Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

27 JULAI 2002

Saya buka diari hari ni dengan satu cerita lucu. Just untuk merehatkan sedikit minda yang tegang. Hehehe....

Seorang lelaki pergi ke Kedai untuk membaiki jam tangannya. Selepas melihat sekali imbas, si pemilik kedai bertanyakan harga jam tersebut.

Lelaki itu menjawab "RM 1000".

"Awak sudah ditipu! Ini bukan jam asli. Ini jam tiruan! Dimana awak beli jam ini?"

Dengan marah lelaki itu menjawab " Di Kedai inilah!"

OK, berbalik kepada diari saya hari ni. Memang saya cukup bersemangat pagi ini. Saya sampai di RTM pada jam 8 pagi. Penganjur cakap pukul 8 dah kena ada kat sana. Tapi tengok penganjur pun lewat. Memang saya selalu jadi 'mangsa' bila berjanji saya kena tunggu. Hehehe.. Saya kalau boleh nak atur masa saya sebaik mungkin macam seorang guru saya di MRSM PDRM dulu. Cikgu Orang putih. Miss Heather. Oang England. Dia datang ke kelas tepat pada waktunya. Bila dia cakap "OK class, see you again tommorrow" Siren (loceng) pun berbunyi. dia sentiasa tepat pada waktunya.

Perlawanan pertama, lawan Kolej ANS. Kami cuma mahu enjoy. baru sekejap mula Zam dah score. Kemudian Zam tambah satu lagi. Dua kosong dah. Hehehe..Siapa yang assist gol tu? Sayalah...Hehehe...Saya ada dua peluang dua-dua sipi. Tension betul. Second half kena sebiji dan jadilah keputusan 2-1.

Kami terus layak ke Suku akhir dan bertemu LKIM. Tapi tewas 3-2 menerusi penalti selepas perlawanan terikat 0-0. Cuma saya dan Zam yang dapat jaringkan gol menerusi penalti. Men dengan Zaki gagal. Nak buat macam mana tiada rezeki. Kami tak salahkan sesiapa sebab memang kami nak enjoy dan mengeratkan silaturahim antara kami.

Tengah hari saya berehat sambil tengok cerita Hindustan Ajnabee. Tapi saya tengaok sat sangat sebab tertidur. Penat lah katakan! Kemudian pukul 5 petang saya ke RTM untuk menyaksikan final futsal dan menunggul cabutan bertuah. Tak bertuah pun. Hehehehe...Lepas tu tengok Bola jaring team makcik kat rumah saya lawan. Depa memang dengan INSANIAH dalam Final.

Malam saya ke Stadium untuk tonton Kedah lawan Johor FC walaupun waktu kat RTM tadi orang cakap ada siaran langsung. Tak sama duduk di rumah dan stadium. Agak lewat sikit masuk stadium sebab tunggu Men dan Ghafur.

Kedah dah main dengan baik tapi tiga kali kena tiang dan sekali palang. Banyak percubaan tapi tak gol dan akhir sekali Johor FC jaringkan gol. Nasib baik Cik Hishamuddin Hasan dapat score untuk samakan kembali jaringan. Puas hati memang puas hati. Tapi kalau boleh nak menanglah. Lepas tu saya terus pulang ke rumah dan tidur dalam pukul 2 pagi. Esok nak kena ke UUM burn laporan akhir dalam CD.

WASSALAM...

26 JULAI 2002 [JUMAAT]

Saya ada terima satu emel dari seorang sahabat baru saya. Sebenanrnya email ni dah lama dah saya baca. Email mengenai jokes Mr. Bean. kalau orang yang rapat dengan saya, saya dah selalu ulang. Tetapi saya rasa elok saya ulang dalam Diari ni hari ni. Just for jokes. Nothing else! OK!

MR. BEAN WHILE IN GRADE SCHOOL

Teacher: What is 5 plus 4?

Mr. Bean: 9

Teacher: What is 4 plus 5?

Mr. Bean: Are you trying to fool me, you've just twisted the figure,

the answer is 6!!

WHILE IN A DRUG STORE

Mr. Bean: I'd like some vitamins for my grandson.

Clerk: Sir, vitamin A, B or C?

Mr. Bean: Any will do, my grandson doesn't know the alphabet yet!!

QUEUING BEHIND HIS FRIEND AT AN ATM MACHINE

Friend: What are you looking at?

Mr. Bean: I know your PIN no., hee, hee.

Friend: Alright, what is my PIN no. if you saw it?

Mr. Bean: four asterisks!

Waktu pagi dihabiskan dengan training bola dengan team saya untuk persiapan esok hari. Dapat jugak score dua biji dengan gerakan solo. Hehehe.... kalau training boleh buat waktu lawan jangan tak boleh buat cukuplah. Kan? Kemudian kami minum di Stadium Darulaman. Selepas pulang saya tidur sekejap dan kemudian menunaikan Solat Jumaat di Masjid Alor Semela.

Selepas solat Jumaat, saya cuma menonton TV dan petang itu saya dan Abang Midi serta emak ke Pasar Malam di Taman Nuri. Saja dah lebih kurang 5 bulan saya tak ke pasar malam tu! Jumpa ramai jugak kawan-kawan lama. Hehehe...

Malam saya dan Zam berbincang mengenai soal strategi esok dan saya menyiapkan air minuman untuk esok. Bancuh air gula dan sediakan air. Esok nak kena bancuh awal-awal. Malam saya tidur agak awal. maklumlah nak bersedia esok hari.

WASSALAM...

25 JULAI 2002

Rasa masa terlalu pantas berlalu. Sekejap sahaja dah tiga hari kami di Trong. Macam nak tangguh balik sehari sahaja lagi. Tapi apakan daya esok ada lawan bola Liga Sukan Untuk semua di RTM Kedah. Saya dan Zam masuk. Nak buat macam mana kan....

Pagi seperti biasa kami ke dusun untuk mengutip durian. Best memang best tapi kena sentiasa berhati-hati sebab silap-silap, buah durian jatuh atas kepala. Naya je. Kemudian bila balik ke pondok kami mengupas buah kelapa untuk dibuat lampok. Jenuh jugak nak kacau durian sampai jadi lampok. Ada dalam 1 jam 30 minit kena kacau lampok.

Kemudian kami mandi air terjun atas permintaan saya. Memang menarik, damai dan indah. Saya bukan hanya mandi tetapi juga cuba menghayati kedamaian alam sambil menenangkan fikiran. Saya tidur dalam air sambil memejamkan mata memikirkan banyak perkara. Memang segar dirasakan.

Tapi dah nak balik dah. Alagkah bestnya kalau tiap-tiap hari dapat ke Air Terjun tu. untunglah Din sebab Air Terjun tu dekat dengan rumah dia. Hehehe.....Selepas solat Zohor dan makan tengah hari saya dan Zam mengupas buah durian untuk dibawa pulang ke Alor Setar. Nak bawak tanpa dikupas susah sebab naik motor sahaja.

Kami bertolak pulang dalam pukul 3 petang. Terima Kasih Din dan keluarga! Terima kasih atas layanan dan bermacam yang diberikan selama saya berada di sana. Perjalanan pulang diteruskan. Saya rasa cukup mengantuk walaupun bawak motor sampai saya tertidur bila bawak motor! Bahaya tu! Nak buat macam mana. Lepas tu saya minta Zam berhenti rehat Di Bukit Merah. Teringat pulak waktu balik Singapore tempoh hari, saya singgah di Bukit Merah. Kali ni cuma di perhentian rehat sahaja.

Selepas rehat dalam 15 minit saya dan Zam meneruskan perjalanan dan destinasi seterusnya ialah Juru. Ingat kot ada stesen minyak rupanya tak ada bagi perjalanan ke Utara. Terpaksa saya merancang untuk turun highway sama ada ke Seberang Perai Tengah atau pun Bukit Mertajam. Akhirnya saya ke Seberang Perai untuk mengisi minyak dan meneruskan perjalanan ke Alor Setar.

Sewaktu perjalanan pulang, saya nampak pemandangan yang amat cantik! Biasalah saya memang sukakan pemandangan. Dengan Lautan sawah yang terentang dan Gunung Jerai yang megah berdiri, saya rasa petang itu cukup menarik. Saya memang sukakan pemandangan tetapi dalam banyak-banyak pemandangan saya paling suka pemandangan sawah yang menghijau berbanding, laut, gunung, hutan dan lain-lain. sebab itu bila saya pulang ke kampung saya sengaja memilih jalan yang merentas sawah walaupun tak begitu luas. Yang penting saya sukakan kehijauan sawah!

Dalam perjalanan pulang jarum meter motor saya sampai ke Kilometer yang ke 77 777.7. Kira dah lebih kurang 18 000 km saya menggunakan motor saya sejak saya beli. Motor EX 5 Second hand sahaja. Saya sampai di rumah dalam pukul 7 petang.

Waktu malam saya melawat Pak long saya di hospital yang baru menjalani pembedahan mata petang tadi di Putra Medical Centre (PMC) Alor Setar. Selepas berbual dengan Mak Long dan Abang Long saya, saya pulang ke rumah bersama emak saya lebih kurang dalam 10.30 malam.

Saya agak penat tapi saya terpaksa balas banyak email dan buat beberapa perkara yang berkaitan dengan web saya. Jadi saya tidur dalam pukul 2 pagi. Nasib baik Men telefon mengatakan perlawanan Bola ditangguh pada hari sabtu. Yahoo.....

WASSALAM...

24 JULAI 2002

Waktu pagi dimulakan dengan mengutip Buah durian. Memang rasa seronok bila yengok banyak buah durian. Rasa cukup excited walaupun tak sebanyak sewaktu mula-mula dahulu. Selepas tu saya cuma bermain Playstation dengan Zam serta Din.

Kemudian kami ke Taiping untuk membantu Din membuat pendaftaran Internet di rumahnya sambil membeli sedikit racun serangga untuk kegunaan dusun. Sewaktu memandu barulah Din teringat yang lesen memandunya dah mati pada 16 Julai lepas. Kelam kabut jugak Din sebab JPJ ada buat sekatan jalan raya. Nasib baik tak ditahan.

Saya pulak lagi teruk. bayangkan menempuh lebih kurang 250 km saya tak bawak lesen memandu! Tertinggal di Alor Setar....Hehehe..Cuai betul! Kena berhati-hatilah nampak gayanya.

Kemudian bila balik dah dekat pukul 3 petang. Kami pergi mandi air terjun pada pukul 4 petang atas desakan saya. Hehehe... Seronok mandi air terjun. Hari nampak macam nak hujan tapi tak hujan pun. Kemudian saya, Din dan Zam ke dusun mengutip buah dan mengait petai.

Bila balik ke rumah, berjumpa pulak dengan sorang lagi kakak Din dan abang iparnya bersama 4 orang anak. Semua lelaki. Hehehe..Lebih kurang macam keluarga saya 6 lelaki! Tak ada perempuan. Paling menarik ialah anak saudara Din yang paling kecil yang cukup 'berminat' dengan saya. Dia tak mahu duduk dengan orang lain kecuali saya, emaknya dan ayahnya. hehehe.... Seronok betul bila layan budak (bayi). Tenang hati bila tengok muka bayi yang masih suci dari dosa.....Kita dulu pun macam tu jugak tapi bila dah besar banyak buat dosa. Kan? Hehehe....

Waktu malam kami ke Bandar Taiping untuk jalan-jalan. Sebelum itu, kami ke rumah Abang ipar Din untuk install game untuk abang ipar Din. Kami pulang ke rumah Din dalam pukul 10 malam dan kemudian kembali ke pondok di dusun dalam pukul 12 tengah malam. Kemudian kami tidur dalam pukul 12.45 malam.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah