masak mee goreng. Sedap! Hehehe...memang teror masak mee goreng! Mee Goreng Segera! Hehehe. Buat air nescafe panas dan kami bertiga pun makanlah. Puas hati walaupun banyak kelemahan. Cara bujang la katakan. Kalau dah kahwin nati barulah boleh merasa masakan yang lebih lazat. Hehehe.. tapi waktu tu lambat lagi kot memandangkan masih tiada calon lagi.

Lepas tu pergi ke kampung buku. Dulu menarik tapi sekarang apa dah jadi pun entahlah. Nanti saya komen sebab sekarang ada masalah dengan keyboard. Nak taip pun susah. Petang mandi di Teluk Burau. Pemandangan dekat situ memang fantastic tetapi sedikit panas. Kalau tangkap gambar buat frame memang cantik... Rasa macam kat tempat orang putih la pulak. Sebab kami je kot yang melayu. Yang lain semua Mat Salleh. Hehehe... Dekat dua jam berendam kat situ. Orang cakap Air laut bagus untuk kulit, so berendamlah lama-lama sampai kecut kulit, Hehehe. Tak patut betul. Banyak yang nak saya tulis tapi masa terlalu terhad dan keadaan yang tidak selesa (Papan kekunci rosak)

WASSALAM...

21 MAC 2002

Disiplin merupakan satu elemen penting untuk mencapai kejayaan. Tanpa disiplin kejayaan tidak kanha dir. Sebagai orang Islam kita telah dilatih dengan displin. Sebagai contoh solat lima waktu. Solat lima waktu inilah yang membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Kalau kita mengabaikan kewajipan kita bermakna kita tidak berdisiplin. Sebab itu solat menjadi ukuran kepada sama ada kita berdisplin atau tidak.

Bangun memang awal! 5.45 pagilagi dah bangun. Orang pertama sampai di pejabat. Penyapu baru la katakan. Hehehe...Hari ini saya cuba develope satu sistem tetapi buntu sebab terlalu banyak requirement. Nasib baik boss bagi sedikit keringanan. Hehehe... Nasib baik kerja separuh hari.Petang jogging dalam 2.5 kilo berhampiran dengan Airport. Memang enjoy lepas tu jalan-jalan ambil angin di sekitar pantai Chenang. Saja je meronda ambil angin segar.

Malam meronda sampai ke Pantai Kok tetapi sebelum tu singgah makan di sebuah kedai dan sempat lah tengok program Senario.Saya memang respek dengan babak Apek interview dengan dirinya. Betul-betul kreatif dan menarik. Rugi tak tengok. Hehehehe...

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah