Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

05 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Esok InsyaAllah kita akan mula berpuasa. Ramadhan akan tiba. Saat yang cukup dinantikan oleh para kekasih Allah, para pecinta Allah. Inilah waktunya untuk mengharapkan rahmat dari Allah. Bulan ini penuh dengan kerahmatan, keberkatan dan keampunan. Sekiranya esok kita masih lagi bernafas, jangan kita lepaskan peluang sebegini.

Ada orang cakap. Hari nilah last untuk kita makan banyak-banyak. Betul ke? Tapi ia bergantung kepada bagaimana kita melihat puasa itu. Kalau sekadar untuk menahan lapar dan dahaga, bolehlah anggap sebegitu. Tetapi puasa sebenarnya lebih daripada itu. Puasa merupakan amalan antara kita dengan Allah. Jadi hanya Allah sahaja yang layak memberikan ganjaran kepada puasa kita.

Sebagai seorang Islam, marilah kita sama-sama menghidupkan Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang dituntut. Semoga Ramadhan kali ini cukup bermakna. Waktu saya tulis diari ni pun saya dengar Radio IKIM.fm yang menyiarkan satu lagu Raihan yang antara rangkapnya ialah... Ku Mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna... Agar dapat kulalui dengan sempurna...

Bagi saya, InsyaAllah saya akan jadikan ia yang terbaik dalam hidup saya. Kalau kita fikir semula. Apa lagi yang kita nak sebagai insan. Tanpa kecintaan kepada Allah, kita akan rasa kosong. Dunia tak bererti. Inilah salah satu tanda cinta kita kepada Allah. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menambahkan lagi kecintaan kita kepada Kekasih Agung kita, InsyaAllah...

InsyaAllah selepas Asar ni saya akan ke Manjung Perak. Rumah Pak Cik saya untuk membantunya dalam bab-bab komputer. Bermakna saya akan memulakan Ramadhan saya di negeri oranglah kali ni. Hehehe... Kena rasa jugak sekali sekala.

Jangan tak bersedia pulak dengan bahan untuk bersahur sebab esok kalau diumum puasa. Tak ada bahan untuk bersahur. Lepas tu bagi alsan tak puasa. Hehehe...

Pasal Pak Cik jiran saya tu sebenarnya dia mengalami darah beku di kepala disamping beberapa masalah kesihatan yang lain. Masih tak sedarkan diri walaupun keadaan stabil. Semoga lekas sembuh. Semuanya kuasa Allah. Allah yang menentukan tiap sesuatu. Saya akhiri diari saya hari ni dengan ungkapan yang selalu saya taip.

Manusia merancang. Allah merancang. Tetapi Perancangan Allah jauh lebih sempurna.

WASSALAM...

04 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya InsyaAllah akan bertolak ke Manjung Perak pada esok hari. Tetapi semuanya bergantung kepada keadaan. (Kalau jadi mungkin diari ni akan dikemaskini lambat sikit. Apa pun saya akan cuba cari akses Internat di sana tetapi itu bergantung kepada faktor mobiliti.) Pak Cik saya yang ajak saya ke sana untuk ajar dia sikit sebanyak tentang komputer selama beberapa hari di samping memperbaiki komputernya.

Sebenarnya saya ada satu lagi tawaran dari Mak Njang saya supaya ke Langkawi mengajarnya komputer. Tapi saya pun sekarang tengah sibuk dengan beberapa perkara, terpaksalah pilih antara satu. Last sekali Pak Cik saya yang minta dulu. Tapi saya akan cuba jugak di Langkawi.

Lagi pun saya nak melawat Langkawi. Maklumlah dah jadi kenangan Pulau Itu bagi saya. Empat bulan berpraktikum di sana. Dah kenal dengan ramai orang. dah tahu banyak jalan. Dah biasa dengan kawasan sana. Sesiapa yang nak bercuti. Jemputlah saya ke sekali. Bolehlah saya jadi pemandu pelancong. Hehehe...

Saya kalau boleh nak try naik kereta kabel di Gunung Mat Cincang. Waktu saya di LADA dulu saya ingat sempat naik free tapi projek tu lewat siap. Nak buat macam mana. Terpaksalah lewat sikit. Saya berani cakap memang cantik tempat tu. Terlalu mengasyikkan. Tak percaya pergilah lawat sendiri.

Kalau anda berada di Telaga Tujuh pun anda dah boleh rasa pemandangan yang cukup indah. Inikan pula dengan menaiki kereta kabel. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan ke sana. Langkawi memang banyak kenangan bagi saya. Waktu saya praktikum di sana, kalau saya ada tekanan atau masalah, saya akan berehat di tepi pantai berfikir jalan terbaik mengatasi masalah. Waktu senja saya akan berada di tepi laut menyaksi Kebesaran Allah. Memang indah. Tapi kos di Langkawi agak tinggi. Itu sahaja.

Berbalik kepada diari saya hari ini. Saya bangun dah lewat dan last sekali tak jadi berpuasa sebab rasa terlalu lapar. Kemudian saya cuma berehat. Kaki pun dah semakin pulih. Memang tak sabar nak pulih cepat. Yang penting mental kena kuat. saya biasa dengar pakar perubatan mengatakan salah satu faktor yang membolehkan penyakit pulih dengan cepat adalah mental dan semagat tidak mahu mengalah. Itu akan membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Saya teringat cerita Filem RAMBO. Sewaktu Rambo kena tembak, ada orang tanya dia tak sakit ke? Rambo jawab, kalau kita lupakan kesakitan itu, kita tidak akan merasainya. Betul jugak kan? Walaupun filem tu adalah propaganda US tetapi ada benda yang boleh kita jadikan pengajaran. Saya pun amalkan benda tu. Barulah tak terasa sakit sangat.

Hari ni memang membosankan sebab hanya duduk di rumah. Kaki dah sakit. Kita bila dah kehilangan sesuatu barulah kita akan lebih menghargai sesuatu. Tapi sakit ni pun ada hikmahnya sebab kaki kanan saya lebih kuat jadinya. Selalu kena tampung kekurangan kaki kiri. Banyak aktiviti kena harap betul-betul kepada kaki kanan.

Bila saya tengok orang main badminton. Memang teringin sangat nak turun main. Tak tahulah bulan puasa ni orang main ke tak. Kalau ada orang turun main, saya tak ada masalah sebab saya dah biasa main sewaktu puasa.

Lepas tu bila tengok orang main bola terasa gian sangat nak main. Nak buat macam mana kaki tak elok lagi. Last sekali saya main bola ialah pada 15/09/2002 sewaktu Pestabola konvo. Lepas tu saya cuma tumpu kepada training badminton. Nak main dekat padang asyik bertakung sahaja air tu. Kalau nak ikut hati saya nak main tapi depa main lewat sangat. Nak Maghrib baru mula. Susahlah.

Malam ni saya tidur jam 10.30 malam. Biasalah. Saya akan bangun balik jam 2 atau 3 pagi.

WASSALAM...

03 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Tak pasal-pasal saya yang merana akibat kesalahan orang lain. Hari ni baru rasa semakin sakit bahagian dalam. Kaki dah mula membengkak. Nak solat memang kena duduk. Saya kena kurangkan pergerakan. Seksa betul. Cubaaaaaannnn...

Apa pun saya kena terima. Alhamdulillah tak jadi lebih teruk. Semuanya terlalu pantas berlaku. Saya tak dapat bayangkan kalau saya tak sempat elak tiang elektrik tu. Alamatnya kenduri arwahlah.

Motor pun saya tak repair lagi. Hari ni nak turun jogging pun tak boleh sebab nak pakai kasut memang pedih kaki. Nak pakai sandal pun susah. Semalam OK hari dah jadi lain. Last sekali saya terpaksa duduk terperap dalam rumah sahajalah. Nak buat macam mana.

Saya cuma menonton TV. Mula 12.30 saya tengok cerita Tamil di TV2. Pasal orang sakit mental. Serius pun serius, lawak pun lawak jugak. Bolehlah dengan effect khas sikit kira OKlah. Bolehlah saya rileks sikit tengok cerita tu. Nak keluar tak boleh. Lagipun kalau cerita hindustan ni memang saya cukup minat. Hehehe...

Petang tengok pulak cerita Nayak. Cerita ni saya dah tengok lama dah. CD kat rumah pun ada. Tapi bila tengok dengan family rasa lagi best. Hehehe... Lagipun apa sangat saya boleh buat hari ni sebab kaki sakit. Rehat sahajalah. Nak keluar jalan-jalan kena berkaki ayam sebab tak boleh pakai sandal (Pedih).

Selepas Isyak saya sedang berehat dan dah nak masuk tidur tapi ada jiran saya datang dengan cemas meminta tolong keluarga saya ke rumah seorang jiran saya (sebelah rumah jiran saya yang meninggal tempoh hari) yang sedang sesak nafas. Saya pun bergegas ke rumah Pak Cik Mat. Bila saya masuk bilik Pak Cik Mat tu, saya nampak Pak Cik Mat dah tak sedarkan diri dengan darah keluar dari mulutnya.

Pak Cik Mat kelihatan seolah-olah terlalu seksa menarik nafas. Dan bunyinya agak kuat. Saya pun dengan ayah saya dan beberapa orang jiran yang lain mengangkat Pak Cik Mat masuk ke dalam kereta dan terus dihantar ke hospital. Mak dan abah saya turut sama. Saya tengok anaknya dah mula menangis. Anak lelaki tenang jugak. Cuma anak perempuan tu yang menangis.

Anak Pak Cik Mat yang nombor dua, Aswad merupakan anak buah saya. Aswad sekarang tak ada di rumah. Entahlah macam mana nak maklumkan kepadanya. Bila dah dihantar ke hospital baru saya teringat pasal kaki saya. Eh! Dah boleh pakai sandal. Seronoknya... Bila nak balik baru rasa pedih balik. Pelik!!!

Biasalah waktu terdesak kita dah tak ingat apa-apa. Hehehe... Mak saya balik dari hospital kira-kira jam 12 tengah malam. Kata mak saya Pak Cik Mat ditahan di wad akibat darah tinggi (lebih 200 blood pressure!) dan kencing manis. Keadaan di hospital pun agak membimbangkan tetapi terkawal. Harapnya lekas pulih. Pak Cik Mat juga merupakan salah seorang imam di surau Polis.

Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Allah. Kita yang masih bernyawa sepatutnya memanfaatkan peluang yang masih diberikan sebelum peluang itu ditarik balik. Semoga kita sama-sama menginsafi diri kita. Mudah-mudahan

Sewaktu saya masuk tidur, ayah saya masih belum kembali dari Hospital. Saya kena tidur awal sebab nak bangun sahur esok pagi. Maklumlah esoklah hari terakhir untuk saya berpuasa sunat sebelum tibanya Ramadhan Al-Mubarak.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah