Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

08 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Saya cuma nak beri klu untuk gambar semalam. Saya rasa anda akan nampak wajah wanita muda tetapi wajah wanita tua tak kelihatan kot. Mungkin sebaliknya. Klu yang saya nak beri ialah dagu wanita muda adalah hidung wanita tua. Kalau anda nampak wanita tua terbalikkan klu saya itu. Amazing tak? Hehehe... Saja nak tengok sejauh mana daya penglihatan kita.

Ok, berbalik kepada diari saya pada hari ini. Waktu pagi saya menghantar adik ke sekolah seperti biasa. Cuma saya tak turun training lagi sebab hari ini hari last untuk saya berehat dari latihan. Tapi rasa janggal pulak. Selalu tiap-tiap pagi turun latihan tapi kali ni tak. Rasa lain sikit.

Macam dari segi makan. Dulu memang saya boleh habiskan nasi dua tiga pinggan dan makan banyak. Selepas saya ikut latihan intensif ni saya dah tak boleh makan banyak dah. Nasi cuma sikit sahaja. Kadang-kdang segenggam pun tak sampai. Cuma makan sayur dan lauk yang banyak serta buah. Sekarang saya 'dibenarkan' untuk makan banyak tapi memang tak boleh. Entahlah kenapa mungkin seba dah terbiasa dengan program latihan saya ini. InsyaAllah kalau tiada aral melintang saya nak tengok hasilnya pada tahun 2004.

Ia banyak bergantung kepada kerja yang bakal saya dapat nanti. Kalau kerja swasta sukarlah sikit tapi kalau kerja kerajaan, saya ada banyak masa nak sambung latihan terutamanya dari segi kecergasan.

Sentuh bab kejohanan badminton hari tu saya memang cukup berpuas hati dengan prestasi saya. Banyak dah meningkat. Alhamdulillah. Cuma ada beberapa aspek yang perlu saya perbaiki. Kita tak harus gerun kepada reputasi seseorang walaupun orang itu memang kuat. Saya rasa dari segi stamina saya boleh atasi lawan saya cuma dari segi permainan. Kena reduce mistake. Lawan saya amat kurang buat mistake dan main secara simple. Saya kena kaji banyak bab ini.

Apa pun tumpuan saya sekarang paling utama ialah dua. Satu cari kerja dan satu lagi explore sehabis mungkin pasal dunia IT. Saya dah rancang satu dua projek untuk disiapkan. Saya akan cuba buat sementara masih ada masa ni. Sekarang komputer saya dah hampir lengkap. Kira padulah jugak... Hehehe

Proccessor 800 Mghz, RAM 512, hard disk 24.3 GB, CD Writer, Scanner, Printer Canon 200 SP, Graphic Card GeForce 3, dan siap ada TV card lagi. InsyaAllah saya akan cuba manfaatkan apa yang saya ada ini.

Keadaan cuaca di Alor Setar hari ni agak mendung nampak macam nak hujan. Waktu saya ambil adik saya di sekolah waktu tengah hari saya tengok cuaca agak kelam.

Kemudian saya ke rumah Mak Cik saya di Pendang untuk melihat sepupu terbaru saya. Anak sulung pasangan Pak CIk dan Mak Cik saya yang berkahwin bulan 11 tahun lepas. Baru 11 hari usianya. Mohd Irfan. Lelaki lagi. Hehehe... Memang tadi sembang pun cerita jugak pasal keluarga sebelah saya memang ramai lelaki. Daripada 29 orang cucu tok Wan saya cuma 9 sahaja perempuan.

Lepas tu cerita pulak pasal bab-bab bersalin ni. Lawak jugak sebab first time bagi mak cik saya. Hehehe... Pak Cik saya pulak takut nak pegang anak sebab kecik lagi takut jadi apa-apa. Macam-macam...

Kemudian ke kampung saya pulak. Bincang pulak pasal Pak Su saya yang nak bertunang dan kawin. InsyaAllah Ahad ni akan diutus utusan untuk tanya belanja. Lepas tu cerita pasal saudara saya Kak Ida dan Kak Ti yang la ni tengah study di UKM. Kak Ida dah nak bertunang dah. Tak pasal-pasal saya pulak kena tanya bila lagi. Saya kata tunggu kerja dulu. Jenuh saya diusik. Geram jugak. Hehehe...

Lepas tu nak ke rumah Mak Ngah saya sebab nak dukung adik kecik. Tapi bila tahu ada anak angkat dari UKM perempuan pulak tu. Saya batalkan sebab segan nak ke sana walaupun sebelah rumah tok wan saya je. Memang saya kalau tahu ada perempuan saya akan mengelak ke tempat lain. Entahlah kenapa. Tak biasa kot. Lagi pun kalau saya pergi nanti tak selesa pulak kot depa tu.

Rupa-rupanya ramai yang ambil anak angkat bawah Persatuan anak-anak Johor UKM. Patutlah meriah semacam je kampung saya tu. Kemudian saya bertolak pulang.

Malam cuma sambut Pak Njang saya yang baru balik dari Lumut dan kemudian saya install PWS untuk projek ASP saya. Kemmudian study Flash dengan Adobe sebelum tengok bola jam 12.20 di TV3 dan kemudian terus tidur.

InsyaAllah bertemu lagi esok...

WASSALAM...

07 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Cuba lihat gambar di atas. Nampak tak wajah seorang perempuan muda dan kemudian wajah seorang perempuan tua? Cuba lihat betul-betul... Esok saya akan bagi klu bagaimana nak lihat. OK?

Alhamdulillah, masih dapat bernafas lagi hari ini. Syukur kepada Allah yang Maha berkuasa. Alahamdulillah kerana pada hari ini dapat saya kembali menulis seperti biasa. Cuma mungkin saya tak mengulas isu-isu sangat. Cuma gambar di atas sebagai permulaan hari ini. Saja untuk test imaginasi anda.

Saya bangun jam 5.30 pagi hari ini untuk bersahur. Alhamdulillah kerana sejak bulan 7 yang lepas saya dah berjaya menjadikan puasa sunat Isnin Khamis sebagai amalan. Harap dapat diteruskan selama-lamanya. Bulan Ramadhan pun akan menjelma tak lama lagi. Satu kerinduan yang amat sangat terhadap bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Esok 1 syaaban. Ramadhan mungkin dalam 29-30 hari lagi.

Mudah-mudahan dapat sekali lagi kita mengecapi Ramadhan kali ini. Jika dulu, kita selalu mempersiakan Ramadhan, apa kata kali ini kita kembali menghayatinya dengan sepenuhnya. InsyaAllah. Carilah keberkatan dalam bulan yang mulia itu umpamanya Malam Lailatul Qadar. Jadikanlah ia sebagai satu impian untuk kita menemuinya. InsyaAllah...

Waktu pagi hari ini saya cuma hantar adik ke sekolah dan kemudian berehat di rumah sambil membaca. Kemudian saya ke Pejabat Pos Alor Setar pada waktu tengah hari untuk mengepos borang permohonan kerja. Alhamdulillah terlepas dari hujan. Entahlah sama ada esok akan banjir atau tidak seba mengikut laporan kaji cuaca esok kedudukan bulan dan matahari akan menjadi selari yang mengakibatkan fenomena air pasang yang tertinggi dalam sejarah. Di Kuala Kedah dijangkakan akan terjadi pada jam 1.45 pagi esok. Semua itu kuasa Allah. Tapi apa yang dapat saya lihat tadi di sebelah Thailand hujan yang teramat lebat sekali. Seperti di waktu malam pulak sedangkan waktu itu di Alor Setar sedang terik. Maklumlah sekarang musim hujan.

Kalau diikutkan akhbar, Hat Yai dah banjir. Bila sebut Hat Yai teringat pulak kenangan waktu seminar Kepintaran Buatan (AI) peringkat Kebangsaan di UUM/ Hat Yai. Kalau sebut Hat Yai orang akan terbayang benda lain dan hakikatnya memang sewaktu saya di sana benda yang diceritakan itu memang benar-benar berlaku. Mengucap panjang saya bila melihat orang Melayu Islam yang banyak melakukan maksiat di sana. Paling penting bagi kita ialah keimanan yang tinggi. InsyaAllah kita akan berjaya menepis dugaan-dugaan itu.

Sebenarnya kita boleh menentukan diri kita sendiri. Kita mesti yakin dengan diri kita. Kita kena cuba melakukan sesuatu untuk berjaya. InsyaAllah kita akan berjaya.

Saya apabila bertemu dengan orang yang berakhlak mulia, saya cukup kagum. Saya akan lebih excited dengan orang seperti itu dari artis. Bila dikaji kembali, faktor keluarga memainkan peranan yang paling penting. Didikan ibu bapa akan menjadikan anak itu sebagai manusia yang dalam erti kata sebenarnya. Sebab itu saya lebih mengkagumi ibu bapa orang itu. Tapi tak ramai orang seperti ini yang saya jumpa. Mungkin saya masih berada dalam kepompong yang kecil. Tapi memang sikit.

Kenapa saya kagum dengan orang yang berakhlak tinggi. Sebenarnya apa yang kita lakukan semuanya berpunca dari hati. Apa yang kita zahirkan melalui perbuatan dan percakapan adalah lahir dari hati. Akhlak yang mulia dilahirkan dari hati yang mulia. Sebab itu saya cukup sukakan orang yang berakhlak mulia ini. Selain dapat memperbaiki diri saya mahu 'jaga' orang seperti ini.

Memang sifat saya seperti ini. Itulah yang dikatakan inner beauty. Kecantikan dalaman. Bagi saya kecantikan dalaman ini akan membuatkan saya melihat orang itu amat-amat cantik. Memang ini dari sudut pendapat saya. Saya tak tahu anda bagaimana.

Selepas berbuka, saya Solat Maghrib dan membaca Al-Quran dan kemudian menonton berita serta kemudiannya mempelajari bab-bab terkini dunia IT. Selepas membalas email saya terus tidur kira-kira jam 2 pagi.

WASSALAM...

06 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Diari saya hari ini. Waktu pagi saya menghantar adik saya ke sekolah. Kemudian membuat pembacaan (Berita Minggu dan Majalah MASSA). Selepas itu saya ke dewan badminton untuk menyaksikan perlawanan Badminton polis piala Ketua Polis Kedah.

Hari ini memang saya berhenti rehat dari program latihan. Sebabnya adalah satu untuk berehat. Duanya untuk melegakan kecederaan yang dialami. Rasanya kena hamstring. Saya rasa ada kebengkakan di bawah paha saya. Memang agak menyakitkan. Tapi dah biasa kena sebab terlalu push sangat waktu main hari tu.

Petang saya ke Star Parade bersama dengan adik untuk membeli printer Canon S 200 SP. Oklah harga RM 208. Dapatlah beberapa free gift.

Malam saya cuma berehat di rumah. Saya tidur awal selepas solat Isyak tapi bangun balik pada jam 11 malam untuk terus melakukan beberapa kerja peribadi.

Saya tidur kira-kira jam 2 pagi. Maaf kalau anda lihat dalam beberapa hari ini saya agak ringkas menulis. Bukannya tiada isu tetapi terdapat banyak kekangan sebab saya agak sibuk+cedera. InsyaAllah esok saya kan kembali menulis seperti biasa.

WASSALAM...

05 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Selepas Solat Subuh saya terus tidur kembali sebab badan terlalu letih dan kemudian bangun semula kira-kira jam 10 pagi. Kemudian keluar ke Alor Setar bersama adik dan Abang Midi. Abang Midi nak cari sangat CD Lagu. Bila samapi di kedai kaset adik saya ambil CD kumpulan Firdaus dan nak tanya pekedai tu kenal tak (merujuk kepada gambar abang Midi). Hehehe...

Abang Midi kata nanti dia cabut kalau adik saya tanya macam tu. Abang Midi tak mahu orang tahu dia artis sebab nanti tak selesa.

Petang saya cuma berehat di rumah sambil menonton Sukan Asia. Malam Abang Midi belanja satu famili makan Ikan bakar di Restoran Lambaian Ikan Bakar di Alor Mengkudu dekat Alor Setar ni. Hehehe..Kenyangnya... Lagi pun saya nak berehat sekejap dari program latihan saya sampai hari Selasa ni sebelum sambung balik. Bolehlah saya makan apa yang saya pantang sebelum ni. Hehehe...

Memang kalah tapi matlamat saya tahun 2004. InsyaAllah akan berjaya hendaknya. Sewaktu pulang jumpa dengan kawan lama yang kini menjadi guru MRSM Pendang.

Selepas balik saya tolong ayah saya buat kerja sampai jam 1 pagi dan selepas semak email saya terus tidur. Setakat ni sahaja kot buat kali ni. Saya terlalu penat dan sakit badan. Maaf tak dapat nak tulis panjang-panjang...

WASSALAM...

04 NOVEMBER 2002 [JUMAAT]

ASSALAMUALAIKUM...

Saya bertolak ke Sungai Petani seawal jam 7 pagi. Saya terpaksa berhempas pulas untuk menang dalam perlawanan pertama selama 1 jam 10 minit mengalahkan seorang guru dari Bandar Baru 10-15, 15-11, 15-13. Sengit kan? Saya hampir kalah dalam set kedua selepas ketinggalan 6-11 tapi Alhamdulillah berjaya bangkit untuk menang.

Saya solat Jumaat di Masjid Sungai Petani. Oleh kerana terlalu penat ditambah pula dengan sistem bunyi yang memang tak jelas, saya tak dapat dengar isi khutbah sepenuhnya. Cuma setahu saya pasal Israk Mikraj.

Petang menang double untuk layak ke pusingan seterusnya.

Memang undian saya agak kurang baik sebab saya berada dalam laluan pilihan pertama dalam double dan pilihan kedua dalam single. Saya bertemu dengan pilihan kedua single kira-kira jam 6.45 petang dan tamat pada jam 7.20 malam. Kesudahannya saya tewas. Memang saya berjaya beri saingan pada peringkat awal tetapi penghujungnya memang saya gagal menyainginya kerana pengalamannya amat luas.

Beliau merupakan juara Kedah bawah 12 tahun ketika darjah 5. Bekas juara remaja kebangsaan. Kini adalah zaman kemerosotannya tetapi masih lagi sukar dicabar. Perlawanan malam saya sekali bertemu dengannya yang merupakan pilihan pertama dalam double. Memang malang! Kalah lagi.

Saya sampai di rumah kira-kira jam 12.10 malam. Selepas solat Isyak, terus tidur sebab terlalu letih. 

WASSALAM...

03 NOVEMBER 2002

ASSALAMUALAIKUM...

Tak banyak yang dapat saya ceritakan hari ini kerana agak terhad masa yang ada. Bangun seawal jam 5 pagi untuk bersahur. Siang cuma dihabiskan dengan menonton perlawanan badminton, Sukan Asia dan pembacaan.

Selepas berbuka saya keluar bersama Zam, Men, Boss, Dan Ghafur. Zam nak belanja makan. Hehehe... Selepas pulang saya terus tidur sebab perlukan rehat yang cukup untuk esok.

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][1][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40][41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah