Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

20 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM... 

PENGUMUMAN

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu majlis sambutan hari raya aidilfitri untuk pelajar ex-
MRSM PDRM akan diadakan mengikut perincian berikut:

Tarikh
21 Disember 2002

Masa
8 .00 malam

Tempat
Hotel KLI *(http://www.klitel.com.my/index.htm)

Pakaian
Kemas/Baju Melayu lengkap bersampin

Bayaran
Bekas Pelajar MRSM PDRM - RM 35.00
Pelajar MRSM PDRM (bawah 18) - RM 25.00
Guru/Bekas Guru MRSM PDRM – percuma

Kaedah Pembayaran
Secara Tunai (sila telefon Firdaus -012 6277416 / 03 60382427 utk penyerahan wang) Kiriman Wang atau Cek atas nama Mohd Firdaus Abu Naim (800129-01-5963) dan dikirimkan ke alamat 130 Lorong Melur km 28 Kuang 48050 Rawang Selangor. (Untuk pembayaran menggunakan cek/kiriman wang, sila kepilkan bersama-sama nama peserta, alamat dan nombor telefon untuk membolehkan penganjur mengirimkan kad jemputan dll)

Penginapan
Penginapan bagi peserta tidak disediakan. Namun begitu, pihak penganjur sedia menguruskan tempahan bilik di hotel ini sekiranya diperlukan. Sila rujuk laman web hotel ini untuk mengetahui kadar sewa dan perkhidmatan lain yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

 *** Please Forward kepada yang berkenaan ***

Itu adalah majlis alumni sekolah lama saya. Saya masih lagi tidak pasti sama ada akan hadir atau tidak. Kalau nak ikut hati memang nak hadir tapi bergantung kepada keadaan. Budget tak ada lah. Hehehehe... Buat kawan-kawan yang lain, kalau ada masa dan kelapangan hadirlah. InsyaAllah gath perdana pada 01 Mei 2004 ni saya akan datang.

Saya bangun jam 4.45 pagi untuk bersahur. Selepas Subuh saya buat sedikit 'assignment' dalam komputer saya dan kemudian hantar adik saya ke Sekolah. Kemudian jam 11.30 pagi saya ke kedai gambar untuk selesaikan masalah gambar konvo kawan saya dari Sabah. Kemudian saya ambil negatifnya dan tolong pos.

Selepas itu saya ke Alor Setar dan buat survey tentang accounting software. Lepas tu try tanya pasal game CM. Tapi tak ada lagi. Kemudian saya berehat sambil menonton TV. Berita yang mendapat liputan meluas hari ni ialah tentang kejadian Banglo runtuh di Selangor. Saya tak mahu mengulas panjang tapi macam selalu yang kita dengar dalam kuliah agama bahawa kematian itu akan datang tepat pada waktunya walaupun kita berada dalam keadaan yang sihat sebelum itu.

Semuanya kuasa Allah. Ada hikmah di sebalik tiap sesuatu. Semoga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa menginsafi diri setiap masa.

Petang saya bercadang nak ke rumah Pak Njang saya dan dalam perjalanan pergi, terpaksa berpatah balik disebabkan hujan. Kemudian Mak Cik saya datang bersama sepupu saya dan cucunya. Alamak rasa macam dah tua pulak. Mak Cik saya jemput ke majlis kenduri sepupu saya pada hari raya keempat nanti. Alhamdulillah... Depa tanya saya. Saya cakap tak ready lagi. Awal lagi walaupun sepupu saya tu lebih kurang saya sahaja, tapi tak apalah sebab perempuan. Lelaki ni kena bagi stabil dulu baru boleh tanggung anak orang. Hehehe...

Kemudian Tak pasai-pasai Pak Njang saya datang ke rumah. Hehehe... Tak sempat saya nak pergi. Pak Njang saya balik jam 6.30 petang. Petang ni saya berbuka di surau bawah anjuran Jabatan Logistik Polis.

Lepas Maghrib saya balik ke rumah sekejap tapi terkandas sebab hujan lebat. Tak sempat nak berterawih di surau terpaksalah di rumah sahaja. Lepas tu tonton Al-Kuliyah dan kemudian semak dan balas email. Mujurlah saya bukak email malam ni sebab dah overlimit. Ni gara-gara kawan saya yang hantar dua email yang mencecah 1.5MB! Apa pun apa yang dikirimnya memang bermanfaat. Thanks...

Saya tidur jam 2 pagi...

WASSALAM...

19 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Kamal dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada suatu petang. Sewaktu  melintasi sebuah padang, dia ternampak dua lelaki berpakaian compang camping sedang memakan rumput. Diarahkan pemandunya berhenti, lalu Kama lmemanggil kedua-dua lelaki itu. 

“ Kenapa kamu makan rumput?” Tanya Kamal
“Kami miskin dan tak ada duit nak beli makanan”
“Oh kesiannya... Jom ke rumah saya,” Kata Kamal
“ Tapi kami ada isteri dan dua orang anak!”
“Tak apa bawa mereka sekali. Mereka pun boleh ikut sama,” Jelas Kamal.

 Lalu Kamal mempelawa semuanya masuk dalam keretanya dan sewaktu dalam perjalanan seorang daripada lelaki itu telah menepuk bahu Kamal seraya berkata, “ Tuan memang baik hati!”

“Tak mengapa, saya harap awak gembira kerana rumput di rumah saya lebih tinggi dari di padang tadi,” ucap Kamal dengan selamba.

Cerita lucu kat atas ni ada juga pengajarannya. Selain melucukan tapi kita boleh fikir sama ada betul atau tak perbuatan kita nak tolong orang... Atau cuma sebagai satu peluang untuk mengambil kesempatan bagi kepentingan diri kita.

Satu lagi saya nak ucap terima kasih kepada pengunjung laman ni dari luar Malaysia. Dua minggu lepas saya kesan dua capaian dari Singapore. Satu daripadanya ialah National University Of Singapore. Minggu lepas dua capaian dari US. Satu darinya ialah dari American Online dan satu lagi dari Optimum online. Terbaru dari UK menerusi University College London. Terima kasih kepada anda semua.

Ok kembali kepada diari saya. Saya bangun sahur jam 4.45 pagi. Selepas Subuh saya tidur sekejap. Jam 8 saya hantar adik saya ke sekolah dan kemudian ke Alor Setar untuk urusan pembayaran yuran sekolah memandu. Jam 10 saya pergi belajar memandu. Kemudian saya ke Alor Setar untuk tengok accounting software untuk Pak Long saya. Kira dah jadi perunding sambilan untuk perniagaan Pak Long saya. Hehehe... Kena letak komisen tinggi ni. Hehehe... Taklah.

Bagi saya, pengalaman kendalikan perniagaan tu lagi penting. Juga dalam hal ehwal pengurusan. Pasal lain tu belakang kira. Tolong setakat yang mampu sebab kalau kita ada ilmu tapi tak apply tak guna kan? Lagi pun saya tengok perniagaan Pak Long saya tu dah semakin maju. Alhamdulillah.

Kemudian saya balik berehat dan menonton TV. Hari ni saya nak berbuka di Surau Polis. Hari cawangan logistik yang kendalikan majlis berbuka dan More. Tapi bila pergi dah diubah lokasi majlis. Terpaksalah berbuka di rumah lagi selesa tapi saya tak boleh makan banyak. Fitness tetap kena jaga. Saya tengah fikir sama ada nak turun training ke tak bulan puasa ni. Abang Midi jom lawan badminton. Lepas terawih dewan dibuka sampai jam 11. Jomlah....Lama tak training takut berkarat pulak skill.

Saya tonton EPL highlight jam 12.20 pagi. Saya tidur jam 3 pagi selepas semak dan balas email serta update website saya.

WASSALAM...

18 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi semalam saya sempat menonton rancangan Laman Nurani yang menampilkan Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Tajuknya sifat orang cemerlang. Paling saya tertarik ialah katanya kebanyakan orang cemerlang menulis diari hidupnya. Hehehe... Saya teringat pasal diari saya ni. Lalu Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah pun sentuh tentang dunia IT di mana diari sekarang tak lagi ditulis tetapi ditaip.

Katanya Diari memainkan peranan penting dalam membina diri seseorang. Kita akan bukukan pengalaman kita dan dengan itu kita akan dapat mengimbas kembali apa yang berlaku pada diri kita pada masa lalu. Ini akan memberikan rangsangan kepada kita untuk terus bermotivasi.

Saya menulis dalam diari ni pun lebih kurang begitulah sebabnya. Saya nak luahkan apa yang ada dalam diri saya dan saya nak tulis pengalaman saya agar nanti bila tiba waktu saya dalam kekusutan, saya akan kembali membaca apa yang telah saya lalui dan saya akan jadikan ia sebagai pengajaran.

Bagi saya diari ni merupakan satu catatan hidup saya dan medium untuk saya meluahkan apa yang ada dalam diri saya. Dengan cara ini saya akan selalu rasa tidak tertekan sekaligus membantu saya mengawal emosi dan diri saya. Ini salah satu cara saya melepaskan tekanan. Bila kita luahkan apa yang ada dalam diri kita, kita akan berasa lega dan cukup selesa. Pandangan anda saya tidak tahu, terpulanglah kepada diri masing-masing.

Saya bangun bersahur jam 4.45 pagi. Selepas Solat Subuh saya sambung tidur sekejap. Jam 10 pagi saya ke Alor Setar untuk beli kad raya dengan game CM (Orang yang biasa main tahulah pasal game bola ni). Destinasi pertama saya ialah Plaza Putra tapi kedai tak bukak lagi. Karut betul...

Lepas tu saya ke Pekan Alor Setar, cari Kad raya. Aneh betul sebab tahun tak ada orang jual kad raya di kawasan hadapan Kedah Shopping Centre sedangkan tiap-tiap tahun akan ada orang jual kad raya di situ. Tapi tahun ni tak ada. Entahlah sebab apa.

Jadi saya beli dekat depan kedai Bersama Tukang Jahit. Kemudian beli setem dan terus ke Plaza Putra. Saya cuba cari game CM tu tapi tak available lagi di Alor Setar ni. Setahu saya di US dah dilancarkan. Di Malaysia pun dah masuk pasaran tapi kat AS tak ada lagi. Tak apalah... Minggu depan ada kot. Hehehe...

Kemudian lepas balik rumah saya berehat dan petang saya baca beberapa rencana majalah MASSA dan kemudian tidur sekejap. Selepas berbuka dan solat Maghrib serta tonton berita sekejap saya ke surau untuk solat Terawih. Biasalah dah masuk pertengahan bulan saf dah tak penuh macam dulu lagi. Orang dah semakin sikit. Hehehe...

Kalau dekat taman saya ni, waktu dekat nak raya cuma beberapa kerat sahaja yang ada sebab biasalah anggota polis bukan semuanya berasal dari sini. Ramai orang luar. Jadi mereka balik kampunglah. Tinggallah keluarga saya antara yang paling setia. Hehehe... Jadi siapa nak datang, dipersilakan...

Saya memang beraya di rumah. Kawan-kawan saya di Alor Setar memang tak ramai sangat. Lebih dari 80% kawan saya duduk di luar Alor Setar. Yang ramai tu pun sebab kawan waktu sekolah rendah. Tu pun ramai dah pindah keluar dari Alor Setar. Bila masuk sekolah menengah, kawan-kawan datang dari seluruh Malaysia. Dari Alor Setar cuma beberapa kerat. Bila masuk matrik dan universiti, senarionya lebih kurang sama. Hehehe... Sebab itu saya suka jalan ke tempat orang. Ada ramai kawan...

Oklah saya rasa setakat ini sahaja kot sebab saya pun dah tak ada idea nak menulis, InsyaAllah esok kita bertemu lagi.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60][61][62][63][64][65][66][67][68][69]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah