Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

08 OGOS 2002

Sebelum saya memulakan Diari saya hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada seorang kawan rapat saya ketika kecil dahulu iaitu Mohd Hanif Mohd Ali yang kini sedang menuntut di UTM. Selamat Hari jadi yang ke 22. Untuk Hanif sila semak email anda.

Sedikit Fakta tentang Senyum....

SENYUM adalah bahasa dunia.
Ia menunjukkan keceriaan.

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu
mengindahkan perhiasan
lahir yang tidak sempurna.

Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah
kita SENYUM.

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda
menyukai seseorang.

"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan
sahabatmu adalah satu
sedekah.

SENYUM adalah jambatan persahabatan.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan
merugikan.

Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk
SENYUM.

SENYUM harus ada ketululusan.

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan,
sama saja dengan
kening yang berkerut.

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya
menggerakkan 15 otot
manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di
bahagian muka.
Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja
40 otot.
Bayangkanlah !!!

"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke
dunia.

Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.

Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada
kita.

Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya,
sekligus ia akan
memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas
.... kenapa kita tidak
muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari
ini.
Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian
persahabatan........ Willian Shakespere
mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat
diperolehi dengan
SENYUM daripada memotong dengan pedang"

Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.

Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.

Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya

Justeru cerialah selalu dan jangan terlalu cepat kecil hati. Ceriakan dunia anda dan biarkan hidup anda gembira. Lupakanlah persengketaan dan permusuhan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Hari ini saya tidak berjogging seperti biasa sealiknya saya telah ke Dusun Pak Cik saya di kuala Nerang. Dekat dengan Tualak. Tak tahulah anda tahu atau tidak. Saya lalu ikut Jalan Datuk Kumbar merentasi Jalan Langgar-Pendang kemudian masuk ke Jalan Tualang sebelum sampai di Pokok Sena. Kemudian terus malalui Muasasah Darul Ulum. (Saya lihat makam Ustaz Fadzil masih ada orang yang menyedekahkan Al-Fatihah) dan melewati Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Balai Pois Kuala Nerang, Kolej Mara Kuala Nerang. Apabila sampai di Pekan Kuala Nerang Motor Pak Cik saya pancit pulak. Terpaksalah saya dan Makcik saya (adik ayah saya) ke dusun dahulu.

Selepas mengait buah Cempedak, saya makan banyak betul buah dokong, rambutan dan manggis. Seronok betul. Lepas tu Pak Njang saya turut datang dan sama-sama mmetik buah. Kemudian saya pergi minum air pokok. Sedap! Hehehe... Kalau kita cantas pokok, akan keluarlah air pokok tu. Pokok yang pak cik saya cantas tu memang banyak airnya. Oleh kerana saya tak berapa pakar sangat bab-bab dalam dusun ni, asyik kena perlilah saya. Dia kata kalau kawin dengan orang dusun nanti macam mana? Ke situ pulak dah. Lepas tu dia cerita menantu dia, nak kupas buah kelapa pun tak tahu. (Saya tahu Hehehe...). Macam-macam..Hehehe...Kemudian saya terpaksa bawak balik dua guni buah cempedak, dokong, manggis dan rambutan. Jenuhnya. Nak buat macam mana.

Terpaksalah bawak sejauh kira-kira 45 km macam tu. Satu guni ikat kat belakang dan satu letak di depan. Lenguh betul. Waktu perjalanan balik. Saya cakap dalam hati bilalah nak sampai. Elok sampai sahaja di rumah saya terus habiskan dua bungkus nasi lemak. Penat! Dan Lenguh.

Kemudian selepas berehat sekejap saya terus tertidur dari jam 1 tengah hari sampai pukul 3.30 petang.  Kaki pun dok rasa sakit lagi. Memang kepingin nak main. Internet pun saya tak onkan lagi hari ni. Mungkin malam ni saya akan updatekan semua. Email saya check lagi untuk hari ni. Sejak jam 10 pagi semalam lagi) Kalau tidak sehari 3 atau 4 kali saya semak email. Maaf kalau lambat sikit balas email.

Petang saya tengok Kiranya aku tahu. Anda nak tahu jawapannya ialah B-8A. Hehehe..saya tengok tiap-tiap hari pulak cerita tu. Lepas tu tengok Roda Impian sebab tertarik dengan seorang peserta iaitu Mat Bond. Pandai dia buat lawak dengan gayanya tu. Hehehe..Menang lagi dia hari ni. Kalau anda tengok pun saya pasti anda akan rasa terhibur.

Malam selepas Maghrib dan baca Yasin bersama keluarga saya tonton berita. Kemudian adik saya nak tengok senario tetapi saya nak tengok Maximum Expossure. Terpaksalah mengalah sekejap. Kemudian saya semak email dan perbetul beberapa email setting dan tidur dalam jam 2 pagi.

WASSALAM...

07 OGOS 2002

Apa pendapat anda jika anda melakukan sesuatu tindakan tetapi ia telah disalahtafsir? Sakit hati atau terus bersabar? Saya membawakan persoalan ini bukan kerana apa. Cuma kita perlu lebih bijaksana dalam membuat penilaian. Begitu juga dengan orang lain. Jika kita terus menilai tindakan mereka itu tanpa mengetahui hujung pangkal sesuatu.

Justeru kita seharusnya mendapatkan maklumat dari kedua-dua belah pihak sebelum membuat sesuatu keputusan. Adalah tidak adil apabila kita mendengar hanya dari sebelah pihak dan terus membuat keputusan. Tidak adil kan? Jadi kita seharusnya cuba memperbaiki diri kita. Cubalah memahami diri orang lain. Jangan terus membuat penilaian melulu kerana kadang-kadang kita akan terus masuk ke dalam perangkap.

Biasanya ramai yang sedar mereka telah masuk dalam perangkap akibat terlalu melulu membuat penilaian tetapi oleh kerana ego, mereka terus mempertahankan benang yang basah sehingga diketwakan oleh khalayak umum. Jadi janganlah kita menjadi seperti mereka. Berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan dan penilaian.

Hari ini seperti biasa saya berjogging pada waktu pagi. Hari ini saya melakukan LSD dalam jarak kira-kira 2.5 km dan Sprint pada 500m terakhir. Alhamdulillah OK walaupun terasa sedikit sakit pada urat paha sebelah kiri. Selepas cool down saya terus pulang dan bersiap untuk ke Wisma Darulaman. Kemudian selepas masuk ke kawasan EXCO, Alhamdulillah saya dapat pengesahan tersebut.

Yang saya rasa seronok ialah layanan orang di Wisma Darulaman memang best. Tapi saya tak oleh buat kesimpulan terus tetapi apa yang saya jumpa ialah orang sentiasa senyum dan beri salam kepada saya. Hehehe...Rasa macam YB pulak. Perasan!

Tapi memanglah....Memang rasa mesra dengan layanan sebegitu...

Kemudian selepas makan tengah hari saya siapkan resume dan surat permohonan untuk memohon kerja dan teruskan pos pada petang itu. InsyaAllah kalau ada rezeki adalah. Yang saya poskan itu adalah KWSP. Kena kerja kat KL lah nampak gayanya. (Saya kalau boleh nak kerja di sebelah utara). Terpulanglah kepada keadaan. Baru mintak dah yakin. Hehehe...

Petang saya training badminton dan buat Shadow play dan kemudian buat beberapa pergerakan dan latihan untuk membaiki step. Boring jugak sebab buat sorang-sorang tapi sebab semangat, kena pulunlah sikit. Malang sekali saya dah injured. Sakit betul di bahagian belakang paha. Saya rasa macam kejang otot tapi ada yang kata Archiles Tendon. Entahlah. Yang penting saya memang dah buat keputusan untuk rehat esok. Hehehe... Bukannya apa sebab nak ke dusun Pak Cik saya di Kuala Nerang selepas Subuh esok pagi.

Malam saya tidur awal sebab terasa amat sakit sampaikan nak solat pun sukar. Nak buat macam mana. Mungkin kifarah dosa saya kot (Banyak buat dosa) atau pun ujian dari Allah.

WASSALAM...

06 OGOS 2002

Kalau tiada keikhlasan dalam diri kita, kita akan sentiasa dilanda dengan kemelut kehidupan. Yakinlah dengan keikhlasan itu kita akan mampu mengharungi segala cabaran yang mendatang. Biarlah kita hidup dengan keikhlasan kerana keikhlasan itu akan memberikan ketenangan kepada hati.

Ketenangan hati merupakan kunci kepada kesejahteraaan hidup di dunia dan akhirat. Sebab itu saya tidak mensasarkan pengharapan yang terlalu tinggi dalam hidup. Cukuplah sekadar saya mempunyai hati yang sentiasa tenang dan bahagia. Biarlah susah di mata orang asalkan pada hakikatnya kita senang. Betul tak? Saya tinggalkan anda dengan penilaian anda sendiri.

Kembali kepada diari untuk hari ini.

Kecewa! Memang kecewa…Tapi nak buat macam mana, adat perlawanan ada menang dan ada yang tewas. Tetapi bagi saya Kedah tidak tewas Cuma tidak menang sahaja. Hehehe..Faham tak. Walaupun mendominasi perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol. Apa pun saya amat berpuas hati dengan prestasi pasukan Kedah ketika ini. Teruskan kemaraan dalam Piala Malaysia.

Hari ini seperti biasa saya turun jogging pada pukul 6.50 pagi. Rasa semakin bertenaga. Hehehe..Petang ni baru boleh test main badminton semula. Kemudian saya ke Wisma Darulaman untuk mendapatkan pengesahan sijil-sijil saya daripada ADUN Tanjung Seri (kawasan saya) Ustaz Fadzil Hanafi yang juga EXCO Agama Negeri Kedah tapi tiada di pejabat. Lalu saya terus nak jumpa dengan YB Prof. Datuk Dr. Haji Othman Bin Haji Ishak yang juga EXCO kerajaan Negeri Kedah. Sebab banyak sijil yang nak disahkan saya kena ambil esok pukul 10 pagi.

Kemudian saya terpaksa sahkan sijil saya yang lain dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah. Bukan saya tak mahu bagi EXCO sain semua tapi agak menyusahkan sebab banyak sangat. Semua sekali ada dalam 34 keping. Dekat SKTR cepat sikit. Kemudian saya pergi tangkap gambar untuk permohonan kerja. Kemudian saya ke pejabat pos beli Sampul pos ekspres.

Petang saya main badminton dan Alhamdulillah, memang best. Smash meletup-letup. Mata yang saya kutip 90% dari smash. Memang seronok. Hehehe..Jaga Abang Midi. Senang je nak lawan Abang Midi waktu ni sebab dia tengah ..... Hehehe...

Malam saya pergi ambil printer di rumah Mak Cik Syam dan ke Pasar Malam dekat Taman Saya. Kemudian dengar ulasan bola. Ulasan ada kat atas. Kedah kalah 3-2 Gol Emas. Ishk..Ishk.. Sedih betul.

 WASSALAM...

05 OGOS 2002

Saya cuma nak paparkan satu pantun yang saya baca dari Akhbar Mingguan Malaysia semalam. Pantun ini merupakan pantun melayu yang mempunyai pengajaran bagi kita.

Apalah Tanda Batang Tebu
Batang Tebu Halus Uratnya
Apalah Tanda Orang Berilmu
Orang Berilmu Halus Budinya

Renungkanlah pantun di atas.

Sebelum saya teruskan diari saya, saya nak ucapkan tahniah kepada semua graduan UKM yang menerima ijazah dan kalau tak salah saya seorang kenalan saya yang baru saya kenal, As juga menerima Ijazah hari ni. Tahniah! Kalau salah jangan marah...Saya , InsyaAllah pada bulan depan pada 16hb Sessi pagi.

Seperti biasa saya berjogging di Taman Rimba. Ada dalam 3km sehari saya jogging dan Alhamdulillah rasa semakin segar dan kalau ada pertandingan badminton bulan ni, dapatlah saya bersedia. Sepatutnya di Langkawi bulan lepas tetapi terpaksa ditunda sebab berlakunya pertindihan acara. Jadi tak sempatlah saya nak merasa kejohanan di Langkawi. Rasanya ada peluang untuk menang di Langkawi. Hehehe..Confident je.

Lepas ni misi nak balas dendam dengan Abang Midi. Hari tu habis kena dengan dia. Gelanggang kat tepi rumah ni licin. Nak buat macam mana. FRU yang menginap kat dewan tu tak cuci habis. Dahlah lantai simen yang jenis licin. Kalau kat Langkawi main atas karpet, memang tak licin. Kat UUM lantai dah diubahsuai. Bulan depan ada kejohanan di UUM. InsyaAllah saya sertai.

Pagi ni selepas berjogging saya, baca akhbar yang tiap-tiap hari saya beli. Kemudian saya beli Majalah MASSA. Susah jugak nak dapatkan sebab banyak kedai yang menjualnya habis. Nasib baik dapat jugak. Majalah MASSA ni memang saya beli tiap-tiap minggu sejak keluaran 270 hingga sekarang bilangan 354. Buat bacaan minda. nanti senang sikit bila tahu banyak benda. Lagi pun hobi saya ialah membaca.

Kemudian saya layari Internet untuk balas email dan apply kerja secara online. Baca sikit berita di Internet dan kemudian saya siapkan sijil-sijil saya untuk apply kerja.

Tengah hari saya cuma tonton berita 12.30, Buletin 1.30 dan kemudian tengok Por Tu Amor. Saja je tengok sebab adik-adik saya minat sangat. Sebelum tu saya gunting rambut dulu. Rasa macam dah panjang walaupun kawan-kawan saya kata masih pendek. Hehehe...Seaya memang suka berambut pendek. Nampak kemas sikit kan?

Lepas tu saya kemaskini resume saya dan kemudian buat beberapa kerja yang patut. Pukul 5 saya tengok slot Identiti Kiranya Aku Tahu. Menarik jugak promo dia. Padang pun tak kering lagi, nak main bola pun tengoklah dulu sebab kalau ada orang main, saya akan turun main. Kalau tiada nak buat macam mana. Nak main badminton pun tengoklah dulu sebab tak ada sparring.

Malam ni saya tak tau apa nak buat sangat. Esok yang penting Kedah lawan Penang, semi Piala FA. InsyaAllah menang. Penang rasanya tak dapat turunkan 6 key player. Paling saya gerun Zool Ihsan dan yang bestnya dia tak main esok. Hehehe....Kedah masih miss Dek Man (Akmal) dan Rafdi.

Tahniah Malaysia sebab dapat lagi empat pingat emas. Saya tengok permainan hafiz makin baik. Rileks betul dia main. Tahun lepas waktu dia lawan Wong Choon Han kat Alor Setar saya sempat tengok depan mata saya. Memang dah nampak dah potensi dia. Teruskan....

Bilalah nak boleh jadi macam dia. Hehehe..Angan-angan mesti kena tinggi. Rasanya setakat ini sahaja buat hari ini. Salam ceria buat semua....

Bawalah badan ke mana-mana tapi biarlah hati bersama Tuhan.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah