Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

09 SEPTEMBER 2002

Satu renungan buat semua terutamanya lelaki. Perempuan pun boleh baca jugak...

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Hari ni saya nak bangun bersahur tapi lewat. Jadi tak berpuasalah hari ni. Mengarut betul! Waktu pagi saya Cuma melakukan beberapa kerja peribadi menggunakan komputer sambil menambah  sikit ilmu dengan belajar beberapa benda baru.

Kemudian saya tidur sekejap. Maklumlah semalam rasa macam kurang tidur sikit. Tengah hari saya Cuma baca majalah MASSA minggu ni dan kemudian tengok liputan SUKMA. Oklah persembahan atlit Kedah hari ni. Esok mungkin banyak emas lagi kot. Hehehe...

Kemudian tengok ada satu Pajero datang ke rumah saya. Siapa dia? No plat kereta KBF. Baru lagi. Cantik pajero tu. Rupanya pak Njang saya kena bertugas walaupun sedang bercuti. Hehehe... Tapi dia dah ada di Alor Setar dah pun tak perlulah bertolak dari Langkawi.

Lepas tu Ada Kenari pulak datang. Memang dah tahu dah Abang Midilah tu. Bawak sekali raket dah tahulah tujuan dia. Nak main badmintonlah tu. Saya sebelum main badminton sempat tonton Kiranya aku tahu terlebih dahulu.

Hari memang seronok main sebab saya macam main single. Kena bekerja keras. Partner saya agak berumur sikit. Tapi tak apa sebab peluh keluar banyak. Macam mana pun tewas. Tak kisah sangat sebab yang penting puas. Kalah pun sikit sangat. Hehehe...Nak bagi alasan jugak tu...

Lepas tu bila balik saya Cuma berehat dan lepas Maghrib saya semak email. Maaflah sebab saya agak lewat semak email minggu ni. Tak berapa tahu perkembangan sangat.

Ada yang hantar awal. Maaf minggu ni lewat sikit balas. Ada banyak yang nak kena balas. Tunggu turn ye! Hehehe...Malam ni saya banyak tumpukan kepada usaha membalas email-email yang berlambak tu. Lepas tu saya update diari ni sekejap sebelum tidur.

WASSALAM...

08 SEPTEMBER 2002

Satu renungan buat kita bersama. Ia merupakan email yang saya terima memandangkan hari ini adalah 01 Rejab 1423 Hijarah. Jadi ada baiknya saya cuba berkongsi kelebihan bulan Rejab bersama. Sesungguhnya bulan Rejab ini amat bermakna bagi saya. Nanti bila tiba waktunya saya akan ceritakan mengapa. Sebelum itu bersamalah kita menginsafi diri dengan peringatan di bawah

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as:

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

"Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."

Tsauban bertanya:  "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan.  Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."

Hari ini saya bangun hampir nak habis Subuh dah. Lewat. Nasib baik sempat. Maklumlah tidur pukul 5.30 pagi. Mengantuk terus saya sambung tidur di Bilik Ariep dan Airpool. Kemudian selepas tu saya Cuma berbual dengan Ariep& Airpool sebelum makan tengah hari. Selepas makan tengah hari saya berkunjung ke bilik member di blok sebelah. Lama jugak berbual lepas tu bila sedar nak hujan terus saya bergegas bertolak ke Alor Setar.

Sebelum tu Thanks Ariep dengan Airpool sebab tumpangkan bilik. Halim pun thanks sebab banyak ajar pasal VB.

Bila balik saya Cuma berehat. Mata mengantuk tapi saya paksa bagi tak tidur. Terus saya khatam paper. Lepas tu gunting iklan jawatan kosong dan kemudian beli sampul surat serta lekatkan setem untuk mohon borang kerja. Hehehe..Orang menganggur lah katakan.

Malam saya Cuma tonton Berita, Mr. Bean dan Under One Roof sebelum saya install macam-macam sebelum tidur. Tak sempat nak semak email.

WASSALAM...

07 SEPTEMBER 2002

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

"Manusia Hawa dijadikan dari rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"

Selamat pengantin baru kepada Kakan Din Rofidah Haji Said yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari ini dengan Mohd Asraf Bin Omar.

Maaf sebab saya tak dapat hadir atas banyak sebab. semoga bahagia selamanya. InsyaAllah...

Din dengan Zam bila lagi? Hehehe...

Pagi ni tak dapat saya nak berjogging kerana hujan tapi tak kisah sangat sebab saya nak bersiap ke UUM. Matilah macam ni tak prepare habis lagi. Apa yang nak saya goreng sat lagi bila bagi ceramah praktikum. Silap sebab terima tawaran tu sebab ramai kawan-kawan yang saya kenal. Maklumlah satu batch. Nak buat macam mana. Mulut dah kata Ya.

Macam mana pun nak kena fikir jugak. Waktu dalam perjalanan ke UUM saya practice bagi ucapan. Kira oklah tu. Lepas tu terus ke bilik Ariep simpan barang dan buat sikit persiapan. selepas solat Zohor terus saya ke Dewan Seminar STM. Dapat jumpa ramai kawan lama. Hehehe...

Lepas tu ada yang tanya kenapa datang situ (saya tak bagitahu lagi) Saya kata saja je. Bila masuk dewan ramai yang terkejut. Hehehe...Lepas tu saya pun ceritalah pengalaman praktikum di LADA dan beberapa pesanan. Hehehe...

Lepas tu dapatlah sikit hadiah pen yang cukup cantik. Lepas ceramah ramai yang kerumun saya. Lama tak jumpa depa. Hehehe... Lepas tu saya dan Halim bincang banyak perkara terutama soal VB.

Petang tu saya main bola sekali dengan geng-geng lama saya. Seronoknya. Bila jalan rasa macam dulu-dulu pulak. Indahnya kenangan! Kemudian bila main memang rasa lain sebab lama tak main bola. Bola pulak ringan macam bola tampar. Tapi puas hati jugaklah main hari tu. Khamis ni, InsyaAllah saya akan kembali main. Hehehe...

Malam dan Ariep serta Airpool dan Farid makan di Kolej TNB. Lapar betul sebab saya tak makan tengah hari. Kemudian saya berbual dengan Airpool. Rasa mengantuk sangat tapi tak mahu tidur. Ada masalah sikit sebab saya kena pakai selimut baru boleh tidur. Saya tak bawak selimut. Masalah betul. Jadi saya terus merayau-rayau ke bilik orang lain macam biasa. Hehehe...

Belajar VB dari Halim sampai pukul 4 pagi kemudian sembang-sembang dengan Chale sampai pukul 5 pagi. Kira-kira jam 5.30 pagi baru boleh tidur.

WASSALAM...

06 SEPTEMBER 2002 [JUMAAT]

Sempena kedatangan bulan Rejab lusa. Saya nak ajak anda semua mengetahui kelebihan Bulan Allah ini.

KELEBIHAN BULAN REJAB
 
 
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan Rejab:
 
  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

  • Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

  • Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

  • Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).

  • Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

  • Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
    a.   Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
    b.   Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
    c.   Terlepas daripada dahaga di akhirat.

  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan

Saya berjogging macam biasa hari ni. Kemudian bila balik saya cuma melakukan rutin biasa dan kemudian ke kubur Tok Wan saya untuk letak batu Nisan baru. Kenudian ikut mesyuarat keluarga sebelah Abah di rumah Wa saya dan kemudian makan tengah hari di sana.

Tengah hari Solat Jumaat di Masjid Alor Semela. Ringkas sahaja khutbah pada hari ni.

Selepas Solat Jumaat saya terus makan kenduri Khatan anak-anak jiran. Fuh buat kenduri macam kenduri kawin. Lepas makan nasi jamu mihun pulak lepas tu jamu laksa pulak. Dasyat betul kenduri orang bersunat kali ni.

Petang cuma bersama kawan-kawan repair padang bola. Malam saya tidur awal sebab nak ready untuk esok.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah