Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIARI SAIFUL

[Biodata][Pendidikan][Keluarga][Pengalaman][Koleksi Gambar][ Kejayaan][Lihat Buku Pelawat][Tandatangan Buku Pelawat]

20 MAC 2002

Islam tidak tertegak dengan hamparan permaidani merah. Islam tidak tertegak dengan sedikit rintangan. Tetapi Islam tertegak selepas bermacam-macam ujian dan cabaran, tribulasi dan lain-lain. Pejuang-pejuang Islam sanggup diseksa dicaci dan dicela hanya kerana untuk mengatakan Rabbunallah iaitu tuhanku Ialah Allah! Bagaimana dengan kita? Apakah kita akan pertahankan Islam itu. Saya tinggalkan kepada anda semua untuk menjawabnya.

Hari ini baru saya dapat tugasan untuk membangunkan satu sistem maklumat hartanah untuk bahagian kewangan. tetapi agak sukar untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Suasana pekerjaan kondusif. Hari ni barulah saya dapat sebiji komputer untuk tugasan tetapi tak boleh nak gunakan untuk kegunaan peribadi.

Percaya tak saya terpaksa guna Notepad untuk update laman saya sebab di CC ni tiada Frontpage dan komputer pun masih belum di bawa ke Langkawi. Apa pun saya akan cuba update laman saya setakat yang termampu. Terima kasih atas kunjungan anda. Bekerja di hari ni memang best tetapi saya agak sibuk. Ramai staff kat sana cuba nak mengorat Fadzillah tu. Hehehe.. Sebab orangnya comel. Seronok saya tengok gelagat staff yang lain. Tapi saya kena concetrate dengan tuhas saya.

Malam tadi Ada yang nak ke Langkawi. No contact saya 04-9551207. InsyaAllah kalau saya free saya akan jumpa dan kalau nak pertolongan saya akan bantu. Memang sekarang agak susah sikit nak update dan nak guna komputer. TV pun tiada lagi. Kenalah survive dengan corak sendiri.

Saya rasa setakat ni je kot untuk hari ini. Zam dengan Din dah lama dah tunggu saya kat luar. Nanti boring pulak depa. hehehe... Saya memang pantang jumpa Internet. Sorry atas sebarang kesulitan sebab saya cuma guna notepad!

WASSALAM...

19 MAC 2002

Banyak perkara yang tidak kita duga akan berlaku dalam hidup kita. Hari ini kita sukakan sesuatu tetapi hari esok sesuatu yang kita suka itu menjadi racun kepada kita. Kadangkala apa yang kita tidak suka itu bagaikan penawar kepada kita. Sebabnya kita tidak pandai menilai. Kita kadangkala terlalu terikut-ikut dengan perasaan. Kita ketepikan kewarasan akal. Kita pinggirkan ilmu yang ada. Kita utamakan nafsu yang bergelora. Renunglah kembali di mana kita kini!

Kehadiran saya di bumi Langkawi ini banyak memberi erti kepada penghidupan saya. Alam pekerjaan bukan semudah yang disangka. Banyak cabaran dan halangan. Banyak pancaroba yang harus saya lalui. Bagi saya, saya telah cuba menyiapkan mental saya dengan alam pekerjaan. Memang benar ia merupakan sesuatu yang berlainan. Sama sekali lain daripada alam pembelajaran.

Saya tiba sebelum pukul lapan lagi di LADA. Maklumlah bangun awal dalam pukul 5.30 pagi. Semangatlah katakan. Bertolak dari Nyior Chabang iaitu tempat saya tinggal berhampiran dengan Padang Mat Sirat memakan masa lebih kurang 20 minit. Sesampainya di sana saya melapor diri di tingkat 3 dan diberi sedikit briefing oleh Encik Najib, pengurus bahagian pentadbiran. Banyak nasihat yang telah diberikan dan juga panduan. Seronok tengok department En. Najib yang memulakan kerja dengan doa dan senaman ringkas.

Sesampainya di sana saya terjumpa seorang kawan saya di UUM yang juga praktikum di LADA. Ambil BBA majoring pelancongan. Terkejut juga sebab as a girl, she are so brave to take this challenge survive herself at LADA. Hehehe.. Saya ditempatkan di tingkat 7 bahagian kewangan bersama Zam (PRO) dan Fadzillah(Pelancongan). Manakala Din pula di bahagian Admin (Tingkat 3). Hari pertama saya mula berkenalan dengan ramai orang. Memang seperti yang saya jangkakan. Bangunan LADA merupakan antara bangunan yang tercantik di Langkawi ni tetapi bagi saya penggunaan IT di LADA masih lagi belum mencapai tahap yang membanggakan. Apa pun banyak usaha yang sedang dijalankan untuk mencapai matlamat itu. Harapnya akan berjaya. Saya lihat komputer di LADA cuma ada perisian asas sahaja. Hari ni tak ada kerja apa lagi cuma berbual dan kacau Zam sambil berbual dengan Fadzillah. Din ada kat tingkat bawah susah sikit!

Petang dengar ceramah Ustaz Yusuf Ahmad. Saya baru je dengar ceramah dia kat UUM. Lagi pun tiada kerja lebih baik menambah ilmu di dada kan? Petang saya melancong sekeliling Pantai Chenang, Pantai Tengah dan menghayati keindahan laut di Awana Porto Malai. Memang nyaman dan mengasyikkan! Malam singgah di Masjid Aishah dan dengar sekali lagi ceramah Ustaz Yusof Ahmad dan kemudian ke Dataran Lang sambil menonton Kabhi Khushi Kabhi Gham di layar gergasi di Dataran Lang sebelum makan di kawasan tersebut. Malam saya tidur awal sikit dalam pukul 11.30 malam. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tetapi banyak kekangan.

WASSALAM...

18 MAC 2002

Alam pekerjaan merupakan satu alam yang banyak dugaan dan pancaroba. Ia cukup berbeza dari alam pembelajaran. Bagi saya, hanya sedikit pengalaman sebelum ini dengan alam pekerjaan. Memang bagi saya terlalu perit. Perit sebab ia jauh berbeza dengan alam persekolahan. Juga keadaan sosialnya. Di universiti atau sekolah ia masih lagi terkawal. Waktu tu baru saya faham apa yang selalu ayah saya perkatakan.

Saya cuma dapat mengucap panjang. Bagi saya, saya memang cukup tak selesa tetapi kita harus jadi seperti ikan. Ikan tidak masin. Ia tidak mahu badannya masin walaupun persekitarannya amat masin. Kalau hendak dimasinkan juga, langkah mayatnya dahulu. Sebab itu saya cuba survive. Alhamdulillah waktu itu saya masih lagi dapat beristiqamah.

Harapan saya esok saya akan menemui suasana bekerja yang kondusif dan selesa di LADA. Saya sudah bersiap sedia dari segi mental untuk menghadapinya. Doakan saya tetap saya! Thanks...

Malam tadi  saya ke rumah kawan saya sambil meraikan ibu dan bapanya yang baru balik Mekah. (Orang kata ambil berkat). Dapatlah lebai dengan makanan dari tanah Arab sana. Lepas tu tengok bola Leeds Lawan Blackburn. 3-1 for Leeds. Hari ni mungkin akan ke Langkawi dalam pukul 2 petang. Sampai dalam pukul 3 lepas tu mungkin bersiap sedia untuk esok.

Saya selepas ini akan selesaikan urusan Insurans saya. Selepas tu saya akan beli barang sedikit. Selepas tu akan bersiap untuk ke Langkawi. Banyak lagi yang tak siap! Saya sekarang dalam fasa penghijrahan!

WASSALAM...

17 MAC 2002

:::L a n g k a w i  D a l a m  I m b a s a n:::

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Langkawi adalah pada 1988. Ketika itu saya masih lagi ingat keadaan jeti di Pulau Langkawi yang bagi saya usang dan rasanya tak mampu menampung terlalu ramai pelancong. Ketika itu saya ke sana dengan Pak Cik dan Mak Njang saya dan kalau tak salah saya kami bermalam berhampiran dengan Pelangi Beach Resort. Kali kedua saya ke Langkawi adalah pada tahun 1990. Kemudian setiap tahun saya pasti menjejakkan kaki ke Langkawi sekurang-kurangnya sekali.

Sebab apa? Sebab saya ada ramai saudara dan kenalan di sana. Tempat tinggal tiada masalah. Cuma nak makan tu faham-fahamlah. Banyak juga hotel yang pernah saya inap di Langkawi. Antaranya ialah Sheraton Perdana (Satu malam RM 300), Chandek Kura, Delima Resort (sekarang dah tiada), Pelangi Beach Resort, AB Motel, Delta Motel dan Sandy Beach Resort.

Banyak kenangan manis saya di sana. Apa pun memang menarik! Bagi saya Langkawi ada kekuatannya tersendiri.

Saya pun dah Khatam jalan di Langkawi. Banyak juga aspek tentang Langkawi yang saya tahu sebab sudah terlalu biasa. Tempat-tempat menarik di sana memang sudah tidak asing lagi. Esok, Langkawi bumimu akan kujejak sekali lagi. Kali ini selama 4 bulan.

Hari ini saya ke Bank untuk sedikit urusan kewangan dan settlekan tentang insurans saya. Kemudian mungkin ke Pendang jumpa tok Wan sebelum ke Langkawi esok. Sebelum itu Tahniah kepada Ruzaimi Mat Rejab dan beberapa lagi kawan saya yang berkonvo pada hari ini!!! Saya? InsyaAllah bulan lapan ni.

Rupanya hari ni Takaful Nasional tutup. Nasib baik tabung haji bukak. Lepas tu dpat call dari Arief Jaka Yazid. Dapat pun dia bercakap dengan saya sebab semalam 6 kali dia Call tapi saya tiada. Hehehe... Nak buat macam mana, masa terhad. Esok saya dah nak ke Langkawi. Banyak lagi urusan yang saya tak selesai lagi.

Saya sebenarnya baru balik kenduri Kahwin. Saya makan dengan dua orang jejaka. Dah kawasan kampung saya pun berbual dengan loghat Kedah. Dua-dua jejaka tu cuma mengiyakan sahaja. Hairan saya. Selalunya orang Kedah ni ramah-ramah. Lepas tu saya suruh dia tambah nasi lepas tu dia cakap, "Sorry Bang, Saye dah pening kepale." Laa... Rupanya bukan orang Kedah! Rasanya dia tak faham apa yang saya cakap tadi. Hehehe... Lepas tu jumpa orang kampung kat situ. Orang tua-tua selalu salah sangka. Ada yang cakap saya sekolah Arab, Sekolah agama dan baru balik Mesir. Hishhhh... Mana ada. Kalau ikut sejarah persekolahan saya, tiada langsung bersekolah di Sekolah aliran agama. Mungkin sebab saya berjanggut. Hehehe.... Tapi tak kisahlah. Asal jangan anggap yang buruk sudahlah.

Selepas ini saya akan ke Kuala Kedah untuk survey tentang prosedur untuk penghantaran motor dan komputer. Malam ni mungkin akan melawat kawan. Petang kalau sempat nak balik Pendang sebab semalam tak sempat. Saya cuma merancang, ketentuan itu hak Allah. OKlah, InsyaAllah esok saya akan menulis lagi.

WASSALAM...

16 MAC 2002

        Saya bangun pun dah lewat. Dekat pukul 7 pagi. Lepas solat Subuh saya terus ke bilik Halim dan buat sedikit kerja, kemudian kami bertolak ke Sekolah Siswazah untuk presentation projek. Dengan jayanya kami present walaupun interface kami tidak begitu menarik sebab sistem yang dibangunkan ini adalah dibngunkan sendiri oleh kami. Kami telah mencipta satu algoritma baru. Orang lain guna kaedah senior bolehlah tumpukan kepada pembangunan antara muka yang lebih menarik.

        Kami walaupun sering diganggu sewaktu persembahan projek oleh seorang yang selalu mengadu masalahnya kepada Encik Azizi. Dia merupakan seorang student Master dan terkejut kerana ikut jadual kuliahnya hari ini tetapi dia sorang je yang datang. Banyak betul soal. He is a Chinese. Selepas persembahan kami terus bersalaman dengan Encik Azizi dan bermaaf-maafan.

         Kemudian saya pulang ke kolej untuk memulangkan semula kunci. Kemudian angkut barang untuk di bawa pulang. Thanks Abang Midi! Saya pulang dalam pukul dua petang selepas solat Zuhur. Sedih! Sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan. Mungkin juga dengan seseorang yang lain. Hehehe... Apa pun memang saya rasa terlalu sedih. Sedih yang sukar digambarkan. Bayangkan apabila sudah selalu bersama tiba-tiba berpisah. Saya sempat bertukar-tukar gambar dengan beberapa orang kawan dan kemudian pulang dengan hati yang sayu.

          Petang itu saya pulang dan tengok mak saya masak special. Nasi Tomato. Hehehe.. Cukup berselera saya makan. Kemudian saya lawan Abang Midi dalam badminton. Tapi stamina saya memang tak mencukupi. Petang main bola dekat padang tepi rumah saya. Memang kena jaga kaki sebab padang tak begitu rata macam di UUM. Risau juga sebab finishing saya agak lemah. Dari 8 cubaan ke arah gol cuma dua sahaja yang masuk. Gol kedua tu pun boleh dikira sebagai bernasib baik.

         Banyak yang saya nak cerita tetapi tak larat nak taip. OKlah setakat ni je kot untuk hari ini.

WASSALAM...

 

15 MAC 2002

       Saya bersama Halim dan Bill bertolak ke rumah Encik Azizi untuk presentation pad pukul 10 pagi tapi terlajak pulak sampai ke Kepala Batas. Last sekali sampai juga pada pukul 10.50. Satu tempoh yang lama untuk perjalanan yang sepatutnya hanya 30 minit! Sesampainya di rumah En. Azizi dengan penuh semangat kami terus bersedia untuk presentation.

        Kami sudah uploadkan semuanya dalam server tetapi tak boleh diakses dari rumah Encik Azizi. Masalah betul! Encik Azizi cakap dia sudah arahkan kerani di sekolah siswazah untuk buang firewall. Sekarang ia tidak dapat diakses kerana firewall tersebut. Nasib baik kami dah buat back up dan dah burnkan dalam CD. Kami pun dengan penuh semangat present tetapi malangnya apa yang berlaku kami pun tak tahu kenapa. Sama ada operating system problem  atau CD kami yang bermasalah.

         Encik Azizi kata kita makan dulu selepas makan sambung semula. Jadi walaupun hampa kami makanlah dulu. Perut tengah kosong, sedaplah rasa mee goreng tu dan air bandung yang isteri Encik Azizi buat. Lepas makan kami cuba nak runkan sistem tetapi gagal. Buntu jadinya. Masalahnya hanya dengan database. Dalam server kami dah uji dan tiada masalah. Lalu Encik Azizi cakap, " Kamu present esoklah, Fazrul tak datang pun tak apa sebab dia bukan sleeping partner. Saya suruh semua datang sebab tak mahu ada sleeping partner." Dengan hampa kami pun bertolak ke rumah nenek saudara Bill (Fazrul).

          Sesampainya di rumah nenek saudaranya di Alor Merah dekat Anak Bukit, Alor Setar, kami dijamu dengan koteaw dan roti canai pulak. Kenyang betul! Saya sudah berpeluh-peluh sebab cuaca panas tetapi tak kisahlah sebab saya dah biasa dengan keadaan panas di Kedh ni walaupun tahun ni agak panas sikit. Kemudian kami menunaikan solat Jumaat di Masjid Alor Semela dekat dengan rumah saya.

         Dalam perjalanan pulang, saya sempat belanja Halim dengan Bill cendol. Memang rasa cukup sedap cendol yang dijual depan Hospital Jitra. Memang puas. Bila balik baru sempat saya baca akhbar. Tapi rasa terlalu sunyi sebab ramai yang sudah balik. Nak main bola semua dah packing barang.

         Malam tu saya makan di Seri Nongka dan berbual panjang dengan Din, Khairi (Adik Din). Lepas tu Abang Wan dan Abang Is datang dan saya berbincang tentang projek ke Singapura yang defisit sebab peruntukan tak dapat lagi. Macam mana nak pulangkan duit Encik Azizi. Lalu dapat solution dengan membuat kutipan tambahan seorang RM 12 untuk back up. Saya ditugaskan untuk kutip daripada student Undergraduate. Lepas tu Abang Faizal join  kami dan dia belanja minum Coca Cola. Saya tak mahu tapi dah dia bagi jugak terpaksa ambil. Saya sebenarnya agak kurang sikit dengan air bergas walupun bukan sampai tahap allergic. Terima Kasih Abang Faizal! Abang Faizal ni orang Thailand dan ambil Master di UUM dan turut join saya di Singapura.

 Kemudian saya baru sibuk packing barang. Baru terasa nak balik. Dalam pukul dua pagi baru tidur!

WASSALAM...

Diari Sebelum Ini---[1][2][3][4][5][6][7][8]

Baca Diari Sebelum ni

Saifulazrul Collection 1999-2002
Provided by Saiful Azrul Che Lah